Bab 8

Humor Series 30996

Hari ini adalah harinya. Hari ini dia menjadi yakin. Hari ini dia tahu yang dia boleh. Entah hantu semangat mana yang masuk dalam badan, tapi rasa macam semua benda dalam dunia ni tidak ada yang mustahil.

Semangat Azlan hari ni memang lain macam. Tak percaya? Hari ini adalah hari cuti untuk Azlan. Tapi, dia datang ke tempat kerja. Bukan, bukan. Bukan dia nak masuk bekerja pada hari yang sepatutnya dia cuti. Azlan gemuk kot. 8 dari 10 orang gemuk bukan Workaholic dan Azlan merupakan salah seorang dari 8 manusia gemuk bertuah itu.

Tapi, dalam semangat semangat Azlan itu, hatinya masih ada kerisauan. Seperti yang sedia maklum, agak lama juga Azlan tak berselisih dengan Lisa di kedai buku. Jadinya, tak mustahil usahanya untuk bangun pagi dan datang ke tempat kerja pada hari yang sepatutnya dia berehat adalah kerja sia-sia.

Jadinya, Azlan berniat dalam diri. Seandainya hari ini, dia tidak berjaya juga bercakap dengan Lisa, makanya itu adalah petunjuk dari Tuhan. Bahawa Lisa itu tidak mungkin sudi hendak menjadikan dirinya insane paling istimewa di hati. Mudahnya begitu. Serahkan segalanya pada takdir. Sekurangnya, dia tidak lagi mempersalahkan dirinya.

Langkah pertama masuk ke dalam Boarders.

Mengecewakan.

Lansung tidak nampak akan kelibat Lisa di mana-mana.

Tapi tak mengapa, mungkin dia sedang berada di dalam stor, fikirnya.

Tapi, sudah sejam berlalu dan mana mungkin hati Azlan mampu tenang. Sebab hari ini, dia sudah berjanji dengan Tuhan. Sekurangnya, dia perlu bersabar sedikit dan berusaha untuk yang terakhir kali. Jadinya, bagaimana? Fikir Azlan.

“Hai, hmm sorry ganggu. Boleh saya tanya sesuatu tak?” tegur Azlan pada salah seorang pekerja di kaunter bayar. Sebab mungkin shiftnya petang. Dia boleh tunggu lagi jika begitu kisahnya.

“Ya encik. Nak tanya apa ya?”

“Lisa mana ya?” tanya Azlan berani. Lagaknya seolah sudah lama kenal.

“Lisa, oh Lisa dah tak kerja dekat sini dah. Seminggu jugaklah dia berhenti kerja. Boleh saya tahu encik ni siapa?” Azlan tak menjawab.

Sebab yang ada di depan kaunter itu cuma jasad.

Roh?

Sudah selamat terbang menerawang ke tempat yang tidak ada siapa siapa yang tahu, tapi yang pasti ianya jauh dari sini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience