selesai membaca Al-Quran, Zahra' mengerling jam nunjukkan hampir pukul 6.15 pagi, Zahra' mengambil kesempatan untuk memejamkan matanya.
telefon bimbitnya berbunyi bertanda whatsapp masuk, dia mengambil dengan perasaan yang malas membaca pesanan ringkas daripada no yang tiada dalam senarai kenalan.
"Semakin baik dan beriman bererti Allah semakin sayang dan begitu pula jika sebaliknya, semakin jahat dan kufur, Allah semakin benci" pesanan yang diterima daripada no yang tidak diketahui.
"terima kasih, semoga Allah merahmati kita semua" dia membalasnya
Hariz amat teruja, kerana Zahra' membalas whatsappnya.
Zahra' memikirkan siapa gerangan yang menghantar pesanan ringkas itu. penghantar whatsapp itu membalasnya dengan mengucapkan "Insyaallah, Aamiin".
Zahra' membaca tanpa membalasnya. si pengirim whatsapp itu menunggu dan hampa.
jam menunjukkan tepat pukul 7.25 tetapi tiada apa- apa balas dari penerima.
......
Seminggu kemudian,
Hariz memandu kereta jenis Honda city dan dia memasuki perkarangan majlis perkahwinan rakan sekerja. dia meletakkan kereta di belakang sebuah kereta kenari yang berwarna putih. Hariz dan Iskandar berjalan melintasi kereta kenari itu, tetapi hatinya merasa sesuatu. apakah perasaan ini?
Zahra', Puan Khadijah dan Aisyah berjalan beriringan sambil berbual. mereka bersalaman dengan Hajah Hasnah, tuan rumah kenduri. meja makan sudah penuh. hanya sebuah meja yang mempunyai dua orang lelaki sedang menjamu selera. Aisyah berjalan menuju ke meja itu, sambil berbual mesra dengan salah seorang daripadanya.
puan Aisyah memanggil puan Khatijah dan Zahra'. Hariz terpandang raut wajah Zahra' yang sedang menuju kearahnya. dia tersenyum dan cuba berlagak tenang walaupun, jantungnya berdegup kencang. Zahra' mengambil kedudukan di tepi hariz. Zahra' mengambil kesempatan memandang hariz, mata mereka bertaut. zahra menundukkan pandangannya.
"doktor dah lama ka sampai?" puan Aisyah memulakan percakapan.
"dalam 5minit sebelum kak Aisyah smpai" balas Hariz
puan Aisyah dan puan Khatijah berbual mesra dengan hariz dan Iskandar.
tiba-tiba seseorang menyapa Zahra',
"hai, Zahra',, dah lama ka sampai?" ujar Syed Amin
mereka berempat pandang lelaki tersebut.
"lama jugak"balas Zahra'
"awak datang dengan siapa?"
"ibu dan kakak" balas Zahra' kembali
"oh, nanti kita jumpa lagi ya" ujar syed amin dan berlalu pergi.
Selesai makan, mereka berjalan beriringan ke kereta. Hariz sempat melirik matanya ke arah Zahra' yang membuka pintu kereta. Hariz mengikut belakang kereta milik puan Aisyah sehingga mereka terpisah melalui simpang yang berbeza.
Share this novel