"Asal terkejut sangat ni?" Ucap Farish dengan nada bercanda dan di selit kan dengan gelak tawa perlahan.
Aku mengurut dadaku yang kini jantung sedang berdegup laju. Wajahnya aku menatap dengan sedikit wajah garang.
Dia tambah tersenyum melihat wajah garang comelku ini. Haish... Sekarang ini, aku dah jadi tak sampai hati nak marah dia betul-betul macam dulu lagi. Alahai, tak sampai setahun tinggal dengan dia, aku dah jatuh hati dengan dia. Aduh, kau dulu tak 'sonsang' macam ni Hadiy.
"Saya tanya ni... Awak buat apa dekat dapur sorang-sorang?" Soal Farish kepadaku dengan senyuman nipis di bibirnya.
Aku mengambil masa tiga detik untuk menjawabnya.
"Err, lapar. Nak masa mi segera. Tu tak nampak ke?" Balasku ringkas dengan ringkas sambil jari telunjukku diarahkan ke arah microwave.
Dia terus mengalih pandangannya memandang ke arah microwave tersebut sambil mengaru-garu belakang tengkuknya.
"Ohh, sorry memang tak perasan." Balasnya turut selamba.
Aku diamkan diri sahaja sambil memandang ke arah microwave tersebut. Nampaknya mi segera aku sudah mula kembang.
"Lapar sangat ke?" Soalnya kepadaku dengan wajah berkerut dan bibirnya di muncungkan ke hadapan.
Aku mengangguk kepalaku dengan laju. Haa, kalau aku tak lapar takkan aku nak masak mi segera sekarang ni.
"Kenapa you tak bagitahu dekat I yang you tengah lapar?" Soalnya dengan lemah lembut.
"Saya takut nak kejutkan awak sebenarnya." Balasku sambil mata memandang ke arah lain.
Setelah dua saat, aku memandang wajah Farish Mikael... Wajahnya jelas menampakkan bahawa dia sekarang ini sedang rasa serba salah ya amat.
Aku jadi tak sampai hati, lantas aku tersenyum dan memeluknya dengan erat. Farish tergamam.
"Dahlah jangan buat muka macam tu. Lagipun saya teringin sangat nak makan mi segera. Dah lama tak makan perisa kari."Ucapku sambil tersenyum lebar. Terasa selesa dalam pelukkannya.
"Maaf, saya rasa serba salah. Lain kali kalau awak lapar, bagitahu dekat saya. Saya tak kisah kalau awak nak kejutkam saya. Janji awak tak lapar." Balasnya dengan wajah suram.
"Tak apa." Balasku ringkas. Malas ingin panjangkan cerita.
Dia perlahan-lahan mula tersenyum lalu pelukkanku di balasnya manja.
"Boleh kita makan mi segera perisa kari awak tu sama-sama?" Ucapnya perlahan sambil menatap ke arah aku yang lebih rendah darinya ini.
"Boleh, kenapa tak boleh? Kita makan sama-sama ya." Balasku ingin keadaan kembali ceria.
Dia menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju, lalu dahiku dikucup olehnya dengan manja sekali. Aku terasa disayangi lalu aku nikmati sahaja kucupan yang di hadiahkan oleh Farish ini dengan hati yang senang.
Ting!
Microwave berbunyi menandakan masa yang telah disetkan sudah tamat...
Share this novel