Chapter 8

Romance Completed 35261

“Ya Allah, Ya Tuhanku. Kau lindungi lah puteri tunggal aku dari semua muslihat orang yang dengki dengan aku. Kau selamatkan lah anak aku dari semua kejahatan orang lain.” Dato’Johari menunaikan solat isyak.

Sejadah dilipat kemas. Songkoknya pula diletak di tempat asal. Gambar arwah isterinya ditatap lama. Kenangan bersama isterinya dikenang kembali.

“Abang, kalau satu hari nanti Liza dah tak ada, abang akan kahwin lagi tak?” soal Datin Aliza sambil menyusukan Sofia Amelia.

Dato’Johari yang khusyuk baca surat khabarnya tersentak mendengar persoalan isterinya.

“Kenapa tiba-tiba tanya macam ni kat abang?” surat khabar diletak di atas meja kopi. Cawan yang dipenuhi dengan Kopi O dihirup perlahan oleh Dato’Johari.

“Tanya je abang. Jawab lah.”

“Tak.” jawab Dato’Johari.

“Why?” menyoal Datin Aliza lagi.

“Boleh tak Liza jangan cakap pasal ni lagi?” suara Dato’Johari naik seoktaf. Tidak suka akan topik yang dibicara oleh Datin Aliza.

“Liza tanya je. Ajal maut kan takdir. Kita tak tahu bila masa kita kan abang.” tutur Datin Aliza perlahan. Tangannya mengusap pipi Sofia Amelia yang tidur lena.

“Abang tahu. Kita ni manusia biasa. Kita semua akan kembali kepada maha pencipta bila masa kita dah sampai. Tapi untuk sekarang abang rasa masa ini tak sesuai untuk kita bincang pasal ni.” tegas Dato’Johari.

Datin Aliza yang mendengar balasan Dato’Johari terus berdiam.

“Tapi abang, Liza sekarang ni kerap bermimpi buruk. Liza takut Fidah akan meninggalkan semua dalam masa terdekat ni.”

Pernyataaan ini hanya berbicara dalam hati. Tidak mampu untuk bersuara kepada Dato’Johari yang tengah marah itu.

“Allah, tolong panjangkan lah umur hambamu ini. Demi untuk suami, demi untuk anak yang comel ini.” manik jernih digugur dari mata Datin Aliza.

Dato’Johari tersedar dari lamunan apabila pintu bilik sebelah dihempas kuat.

“Sofi dah balik? Kenapa dia ni hempas kuat pintu bilik!” geram Dato’Johari. Kadang-kadang Dato’Johari kurang senang dengan perangai anak tunggalnya. Namun perasaan kasih sayang terhadap anaknya membutakan mata Dato’Johari untuk tegur.

Dato’Johari keluar dari bilik untuk mengunjung anak tunggal yang baru balik. Terkejut memandang Mak Ziah yang berdiri di luar bilik Sofia Amelia. Tangan Mak Ziah pula bergigil. Takut sangat dengan Sofia Amelia.

“Kenapa ni Ziah? Berdiri kat luar je? Masuk lah dalam.” ajak Dato’Johari. Muka Mak Ziah diperhatikan oleh Dato’Johari.

“Err… Dato’...” Mak Ziah tidak tahu bagaimana hendak bercerita kepada Dato’Johari yang sebenarnya Mak Ziah takut untuk bertembung dengan Sofia Amelia. Dah lah semalam muka kena dengan bubur daging yang panas. Tak akan lah hari ni pula nak kena simbah dengan air teh lemon panas itu. Sofia Amelia selalu minum air teh lemon panas selepas dia balik ke rumah. Kalau sekarang Mak Ziah masuk ke dalam bilik Sofia Amelia, tak tahu lah apa yang berlaku. Entah-entah kulit mukanya terkelupas hingga nampak isinya. Seram !

“Ziah, kenapa dengan muka awak? Merah? Melencur?” Dato’Johari menyoal. Dato’Johari mula berasa ada yang tak kena dengan Mak Ziah.

“Ni mesti kerja Sofi kan!” Dato’Johari sudah tahu pun jawapannya apabila Mak Ziah hanya diam membisu.

“Bukan Dato’. Ni sebab… sebab…” otaknya berfikir untuk dapat alasan yang sesuai.

“Saya akan tanya Sofi terus!” Dato’Johari mengangkat tangan untuk mengetuk pintu bilik Sofia Amelia.

“Jangan Dato’. Biar kan je lah.” Mak Ziah menghalang Dato’Johari.

“Ziah…”

“Dato’ ni teh lemon untuk cik Sofi. Boleh Dato’ tolong bagi dekat cik Sofi?” Mak Ziah teragak untuk menyuruh Dato’Johari untuk memberi teh lemon kepada Sofia Amelia.

Dato’Johari hanya mengelengkan kepalanya. Bila lah Sofia Amelia nak berubah? Dato’Johari menyambut huluran Mak Ziah.


********************

“Sofi, boleh daddy masuk?”

“Masuk lah daddy.”

Sofia Amelia membetulkan cara duduknya. Skirt yang dipakainya diturunkan. Skirtnya dinaik tadi akibat Sofia Amelia baring di atas katil.

“Nah.” Dato’Johari menghulurkan gelas teh lemon panas itu.

“Mana pembantu rumah kita? Pandai-pandai je dia suruh daddy hantarkan.” mata Sofia Amelia mencari Mak Ziah.

“She was waiting outside of your room. Kebetulan daddy pun nak jumpa Sofi. I offered myself to serve you this tea.”

“Buat apa dia tunggu kat luar? Dia tak ada tangan ke? Tak boleh ketuk pintu bilik?”

“Sofi!” meninggi suara Dato’Johari. Makin hari makin mengada perangai Sofia Amelia. Kalau tegur, nanti keluar dari rumah pulak.

“Dah itu kerja dia. Dia yang kena hantarkan. Dia tu bukan mem besar kat rumah ini. She is just a servant! She should know her position in this house daddy!” sindir Sofia Amelia.

“Sofi! Dalam rumah ini mahupun dalam syarikat daddy pun, daddy layan semua sama rata. There is no one kaya and miskin. Kaya and miskin itu dari segi budi bahasa bukan dari segi duit! Ingat Sofi, duit, harta semua ni buat sementara waktu sahaja. Akhlak yang baik lah selama-lamanya.” nasihat Dato’Johari perlahan dengan harapan Sofia Amelia mendengar nasihatnya.

“Dah lah daddy. Sofi penat.” balas Sofia Amelia bosan.

“Halau daddy ke?”

Sofia Amelia hanya menjeling.

“Kenapa dengan muka Sofi? Nampak bengkak sikit.” Dato’Johari mengusap pipi yang kena tampar pagi tadi.

“Daddy…” Sofia Amelia pun mula bercerita. Ada sikit drama pun. Nangis macam dirinya tak buat salah tadi!

“Kenapa Sofi tuduh dia macam itu?”

“Mana ada Sofi tuduh dia daddy? Sofi just tanya je. Untuk pastikan sumbangan itu betul-betul untuk anak-anak yatim. Bukan untuk kegunaan diri sendiri.”

“Sofi, kalau ada orang minta sedekah, salur lah yang mampu. Jaga mulut tu sikit.” Dato’Johari bangun dan menghampiri pintu bilik.

“Good night!” Dato’Johari menutup pintu bilik anaknya.

“Daddy ni. Asyik salahkan Sofi je.” merungut Sofia Amelia.


******************

“Assalamualaikum umi.”

“Waalaikumussalam along. Dah makan?”

“Dah umi. Umi dah makan? Semua buat apa? Along rindu semua.” sedih suara Iskandar Faiz.

“Baru je kami makan. Ni tengah tengok TV. Tasha mengulang kaji. Esok dah mula peperiksaan semester akhir untuk foundation dia.”

“Along lupa. Nanti lah along call dia.”

“Baik along. Along dah jumpa Wahidah? Dah bincang pasal apa yang abi pesan?” soal Fatimah kepada anak bujangnya.

“Dah.” Iskandar Faiz menarik nafas dalam-dalam.

“Wahidah setuju?” bertanya Fatimah dengan penuh harapan.

“Tak.”

“Kenapa?” jelas nada kehampaan dalam suara Fatimah.

“Tadi Tia tak dalam mood baik umi. Mungkin masa itu Tia tak dapat fikir. Along pun tak cakap banyak kat Tia. Nanti-nanti lah along cuba pujuk Tia.” Iskandar Faiz memujuk uminya. Hatinya berasa sedih apabila mendengar suara uminya berubah sedih.

“Along dengan Wahidah okay kan?” curiga Fatimah.

“Kenapa pulak umi tanya macam itu?”

“Tak, bukan apa. Tadi kan along kata Wahidah mood tak baik pagi tadi.”

“Oh. Tia stress kot.” Iskandar Faiz memberi alasan. Tak akan lah nak bagitahu kekasihnya gaduh dengan orang lain. Apa uminya fikir pasal Wahidah Tiara nanti.

“Okay along. Macam itu. Jangan paksa Wahidah. Kalau dia tak nak, kita tak boleh paksa dia.”

“Okay umi. Along nak tidur awal sikit hari ini. Esok along ada perjumpaan dengan klien baru. Dia nak beli rumah. Umi doakan untuk along ye.”

“Umi selalu doa buat anak-anak umi. Semoga Allah murahkan rezeki untuk along.”


******************

“Tiara” panggil Linda.

“Mak, bila sampai rumah?” Wahidah Tiara yang sibuk mengajar adik bongsunya bergegas ke arah ibunya yang baru balik dari kerja.

Puan Linda, iaitu ibu kepada Wahidah Tiara bekerja sebagai cleaner di syarikat yang terkenal, Berjaya Holdings.

“Duduk lah mak. Tiara buatkan mak air.” beg tangan Linda diambil oleh Wahidah Tiara.

“Minumlah mak.”

“Is, dah balik dari kampung Tiara?” menyoal Linda selepas minum air yang dibuat oleh Wahidah Tiara. Bagi membasahkan tekak yang kering itu.

“Dah mak.” jawab Wahidah Tiara nak tak nak.

“Tiara, kenapa suara macam tak okay? Cuba bagitahu kat mak.” Linda dapat merasakan ada sesuatu berlaku antara Wahidah Tiara dan Iskandar Faiz.

“Is ajak tunang.”

“Alhamdulillah. Bila nak tunang?” hati seorang ibu berasa gembira apabila anaknya nak tunang.

“Mak, tolong lah.Tiara tak ready lagi. Lepas ni, Tiara nak kerja. Nak tolong mak. Tiara tak ada masa untuk fikir pasal tunang dan kahwin.”

“Tiara, Is tu budak baik. Tak baik buat Is macam itu Tiara. Dah banyak kali Is ajak awak untuk tunang kan. Kenapa Tiara degil sangat untuk terima pertunangan dengan Is? Is bukannya ajak Tiara untuk nikah sekarang.”

“Mak, Tiara tak nak! Tiara nak tolong mak.”

“Angah ada akak. Akak tak payah risau.” muncul Razim. Razim ialah adik pertama Wahidah Tiara. Umur 18. Tengah tunggu keputusan SPM.

“Angah cakap apa ni? Lepas result dah keluar, angah mesti sambung belajar. Kena ada duit. Tak akan lah mak nak support angah. Cukup lah mak tanggung perbelanjaan akak. Biar akak yang tanggung semua perbelanjaan keluarga kita lepas ni.”

“Akak, angah belajar pun, bukan full time. Part time je. Angah mampu untuk tolong mak.” Razim mencelah. Razim bekerja sebagai leader di sebuah syarikat plastik.

“Tiara, dengar cakap mak. Jangan sia-sia kan Is. Jangan menyesal kalau dah terlepas. Jangan buatkan Is tawar hati dengan kamu. Fikir betul-betul.” ujar Linda dan meninggalkan Wahidah Tiara.

“Kenapa mak cakap macam itu? Is akan tinggalkan aku ke?” tiba-tiba hatinya berasa tidak sedap dengan apa yang dikatakan oleh Linda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience