Part 39

Humor Series 90875

Apa mimpinya Emir bersetuju untuk mengikuti aku ke majlis makan malam Tingkatan Enam aku sendiri masih tertanya-tanya. Ketika memasuki dewan hotel yang telah ditempah berkenaan, aku lihat separuh daripada dewan sudah dipenuhi dengan tetamu yang dijemput.

Mataku melilau mencari kelibat Emir. namun hampa. Kali terakhir aku melihat Emir adalah ketika dia meninggalkan aku di depan pintu masuk hotel dan dia menghilang untuk memakirkan kereta.

"Cari siapa tu? Suami terchenta ke?" Sapaan dari arah tepi sambil bahuku ditepuk lembut oleh Cikgu Jasmin menyebabkan aku terkedu.

"Eh, takdelah kak. Banyak dah yang sampai."

Cikgu Jasmin angkat kening lalu berjalan beriringan bersama aku. Kami berdua menuju kea rah meja yang sudah ditandakan oleh pelajar untuk para guru.

"Emir mana? Dia ikut tak?"

Aku menguntumkan senyuman. "Ada tadi. Tengah parking kereta kot." Lepas tu aku sendiri tidak tahu ke mana hilangnya manusia bernama Emir Hafiz.

" Rindulah tu. Mana boleh bagi lepas bini dia comel sorang ni."

Aku ketawa tanpa menjawab penyataan Cikgu Jasmin. Nampak gayanya modal Cikgu Jasmin dan Cikgu Aisyah membahan aku lebih banyak untuk malam ini.

"Awal ke akak sampai?" Aku bertanya sambil mengelih ke arah jam. Baru 8.00 malam. Majlis dijangka bermula jam 8.30 pm, menunggu VVIP. Kebiasaan, kebergantungan majlis untuk bermula awal atau lambat adalah bergantung kepada kedatangan VVIP. Kalau datang awal. maka awallah majlis bermula, dan juga sebaliknya.

"Awal dah. Gerak sekali dengan Aisyah dan Yam tadi."

Aku mengangguk seraya melangkah bersama dengan Cikgu Jasmin. Dari jauh kelihatan tangan cikgu Aisyah dan Ustazah Maream melambai-lambai ke arah kami, menandakan meja yang bakal diduduki oleh barisan guru. Ada 4 buah meja selebihnya diisi oleh para pelajar dan tetamu jemputan.

Sampai sahaja di meja, aku mengambil tempat duduk di sebelah Cikgu Aisyah. Dia tersenyum-senyum memandang Cikgu Jasmin, seolah-olah menghantar pandangan 'isyarat rahsia'. Aku angkat kening.

"Lawa dress Al."

Aku pandang wajah Cikgu Aisyah. Mata dikecilkan untuk memahami maksud di sebalik pujian yang berbaur dengan maksud tersirat itu. Bukan aku tidak nampak isyarat mata yang diberikan kepada Cikgu Jasmin beberapa minit yang lalu tatkala melambai kea rah aku.

"Ha ah, macam sedondon pulak dengan baju Emir tadi kan."

Aku terbatuk-batuk apabila CIkgu Jasmin menambah nama Emir di hujung ayatnya. Tidak dinafikan tatkala aku keluar dari bilik, hampir semput nyawaku apabila melihat Emir selamba memakai baju warna dan tona sedondon dengan dressku. Bagaikan berjanji. Entah kenapa aura Emir kelihatan memukau ketika itu.

"Eh yeke?"

Ustazah Maream yang kelihatan terpinga-pinga terus melilaukan matanya mencari kelibat Emir. Sesaat kemudian dia tersengih. Sah, nampak gayanya Ustazah Maream pun bakal berjemaah mengusik aku malam ini nampak gayanya.

"Haa, betullah. Al dengan Emir ni berjanji ke ?"

Purr.. Tersembur air yang berniat hendak membasahi kerongkongku. Aku terbatuk-batuk kecil. Cikgu Jasmin dan Cikgu Aisyah memandangku sambil tersengih-sengih. Suka melihat aku gabra tatkala aku dikatakan berjanji dengan Emir.

"Tengok tu Emir pandang sinilah."

Ayat Cikgu Jasmin membuatkan mataku terpandangkan Emir yang beriringan masuk bersama dengan Aizat dan Kea Hin serta beberapa lagi pelajar lelaki Tingkatan Enam Pluto.

"Entah siapalah dia pandang ye..." suara Cikgu Aisyah yang meleret sambil tepat memandang aku.

Aku berdehem sambil mata kembali merenung Emir yang sedang memandang kea rah aku. Tanpa dijangka matanya mengenyit ke arahku sebelum kakinya melangkah kea rah meja. Aku tergamam campur terkedu. Tidak menyangka aksi berani mati Emir tatkala aku sedang berkumpul dengan barisan guru yang lain.

"Woahhh... Apa tuu..." Cikgu Jasmi bersiul.

"Wahhh, Emir!" CIkgu Aisyah buat thumb up.

Aku buat facepalm. Menutup perasaan malu yang bertandang. Darah merah sudah naik ke mukaku, menyerbu serata bahagian mukaku tanpa meninggalkan sebarang ruang.

"Wah, Emir kenyit siapa tu?" Ustazah Maream tambah minyak.

Akhirnya aku hanya mampu berdiam apabila tiga orang guru perempuan yang berada di sisi kanan dan kiriku tidak berhenti-henti mengusik aksi Emir mengenyit mata. Semenjak tahu tentang hubunganku dengan Emir, Cikgu Jasmin dan CIkgu Aisyah tidak henti-henti mengusik. Masih segar lagi ingatan aku tatkala peristiwa beberapa hari lepas, ketika aku dan Emir ditangkap tanpa didakwa oleh dua orang guru ini.

Automatik mindaku mengingat kembali perasaanku ketika itu.

Kalau aku berada di atas lantai sudah pasti aku duduk dua sujud sekarang. sayangnya aku sedang duduk di atas kerusi sambil menundukkan kepala sekarang. kedua-dua tanganku saling mengenggam di atas lutut. Tidak ubah seperti orang yang tertangkap selepas melakukan kesalahan. Dari ekor mataku, aku lihat wajah Emir yang bersahaja. Tiada riak takut, pucat atau geram di mukanya. Relaks dan tenang, itu yang dapat gambarkan.

Rasa bersalah? Lebih kepada aku yang sedang mengalaminya sekarang. Isk, laki aku boleh tak dia tunjuk muka bersalah ke? Bolehlah sama-sama berjemaah rasa bersalah dengan aku ni. sesungguhnya sekarang ini tidak pernah membayangkan untuk berhadapan dengan situasi begini. Tidak pernah aku jangkakan perkara ini akan berlaku. Kalau berhadapan dengan Cikgu Ilham dahulu, Emir yang terlebih dahulu masuk campur dan menyelesaikannya, kot.

Namun apabila berhadapan dengan situasi sekarang aku rasakan Emir tidak akan banyak membantu. Mungkin lebih memburukkan keadaan. Aku takut. Emir sudahlah spesis manusia yang tidak boleh dijangka. Aku ketap bibir.

Buntu.

Itulah keadaan mindaku sekarang ini. Suara yang ingin keluar bagaikan tersekat di pita suara. Tidak keluar atau lebih tepatnya tidak mampu bersuara sepatah apapun tatkala dua mahkluk Allah ini duduk berhadapan dengan aku. Emir pula sudah mengambil tempat duduk di sebelah, dengan jarak yang dekat dan boleh menimbulkan syak wasangka.

"So, Al."

Aku telan air liur laju-laju. Perlahan-lahan aku angkat kepala, memandang dua wajah yang tepat merenung wajahku dan Emir silih berganti. Lebih tepat merenung lama wajahku sebelum beralih kea rah Emir.

"Husband?"

Soalan pertama yang keluar dari mulut Cikgu Yasmin sambil jari telunjuknya diarahkan kepada Emir kemudian menuju ke arahku. Emir tenang sambil memandang wajah CIkgu Yasmin. Sempat lagi dia meneguk ais lemon teanya. Kebetulan yang sangat menakjubkan apabila waitress datang membawa makanan kami berdua serentak dengan kemunculan CIkgu Yasmin dan CIkgu Aisyah yang ternganga apabila perkataan husband keluar dari mulut Emir.

Hebat tak?

"Yes. The first and the last."

Jawapan selamba Emir menyebabkan air yang sedang disedut oleh CIkgu Aisyah tersembur dari mulutnya, CIkgu Yasmin ternganga dan aku speechless. Allahu, kenapa suamiku dengan selambanya menambah ayat perasa di belakang. Tak boleh ke dia kata ye aje? Tak perlu gatal miang bulu betong tambah ' the first and the last.'

Aku terasa mahu menghantuk kepala di atas meja beberapa kali. Ingin menyembunyikan perasaan malu yang sedang meruap-ruap dalam diriku. Merah padam aku disebabkan suami terchenta aku ni.

Ayat tak cover langsung.

Aku lihat Cikgu Yasmin dan CIkgu Aisyah terdiam. Tidak menyangka ayat tersebut akan keluar dari mulut Emir yang terkenal dengan badboynya. Melihat reaksi yang dipamerkan oleh dua orang guru ini, tak payah percaya, aku yang selalu menghadapnya 24 jam sudah terbiasa dengan perangainya, sudah lali dengan ayatnya tetapi malangnya sampai sekarang aku masih lagi tidak terbiasa. Sadis tak?

"Wow, banyak-banyak benda saya tak pernah menyangka yang Al berkahwin dengan Emir." ayat penyata CIkgu Yasmin menyebabkan aku terkelu. Cikgu Aisyah terbatuk. After effect selepas tersembur air disebabkan ayat padu Emir.

Aku sebenarnya yang tidak pernah menyangka akan tertangkap basah kemudian dipaksa berkahwin dengan Emir. Itu kenyataan sebenarnya.

Aku senyum hambar.

"Lama dah kahwin?"

Aku pandang Emir dari ekor mata, seolah-olah meminta pertolongan. Namun Emir hanya jongket kening dan buat muka tak peduli.

"Baru aje."

"Sebab?"

Soalan yang menyebabkan aku dan Emir sama-sama bungkam dan terdiam tanpa mampu berkata sepatah apapun. Aku tidak tahu untuk menjelaskan bagaimana dan sebab apa aku dan Emir berkahwin. Cliché sangat ke kejadiannya? Ataupun memalukan bagi aku?

I really don't know how to put on it.

"Rah. Si .A ."

Suku kata yang dieja satu persatu menyebabkan aku menoleh kea rah tepi apabila mendengar jawapan Emir. Hampir saja aku sakit jantung apabila melihat aksinya. Jari telunjukknya di letakkan di atas bibir lalu matanya dikenyitkan kea rah dua orang guru yang berada di hadapan aku. Bukan guru muda tetapi guru yang sudah boleh dianggap seusia dengan ummi.

Allahu. Aku rasa macam nak facepalm muka sendiri. Suami aku ni ke? Dalam rasa macam nak facepalm muka aku sendiri, mukaku sudah merah menahan malu apbila senyuman boyishnya terukir indah di wajahnya. Matanya merenung wajahku.

"Just know that I love her so much that I cannot let her to be with other man than me."

Sungguh perasaan aku terbuai-buai ketika ini. Mukaku yang merah tadinya sudah berganda-ganda merah. Tidak pernah menyangka ayat romantis ini akan keluar dari mulut Emir. jantungku mendengdangkan irama lagu sentimental. Entah kenapa lagu Mohabattein terngiang-ngiang di telingaku.

"Ehemm.."

Deheman suara menggamit aku kembali ke dunia nyata. Apabila melihat wajah dua rakan sejawat yang tersenyum-senyum memandang kami berdua.

"Amboi semenjak Emir kenyit mata tadi kemain ye senyum memanjang. Sukalah tu," usik Cikgu Jasmin.

"Eh, mana ada."

"Yeke. Jangan tipulah. Tu, dari tadi Emir asyik menoleh sini aje." Giliran Cikgu Aisyah menambah rasa sambil menyiku lenganku.

Aku angkat pandangan memandang Emir yang tidak jauh dari meja kami. Kelihatan matanya tertumpu ke arah pentas sambil tangannya bermain dengan fonselnya. Mukanya kelihatan selamba, atau mungkin lebih tepat bosan. Selang beberapa minit dia berbual dengan pelajar lelaki di sebelahnya sambil bergelak ketawa. Aku kerut dahi. Mana ada Emir pandang aku.

Cikgu Jasmin dan Cikgu AIsyah tergelak. Aku pincing mata melihat gerangan guru dua orang ini. Kemudian aku tarik nafas. Mata difokuskan kea rah pentas. Kelihatan tayangan gambar-gambar pelajar Tingkatan Enam dan guru-guru ditayangkan di skrin untuk sepanjang dua tahun ini. Gambar aku sesekali muncul menghiasi skrin.

Aku tersenyum. Tidak sedar masa berlalu. Sedar-sedar sahaja anak muridku bakal melangkah keluar dari sekolah dan memulakan perjalanan mereka kea lam lain, sama ada memasuki alam universiti atau alam pekerjaan. Aku yang masih berkhidmat bakal merindui anak didikku, terutama Tingkatan Enam Pluto kerana di situlah langkah pertamaku bermula secara rasmi sebagai guru.

Sepanjang mengajar Tingkatan Enam Pluto ada suka ada duka, ada gembira dan ada kalanya aku bertukar jadi The Hulk. Pengalaman mengajar aku masih lagi sedikit berbanding dengan guru-guru yang berada di sekelilingku yang telah lama menumpahkan ilmu dan khidmatnya dalam bidang pendidikan ini.

Mataku dipincingkan kea rah satu gambar yang bagaikan menarik-narik perhatianku. Gambar yang menunjukkan aku sedang tersenyum gembira bergambar dengan beberapa orang guru yang lain. Tak silap rasanya ketika itu aku mula berkhidmat di sekolah ini. Latar belakang gambar tersebut ada beberapa orang pelajar lelaki termasuklah Emir. Menariknya, mata Emir ketika itu tepat memandang wajahku.

Mataku cepat mengarah kea rah Emir. kelihatan dia perasan dan dia tergamam sebentar. Mungkin tidak menyangka bahawa gambit tersebut muncul atau tidak menyangka dia tertangkap memandang aku.

Aku garu kepala. Betul ke dia pandang kau Althea? Entah-entah dia pandang depan kebetulan gambar tersebut diambil. Jangan cepat perasaan Althea. Malas untuk membuat spekulasi aku memandang semula kea rah hadapan. Kelihatan MC mengumumkan persembahan yang telah disediakan oleh pelajar untuk dinner kali ini.

Ada yang menyanyi, ada yang membuat ala-ala Maharaja Lawak, ada nada juga yang mengimbas kembali babak-babak guru mengajar dengan telatah pelajar dalam gelas. Kami semua tergelak ada ketika mereka membuat imitasi muka guru ketika sedang mengajar dan membebel.

Apabila MC mengumumkan persembahan istimewa aku tertanya-tanya siapakah gerangan orangnya. Ketika kaki Emir melangkah selamba ke atas pentas sambil membawa gitar, aku ternganga. Mataku terbuka luas.

Woah! Woah! Betul ke Emir ni? aku pejam celik mata beberapa kali. Memastikan jasad Emir yang yang sedang berdiri di atas yang diiringi oleh Aizat, yang turut membawa gitar. Di pentas Emir duduk di atas kerusi sambil memetik gitarnya beberapa kali. Dia berdehem beberapa kali kemudian memandang Aizat bagaikan isyarat untuk bersedia. Kepalanya dipalingkan kea rah hadapan semula, bagaikan bersedia untuk membuat persembahan.

"Err.. percubaaan 1, 2, 3." Dia tergelak kecil sambil tersenyum, menampakkan lesung pipit sebelah kanannya, diikuti dengan ketawa hadirin.

Pernah tak aku cakap Emir ni dia sangat kacak apabila dia senyum senget sebab lesung pipit kanan dia? Boyish and refresh.

"So this is my first time singing in front of you all and this song is especially for someone. Hope you enjoy it, sweetheart." Sambil kenyit mata.

Sumpah aku rasa jantung macam terkena panahan kenyit mata Emir ketika itu. Dalam masa yang sama seluruh dewan bagaikan gempar dengan confession Emir. Tidak kurang juga yang bersiul-siul. ada yang menjerit bertanya siapakah gerangan orangnya. Ada juga beberapa orang pelajar perempuan yang tersenyum-senyum memandang Emir, bagaikan mereka yang disebut oleh Emir.

Eh, puhhhlessss, its me okey! I am her sweetheart.

Erk, Althea kenapa bunyi jealous sangat ni. Aku gigit bibir.

"My god!! Al, romantic gila Emir!" Ujar Cikgu Jasmin. Mulutnya tidak habis berzikir 'woahh' dari tadi.

"Suami akak tak romantik macam ni. Untungnya Al." Datang pula komen CIkgu AIsyah.

"Wah, untunglah siapa dapat Emir ni. Dalam badboy dia ada juga versi pencair dan pemanah hati Emir ni," komen Cikgu yang duduk berhadapan meja aku.

"Yelah. Dalam hati ada taman gitu." Komen guru lain.

"Boleh cair budak perempuan sebab Emir malam ni."

"Haa, cikgu pun boleh cair kalau macam ni. Habislah suami akak lepas ni."

Dan komen guru-guru lain tenggelam apabila suara Emir bergema bersama alunan lirik dan petikan gitar Say You Won't Let Go, nyanyian asal James Arthur.

I met you in the dark, you lit me up

You mad me fell as though I was enough

We danced the night away, we drank too much

I held your back when you were throwing up

Suara Emir mula berkumandang. Wajahnya begitu menghayati seni kata lagu. Aku diam meneliti bait-bait lirik lagu.

Then you smiled over your shoulder,

For a minute I was stone-cold sober

I pulled you closer to chest

And you asked me to stay over

I said I already yold ya

I think that you should get some rest

Tiba-tiba mata Emir tepat memandang aku.

I knew I loved you then

But you never know

Cause' I am played it cool when I was scared of letting go

I know I needed you

But I never showed

But I wanna stay with you until we've grey and old.

Just say you won't let go

Just say you won't let go

Aku terkedu. Serasa darah merah menyerbu serata wajahku tatkala bait lagu berkenaan bagaikan luahan hati Emir kepadaku. Untuk sekejap, aliran nafasku bagaikan terkeluar dari landasannya tatkala mataku bertembung dengan renungan wajahnya.

I'll wake you up with some breakfast in bed

I'll bring your coffee with a kiss on your head

And I'll take the kids to school

Wave them good bye

And I'll thank my lucky stars for that night

When you looked over your shoulder

For a minute I forget that I'm older

I wanna dance with you right now

Oh, and you look as beautiful as ever

And I'll swear that everyday'll get better

You make me feel this way somehow

Entah kenapa suara Emir yang lunak mendendangkan bait-bait lagu ini bagaikan menghadiahkan sebuah janji untuk aku. Aku ketap bibir, menahan rasa yang semakin sesak dalam jiwaku.

I'm so in love with you

And I hope you know

Darling you love is more than worth its weight in gold

We've come so far my dear,

Look how we've grown

And I wanna stay with you until we've grey and old

Just say you won't let go

Just say you won't let go

Sekali lagi Emir merenung kejap wajahku. Luahan cinta Emir untuk kali kedua buat diriku. Dia senyum. Aku balas senyumannya. Entah kenapa mukanya bagaikan terkedu sesaat sebelum mukanya riang bagaikan disinar bulan purnama.

I wanna live with you

Even when we're ghost

'cause you were always there for me when I needed you most

I gonna love you till my lungs give out

I promise till death we part like in our vows

So I wrote this song for you for you, now everybody knows

Finally its just you and me till we're grey and old

Just say you won't let go

Just say you won't let go

Just say you won't let go

Oh, just say you won't let go...

Tepukan gemuruh memenuhi dewan. Pelajar lelaki bersiul-siul. Pendek kata tamat sahaja Emir menghabiskan lagunya ada yang sudah teruja untuk menggamatkan suasana ketika itu, tidak ubah seperti menghadiri konsert. Barisan guru pulak bertepuk tangan. Tidak kurang juga aku.

"Tak sangkanya Emir tu romantik diabetes macam ni. Boleh cair ni," komen Cikgu Jasmin sambil tersengih.

"Haipp kak.. suami akak 3 meter dari sini tau. Mana tau balik ni Abang Zul petik gitar untuk akak pulak," usikku.

CIkgu Jasmin tertawa sambil geleng kepala.

"Patutlah Al pilih Emir. Lagi bersemut rupanya daripada Ilham."

Aku cuma mampu tersengih apabila nama Ilham naik. Tidak mampu memberikan sebarang komen apabila melibatkan Ilham.

"Tak tidur malam la sweetheart Emir malam ni," usikkan Ustazah Maream menyebabkan gelak ketawa beberapa orang guru. Aku turut ketawa, menyembunyikan gemuruh yang bertandang.

Emir pula sudah turun bersama Aizat lalu membuat hi-5. Persembahan yang berjaya dan mengundang sensasi pada malam ini. Aku sempat menghadiahkan senyuman kepadanya.

"Eh, nak ke mana tu Al?" tanya Cikgu Jasmin.

Aku angkat kepala. "Tandas kejap."

"Oh ingatkan nak jumpa Emir. Ye lah, mana tahu nak balas balik confession Emir ke..." giat Cikgu Jasmin.

Aku tergeleng-geleng kepala.

"Jangan lama tau."

Aku hanya mampu ketawa sahaja lalu melangkah keluar dari dewan untuk ke tandas. Ketika hendak melangkah dewan yang menempatkan dinner entah kenapa aku terlihatkan kelibat Emir yang melangkah kea rah swimming pool luar. Kakiku bagaikan ditarik untuk mengikuti langkahnya. Kelihatan kawasan kolam renang ini malap dengan lampunya ketika malam.

"Stalking me sweetheart?"

Tercekik air liur apabila mendengar pertanyaan tersebut keluar dari mulut Emir. Jasadnya membelakangi aku.

"Macam mana awak tahu saya?"

Dia menoleh sambil tersenyum.

"Come." Tangannya dihulurkan kea rah aku.

Bagaikan magnet, kakiku sekali terdorong ke arahnya. Tanganku diletakkan di atas tangannya. Tanpa membuang masa Emir menarik aku dalam pelukan. Rapat hingga mukaku bertemu dadanya. Degupan jantungnya rancak berdegup di telingaku. Tangannya memeluk kejap belakang badanku.

Aku merapatkan lagi pelukan. hidungku menghidu bau wangian Emir. Maskulin dan membuai perasaanku. Mata dipejam sambil mengikut rentak badan Emir yang bagaikan sedang menari. Kakiku hanya menurut langkah kakinya.

"Lagu tu untuk saya ke?"

Aku angkat kepala memandang wajah Emir yang sedang merenung wajahku. Hatiku berdenyut. Dia senyum manis. Tangan kananya mengusap wajahku. Penuh dengan kasih sayang. Sejak bila lelaki ini begitu menenangkan jiwaku, yang membuatkan aku rasa selamat dengannya?

"For you, the only one and only my sweetheart."

Aku senyum lebar kemudian menyembunyikan wajah di sebalik dada Emir. Menahan rasa malu yang bertandang dan rasa gembira yang tidak terkata. Content as in a state of a peaceful happiness.

"Do you really mean it? In the song? Since when?" Aku bertanya.

Rasa ingin tahu. Sejak bilakah badboy yang sorang ni boleh jatuh hati dengan aku?

Dia ketawa. Daguku diangkat, memandang wajahnya.

"Rah. Si. A." Dia tayang giginya.

Aku ketap bibir. Boleh pulak dia kata rahsia.

