BAB 2

Romance Completed 497

“ Lembap sangat.”

Kimi tertawa kecil. “ Kau tu yang baran sangat.”

“ Lain yang aku order lain yang sampai.” dengus Syairi.

Kimi geleng kepala. Dia kenal Syairi bukannya baru sehari dua. Dah lama sangat dah. Dah arif sangat dengan perangai Syairi yang panas baran dan kasar. Kasar Syairi langsung tidak mengira lelaki ke perempuan. Boleh dikatakan, dia belum pernah melihat kawan baiknya itu melayan perempuan dengan elok. Bukan tak ditegur, sudah banyak kali tapi Syairi langsung tidak berubah. Syairi boleh dikategorikan sebagai seorang yang no manners. Tapi syukur, tidak kepada orang yang lebih berusia dari diri dia. Sebab tu Kimi masih boleh tahan dengan perangai Syairi. Kalaulah Syairi kurang ajar macam ni dengan orang yang pangkat pak cik, mak cik, datuk atau nenek, memang dia sendiri tidak fikir banyak kali untuk turut memarahi kawan baiknya itu.

“ Macam mana kau tahu aku kat sini?” soal Syairi.

“ Aku main teka je. Nasib baik terus jumpa. Kau tunggu lama ke tadi?”

“ Lama tak lama, basah jugak baju aku ni.”

Kimi sengih bersalah. “ Sorry wey. Aku ada emergency tadi.”

“ So, nak bincang apa?” Syairi tolak pinggan yang sudah kosong. Kimi dipandang.

“ Eh kau tak order air ke? Aku hauslah. Nak kena minum dulu ni, baru boleh discuss.”

“ Kau nak, kau orderlah. Aku malas. Nanti order Coke, yang datang 100plus.”

Begitulah Syairi, sekali orang buat salah kat dia, sampai bila-bila pun dia takkan percaya kat orang tu. Kimi berani kerat jarilah, lepas ni Syairi memang takkan jejak kaki ke Bad’s Kitchen ni lagi.

“ Dik!” Kimi memanggil pelayan untuk memesan minuman.

Syairi & Azalea

Sweater disarung ke tubuh yang hanya dibaluti baju-T hitam kosong. Azalea melihat dirinya dalam cermin. Seperti biasa, wajahnya pucat tanpa sebarang make-up. Rambutnya dibiarkan mengurai menyembunyikan sedikit wajahnya.

Azalea cuba untuk mengukir senyuman. Tapi tidak sampai beberapa saat, senyumannya itu padam. Dia rasa macam orang macam dia tak layak untuk tersenyum. Kerana itulah, dia tidak pernah mengukirkan senyuman. Kalau ada pun, senyuman nak tak nak, senyuman terpaksa, senyuman yang tak ikhlas dan yang sama erti dengannya.

Azalea cepat-cepat melangkah keluar dari rumah banglo tiga tingkat yang indah hanya di luaran itu. Meninggalkan rumah itu membuatkan hatinya lapang, walaupun untuk seketika. Bagi orang lain, rumah adalah syurga mereka. Tapi bagi dia, rumah itu neraka.

Azalea menghentikan langkah apabila sampai di hadapan Oui Café. Dia tidak pernah memijakkan kaki ke café ini. Dengar cerita, tiap-tiap malam ada kumpulan yang akan menyanyi di sini dan kumpulan itu cukup terkenal dengan muzik rock mereka. Dan rasanya suara dari kumpulan itu yang menghentikan langkah Azalea sekarang ni.

Azalea tidak masuk ke dalam café. Dia mencari port sendiri di luar café tersebut, yang boleh membuatkan dia mendengar dengan jelas nyanyian dari dalam. Dia tidak suka orang ramai. Dia suka bersendiri. Macam sekarang ni. Duduk di bersandar di tepi Oui Café.

Suara nyanyian itu sudah hilang. Azalea masih setia ditempatnya, menunggu sambungan nyanyian. Dah hampir satu jam dia duduk di situ dan mendengar beberapa buah lagu dendangan band yang tidak diketahui nama itu.

“ Ehem!”

Azalea terus mendongak bila terdengar orang berdehem. Tidak jauh dari tempatnya, berdiri seorang lelaki dengan baju-T hitam dan seluar denim biru muda. Azalea dapat melihat sebatang rokok terselit dicelah jari kanan lelaki dengan rambut messy itu.

“ This is my territory.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience