Bab 19

Romance Completed 207871

Wang pemberian Naim dimasukkan ke dalam poket. Intan kemudian kembali ke meja kerja Caden dan mengemaskan kembali apa yang patut. Usai semua siap seperti sedia kala. Intan bersedia untuk keluar.

Pintu dibuka dan troli ditolak keluar. Setelah memastikan pintu pejabat Caden betul-betul rapat, baru Intan meneruskan langkah ke bilik rehat Caden.

Sebaik sampai, password ditekan. Pintu dibuka dan troli ditolak. Intan menutup rapat pintu itu. Tidak mahu perkara tadi terjadi lagi.

Barang-barang untuk mengemas diambil dan terus menuju ke ruang tamu. Walaupun tak ada apa yang nak dikemas kerana masih dalam keadaan sama seperti semalam. Intan tetap mengelap meja, dan membuang habuk yang ada.

Selesai di ruang tamu, kaki melangkah pula ke ruang makan. Masih sama. Tugas diteruskan di dapur. Mug diambil dan dicuci. Setelah dilap kering, mug disimpan semula di tempatnya.

Pintu bilik air dibuka dan dibersihkan.

Sambil tangan dikeringkan. Intan melangkah menuju ke bilik tidur. Teringat pulak kejadian hari tu.

Hm.. Bahaya betul aura dia. Dah la Intan. Buat kerja.. Buat kerja.

Intan meninggalkan ruang tidur dan masuk ke bilik air untuk dibersihkan. Setelah kerja di bilik air selesai, barulah Intan menukar cadar dan sarung bantal.

Warna sama je.. Kelabu. Tak ada warna yang ceria sikit ke dia ni.. Lelaki sejati la kononnya tu.

Siap pun walaupun mengambil masa lebih lama dari biasa kerana hari ni, Intan melakukannya berseorangan.

Intan memerhati sekeling.. Cantik susun atur. Apabila terpandang ke balkoni, baru teringat yang meja di situ belum di lap.

Kaki diatur ke sana. Meja dan kerusi dilap cermat. Penat juga.. Intan tertarik dengan pemandangan dari tingkat paling atas bangunan ini. Kain diletakkan di atas meja dan Intan berdiri menghadap pemandangan. Kuat juga angin bertiup.

Untung kau Caden. Ada ibu bapa, adik dan keluarga. Hidup pun senang. Aku ni.. Siapa ibu bapa pun tidak tahu. Asal usul usah ditanya.

Mak yang menjaganya pula sudah tiada. Mujurlah ada ayah angkat. Kalau ayah dah tiada, pada siapa lah untuk dia hendak menumpang kasih.

Sabarlah Intan, mungkin ada hikmah disebaliknya.. Menitis air mata di pipi. Laju jari mengesat air mata di pipi.

Sedang Intan mengelap air mata, tiba-tiba ada tangan yang mengepung Intan. Kedua-dua tanggannya di letakkan pada pengadang di balkoni.

"Are you crying?" perlahan suara itu membisik di telinga.

Terperanjat Intan, pantas memusingkan tubuhnya ke belakang. Sikit sahaja lagi hidung Intan nak terkena dagu Caden. Pantas Intan mendongak.

Pandangan Caden waktu itu sukar dimengertikan, tajam tapi asyik.

Tangan kanan Caden naik mengusap lembut pipi kiri Intan dan ibu jarinya bermain-main di bibir merah itu.

Intan seakan hanyut dengan tindakan Caden itu. Mata saling memandang, dapat Intan lihat beberapa kali Caden menelan liur. Matanya pula kini seakan melekat pada bibir Intan.

Awak jangan macam ni Caden. Iman saya pun tak berapa nak kukuh jugak ni. Silap haribulan nanti saya yang cium bibir seksi awak tu dulu. Aum..

Cium! Bulat mata Intan.

Bagai tersedar, pantas tangan Intan menolak dada bidang itu. Nasib baik tak terlentang.

"Sorry" laju bibir Intan tuturkan kata.

Caden seperti yang baru tersesar, laju menyapu muka dengan tangan kanannya.

"Awak menghayalkan saya.." perlahan tutur Caden.

"Tuan Caden cakap apa?" soal Intan.

Caden tegak memandang Intan.

"Marry me" jelas suara itu kedengaran.

Dia cakap marry me kan. Kalau google translate maknanya kahwini saya. Kan.. Kan..

Caden ajak aku kahwin ke? Terkelip-kelip mata Intan tidak percaya.

"Marry me Afrina" ulang Caden lalu kedua belah jemari Intan dipegang.

Terkejut Intan dengan tingkah Caden. Wajah itu pantas dipandang.

Dapat dilihat pandangan Caden waktu itu, penuh dengan ikhlas dan pengharapan.

"I know you have feeling for me too" kata Caden. Matanya masih tidak beralih dari wajah Intan.

"Kita kahwin dan lari jauh dari tempat ni. Saya penat, saya dah penat sangat" kata Caden perlahan lalu melepaskan jemari Intan dan melabuhkan duduk di kerusi rehat balkoni.

Tertunduk wajah itu.

Sedih sangat bunyinya. Kenapa pulak ni..

"Tuan, Tuan sedar tak apa yang Tuan cakap ni?" soal Intan sebaik dia turut melabuhkan duduk di kerusi rehat sebelah Caden.

"Call me Anaqi" balas Caden yang masih lagi dalam posisi yang sama.

Anaqi? Adui.. Parah dah dia ni.. Kalau aku ikut, dengan aku-aku sekali parah. Memang la aku ada la rasa sikit pada si Caden ni. Sikit la..

Ye ke sikit? Dok berangan tak habis-habis, tu sikit? Membongak je kau Intan.

"Ish, ye.. ye.. Banyak.. Puas hati!" kata Intan

Caden mendongak kepala memandang Intan di sebelah.

"Apa?" soal Intan.

"Apa yang banyak?" soal Caden kembali.

"Banyak? Oo.. Suka awak la" eh! Laju mulut ditutup dengan tangan.

Kau memangkan, dengan Caden je datang la perangai kau tu Intan..

Besar senyuman Caden.

"I know it. Jadi, awak setuju?" Caden giat bertanya jawapan.

"Hah, Setuju apa?" soal Intan lupa. Nak kena ketuk ni.

Pantas jari Caden naik menjentik hujung hidung Intan.

"Ouch, sakit la" merah hidungnya kena jentik.

"Setuju kahwin dengan saya" jawab Caden yakin.

Caden kalau la awak tahu siapa saya. Agak-agak awak ajak saya kahwin juga ke..

Panjang nafas dihela. Nak kahwin macam mana Caden, awak tu termasuk dalam senarai suspek saya. Saya tak boleh ada hubungan dengan suspek Caden, nanti akan jejas siasatan, akan ganggu pertimbangan.

"Tuan Caden.." belum sempat Intan teruskan ayat, pantas Caden memotong.

"Anaqi. Saya dah cakapkan" tegur Caden perlahan.

"Ye la Anaqi sayang oi.." senyum Caden mendengar Intan memanggilnya begitu.

Amboi.. Murahnya lah senyuman dia hari ni. Kalau tidak tu, payah nau..

"Dah, jangan nak perasan. Saya nak tanya. Awak ada masalah ke? Sampai nak lari dari sini. Ke awak ni ada hutang along?" Intan bertanya.

"Amboi.. Ingat saya ni kaki hutang ke." balas Caden.

"Dah tu. Polis cari?" tanya Intan lagi.

Kali ini Caden hanya diam. Biar betul ni.

"Polis cari awak ke?" soal Intan lagi.

Caden menoleh pandang pada wajah Intan.

"Tak.. Not me" balas Caden perlahan.

"Dah tu apa yang nak lari. Along cari pun tak, polis cari pun tak. Abis, apa masalahnya?" tanya Intan tak puas hati.

"Awak memang macam ni ye, akan tanya selagi tak dapat jawapan" kata Caden lalu menyepit hidung Intan dengan jari telunjuk dengan jari tengahnya. Menjerit Intan.

Ish, dia ni. Nak main sepit-sepit pulak.. Aku sepit di celah ketiak baru ada akai.

"Sekarang ni awak fikir apa yang saya cakap tadi okey" kata Caden lalu melangkah masuk ke dalam rumah.

"Eh.. Nanti.. Nanti.. Fikir apa pulak. Tak payah fikir. Jawapan dah ada. Tak nak" kata Intan.

"La la la la la.." bising mulut Caden dengan tapak tangan pula naik menutup kedua-dua telinga.

Tak nak dengar la tu. Ingat kiut sangat la buat macam tu? Tapi memang kiut pun. Sikit la. Hihihi.. Intan senyum gatai.

Laju Intan mengejar langkah Caden masuk ke dalam. Malas nak layan.

"Tuan Caden.. Saya keluar dulu" jerit Intan pada Caden yang ada di dapur.

"Panggil macam tu lagi, saya cium" jerit Caden dari dapur. Terdengar dia ketawa. Suka..

Eleh, kau pun sama. Suka kan.. Dah, dah.. Keluar cepat. Bahaya, nanti lain pulak jadinya.

Tersengih-sengih Intan melangkah keluar bersama troli.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience