Dah kenapa dengan aku ni? Macam orang gila jak, senyum sorang-sorang kekadang ketawa sendiri. Setahu aku, aku masih waras lagi. Tapi entahlah bila aku nampak jak dia aku jadi tak keruan. Apa dah jadi dengan aku ni!!? Takkan aku suka dengan dia kot?
"Hoi!" Teguran itu membuatkan Ariana tersedar daripada mengalamun.
"Mak kau meletup terbelah dua!" Latah Ariana sejurus menoleh kepada gelaran yang telah membuatkan dia terkejut. Lalu dia melihat kawan baiknya Syazlin sedang ketawa terbahak-bahak atas latahannya itu.
"Kau nii kan Lin! Nak aku sakit jantung ke ape." Marah Ariana kepada Syazlin.
"Alololo, sorrylah aku saja jak tadi tu. Sorry ye." Kata Syazlin meminta maaf sambil menahan ketawa nya itu. Aku terus menunjukkan muncung itik ku sambil menjeling ke arah Syazlin. Dah jadi tebiat aku merajuk begitu.
"Larr.. jangan lah merajuk. Nanti aku belanja kau time rehat nanti ok." Wajah ku terus bertukar menjadi gembira bila dengar 'belanja' dari mulut Syazlin.
"Ouuyah kenapa kau termenung jauh tadi. Tengah fikirkan boyfriend ke?" Usik Syazlin. Dia kalau tak usik aku sehari bukan Syazlin lah namanya.
"Ishh kau nii..kau tahu juga kan aku mana ada boyfriend."
"Yelah, yelah aku gurau jak tadi tu." Lalu kami sama-sama masuk ke dalam kelas
Eh lupa pula.Nama aku Ariana Qaysarah Nikita binti Mohd Razlan. Umur aku baru je 14 tahun. Dan aku tinggal hanya bersama ibu je kerana abah aku dah meninggal sejak aku berumur 8 tahun.Yang tadi tuu best friend aku, namanya Putri Syazlin binti Zainal. Dia ni kawan aku sejak sekolah rendah lagi. Kami sangat rapat. Aku dah anggap dia macam keluarga aku sendiri.
Kering!! Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Aku laju-laju pergi ke arah Syazlin kerana dia dah cakap nak belanja aku.
"Amboi kalau nak dibelanja laju kau ye." Perli Syazlin. Aku hanya ketawa dengan kata Syazlin tu sambil keluar bersama-sama menuju ke kantin.
Di kantin, separti yang dikatakan, Syazlin membelanja aku mee goreng dengan segelas jus oren. Dia pula beli mee goreng juga dengan segelas air milo lalu kami duduk di meja kantin separti biasa. Habis saja aku menjamah mee goreng ku, aku melihat jam tangan ku dan masih ada 20 minit lagi sebelum habis waktu rehat.
"Lin aku nak ke pusat sumber dulu ok. Kau nak ikut tak?"
"Tak pe lh, aku nak siap kan nota yang Miss Rose bagi di kelas."
"Bah" Sudah jadi rutin harian aku pergi ke pusat sumber setiap hari..aku pun tak tahu kenapa.
Aku mendaki tangga untuk pergi ke pusat sumber. Dan bila aku buka jak pintu pusat sumber, sejurus seorang lelaki memberi senyuman kepada ku. Dia lah Mohd Adrian Zairie bin Mohd Zariff. Dia seorang PPS (Pengawas Pusat Sumber) di sekolah ni. Aku separti biasa mengambil novel yang aku suka lalu ku selak dan membaca sambungan nya. Sekali aku melirik kan mata ku ke arah Adrian yang sedang sibuk menyusun buku ke dalam rak lalu dia menoleh ke arah ku. Cepat-cepat aku melari kan mata ku melihat buku yang ku baca. Malunya aku kalau dia tahu aku perhatikan dia tadi. Bisik hati Ariana. Adrian yang sudah habis menyusun buku ke dalam rak lalu dia pergi menghampiri ku.
"Hai" Kata Adrian.
"Hai" Balas ku semula.
"Apa tajuk buku yang awak baca tu?" Tanya Adrian
"Sekeping Cinta" Balas ku
"Berapa bab yang ada dalam novel tu?"
"Semuanya ada 50 bab tapi setakat ini saya baru baca sampai bab 36 je."
"Ouh" Katanya kemudian. Suasana terasa agak kekok tiada pentanda mahu mula berborak. Akhirnya Adrian bersuara.
"Awak dah makan?"
"Dah baru je tadi"
"Ouh..esok kita makan sama-sama ok." Kata Adrian sambil senyum melihat ku. Aku jadi gamam.
"Ariana?"
"Ariana?" Panggilnya.Tak sangka orang yang macam Putera yang sudah mencairkan ramai wanita mengajak aku makan bersama-sama nya esok. Bagaikan mimpi.
"Ariana" Panggilnya lagi dengan suaranya yang sedikit kuat. Aku pun terus tersedar
"Ah, sorry" Kata ku. Adui..boleh lh pula aku mengalamun depan dia.Bisik hati Ariana.
"Hahaha it's okey" Hmmp..comel nya dia ketawa, senyuman dia pun manis.
Andai lah kau tahu yang aku suka kau.
°•°•
Share this novel