Fakhrul melangkah masuk ke dalam bilik tidur mereka. Matanya merenung ke arah Hana Aishah yang kelihatan sedang tidur nyenyak.
Hana Aishah lansung tidak menyedari kehadirannya. Hari ini, pembedahannya habis lambat.
Pesakit yang dibedah mempunyai komplikasi sewaktu pembedahan di sebabkan bius yang diberikan, selepas isyak barulah pesakit itu dengan selamatnya dihantar ke ICU.
Fakhrul kembali ke rumah mengharapkan sambutan isterinya tetapi kecewa dia apabila hanya kesunyian yang menyambutnya. Sangkanya Hana Aishah sedang sibuk memasak di dapur tetapi yang ada hanyalah hidangan makan malam yang sudah siap dihidang.
Perutnya sudah berkeroncong tetapi setelah hari yang panjang dia lalui, Fakhrul mahu Hana Aishah menemaninya.
“Sayang!” Fakhrul melaung beberapa kali tetapi tiada sahutan. Dia yang memang sudah penat dapat merasakan rasa jengkel yang mula bercambah di hatinya.
Kakinya melangkah naik menuju ke bilik mereka. Beg bimbit di tangannya di pimpin. Selalunya Hana Aishah akan menyambutnya dan begnya akan diambil Hana Aishah sebelum diletakkan di pejabat mininya, tetapi perubahan rutin hari itu ditambah dengan kepenatannya membuatnya moodnya bertambah tidak baik.
Saat pintu kamar tidur mereka dibuka, Fakhrul melihat tubuh Hana Aishah yang sedang mengiring ke kanan berbaring. Nafas tenang isterinya beralun perlahan menandakan tidur yang nyenyak yang sedang mengulit tubuh Hana Aishah yang berbaju tidur kaftan berwarna ungu.
Dia berhenti sejenak berkira mahu berbuat apa dan akhirnya kakinya dihalakan ke arah bilik persalinan. Pakaiannya ditanggal sebelum tubuhnya dibaluti tuala hitam.
Sebelum dia masuk ke bilik mandi , sekali lagi di berdiri menatap tubuh Hana Aishah yang sedang mengeringkuk. Nyenyak betul tidur sampai lansung tidak menyedari kehadirannya.
Niatnya mahu mengejutkan Hana Aishah dimatikan memikirkan Hana Aishah yang sudah lama tidak mampu tidur nyenyak semenjak pemergian anak lelaki mereka.
“Anak engkau ke?” satu suara sinis memerli sekaligus mematikan ketenangan yang menyelubungi dirinya saat melihat tubuh isterinya yang beralun tenang bernafas itu.
Perasaan sebal tadi kembali dan kakinya terus melangkah menuju ke bilik air. Kerana ada satu kekosongan pada slot pembedahan, dia memasukkan salah satu pesakit yang sudah lama berada di dalam wad itu. Tidak dia sangka , pembedahan yang sepatutnya akan memakan masa paling lama pun dua jam itu, berakhir hampir masuk waktu isyak.
Usai membersihkan diri dan menunaikan solat isyak, Fakhrul terus melayan diri sendiri memakan lauk makan malam yang disediakan Hana Aishah yang sedang nyenyak tidur. Seleranya tidak banyak kerana penemannya tiada malam itu.
Tanpa berlegah lama, selepas mematikan semua suis dan memastikan semua pintu berkunci , kaki Fakhrul melangkah naik. Rindunya dia pada Hana Aishah hari itu. Selalunya dia akan pulang awal dan Hana Aishah akan sentiasa menemaninya di rumah.
Tetapi apabila segalanya berubah hari itu dengan kes pembedahannya yang penuh komplikasi, Fakhrul mahukan layanan Hana Aishah. Matanya memandang lunak ke arah tubuh Hana Aishah yang diselimuti gebar tebal berwarna kelabu gelap.
Nafasnya bertukar rentak saat tubuhnya dibaringkan di belakang tubuh Hana Aishah. Selimut tebal itu dilurutkan sebelum tubuh Hana Aishah ditarik merapati tubuhnya.
Bibir Fakhrul turun meneroka leher Hana Aishah diikuti dengan tangannya. Dia dapat merasakan gerakan balas Hana Aishah. Bibirnya terus mengukir senyuman lebar.
“Arghh” suara serak Hana Aishah mengadu tetapi Fakhrul masih meneruskan sesi eksplorasinya.
Saat mata Hana Aishah yang merah bertaut dengan matanya, Fakhrul sudah hilang segala pertimbangan. Anak mata coklat yang membuatkan dia hilang pertimbangan semenjak saat pertama mereka bertemu.
“Ya Allah. Abang. When did you get back? Aishah tak perasan. Sorry” suara lemah Hana Aishah bertanya tetapi tidak dijawab Fakhrul.
Tubuh Hana Aishah terus dibaringkan terlentang sebelum Fakhrul naik menindih. Telinganya dapat menangkap erangan Hana Aishah tetapi malam itu bunyi itu kedengaran seperti dalam kesakitan.
“Abang. Badan Aishah bisa sangat. It hurt everywhere” suara sebak Hana Aishah merayu tidak diendahkan Fakhrul.
“Ahhh. Abang sakit. Aishah nak rehat malam ni. Please abang” mendengar permintaan Hana Aishah itu, terus segala pergerakannya terhenti.
Matanya tajam menusuk ke dalam anak mata coklat isterinya. Wajah Hana Aishah yang pucat dan berkerut itu ditenungkan kegeraman.
“Can’t you just for once make me happy? Nak layan aku je mesti banyak alasan kau” kasar suara Fakhrul menengking sebelum perkara yang dia benci dilakukan Hana Aishah.
“Cry. Damn it. Why are crying again. I told not to cry right?” bibir nipis yang pucat dan merekah itu mengigil saat itu. Fakhrul tidak tahu kerana takut dengan tengkingan ataupun menahan tangisan tetapi dia benci melihat Hana Aishah sebegitu.
“Aishah mintak maaf. Aishah sakit sangat badan. Dari petang tadi. I’m coming down with something. Malam ni je abang. Esok Aishah dah sihat , Aishah janji Aishah layan abang” Hana Aishah meminta lagi. Air mata masih mengalir laju.
Fakhrul terus membangunkan dirinya daripada menindih Hana Aishah. Dia duduk di birai katil , bibirnya diam membisu.
“Allah” telinganya mendengar keluhan di bibir Hana Aishah, mengaduh kesakitan sebelum tilam itu terasa berombak seketika. Dia pasti Hana Aishah sedang cuba duduk dan sebentar lagi drama air mata akan bermula.
“Abang. Aishah mintak maaf. I’m really not feeling well. Badan sakit sangat” suara Hana Aishah memujuk itu hanya menjengkelkan hatinya. Bahunya yang terdedah itu dipegang tangan panas Hana Aishah.
“Kau jangan nak buat alasan Hana Aishah. Kau nak tipu aku lagi” Fakhrul membalas kegeraman.
“Kau merayap pergi mana siang tadi?” Fakhrul terus menuduh.
“Ke ada jantan datang rumah time aku tak ada?” sinis pertanyaan Fakhrul saat itu. Dia dapat mendengar esakan Hana Aishah.
“Aku cakap jangan menangis kan!” tengkingan Fakhrul bergema dan itu hanya membuatkan esakan Hana Aishah bertambah kuat.
“Diam” dalam sekelip mata, tangannya sudah naik ke pipi kanan Hana Aishah.
“Shut up! Shut your mouth!” kegeraman hatinya saat itu membuatkan sekali lagi pertimbangannya kabur.
Matanya terbayang cctv minggu lepas. Kedatangan Aiman ke banglonya. Walaupun Aiman hanya duduk di halaman rumah, hatinya sakit memikirkan Hana Aishah yang masih mahu menipu.
“He came right? I knew he came. You think you can lie to me” Fakhrul memandang penuh sinis ke arah wajah pucat Hana Aishah.
“Kau ingat aku bodoh ke Hana Aishah” Fakhrul menengking kuat sehingga bergema segenap bilik itu. Kali ini, bibir Hana Aishah menjadi sasaran tangannya. Dia melihat darah yang sudah mengalir turun daripada rekahan di bibir isterinya yang sudah koyak kerana tangannya.
“Did he came today?” rambut Hana Aishah ditarik kuat, sebelum dia berbisik di telinga Hana Aishah yang semakin kuat esakannya.
“You slept with him didn’t you? You don’t want me to find out that you slept with him that’s why you didn’t want to entertain me tonight” bukan lagi soalan, hanya kenyataan yang Fakhrul luahkan.
“Your son died because of you. Our family is ruin because of you. Still I want you but again and again you’ve proven me how much of a slut you are” kata - kata penuh tajam itu dilemparkan kepada Hana Aishah yang sedang merenungnya dengan lelehan air mata.
Anak mata coklat itu menanggung seribu derita saat itu. Suasana sunyi malam khamis diselangi dengan tangisan Hana Aishah. Tiada perkataan, hanya esakan yang membuatkan segala perlakuan Fakhrul malam itu bertambah kasar.
“Lagi kuat kau menangis lagi sakit aku buat” ugutan Fakhrul itu tidak memberi apa - apa kesan pada Hana Aishah. Air mata Hana Aishah gugur seperti tiada erti noktah.
Sepanjang malam itu, Hana Aishah terbaring kaku dan Fakhrul terus menghukum. Sudah satu minggu dia menunggu masa menanti isterinya untuk berterus terang dengannya tetapi sampai saat ini, Hana Aishah masih diam tidak mahu mengaku.
Setiap malam dia akan ke bilik kerjanya untuk melihat CCTV yang dipasang di setiap sudut rumah itu kecuali di dalam bilik mandi. Setiap hari dia menanti kedatangan lelaki itu dan Hana Aishah akhirnya membuktikan betullah tuduhannya selama ini.
“Bitch like you shouldn’t be treated with respect because you have no shame nor dignity” Fakhrul yang sedang berdiri itu merenung ke arah Hana Aishah yang sedang merenung ke arah jendela yang dilindungi langsir tebal.
Mata bundar itu terbuka luas dengan air mata yang seperti tiada henti semenjak beberapa jam lepas. Fakhrul memakai semua seluar pijamanya kegeraman. Kebisuan Hana Aishah menyakitkan hatinya.
“Kau nak cabar aku kan” Fakhrul menarik rambut Hana Aishah yang sudah kusut itu sebelum dia tarik tubuh itu kasar.
“Allah” suara Hana Aishah meraung kuat saat tubuhnya mencium lantai yang dialas dengan karpet tebal.
“Perempuan murah macam kau tahu malu ke Hana Aishah” Fakhrul memerli apabila Hana Aishah sedang kelam kabut menarik gebar tebal tadi untuk melindungi dirinya yang diseret tanpa seurat benang itu.
“Tempat perempuan tak guna macam kau bukan dekat dalam bilik aku” Fakhrul menyambung.
Raungan Hana Aishah dia pekakkan. Tangan kanannya masih menggenggam kuat rambut panjang Hana Aishah yang sudah kusut itu sekaligus menyeret Hana Aishah keluar daripada bilik kelamin mereka.
“Allah. Allah. Allah” daripada saat tangannya naik ke pipi Hana Aishah sehingga saat itu, hanya itu yang diungkapkan Hana Aishah.
“Don’t act all holy. Whore like you didn’t get to call to Him. Whore like you...” kata - kata itu tergantung sejenak apabila dia membuka pintu salah sebuah bilik di tingkat atas banglonya.
“Tempat kau dekat sini” dengan sekali balingan, tubuh Hana Aishah dicampak ke almari kayu di bilik itu.
Fakhrul tersenyum sinis melihat Hana Aishah menahan sakit apabila badan yang kurus mereheng itu sekali lagi dicampak kasar. Dalam keadaan Hana Aishah sebegitu, selimut yang digenggam kuat Hana Aishah terlepas.
Kaki Fakhrul melangkah perlahan ke arah tubuh Hana Aishah yang sudah berbirat. Dia mencangkung di sebelah Hana Aishah yang kelihatan sudah bernafas pendek. Tangannya menarik wajah Hana Aishah yang sudah dipenuhi hadiah peninggalannya sebentar tadi supaya memandang ke arahnya.
“Kalau aku nak pakai kau lagi, nanti aku datang. Ok sayang” tenang suara Fakhrul memberitahu.
Saat dia melihat mata Hana Aishah yang terpejam rapat, hatinya puas. Derita yang terpancar jelas di wajah Hana Aishah membuang rasa sebal di hatinya. Sekarang mereka sama - sama sakit. Bukan dia seorang seperti selalu.
“Its painful isn’t it?” dia berbisik pada tubuh Hana Aishah yang sudah terbaring di kaki almari kayu itu.
“This time you have to feel the pain that I felt. You cause me pain so its only fair for both of us to be in pain. Its not going to be like before. They are happy and I’m the only one drown in misery” kata - kata terakhir Fakhrul malam itu, disalut kesakitan. Sakit yang dia bawa selama lebih daripada tiga dekad.
****************************
“Fakhrul! Fakhrul!” suara garau yang diikuti dengan tepukan kuat berkali - kali dibahunya mengejutkan Fakhrul.
“Fakhrul!” sekali lagi suara yang semakin meninggi memanggil.
Fakhrul yang semenjak tadi kelihatan bergelut di atas katil terus mendudukkan dirinya. Matanya yang masih kabur itu digosok.
“Kau ok tak ni bro?” Fakhrul memandang ke arah Hariz yang sudah duduk di birai katilnya. Dia memandang Hariz bingung.
“Huh?” Fakhrul bertanya bingung. Kepalanya masih mamai dan mimpi tadi masih jelas dimindanya.
Hari itu dia ingat. Hari itu seperti hari - hari yang lain, dia menyakiti tubuh wanita yang sentiasa mahukan dia tersenyum tetapi yang dia beri hanyalah penghinaan dan kesakitan.
“Fakhrul. What is happening with you? Kenapa muka kau macam ni?” Hariz bertanya lagi kerisauan.
“Nothing” terus Fakhrul berdalih. Hariz memandang tubuh Fakhrul yang hanya berseluar boxer itu turun daripada katil. Fakhrul melabuhkan punggungnya di sebalah Hariz. Bibirnya kembali membisu. Mimpi tadi bermain di mindanya.
“If its nothing you wouldn’t be shouting and crying in your sleep” Hariz meluahkan rasa geramnya.
Tiada jawapan yang mampu dia beri dikala sepasang mata Fakhrul merenung ke arah permaidani tempat di mana Hana Aishah jatuh menyembam. Sakit yang dirasai Hana Aishah yang dia tahu bukan sahaja pada malam itu tetapi hari - hari semenjak dia melihat gambar - gambar dan video yang sebenarnya dihantar adiknya sendiri, tidak dapat dia bayangkan. Penyesalannya tiada henti tetapi masa tidak mampu dia putarkan.
“Bad dreams. What are doing here?” Fakhrul dengan pantas menukar arah perbualan mereka.
Cukuplah malam - malamnya dihantui dengan tangisan Hana Aishah dan bayangan segala kekejaman yang dia lakukan pada Hana Aishah. Hukuman yang dia terima semenjak pemergian Hana Aishah dia terima tetapi untuk menceritakan kembali segalanya, seperti menoreh kembali luka yang sememangnya tidak mahu sembuh itu.
“Don’t freaking change the topic” suara tegang Hariz yang semakin hilang sabar itu membuatkan Fakhrul mengeluh.
“I dont want to talk about it” Fakhrul mengangkat punggungnya pergi ke arah jendela yang isterinya tenung malam itu. Sepasang mata bundar berwarna coklat yang sentiasa akan bersinar bahagia sekiranya dia tiada. Diab oleh kira dengan jari saat – saat bahagia yang dia mampu beri untuk Hana Aishah.
“Kau pernah ke bagi dia bahagia?” suara hatinya sinis memerli lagi.
Langsir yang tidak pernah dia ubah itu dibukanya. Cahaya matahari menusuk ke dalam anak matanya. Rasa silau itu sekali lagi menyedarkan dia tentang hakikat , satu lagi hari berlalu tanpa Hana Aishah. Segalanya dirumah itu tidak pernah dia ubah. Segalanya berada di tempat yang sama semenjak pemergian Hana Aishah. Dia tidak boleh ubah.
“Apa nak jadi dengan kau ni Fakhrul? Enough is enough. Everyone has moved on. So does her” Fakhrul tertawa hambar mendengar kata - kata Hariz.
“Apa yang lawaknya?” Hariz bertanya kasar.
“Entah - entah Hana dah kawin lain siap ada anak bagai” niat Hariz sebenarnya mahu menyedarkan Fakhrul tetapi saat dia melihat tubuh Fakhrul yang terus berubah tegang, menyesal pula dia.
Suasana sunyi menyelubungi bilik tidur itu. Hariz mengeluh berat. Niatnya datang ke situ kerana bimbangkan Fakhrul. Sudah satu minggu lebih Fakhrul tidak muncul di hospital. Jadual kerjanya diuruskan Hariz dan pakar – pakar lain. Dia tidak kisah tetapi rakan sekerja mereka sudah mula berkata. Hariz melangkah perlahan menuju ke arah Fakhrul.
“Sorry man” Hariz memegang bahu Fakhrul yang tidak berbaju itu.
“I know my wife. She will come back. Hana Aishah will come back” suara Fakhrul kedengaran penuh keyakinan. Matanya merenung kea rah burung – burung yang berterbangan bebas di luar jendela.
“Untuk apa Fakhrul. Untuk kau sakitkan lagi dia ke?” Hariz bertanya jujur.
“You hurt her so badly Fakhrul. I fought for you every time someone said something bad about you” Hariz meneruskan bicaranya dengan berhati - hati. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
“It was tough growing up. Aku tahu bro. I was there with you. Every pain you went through” Hariz tersenyum pahit mengingatkan kenangan mereka membesar bersama.
Sesungguhnya dia bersimpati dengan nasib Fakhrul. Dia tahu kenapa Fakhrul jadi sebegitu, dia nampak setiap kesakitan yang dibawa Fakhrul daripada mereka tadika sampailah sekarang. Satu pengajaran yang dia belajar, dilahirkan dalam dulang emas bukan bererti segalanya indah belaka.
“But I can’t justify the wrong that you did to her. Kesian dia Fakhrul” Hariz menggelengkan kepalanya kecewa.
“You out of all people should know better than to hurt someone that cares about you deeply. She loves you and you pushed her away” Hariz bukan mahu menambah duka tetapi dia perlu menyedarkan Fakhrul. Fakhrul tidak boleh terus – terusan menyalahkan masa silamnya.
“You let her down. You let your son’s down” Hariz mengalihkan pandangannya ke arah Fakhrul. Dia dapat lihat kerongkong Fakhrul yang turun naik saat itu.
“So tell me. Kalau kau jumpa dia, kau nak buat apa? Sakit tu semua kau boleh padam? Sakit dekat badan mungkin dah hilang, but the emotional pain you’ve caused her” Hariz memandang ke arah Fakhrul yang masih diam membisu. Bola mata Fakhrul bergerak – gerak saat itu.
“Sampai hari ni aku tak sangka kau boleh sampai tahap ... Ya Allah, aku nak sebut pun tak sampai hati” Hariz meluahkan kekecewaannya.
“Sekali pun dia tak bukak mulut Fakhrul. Sekali pun dia tak bukak aib kau. Kalau aku tak nampak lebam dekat tangan dia, sampai hari ni aku tak tahu” jelas kekesalan di sebalik suara Hariz.
“You lost a good woman and honestly I don’t know in what way you think that you deserve her again” Hariz menggenggam tangannya kuat. Cuba untuk tidak menyakitkan hati sahabat baiknya tetapi sejujurnya dia tidak dapat menerima perbuatan Fakhrul.
Masing – masing diam membisu. Melihat matahari yang semakin meninggi tengah hari itu. Fakhrul dalam derita, Hariz dalam perasaan bersalahnya.
“Along told me. You’re planning to go to Scotland” Hariz memecahkan kesunyian mereka. Tiada jawapan daripada Fakhrul.
“Mak mertua kau macam mana? When is the operation?” Hariz bertanya lagi. Dia tahu Fakhrul marah dengannya tetapi sejujurnya dia takut. Takut sekiranya jodoh Hana Aishah dan Fakhrul sebenarnya sudah berakhir kerana ubat Fakhrul adalah Hana Aishah tetapi dalam masa yang sama dia takut kerana Fakhrul adalah racun kepada Hana Aishah.
“Bro. Aku…” kata – katanya mati saat melihat gelengan Fakhrul.
“I don’t deserve her. I knew that since the first day I fell in love with her” sebaris kebenaran yang Hariz tahu merobek segala ego seorang lelaki bernama Fakhrul.
Fakhrul yang sempurna. Fakhrul yang sentiasa tahu apa yang dia mahukan. Fakhrul yang akan pastikan dia dapat apa yang dia mahukan. Tiada apa yang boleh terlepas daripada genggaman Fakhrul. Lelaki bernama Fakhrul tidak pernah tidak layak untuk seseorang ataupun sesuatu. Untuk lelaki itu menuturkan kata – kata itu, Hariz tahu Fakhrul telah menemui jalan buntu. Untuk pertama kalinya, dia tidak dapat menyelesaikan sesuatu.
*****************************
Kaki Fakhrul melangkah turun. Wajahnya tegang pagi itu. Tidurnya semalam tidak lena. Walau seribu kali dia menolak, Fakhrul tahu ketiadaan Hana Aishah disebelahnya sewaktu dia bangun tidur akan membuatkan harinya tidak tenang. Dia sempat singgah di pejabat mininya untuk mengambil dokumen yang perlu dia gunakan hari itu.
Langkahnya laju menuruni tangga tetapi apabila kegelapan yang menyambutnya pagi itu, rasa amarah mula menguasai diri. Beg laptopnya berserta dokumen tadi dilemparkan di atas sofa. Matanya memandang ke arah tingkat atas rumah banglonya.
“Hana Aishah! Where`s my breakfast?” laungannya bergema di segenap rumah.
Dia melangkah ke dapur basah. Suis lampu ditekan sebelum dapur moden bertemakan warna kelabu gelap dan putih itu menyambutnya. Matanya merenung ke arah kawasan dapur yang bersih berkilat. Kemarahannya memuncak kerana sah Hana Aishah masih lagi tidur.
“Hana Aishah!” sekali lagi dia melaung sebelum kakinya mahu melangkah naik ke bilik isterinya tetapi langkahnya terhenti apabila satu bau yang busuk menusuk ke dalam hidungnya. Tubuh dia dipalingkan mencari punca bau tersebut.
Saat matanya melihat punca bau tersebut, Fakhrul terus diserang rasa bersalah. Kakinya melangkah laju menaiki tangga. Dia menuju ke dalam bilik tetamu iaitu tempat di mana dia menghumban tubuh Hana Aishah dini hari tadi. Matanya meliar mencari kelibat Hana Aishah disebalik selimut dan bantal yang bergelimpangan itu.
“Sayang” Fakhrul memanggil lagi sebelum matanya melihat ke arah pintu bilik air yang terbuka luas. Kakinya melangkah laju menuju ke bilik air itu sebelum dia terhenti kaku melihat adegan di hadapannya.
Hana Aishah yang masih berbalut selimut yang sudah dipenuhi dengan muntah yang bergelimpangan daripada tandas sehingganya ke tempat pancuran mandian yang terbuka. Hana Aishah duduk bersandar di dinding di bawah pancuran. Wajah yang semalam pucat itu bertambah pucat dia lihat saat itu.
“Astaghfirullahal azim. Sayang” Fakhrul melintasi lantai yang kotor dengan muntah itu, sebelum dia terus menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya. Baju sut dia sudah baca lecuh saat itu. Hatinya dipangguk rasa bersalah apabila tubuh Hana Aishah terasa panas berbahang walaupun pancuran air terasa sejuk membeku.
“Sayang. Hey, look at me” Fakhrul menepuk wajah Hana Aishah yang kelihatan seperti mayat hidup itu. Mata Hana Aishah yang bengkak memandang kuyu kearahnya. Mulut itu meracau bahasa yang tidak dia fahami. Saat tangan dia mencapai tangan kanan Hana Aishah yang sejuk beku, berbeza sungguh dengan tubuh badan isterinya yang lain, dia terus menarik Hana Aishah daripada pancuran air sejuk itu. Selimut yang membaluti tubuh Hana Aishah itu dilurutkan sebelum dia mencapai tuala kering.
“Let me dry you up first. Stay with me” Fakhrul dengan mudah membersihkan Hana Aishah daripada lendiran muntah dan mengendong Hana Aishah keluar.
“Adam” bisikan Hana Aishah membuatkan langkah Fakhrul semakin laju menuju ke biliknya. Secepat mungkin tubuh Hana Aishah dia sarungkan dengan baju sejuknya dan kedua – dua kaki yang kelihatan biru itu dia pakaikan stokin tebal. Di menarik sepasang selimut tebal sebelum diselubungkan badan Hana Aishah.
“Hello. Mr Fakhrul here. Send me all the list that I`ve sent at you to my house now” sambil dia menukar bajunya, Fakhrul menelefon kliniknya. Matanya sesekali memandang ke arah Hana Aishah yang masih meracau. Suara Hana Aishah kedengaran lemah setiap saat yang berlalu.
“I need it here at the latest in half an hour. If not all of you are fired” dia mematikan talian sebelum tangannya mendail pula satu lagi nombor.
“Sayang” dia mengusap rambut Hana Aishah yang lembap itu.
“Hello. Hariz. Inform them I cant make it for today`s presentation. My wife is not well” pendek pesanan dia maklumkan kepada Hariz sebelum dia mematikan talian.
“It hurt. Sakit” air mata Hana Aishah mengalir perlahan, sebelum tangannya diletakkan di perutnya.
“I know sayang. I`m sorry” Fakhrul menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya.
Bunyi deringan kali kedua di telefonnya mengejutkan Fakhrul tetapi melihat nama pemanggil dia tidak mengendahkan.
“I`m sorry. I should’ve listened to you” Fakhrul meluahkan kekesalannya. Pasti sakit Hana Aishah berganda pagi.
Melihat yong tau fu yang dibelikan untuk isterinya tengah hari semalam sudah berbau seperti bangkai busuk dan berlangau, Fakhrul tahu Hana Aishah benar – benar tidak sihat semalam. Dia pasti Hana Aishah keracunan makanan dan dia pula menghukum isterinya semalam.
“Sakit… Adam… sakit…..” Hana Aishah asyik mengulangi perkataan yang sama berulang kali. Air mata yang semakin mengering itu menggusarkan Fakhrul.
“I know. Hang on for a little while. I`ll get the fluids and medicine in. Then you`ll be fine” Fakhrul mengucup ubun – ubun Hana Aishah. Dahi Hana Aishah saat itu panas tidak terkata.
Tiga hari, Hana Aishah mengambil masa untuk sembuh. Tiga hari Fakhrul menjaga dengan memasukkan air dan juga ubat antibiotik di rumah. Dua malam yang membuatkan dia tidak lena dengan Hana Aishah yang meracau kerana panas badan yang tinggi. Pada hari ketiga apabila, muntah dan cirit birit telah berhenti, barulah Hana Aishah kembali pada perangai asal.
Seperti mana hari itu dan hari – hari yang lain dimana dia lebih laju menghakimi Hana Aishah daripada mempercayai isterinya sendiri, penyesalannya hanya datang setelah kebenaran terbukti. Lebih mudah sekiranya dia menghukum kemudian meminta maaf apabila kebenaran terbongkar daripada mempercayai kata – kata Hana Aishah dan kemudian di tipu wanita itu.
“Aishah mintak maaf susahkan abang this past couples of days. Kesian abang kena jaga Aishah. Dah besar gajah pun susah orang” jawapan Hana Aishah apabila Fakhrul memarahinya kerana baru sehari tidak muntah – muntah, Hana Aishah sudah memasak lauk tengah hari pada Isnin itu.
Benda yang dia takuti daripada hari pertama dia tahu akan perasaannya terhadap Hana Aishah, Fakhrul tahu dia tidak layak untuk Hana Aishah. Malam pertama dia membawa Hana Aishah ke rumah ibu bapanya di saat Fakhrul melihat Hana Aishah melayan Mary Irina dia tahu, dia perlu mengikat Hana Aishah padanya. Ikatan kuat yang dia akan pastikan tidak akan terputus walaupun apa pun yang terjadi. Ketakutan itu menjadi satu azam untuk dia memastikan Hana Aishah akan sentiasa berada bersama dengannya.
Tetapi kezaman itu yang membuatkan dia sendiri memaksa Hana Aishah pergi daripada hidupnya. Hakikat yang dia takuti itu terjadi kerana sebagai seorang suami , dia tidak mampu meletakkan kepercayaannya kepada isterinya sendiri.
****************************
“Hana. Its getting late. Give him to me” Scott menegur Hana Aishah yang sedang asyik mencium bau anaknya yang sedang tidur nyenyak itu.
“But he looks so angelic sleeping. And his smell is so addictive” Hana Aishah mencebikkan bibirnya ke arah Scott.
“And we intend to keep him like this at least till noon. Please my queen. Move your ass” Hana Aishah menjeling ke arah Scott apabila mendengar ayat Scott yang memerlinya.
“Its getting harder and harder to go for oncall as he grows up” Hana Aishah merangkul tubuh Adam rapat ke badannya. Hangat badan anak kecil yang sedang tidur nyenyak itu mendatangkan satu rasa bahagia yang tidak dapat dia ungkapkan.
“Hana. Come on” Emir yang memasuki bilik itu pula memanggil.
Hana Aishah merenung ke arah Emir yang sudah bersedia dengan baju sejuknya. Semenjak petang semalam hujan turun tanpa henti di Kota London. Mereka hanya terperap di dalam rumah. Amaran daripada Mikhail yang berada di Switzerland yang bimbang akan kesihatan Adam membuatkan rancangan Hana Aishah untuk bermain hujan bersama Adam di batalkan.
“I think I will EL today” Emir tertawa sinis mendengar rencana Hana Aishah.
“Hey I can EL if I want ok” Hana Aishah menjelirkan lidahnya kearah Emir.
“I think the last time you wanted to EL, I ended up speed racing you to hospital before 8am” Emir mengejek.
Hana Aishah kalau nak mengambil cuti sakit pun susah. Bukan kerana rajin berkerja tetapi lebih kepada tidak mahu kalah dengan Emery, musuh ketatnya.
“That stupid woman didn’t have any EL this year. I have so many EL last 2 years cause of Adam so hopefully I won’t taint mine. Cis” Hana Aishah menaikkan kening kirinya tanda tidak berpuas hati.
“Come on girl. Its slippery today, we cant drift” Scott terus menarik Adam yang sedang tidur nyenyak itu ke dalam pelukannya.
“Alaa. Cannot drift ke?” Hana Aishah mencebikkan bibirnya sebelum memeluk Emir erat.
“Don’t make that puppy eye” Emir memeluk bahu Hana Aishah sebelum membawa wanita itu menuju ke ruang tamu sebelum satu lagi drama air mata berlaku.
“I think I left something in the room” Emir terus menggelengkan kepalanya laju apabila Hana Aishah berdalih semakin mereka mendekati pintu rumah itu.
“Nope. Got everything in the car already. You oncall bag, pump bag and you study books” Mikhail menyeret Hana Aishah yang semakin perlahan langkah saat mereka melangkah ke dunia luar yang basah dan sejuk itu.
“Hana rasa macam tak sedap hati la Em. Emmm. Emmm. Macam . Emmm” Hana Aishah terus beralasan apabila Emir sudah mendudukkannya sebelum, tali pinggang keselamatan dipasangkan dengan selamat.
“Hana. Jangan mengada. Everytime you oncall you`ll be like this” Emir membebel sekaligus membuatkan hati Hana Aishah terusik. Terus bibir Hana Aishah dikunci apabila Emir sudah memulakan perjalanan.
“Hana” tangan kiri Emir mencapai tangan Hana Aishah yang sudah digumpal dia atas paha wanita itu.
“Sorry ok” Emir memujuk lembut.
“No. I`m being an ass. You are right. Its just that…” Hana Aishah mengeluh berat sebelum menyambung bicara.
“He is growing up and I`m missing a lot” suara Hana Aishah kedengaran sebak.
“Sweetheart. Its just for 24 hours ok. He`s not going to suddenly be able to count to 100” Emir mengeyitkan matanya mengusik.
“I know. Its just I feel like when I`m not with him, I… I… I failed him” Hana Aishah meluahkan kegusarannya.
“You know maybe Fakhrul has a point. A child needs a mother and... and… I`m busy chasing after my career” entah dari mana tiba – tiba muncul nama lelaki itu. Emir yang ikut terkejut itu, mengawal reaksinya.
“Hana” Emir memanggil selepas masing – masing terdiam membisu mendengar luahan hati Hana Aishah.
“I`m sorry” Hana Aishah melarikan wajahnya ke luar jendela melihat hujan yang turun renyai pagi itu.
“Whats actually going on girl?” Emir mengenggam tangan Hana Aishah kuat seperti memberi kekuatan.
“This started since after his second birthday. Tell me please. So … so I can help you” air mata Hana Aishah mengalir lebat saat mendengar kata – kata ikhlas Emir. Bibirnya bergetar menahan sebak.
“Sweetheart. Come on. I won’t tell on you” nada mengusik tetapi penuh pemahaman. Sikap Emir yang membuatkan dia senang bercerita.
Setiap seorang lelaki ini Allah datangkan untuk Hana Aishah dalam pelbagai karakter. Karakter yang membuatnya dapat melupakan segala masalahnya sebentar dan membenarkan dirinya menikmati keasyikan hidup walaupun hanya untuk sementara. Itulah Scott. Karakter yang membuatkan dia mampu meluahkan rasa sepertimana dia mampu berbicara dengan Wazir dan Fakhih. Itulah Emir. Karakter yang sentiasa membuatkannya terasa seperti dilindungi walaupun apapun badai yang datang. Itulah Mikhail.
Tiga lelaki yang mempunyai fungsi dalam hidupnya yang kucar kacir. Sesungguhnya kalau Allah tidak datang ketiga – tiga manusia ini ke dalam hidupnya , Hana Aishah tidak tahu bagaimana dia dan Adam mampu hidup di tanah asing ini.
“I miss home” air matanya mengalir. Kata – kata yang dia pendam semenjak umur Adam berganjak ke tahun kedua.
“I don’t know whats happening with me. I know I cant go back but the dreams kept coming. It felt like I`m being… being… being called home” Hana Aishah dapat merasakan air matanya yang mengalir semakin laju.
“I`m so dumb right” Hana Aishah tertawa sinis.
“They didn’t want me. They didn’t want my baby but I kept lingering around their foot like a shameless beggar. I`m so stupid. Ya Rabb” Hana Aishah mengesat air matanya kering. Perjalanan mereka seterusnya dilalui penuh kesunyian. Sesekali kedengaran bunyi Hana Aishah mengesap hingusnya yang mengalir.
“Alright Umi. We are here” Emir memberitahu sekaligus membawa Hana Aishah kembali pada realiti.
“Thank Em” Hana Aishah membalas pendek sebelum mahu lari turun tetapi Emir terlebih dahulu menahan.
“You are not stupid nor dumb” Emir memulakan bicara. Walaupun Hana Aishah tidak mahu memandang ke arahnya, Emir meneruskan bicaranya.
“You are the strongest most selfless mother I`ve met. You migrated alone; with so little money, no one to hold on to but you push through any hurdle that comes just for that tiny soul. You`d do anything for Adam. So never ever question how great of a mother you are to him” air mata Hana Aishah sudah mengalir deras.
“We are way beyond that mindset sweetheart. Just because you are a mother doesn’t mean that you need to sacrifices you career. You are a great doctor and also a mother and trust me when I say this, I honestly don’t know how you could juggle at being the best at both” saat itu, Hana Aishah terus memeluk Emir erat. Kata – kata itu, kata – kata yang sudah lama tidak dia dengari.
“Because I have the 3 of you. Thank you. Thank you” Hana Aishah berkata sebak. Emir merenggankan pelukannya sebelum dia tersenyum melihat wajah Hana Aishah yang sudah sembap itu. Dia mengelap air mata Hana Aishah kering sebelum tersenyum lebar.
“Go rock your way like you always do Umi. Adam will be waiting for you at home” Hana Aishah menganggukkan kepalanya laju. Semangatnya kembali.
“And by the way sweetheart, you don’t need to miss home?” Hana Aishah yang sedang berdiri di lobi hospital itu memandang Emir pelik saat mendengar kata – kata lelaki itu.
“Because we are your home” saat itu, bebanan di hatinya diangkat seketika.
“This is home” Hana Aishah menarik nafas lega saat dia menuturkan kata itu. Emir melihat wanita itu melangkah penuh keyakinan. Sudah hampir enam bulan dia tidak melihat keyakinan itu. Dia benar – benar berharap Hana Aishah akan terus kuat. Jujur dia tidak tahu bagaimana wanita itu masih boleh berdiri dengan ujian yang datang seperti tiada henti.
******************************************
“Dr Hana. Dr Emery is looking for you” Hana Aishah yang sedang berjalan menuju ke kafeteria hospital itu terus terhenti apabila jururawat yang sedang duduk di kaunter itu memaklumkan kepadanya.
“Gosh, now what” jururawat berbangsa Thailand bernama Jessi itu tertawa melihat reaksi kelat Hana Aishah saat itu.
Semenjak dia masuk shifnya, jumlah panggilan yang dia terima seperti tiada henti. Walaupun kebanyakan kes yang dirujuk kepadanya adalah mudah tetapi untuk memasukkan nota bagi setiap pesakit yang dirujuk itu membuatkan tangannya kebas.
“Ahh you know her dear. Just shut your ear off when she’s starts yapping” Hana Aishah tertawa mendengar jawapan Jessi berserta dengan gaya mengejek Emery. Emery bukan sahaja mempunyai masalah dengan Hana Aishah tetapi dengan kebanyakan staf. Wanita itu rasa hanya kerana dia dilahirkan di negara itu dia boleh menindaskan mereka yang berasal daripada negara lain.
“As if you can shut that ‘oooo why did you do this ... its suppose to be like this... yada yada yada’. I just got back from seeing referrals. I’m really hungry and I need to pump anyway. Haishhh. Just tell her I’ve been paged can you gorgeous “Hana Aishah benar - benar lapar dan tidak mahu berjumpa dengan wanita British yang berbadan seperti model itu.
“Go grab your brunch Dr Hana. Just ignore her. I know how to do deal with her. She just woke up at the wrong side of the bed” Jessi yang melihat kepenatan Hana Aishah terus membalas.
Pertama kali dia bertemu wanita itu, hatinya terus terpaut. Kelembutan Hana Aishah apabila berbicara, nada suara yang sentiasa menghormati rakan sekerja tidak kiralah mereka berpangkat apa. Sukar untuk dia ketemu di negara orang ini. Budaya timur yang penuh adab dan tata Susila itu amat jarang dilihat di situ.
“Thanks Jessi. Owe you big time gorgeous” Hana Aishah tersenyum lebar ke arah Jessi yang mengeyitkan matanya ke arahnya itu. perjalananannya disambung kembali.
Tidak cukup kaki dia hari itu menerima rujukan - rujukan daripada pelbagai jabatan di hospital itu. Sampai tidak sempat makan. Dengan keadaan dirinya yang masih lagi menyusukan Adam , badannya cepat letih dan memerlukan zat yang banyak.
Ini pun dadanya sudah mulai berdenyut kerana dia tidak sempat mengepam susunya semenjak masuk kerja pada jam 8 pagi tadi. Kasihan anaknya yang tidak akan berjumpa dengannya sampai keesokan harinya. Kalau dia oncall bermakna bermalamlah dia di hospital.
Kadang - kadang kalau waktu oncall nya tidak sibuk sempat juga Scott , Emir ataupun Mikhail membawa Adam ke hospital untuk berjumpanya. Tetapi melihat keadaannya hari itu, dia seperti dapat mengagak tahap kesibukannya.
Kakinya dilajukan menuju ke kafe untuk membeli makanan sementara dia sempat. Tidak sampai 5 minit Hana Aishah memborong , dia menuju pula ke bilik doktor oncall di tingkat 11 bangunan hospital itu. Sambil mulutnya mengunyah sambil itu dia memulakan proses mengepam susu badannya.
“Ya Allah. Ease my oncall today” Hana Aishah berdoa sambil matanya melihat hasil susunya yang tidak banyak hari itu. Inilah akibatnya kalau dia terlalu sibuk dan tidak cukup makan. Yang menerima natijahnya , anaknya Adam.
“Sorry Adam” keluhan berat dilepaskan Hana Aishah.
Adam masih belum mahu putus susu dan sejujurnya dia tidak rasa dia sudah bersedia. Perkembangan Adam yang masih lambat kalau disbanding dengan kanak – kanak sebayanya membuatkan Hana Aishah masih melihat Adam sebagai bayi kecil. Berbagai susu formula mereka cuba perkenalkan kepada Adam, satu pun dia tidak mahu.
Nasib baik Adam masih mahu makanan ruji walaupun sangat memilih. Oleh itu sekiranya Hana Aishah berkerja, susunya yang telah dipam akan diberikan kepada Adam oleh papa – papanya diselangi dengan makanan ruji. Tetapi kalau dia oncall sebegini, memang tidak tidur malamlah mereka mendengar amuka Adam yang mahukan dia untuk menyusu sampai tertidur.
Lamunannya terhenti saat deringan telefonnya berbunyi. Hana Aishah tersenyum lebar melihat nama pemanggil itu. Diletakkan roti sandwich yang dibelinya sebelum dia menekan punat pembesar suara.
“Assalamualaikum Umi” suara garau itu menegur.
“Waalaikumussalam Papa Mikha” ceria suara Hana Aishah menjawab walaupun jelas kepenatan di sebalik suara itu.
“You sound tired Hana? How’s your call so far?” suara Mikhail yang kerisauan itu bertanya. Hana Aishah dapat mendengar suara latar belakang yang agak bising itu.
“Bad as usual. Anyway, enough about me, you’re on the way to the course is it?” Hana Aishah membalas. Tangannya mengambil kembali sandwich yang masih separuh berbaki itu.
“In the car as we speak now. Hang in there ok. Just another 18 hours to go” Mikhail seperti selalu pandai memujuk Hana Aishah.
“I miss Adam. And the milk is not coming out that much because I’ve been busy plus I just had my brunch now” Hana Aishah mengadu kepenatan. Ini baru 6 jam masuk shift.
“I’ve asked Em to put the energy bar in your oncall bag yesterday. There’s 10 of it. Just bring 2 in your pocket everytime you see referrals. Don’t skip meals Hana. I told you right” Hana Aishah sudah tersenyum sendiri mendengar bebelan Mikhail itu.
“Ok Papa. Jeez. So garang” Hana Aishah mengusik. Hatinya gembira sikit apabila berborak dengan lelaki itu.
“Of course. Umi is not behaving well” Mikhail tertawa sambil membalas.
“I don’t think Adam can come to see me today. I’ll just have to suck in everything and wait till tomorrow “ bibir Hana Aishah sudah dicebekkan kesedihan.
“Angel. You know he’s fine at home with Em and Scott right. Don’t torture your mind like this. You’re working. And I’m far also. So better behave” Hana Aishah tersenyum kembali mendengar bicara Mikhail itu.
“Yeah. I know. I miss you by the way. Adam too. Its been a week already” Hana Aishah mengeluh berat.
Mikhail terpaksa mengikuti kursus di Switzerland untuk satu bulan. Sudah hampir seminggu lelaki itu pergi meninggalkan mereka. Rindunya anaknya Adam tidak boleh dibawa berbincang. Dua malam anak kecil itu mencari Mikhail. Nasiblah ada Scott dan Emir.
“I miss both of you too. So take care of yourself. I’m not there if you’re in trouble” Hana Aishah tersenyum pahit.
“I can’t thank Him enough for sending the three of you to me and Adam” sebak suara Hana Aishah memberitahu jujur.
“I’ve never imagined that a total stranger will take us in and accept us to this extend. When ... when ... “Mikhail hanya diam mendengar luahan ibu tunggal itu.
“God this is so hard. Its so hard to explain. When your family become a stranger and stranger becomes a family” deruan nafas Mikhail kedengaran di talian itu. Seperti selalu Hana Aishah tidak akan memberitahu cerita sebenar kepada mereka.
“Enough angel. You’re oncall now. Focus on that” Mikhail memujuk Hana Aishah.
Entah mengapa pagi tadi hatinya sudah tergerak mahu memanggil wanita itu. Betullah sangkaannya. Memang setiap kali Hana Aishah oncall , emosi wanita itu akan menjadi tidak stabil. Lama mereka berborak di talian. Apabila Mikhail pasti Hana Aishah sudah stabil sedikit barulah dia meletakkan ganggang.
Usai meletakkan talian telefon , kesunyian bilik itu mula kembali mengasak jiwa Hana Aishah. Apabila dia sudah menyimpan susunya di peti sejuk beku di bilik itu kakinya melangkah menuju ke jendela kecil di bilik oncall itu.
Mata Hana Aishah memandang ke bangunan pencakar langit di Kota London. Pemandangan daripada bilik oncall itu menggamit berbagai rasa. Sudah tiga tahun dua bulan dia berada di kota metropolitan itu.
Tiga tahun meninggalkan bumi Malaysia. Setiap hari dia bertarung untuk tidak memikirkan tentang tanah airnya. Rindunya dengan segalanya di sana tetapi dia tahu saat dia menjejakkan kaki di tanah airnya , nyawa Adam akan berada dalam bahaya.
Semenjak hari lahir Adam yang ke dua ini hatinya tidak keruan. Entah mengapa mimpi ngerinya menjadi semakin kerap. Emosinya semakin tidak stabil. Hana Aishah cuba untuk menguatkan dirinya tetapi semakin hari tekanan yang dihadapinya semakin hebat.
Perasaan bersalah kerana memisahkan Adam dengan Fakhrul menghantui sehingga saat itu. Setiap kali melihat Adam menumpang kasih tiga lelaki itu , hatinya seperti dicucuk sembilu.
“We just need to get pregnant again. Everything will be ok after this. Abang , sayang and our babies. It’ll be just us. Ok” kata - kata lelaki itu pada pagi terakhir mereka bersama. Erat pelukan Hana Aishah pagi itu. Mata Hana Aishah dipejam rapat seperti dapat merasai kehangatan tubuh suaminya. Haruman badan lelaki itu yang menyesakkan tetapi dalam masa yang sama menenangkan hatinya.
Hana Aishah cepat - cepat beristighfar saat itu. Dia perlu fokus. Sekarang saat dia sedang bertugas dia tidak boleh lalai dan terbawa oleh emosi. Bermain dengan nyawa manusia ini memerlukan dirinya untuk fokus.
Sejadah diambil , dia duduk memohon padaNya. Seperti selalu , tempat mengadunya. Untuk menceritakan keperitan yang dilaluinya Hana Aishah tidak kuat. Tiga lelaki itu sentiasa sabar dan setia untuk mendengar tetapi dirinya masih tidak kuat untuk mengikati dua tahun terakhir yang dilaluinya di Malaysia yang membuatnya dirinya pergi membawa diri.
Alat pager yang di pegang Hana Aishah berbunyi. Hana Aishah memandang alat itu seketika mengumpul balik kekuatan dirinya. Seperti yang diajar Prof William , nafasnya ditarik dan dihela beberapa kali. Perlahan - lahan hatinya mulai tenang.
Kali ini panggilan daripada ICU. Kakinya melangkah perlahan menuju ke lif tetapi saat itu dia seperti mahu memanjangkan masa perjalanannya untuk ke wad. Jadi kakinya berjalan perlahan menuju ke tangga kecemasan. Satu per satu langkah di ambil.
Hana Aishah mengosongkan fikirannya dalam setiap langkah yang diambilnya. Dia mengira setiap tangga yang dituruninya itu sampailah ke tingkat empat. Sewaktu kakinya mahu membuka pintu untuk menuju ke lobi itu , telefonnya berdering lagi. Lagu Maher Zain , InsyaAllah berkumandang.
Bibir Hana Aishah tersenyum buat kesekian kalinya melihat nama pemanggil daripada Malaysia itu. Satu - satunya manusia daripada tanah airnya yang masih berhubung dengannya.
“Assalamualaikum Pa...” Hana Aishah memberi salam ceria.
“Waalaikumussalam Hana. Anak papa sihat?” Hana Aishah merasa tidak sedap hati saat mendengar suara Tan Sri Fadhil. Suara yang terlalu tenang tetapi diselit kesedihan. Hana Aishah masak benar dengan suara bapa mertuanya.
“Sihat. Tapi papa macam tak sihat je tu. Papa tak jaga kesihatan lah ni. Hana kan jauh pa. Nanti Papa sakit macam mana Hana nak jaga” Hana Aishah membebel. Dia sengaja melambatkan langkahnya apabila dia semakin menghampiri aras yang di mahu tuju itu.
“Hana baliklah. Jagakan papa” suara bapa mertua yang tidak bergurau itu menghentikan langkah Hana Aishah.
“Papa. Papa kenapa ni? Papa sakit ke? Papa dekat mana? Hana balik sekarang tapi papa call dulu anyone there. Papa pergi hospital terus. Hana risau” air mata Hana Aishah sudah bertakung memikirkan segala segala kemungkinan yang bakal berlaku.
“Papa ok sayang. Hana jangan risaukan papa” Hana Aishah dapat mendengar suara Tan Sri Fadhil yang menanggung bebanan berat.
“Pa. Tell me the truth. Please pa” terketar – ketar suara Hana Aishah berbicara.
“Hana kuatkan. Hana anak papa. Jadi papa nak Hana zikir istighfar banyak – banyak. Ok sayang” Tan Sri Fadhil memujuk.
“Siapa pa. Please pa. Tell me” Hana Aishah seperti dapat mengagak perkabaran yang bakal dia terima.
“Hana ingat Allah ye sayang. Papa dah book flight Hana and Adam tonight. That’s the earliest flight I could get” salam cerianya berubah saat mendengar perkabaran yang diterimanya daripada Malaysia itu. Kakinya terus longlai saat itu. Hana Aishah terduduk di sebalik pintu itu. Air matanya gugur.
“Ya Allah...” kata - kata itu meluncur di bibirnya sebelum segalanya kelam saat itu.
*********************************
“Abang Fakhrul. Abang…” Fakhrul sedang melihat pesakit di kliniknya saat Alif Haziq menelefonnya. Esakan adik iparnya, menghentikan detik masa yang berlalu.
“Abang. Datang sekarang. Please…” raungan Alif Haziq membuatkan kakinya longlai saat itu.
“Astaghfirullah, astaghfirullahal azim” terkumat kamit bibir Fakhrul saat itu.
Share this novel
dear..oo..dear.stress i cam ni tau.....what happened...
salam maghrib dear.tqvm. miss u