"Alahhh..."

"This should be and solely my secret sweetheart."

Emir tayang senyum sengetnya apabila aku tunjuk muka tak puas hati. Main tolak tarik sorong papan tolak pintu pulak dia ni.

"Tak nak masuk ke? Karang nanti Cikgu Jasmine dengan Cikgu Aisyah cari."

Ayat Emir membuatkan aku segera melepaskan pelukan dari badan Emir. Baru teringat akan tempat aku berpijak. Hotel. Bukan rumah.

Emir angkat kening. Mukaku menahan malu. Aduh. Nasib baik kawasan malap sikit daripada cahaya dan posisi aku dan Emir tidak kelihatan oleh mata mata yang lalu lalang.

"Saya masuk dulu." Aku angkat kaki, berura-ura ingin melangkah. Namun tangan Emir cekap menangkap pergelangan tanganku. Dia berdiri di sebelahku lalu menundukkan mukanya. Terasa deruan nafasnya di telingaku.

"Just to let you know that, I fell at the first sight, then I fall hard."

Dan Emir terus melangkah penuh bergaya, tangan dimasukkan ke dalam poket sambil bersiul-siul. Sempat lagi dia mengenyitkan matanya untuk kali ketiga terhadapku.

uSumpah, ketika itu badanku bagaikan tidak mampu untuk menampang badanku untuk terus berdiri. Segala skru di badanku bagaikan hendak tercabut apabila mendengar diksi gramatis Emir yang boleh membuatkan jantungku berdegup lebih kencang dari normal, mukaku lebih merah daripada darah yang sedang mengalir dalam badanku.

Balik sahaja ke dalam dewan, aku minum. Haus.

"Al, kenapa muka merah ni?"

Aku terus pegang wajahku. Merah sangat ke?

"Did anything happened?" Suara Cikgu Jasmin yang bertanya sambil jongket kening beberapa kali menyebabkan aku terbatuk kecil. Dia tergelak bersama Cikgu Aisyah.

"Adalah tu kak. Who knows apa yang badboy buat untuk cairkan hati Al tu kan." Ayat misteri Cikgu Aisyah menyebabkan aku meneguk cepat-cepat air di tangan. Mereka berdua ketawa melihat telatahku.

Majlis makan malam telah sampai ke penghujungnya dan masing-masing mula sibuk untuk mengambil gambar, tidak terkecuali aku. Sempat lagi mengambil gambar dengan para guru dan pelajar yang lain, terutama sekali pelajar Tingkatan Enam Pluto.

"Emir, Al, jom ambil gambar," ajak Ustazah Maream.

Pada mulanya banyak dan entah kenapa hanya tinggal kami berdua sahaja. Aku pandang Emir, Emir pandang aku. Dan aku tak sedar Cikgu JAsmin cekap mengambil gambar kami berdua.

"Cikgu, boleh ambil gambar kami berdua tak?" tanpa segan Emir bertanya.

CIkgu Jasmin teruja. Cepat sahaja dia mengangguk dan mengambil fonsel Emir. Tangannya pula semakin seronok mengambil gambar kami berdua berbekalkan beberapa arahan untuk melakukan aksi bagi beberapa gambar.

"Emir, peluk Al."

Emir menurut arahan lalu memeluk aku. Aku terkedu. Cepat Cikgu Jasmin menangkap gambar kami berdua sebelum menghilang apabila dipanggil oleh suaminya. Sempat lagi thumb up dengan Emir yang tersengih-sengih memandang skrin fonselnya.

"Cantikkan?"

Emir menyuakan fonnya kea rah aku. Tergamam aku sesaat dua apabila melihat gambar candid yang diambil oleh CIkgu Jasmin. Perlahan-lahan senyum menghiasi bibirku. Entah kenapa gambar berkenaan begitu cantik.

Gambar aku dan Emir saling berpandangan.

*******************************************************************************************

Hi guyss,,,,,

I am so sorry for the late update...

but donno I am very excited for this chapter. Hope you guys too!

and lots of love for you guys for never forget about Emir. hehhehheeh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience