LANGKAH kakinya dipercepatkan semasa menuruni anak tangga. Izwan baru teringat akan kata-kata arwah ayahnya ketika arwah sedang dibawa ke hospital untuk dirawat dua tahun yang lalu.
"Wan, andai ayah ditakdirkan pergi buat selama-lamanya nanti, ayah nak Wan sampaikan pesanan ayah ni kepada Azwan. Ayah nak kedua-dua anak kembar ayah ni tetap tinggal di bawah satu bumbung, jangan berpisah sama sekali. Wan tolong sampaikan kepada Azwan, ye! Ayah sayang anak-anak ayah! Azwan dan Izwan permata yang sangat suci bagi ayah. jangan cemarkan kesucian yang ada pada kedua-dua cahaya mata ayah."
Sekali lagi kata-kata itu berlegar di minda Izwan.
"Abang, Wan nak cakap..." kata-kata Izwan terputus sebaik sahaja mendapati kelibat Azwan sudah tidak kelihatan.
"Mana pulak perginya Abang Azwan ni?"
"Abang Azwan! Abang dekat mana?" laung Izwan di ruang tamu itu.
telefon bimbit dikeluarkan dari poket baju melayu berwarna biru yang baru sahaja disarungkan sebentar tadi dan diletakkan di atas meja. Dia berjalan ke ruangan dapur untuk mencari Azwan namun tetap juga tidak kelihatan.
Baru sahaja Izwan hendak melabuhkan duduknya di kerusi yang berhadapan dengan televisyen berjenama Panasonic berskrin empat puluh dua inci itu, telefon bimbit yang ditinggalkan di atas meja ruang tamu tadi berdering. Dengan pantas Izwan berlari mendapatkan telefon bimbitnya itu. Izwan terus menjawab panggilan itu tanpa melihat siapa gerangan yang membuat panggilan itu.
"Assalammualaikum Wan," ucap si pemanggil.
"Waalaikumsalam... Abang Azwan dekat mana? Wan cari tak jumpa-jumpa," jawab Izwan seraya melabuhkan duduknya di kerusi.
"Wan, maafkan abang... abang terpaksa balik ke rumah mentua abang. Esok kita jumpa. Awal pagi abang datang."
"Alah... abang ni. Wan ada benda nak bagitahu abang ni. Ianya berkenaan dengan apa yang arwa..." Belum sempat Izwan menghabiskan kata-katanya, Azwan segera memintas.
"Isteri abang mengandung... Jadi, abang wajib utamakan dia sekarang ni... maafkan abang ye Wan."
Izwan tidak menjawab, lidahnya kelu untuk berkata-kata.
"Wan, helo? Wan masih di sa..." Izwan segera menamatkan panggilan.
Telefon bimbitnya dilemparkan ke atas meja itu seraya bingkas bangun dari kerusi dan terus mengatur langkah menuju ke arah tangga untuk naik ke tingkat atas. Telefon bimbitnya berdering sekali lagi namun tidak diendahkan.
"Ah, biarlah... malas aku nak layan. Masuk bilik, tidur lagi bagus!"
??????
"HANNA, terima kasih..." ucap Azwan seraya mengucup dahi isterinya itu.
"Terima kasih sebab?" sengaja Hanna Nadira bertanya.
"Sebab Hanna mengandungkan anak abang," jawab Azwan sambil tersenyum lebar.
Hanna Nadira menyandarkan kepalanya ke dada sasa Azwan sambil tersenyum bahagia. Manakala Azwan pula segera mengucup ubun-ubun isterinya itu.
"Hanna, sebenarnya abang dah sediakan nama untuk anak kita yang bakal lahir ni. Abang dah lama sediakan, semenjak kita mula-mula berkahwin dua tahun lepas lagi abang dah sediakan nama untuk anak-anak abang," ujar Azwan perlahan.
"Oh... ye ke?" soal Hanna Nadira seraya mendongak kepalanya merenung suaminya yang sudah pun tersenyum lebar itu.
"Ye."
"Kalau anak kita ni lelaki, abang nak namakan dia dengan nama apa?" soal Hanna Nadira, polos.
"Kalau lelaki, abang nak namakan dia, Faeez Faizarul Hisham," jawab Azwan dengan senang hati.
"Bagaimana pulak kalau anak kita nanti lahirnya, perempuan?" soal Hanna Nadira lagi.
"Kalau perempuan... Abang ingat nak bagi dia nama... Err... Kalau dia baby girl, abang ingat nak bagi Hanna ajelah yang namakan dia," ujar Azwan panjang lebar.
"Intan..." belum sempat Hanna Nadira habiskan nama itu, Azwan segera memintas.
"No! abang tak nak ada nama tu. Apa isteri abang ni dah lupa orang yang bernama Intan dot dot dot tu? Abang tak nak, nanti tak pasal-pasal anak abang berperangai macam dia jugak," tegas Azwan.
