Bab 1

Family Completed 3187

Seorang gadis kecil berumur 5 tahun bermain di taman permainan berdekatan taman perumahannya.Si kecil itu turun naik gelongsor dengan perasaan gembira.

Gadis itu berlari lari sekitar taman namun kaki kecilnya terlanggar batu lalu dia terjelepok jatuh.Lututnya luka kecil namun cukup menyakitkan bagi si comel itu.Kedengaran esak tangisnya di sekitar taman namun kebetulan tiada siapa berada berdekatan untuk membantu.

"Mama..kaki Nia sakit.."katanya dengan esak tangisnya.

"Kenapa dengan kaki awak tu?"tanya seorang kanak kanak lelaki yang kelihatan besar sikit dari gadis kecil itu.Dia melutut agar ketinggiannya sama dengan gadis kecil itu.

"Nia jatuh tadi..kaki Nia sakit."jawabnya.

"Ouhh..saya ada pembalut luka ni.Mama saya cakap,saya mesti sedia benda ni supaya boleh tutup luka saya kalau terjatuh."budak lelaki itu membuka plastik pembalut luka tersebut lalu di lekatkan pada lutut gadis yang terluka itu.

"Wah..doraemon.."kesukaan si kecil itu melihat pembalut luka yang terpapar gambar doraemon padanya.Senyuman manis terukir pada bibirnya bersama air mata yang masih berbekas.

"Sakit lagi tak?"tanyanya.

"Ermm..tak sakit dah.Nama awak siape?nama Nia,Dannia tapi semua orang panggil Nia."katanya sambil menghulurkan tangan lalu disambut oleh budak lelaki itu.

"Panggil Ran.."balasnya sambil tersenyum kemudian mengambil sesuatu dari dalam poketnya setelah pautan tangan mereka terlerai.

Sebiji gula gula dalam plastik dihulur pada Dannia lalu disambut olehnya."Apa ni?"

"Gula gula!Sedap tau..manis.Mama saya cakap boleh makan tapi jangan selalu."Kata budak lelaki yang memakai baju berwarna biru itu.

"Terima kasih.Okeylah,Nia balik dulu.Bye!"Dannia berlalu pulang sambil melambai lambai ke arah budak yang membantunya tu.

Dannia memasuki kawasan rumah teres satu tingkatnya.Si kecil itu terus menonong masuk setelah berjaya membuka kasutnya.

"Mama.."panggilnya namun bunyi pertengkaran menarik perhatiannya dari dalam bilik kedua mama dan papanya.Dannia mengintip dari celah pintu yang terbuka sendiri.

"Kan aku dah suruh kau berhentikan budak tu dari sekolah tu.Yang kau degil kenapa?"marah Raziq selaku papa Dannia.

"Eh kau ingat aku nak sangat keluarkan duit untuk dia!kalau tak sebab ayah suruh,aku pun tak ingin lah keluarkan sesen pun duit aku untuk budak tu."balas Rosmah.

"Tu je kan alasan kau.Ayah,ayah,ayah.Takde benda lain!"

"Habis tu kau nak apa?"gerun Dannia mendengar suara lantang mama dengan papanya.Selama ni dia dilayan dengan baik namun dia perasan layanan mereka tidak ikhlas kerana dia tidak pernah dibawa jalan seperti kawan kawannya yang lain dan dia akan dimarah jika bermanja dengan orang tuanya.

"Dah lah.Aku malas nak masuk campur urusan kau dengan budak tu!Kau ingatkan janji kita nak bercerai?kita jumpa kat mahkamah nanti."kata Raziq lalu berlalu keluar.

"Habis tu budak tu?"

"Bukan anak aku!kau la yang jaga!"bentaknya.Di muka pintu Raziq terserempak dengan anak perempuannya yang jelas kelihatan air bergenang di tubir matanya.

"Ha kau!kau jagalah mama kau tu baik baik.Aku dah tak kisah dah."katanya tanpa memikirkan perasaan Dannia.

"Papa!jangan lah pergi..Dannia nak papa."Mengalir air matanya memandang Raziq dengan seribu satu harapan.

"Ishh..tepilah!kau tu bukan anak aku."katanya lalu menolak Dannia ke tepi.Terdorong si kecil itu ke tepi.

"Nia..ikut mama."tiba tiba tangannya ditarik lalu Rosmah membawanya ke kereta lalu dia dipaksa masuk.

Dannia dan mamanya tiba di sebuah banglo besar.Gadis itu dibawa masuk ke dalam rumah yang tidak lagi asing pada Dannia itu.

"Kau tau tak apa yang kau buat ni salah!Dannia ni anak kau dengan si Raziq tu.Tanggungjawab kamu tau tak!"marah Dato Hamid selaku datuk kepada Dannia.

"Dia bukan anak Ros!budak ni menyusahkan ayah tau tak!Mulai saat ni Dannia takde kena mengena dengan Ros dan Ros dah takde kena mengena dengan Raziq.Macam mana Ros benci Raziq macam tu lah Ros benci budak ni."balasnya dengan penuh kebencian.

Dannia berlari mendapatkan mamanya lalu dipeluk tubuh yang membencinya itu."Mama, jangan tinggalkan Nia..Nia sayang mama.Nia sanggup buat apa je untuk mama.Cuci baju,kemas rumah,semua Nia boleh buat tapi janganlah tinggalkan Nia."rayunya namun sedikit pun tidak mengubah hati Rosmah yang beku itu.

Dengan kuat tubuh Dannia ditolak lalu gadis comel itu terjelopok jatuh ke belakang.Geram Dato Hamid dibuatnya.

"Kau jangan jejakkan kaki ke sini lagi!Kau dah benci sangat budak ni kan?biar aku jaga dia!Dia berhak untuk bahagia,bukan dilayan seperti barang yang tidak berperasaan.Dan kau kena ingat!suatu hari nanti kau akan menyesal sebab buat anak kau begini!Aku pasti kau takkan hidup senang!"tempelak Dato Hamid dengan lantang seperti memberi amaran.

"Huh!"Rosmah berlalu keluar tanpa memandang ke belakang.Dato Hamid menggeleng geleng melihat perangai anaknya itu.

"Apalah nak jadi dengan kau Rosmah." gumamnya.

Dannia yang tertunduk mengangkat kepalanya melihat ke arah pintu yang terbuka luas menampakkan cahaya matahari yang menyinari bumi namun hatinya langsung tidak disinari cahaya malah bagai dihujani air hujan yang panas.Sakit!

Pada hari itu,sekeping hati Dannia terluka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience