“Pin! pin! Kedengaran bunyi hon Ryasarose Sofea seorang graduan dari
sebuah universiti perguruan terkemuka negara yang sedang menunggu surat
tawaran dari pihak kerajaan. Sementara menunggu surat dari pihak
kementerian, Ariana membantu keluarganya ‘menternak’ lemak.
“Anna, Anna ini ada surat rasmi untuk Anna” Puan Zarina memanggil
anaknya. Ryasarose yang sedang sibuk melukis terganggu seketika lalu
membuka pintu. Puan Zarina melangkah masuk dan melihat bilik anak
daranya berselerak seperti sarang tikus. “Ya Allah! Anna, apa dah jadi
dengan bilik kamu ni” Puan Zarina sudah mula membebel sambil mengutip
barang-barang yang berselerakan di lantai. Ryasarose sedang sibuk melukis
sesuatu sambil mencabut earphonenya. “Apa dia, Umi?” tanya Arianna.
“Ya Allah, punyalah panjang kita bercakap dengan dia, boleh dia tanya
apa, balik dengan kita? Ini ada surat penting untuk kamu” kata Puan
Zarina sambil menyerahkan surat tersebut kepada Arianna.
Ryasarose mengambil lalu membukanya dan meneliti isi surat tersebut
sebelum menjerit “Tidak!!!!!!!!!!!!!! Puan Zarina yang sedang leka
mengemas barang-barang yang disepahkan oleh anak gadisnya itu turut
terkejut.
“Kenapa? Apa yang berlaku?” tanya Puan Zarina mula panik. “Anna akan
dihantar ke kawasan pedalaman” regek Arianna.
“La, biasalah tu, Abah dulu pun pernah kena hantar di kawasan pedalaman
lagi jauh di Sabah, nun” kata Encik Fahmi dengan tenang. “Ish! awak ni,
takkan tak boleh minta tolong kawan-kawan awak dekat kementerian tu.
“Bukan tak boleh, tapi sekurang-kurangnya Anna pergilah sana dulu tengok
keadaan di sana macam mana? Lepas tu, kalau Anna tetap nak tukar jugak
terpulanglah”
Ryasarose kelihatan muram sambil mengemas barang-barang yang perlu dibawa
ke tempat dia akan mengajar nanti. “Ish, kenapalah dalam banyak-banyak
tempat, aku kena mengajar dekat kawasan pedalaman pulak”. Puan Zarina
terdengar Ryasarose sedang mengomel seorang diri.
“Anna, ini ada kain batik dengan telekung untuk kamu, di sana nanti”
Puan Zarina menyerahkannya kepada Arianna. Wajah Puan Zarina mula
berubah apabila melihat anak gadisnya itu sedang mengemas pakaian
sebelum bertolak esok. Lepas ini, mesti Anna rindukan Umi, masakan Umi”
kata Ryasarose sambil memeluk Puan Zarina dengan seerat-eratnya.
Share this novel