"Oh... Yelah, baru Hanna teringat! Hmm... Apa kata kalau baby girl kita namakan dia Nurul Natasya," ujar Hanna Nadira sambil tangannya mengusap perutnya yang masih belum menunjukkan seperti perut wanita mengandung itu.
Azwan merenung wajah isterinya lama. Dengan tiba-tiba sahaja air matanya mengalir keluar menyusuri pipi.
Hanna Nadira terpempan sebaik sahaja mendapati suaminya tiba-tiba sahaja menangis. "Abang, kenapa?"
"Tak... tak ada apa-apa, abang okey... Terima kasih."
"Terima kasih untuk apa pulak ni?" soal Hanna Nadira, pelik.
"Sebab Hanna terima abang seadanya, abang tak sangka, abang..." kata-kata Azwan terhenti sebaik sahaja jari telunjuk Hanna Nadira hinggap menyentuh bibirnya.
"Abang... Hanna janji akan tetap setia mencintai abang sampai bila-bila, abang cinta terakhir Hanna. Terima kasih kerana menjadi suami, imam kepada Hanna dan juga anak-anak kita," ujar Hanna Nadira panjang lebar.
"Hanna... Andai ditakdirkan abang pergi, abang berharap sangat agar isteri dan anak abang berada dalam keadaan selamat di bawah jagaan adik abang," ujar Azwan perlahan. Bergetar-getar suaranya ketika itu.
"Abang... apa abang merepek ni? Abang jangan fikir yang bukan-bukan... Abang mesti penat, kan?"
Azwan sebenarnya baru sahaja balik dari Tokyo, Jepun.
"Hmm... Hanna, i love you so much!" ucap Azwan perlahan.
"I love you more!" balas Hanna Nadira tersenyum bahagia.
Azwan merebahkan kepalanya di perut Hanna Nadira seraya berkata. "baby, jangan nakal-nakal tau? Nanti bila baby dah keluar, tolong jagakan mama untuk papa... Kesian dia. Kalau mama sedih, cepat-cepat pujuk dia ye! Papa sayang anak papa!"
Hanna Nadira tersenyum melihat gelagat suaminya itu.
Azwan kembali mengatur duduknya sambil menyandar di kepala katil. Sekali lagi dia merenung wajah isterinya. Kali ini tangannya pula mengusap pipi mulus Hanna Nadira dengan lembut. Hanna Nadira berasa pelik dengan tingkah suaminya itu. Renungan Azwan kali ini agak berlainan dari kebiasaannya.
Abang... kenapa ni? Kelakuan abang Agak pelik, getus hati Hanna Nadira.
??????
JAM sudah menunjukkan pukul 8:35 pagi. Izwan mencelikkan matanya. Tangannya meliar mencari telefon bimbitnya untuk melihat jam, namun telefon bimbitnya ditinggalkan di atas meja ruang tamu di tingkat bawah. Dia bingkas bangun seraya duduk di tengah katil.
"Mana pulak perginya handphone aku ni?"
Perlahan Izwan bangun dari katil sambil menggaru kepalanya menapak ke bilik air. Dia berhenti di hadapan cermin merenung dirinya sendiri dengan rambut yang serabai tak teratur.
"Oh ya! Baru aku teringat, semalam Abang Azwan cakap dia akan balik sini pagi ni..."
Cepat-cepat Izwan merampas berus gigi dan mencuci mukanya. Baju melayu berwarna biru yang disarungkan di tubuhnya malam tadi dilepaskan dan terserlahlah bentuk tubuhnya yang sasa itu.
Usai mandi dan menyarung baju T-shirt berwarna biru muda dan berseluar jeans biru, dia segera turun ke tingkat bawah. Izwan sangat gemar dengan warna biru. Manakala Azwan pula sangat gemar dengan warna hijau. Boleh dikatakan kesemua barang-barang yang dimiliki oleh Izwan dan Azwan berwarna biru dan hijau.
Telefon bimbitnya yang ditinggalkan di atas meja ruang tamu itu dirampas dan terdapat tujuh belas miss call dari abangnya, Azwan tidak berjawab.
"Hmm... Abang Azwan ni... nak call atau tak ni eh?" gumam Izwan. "Ah, takpelah... nanti dia akan balik."
??????
PAGI ini Azwan membawa isterinya bersarapan di restoran Akak Tini, juga merupakan restoran yang dimiliki oleh bekas pembantu rumah Dato' Arsyad. Ada berbagai menu disediakan pagi ini seperti mi goreng, nasi lemak berlauk, bihoon goreng, mi sup dan berbagai jenis kuih muih untuk hidangan sarapan pagi.
Azwan memilih nasi lemak berlauk serta air milo panas, manakala Hanna Nadira pula memilih nasi lemak sambal kerang, berserta air milo panas juga sebagai menu sarapan paginya. Sepatutnya Azwan balik ke rumah peninggalan arwah ayahnya pagi ini seperti yang dijanjikannya kepada Izwan, namun disebabkan Hanna Nadira teringin bersarapan di restoran Akak Tini, maka Azwan terpaksa akur menuruti kehendak isteri kesayangannya itu.
Sedang pasangan suami isteri itu khusyuk menjamu selera...
"Hai Hanna."
Satu suara garau memanggil Hanna Nadira.
Hanna Nadira segera menoleh ke arah datangnya suara garau yang memanggil namanya itu. Azwan juga turut sama menoleh ke arah yang sama.
"Amboi, sejak dah ada suami ni bukan main bahagia Hanna sekarang."
"Amir?"
Hanna Nadira terkejut sebaik sahaja mendapati bekas buah hatinya, Amir Raizil muncul secara tiba-tiba setelah dua tahun menghilangkan diri.
"Kau? Kau buat apa dekat sini?!" soal Azwan. Dengan serta merta amarah menguasai dirinya.
"Yo, bro! aku datang ni sebab nak bertanya khabar baby yang ada dalam kandungan girlfriend aku ni... tak boleh ke?" ujar Amir Raizil selamba.
"What?!" Azwan terpempan dengan kenyataan yang tidak berasas oleh Amir Raizil itu. buku limanya dikepal, bila-bila masa sahaja akan dilepaskan.
"Amir! Apa awak merepek ni? Datang tak diundang sekarang senang-senang aje cakap anak dalam kandungan ni anak awak?! Jangan nak jadi bodohlah..." ujar Hanna Nadira saraya bingkas bangun dan segera merapat dirinya ke arah suaminya.
"Hai Azwan, kesian kau, CEO company besar... tapi tak sangka sanggup menjadi kambing hitam. Cuba kau fikir, sejak akhir-akhir ni kau sibuk kan dengan urusan pejabat, sehingga nafkah isteri kau pun terabai," ujar Amir Raizil sambil tersenyum sinis.
Azwan segera merapatkan dirinya dengan Amir Raizil. Kemarahannya kepada jejaka itu semakin menjadi-jadi. "Kurang ajar kau!"
Bukk!
Satu tumbukan keras dilepaskan tepat ke muka Amir Raizil menyebabkan tubuh jejaka itu jatuh tertiarap di atas lantai. Dia cuba untuk bangun tetapi...
Papp!
Satu sepakan tepat ke arah pinggang Amir Raizil dilepaskan oleh Azwan.
Tidak jauh dari restoran itu, ada sepasang mata sedang memerhati. Suasana yang berlaku di dalam restoran yang agak kacau bilau pagi itu diperhatikan dengan senyuman. Hatinya bersorak gembira.
"Alangkah seronoknya melihat Azwan membelasah Amir... Padan muka kau Amir... Aku tak perlukan lelaki penipu macam kau... minggu lepas kau janji nak serahkan barang tu pada aku, tapi kau tipu aku bulat-bulat! Dan sekarang kau sudah pun masuk ke dalam perangkap aku, Amir..."
Intan Rashima bermonolog di dalam kereta Honda civic berwarna putih itu sambil menyaksikan suasana kacau bilau di restoran yang tidak jauh di hadapannya.
"Khairul Azwan, mulai hari ini, kau akan menjadi hak milik aku! semua kekayaan kau akan menjadi milik aku, hahaha! Dan jugak... aku ada kejutan buat kau, Azwan... Aku akan hantar isteri kesayangan kau ke neraka pagi ni," monolognya lagi.
"Macam mana kau tahu isteri aku mengandung?!" soal Azwan, bengang. Buku limanya digenggam kuat sambil tangan kirinya menggenggam baju Amir Raizil.
"Aku jugak berada di klinik tu semalam, aku yang temankan Hanna semal..." kat-kata Amir Raizil terputus.
Bukk!
Satu lagi tumbukan kuat dilepaskan oleh Azwan ke arah hidung Amir Raizil menyebabkan hidung jejaka itu berdarah.
"Bohong! Mama yang temankan Hanna semalam!" marah Hanna Nadira.
Azwan menjeling isterinya dengan jelingan yang tajam dan...
bukk!
Sekali lagi Azwan melepaskan tumbukan, namun kali ini ianya dilepaskan ke arah dada bidang Amir Raizil.
"Argghh!" Amir Raizil meraung kesakitan akibat tumbukan itu.
Azwan bingkas bangun dan terus melangkah keluar dari restoran itu meninggalkan isterinya di dalam.
Intan Rashima yang sedang bergembira melihat pemandangan di hadapannya itu tersenyum lebar.
"Wah... tak sangka rancangan aku menjadi! Yang ruginya nanti, kau Amir!"
Intan Rashima bermonolog sekali lagi sebaik sahaja melihat Azwan berjalan keluar dari restoran itu sambil diekori oleh isterinya di belakang. Azwan tidak perasan Hanna Nadira mengekorinya dari belakang.
Intan Rashima segera menekan pedal minyak keretanya. Dengan serta-merta kereta yang dipandunya laju menyusuri jalan itu menuju ke arah Hanna Nadira.
"Matilah kau, perempuan! Hahahaha."
Share this novel