Aku masuk kerja awal pagi ini. Jadual aku hari ini pun tidak berapa sibuk. Aku hanya merancang untuk membuli Anis Raihanna sepanjang hari!
Aku teringat perbualan aku dengan Adam Syahmi semalam.
''Han, kenapa kau senang senang jer ambik perempuan tu kerja dengan kau? Tak adalah cuma sebelum ni semua orang kau tolak tapi perempuan tu kau terus ambik dia?'' soal Adam kehairanan. Lelaki itu berpeluk tubuh memohon penjelasan daripada aku.
''I already told you,Adam. She's my cousin. Lagi satu, kau fikir aku saja nak ambik dia bekerja dengan aku ke. No, Adam. Because I already have my own plan untuk kenakan dia.'' jelas aku. Aku tersenyum nakal.
Adam Syahmi tahu maksud aku. Dia mengangguk tanda faham. Dia mengukir senyuman sebelum mula berbicara.
''She's beautiful by the way, Han" ujar Adam Syahmi. Dia tersenyum penuh makna. Aku faham maksud dia.
''Sorry, bro. Dia dah bertunang sebulan yang lepas. Lagipun, kalau kau kenal dia betul betul aku rasa kau sendiri yang takut bila jumpa dia.'' seloroh aku sebelum tergelak kecil.
Bagi aku, siapa saja yang tahan dengan sikap garang Anis Raihanna. Aku jer rasanya. Hahaha
''I'm just kidding,bro.'' ujar Adam Syahmi. Dia turut tergelak kecil.
Aku tertunggu kehadiran Anis Raihanna.
Mana kau, Hana!
???
Aku tersedak. Siapa pulak sebut nama aku pagi buta ni. Hampir saja, aku mengotorkan baju aku.
''Kau OK tak ni, Anis?'' kata Aira sambil menepuk perlahan belakang aku bagi melegakan keperitan yang dialami.
''Aku OK.'' balas aku ringkas.
Lantas, jam di tangan aku kerling. Dah lambat ni. Habislah! Bising mamat tu nanti!
Seraya itu, aku meminta diri terlebih dahulu kepada Aira. Dia mengangguk perlahan. Kami bersalaman sebelum berpisah.
Aku segera memandu ke destinasi yang dikehendaki sepantas yang boleh. Aku tak nak lambat waktu hari pertama bekerja. Lebih lebih lagi kalau majikan aku tu Afiq Raihan!
Setibanya, aku di pekarangan pejabat. Aku segera bergerak ke tingkat 5.
Bilik Afiq Raihan aku ketuk.
''Masuk'.' laung lelaki itu dari dalam. Aku menarik nafas panjang sebelum masuk.
''Awal sampai,ingat tak nak datang kerja tadi.'' perli Afiq Raihan. Dia merenung tepat ke dalam mata aku.
Aku telan air liur. Habislah!
''Sorry, aku janji tak buat lagi." ujar aku bersungguh sungguh untuk meyakinkan lelaki itu.
''Hmm, better late than never, right? By the way, kau ada bawa buku nota dengan pen?'' soal Afiq Raihan.
Aku macam pelik dengan soalan dia tapi aku keluarkan juga sebatang pen dan buku nota daripada beg.
Lantas, aku tunjukkan kepada dia barang-barang yang dia minta tadi.
''Ok, good then now tulis apa yang aku cakap ni. Jangan tinggal satu pun!'' arah Afiq.
Seraya itu, aku memegang pen dan bersedia untuk menulis arahan Afiq Ngek Ngok tu!
''First,you must come early from me..Remember that,it so important!...'' arah Afiq Raihan.
Aku terus menulis perkara tersebut dalam buku nota.
'' Second, make me a cup of coffee and nasi lemak for my breakfast.Make sure yang kau sendiri yang masak.'' sambung Afiq Raihan.
Aku terpempan seketika.Apa punya kerja dia suruh aku buat ni! Macam mana nak buat nasi lemak?! Baru saja,aku mahu bersuara. Laju saja,lelaki itu memotong.
''No question before I told you all of it.'' balas Afiq Raihan. Kata kata dia membuatkan aku membatalkan niat aku untuk mempersoalkan kerja yang dia bagi tu.
Aku merengus geram. Pada masa yang sama,aku tertunggu arahan Afiq Ngok Ngek tu lagi!
''Third, kau nampak tak fail aku dekat almari sana tu?'' soal Afiq Raihan. Seraya itu,lelaki itu menudingkan jarinya ke arah almari yang dikatakan olehnya tadi.
''So? '' soal aku kehairanan.Soalan dijawab soalan.
''Aku nak kau kemas ikut alphabetical order.'' arah Afiq Raihan lagi.
Aku membuntangkan mata tanda tidak percaya. Gila ke banyak kot fail tu! Mahu pengsan aku nak susun! Padahal,aku rasa boleh jer dia suruh orang lain yang buat. And,why me!
Sekali lagi, aku nak mempersoalkan kerja yang tidak masuk akal tu. Malangnya,lelaki itu sekali lagi membatalkan niat aku yang satu tu!
''Last but not least, aku nak kau kemas bilik aku ni sampai bersih. And, one more, inform me my schedule for all day on 8.00 am sharp. Faham tak? Nanti kalau ada apa apa lagi,aku inform je kau.'' terang Afiq Raihan panjang lebar.
Aku terlopong. Dia fikir aku makcik cleaner ke apa? Kalau suruh inform schedule dia tu aku tak kisah. Ni disuruhnya aku kemas bilik dia! Dahlah besar wei bilik ni. Apa syarikat ni tak ada cleaner ke apa?!
''Apa ni wei, kenapa kau suruh aku buat kerja yang bukan dalam skop kerja aku?'' balas aku tanda tidak puas hati. Aku merengus geram sekali lagi. Nak jer ditunjalnya kepala Afiq Ngok Ngek ni tau!
''Aku rasa kerja yang kau mintak kau ni pun bukan dalam bidang engineering,right?'' jawab Afiq Raihan lagi. Dia memulangkan paku buah keras.
Aku hanya menunjukkan riak muka menyampah.
''Fine, so bila aku kena buat semua tu?'' soal aku inginkan kepastian.
''Semalam, aku suruh kau start kerja bila?'' soal Afiq Raihan. Sekali lagi, soalan dibalas soalan.Nada dia juga lebih kepada memerli.
''Aku tahu lah hari ni,tapi nak mula dari mana?'' balas aku. Aku hanya sekadar berbasa basi.
''Kau boleh mula,dari...'' dia kelihatan seperti sedang berfikir.Aku hanya menunggu sambil berpeluk tubuh.
''...susun fail tu then buatkan aku kopi. Pasal jadual aku hari ini tak payah inform aku dah tahu. Don't forget to clean my room too and you can start from now!'' sambung Afiq Raihan lagi.
Aku mengeluh perlahan sebelum memulakan kerja aku dengan menyusun fail yang terdapat di almari yang disediakan.
Baru saja, aku ingin menyusun fail fail itu. Aku rasa seperti diperhatikan dari belakang. Lantas, aku menoleh. Aku hanya merenung tajam ke arah Afiq Raihan.
''Apa pandang-pandang nak aku korek mata kau ke hah?!'' balas aku geram.
Aku turut mengecilkan mata aku melihat majikan aku yang tidak berhati perut ni!
''Siapa pandang kau hah,aku pandang makcik cleaner tu lah..Perasan, aku potong gaji kau satgi baru tau..''balas Afiq Raihan selamba.
Dia turut mengukir satu senyuman yang sukar untuk aku tafsirkan.
Eii,ada yang benjol kepala tu nanti baru tau! Aku menoleh ke arah makcik cleaner yang disebut tadi.
Entah kebetulan ke apa, tapi memang ada seorang makcik sedang menyapu sampah berdekatan dengan bilik Afiq Raihan.
''Lantak kau lah,pak cik." omel aku sendirian sebelum meneruskan kerja aku yang terbengkalai tadi.
???
Aku hanya memandang Hana yang sedang menyusun fail di almari. Puas hati aku dapat kenakan dia!
Ya, arahan yang dia berikan memang tidak masuk akal tapi apa dia kisah janji dia dapat meneruskan niatnya untuk mengenakan gadis itu.
Aku tahan senyum apabila melihat gadis itu merengus geram . Sejujurnya, aku tak sabar nak rasa nasi lemak buatan khas gadis itu.
Manalah tahu, sedap! Hahaha
Aku termenung seketika. Fail ditangan aku letak kembali diatas meja. Fikiran aku menerawang ke memori semasa dia bermalam dirumah gadis itu.
Aku teringat kejadian aku berada dalam kedudukan yang terlalu dekat dengan gadis itu. Lantas, jantung aku berdetak seribu.
Seraya itu, aku memegang dada untuk menghilangkan perasaan itu.
'Kau jangan macam macam Afiq Raihan! Hana tu dah bertunang tahu!' getus hati aku.
''Nah, kopi kau.'' kata Anis Raihanna. Dia menghentikan lamunan aku tadi.
''Bilik ni, kau dah kemas? '' tanya aku inginkan kepastian. Kopi itu aku kerling. Almari fail itu juga aku lihat sudah kemas seperti yang aku nak.
''Aku dah kemaslah, depan kau lagi! Tapi, kau yang termenung dari tadi sampai tak perasan aku dah kemas.'' bentak Anis Raihanna. Dia mencerlung ke dalam mata aku.
'' OK, kalau macam tu, nanti kau mintak dekat Sofea untuk jadual aku then jangan lupa sediakan sekali fail yang aku perlukan untuk setiap meeting. Kalau ada apa apa yang perlukan my sign or else just put it on my desk, ok?'' terang aku panjang lebar.
Anis Raihanna hanya mengangguk sambil tangannya mencatat perkara yang aku beritahu tadi.
''Ok,boss! By the way, enjoy your coffee! '' balas gadis itu lagi sebelum berlalu pergi. Dia turut mengulum senyuman.
Aku hanya mampu menghantarnya dari ekor mata.
Kopi tadi aku sisip sedikit demi sedikit memandangkan masih panas.
'Uhuk..'
Aku tersedak.
Kenapa kopi ni masin?!
Terkerut kerut dahi aku cuba untuk menahan kemasinan kopi ni.
Aku dah tahu ni mesti kerja minah tu nak balas dendam!
''Anis Raihanna!!''
???
Aku tergelak terbahak bahak apabila mendengar Afiq Raihan menjerit memanggil nama aku. Siapa suruh cari pasal,ni Anis Raihanna eh!
Baik, aku lari! Mampus aku kalau kena dengan dia!Hahaha
Aku melarikan diri dengan berjumpa Sofea. Aku memintanya jadual kerja Afiq Raihan. Lantas, dia menghulurkan jadual tersebut. Akhirnya, jadual tersebut bertukar tangan.
Aku meneliti seketika jadual itu. Bukan apa, aku hanya ingin menyediakan fail yang akan diperlukan oleh Afiq Raihan nanti.
Sekali gus, dapat memudahkan aku untuk menyediakan dokumen penting yang memerlukan tandatangan Afiq Raihan juga.
Aku berlalu pergi ke bilik aku. Aku ingin menyiapkan kerja aku sepantas yang boleh. Aku cadang nak balik awal hari ni.
Baru saja, aku melangkah masuk ke dalam bilik aku. Afiq Raihan dah tercongok menunggu aku sambil merengus Geram.
Aku hanya mampu tersenyum senget. Habislah!
'' Kenapa, kau buatkan kopi aku masin?!'' jerit lelaki itu.
Aku menekup kedua dua belah telinga.
'' Siapa suruh kau cari pasal?!'' bidas aku ingin menang.
Apa dia sorang je ke boleh marah,aku pun boleh la!
''Aku tak kira, aku nak kau buatkan jugak kopi yang baru! Kalau kau buat lagi, siaplah kau!'' bentak Afiq Raihan sebelum berlalu pergi.
Aku mengeluh perlahan. Nak tak nak dia tetap buat kopi yang baru untuk Afiq Raihan.
??????
Aku melabuhkan punggung di kerusi aku. Jam di tangan sempat aku kerling untuk seketika. Jam menunjukkan pukul 12 tepat.
Pukul tiga nanti ada meeting penting. Aku berkira kira untuk keluar makan tengahari.
Nak keluar ke tak nak, hati aku berbelah bagi. Kalau ikutkan mahu saja aku meneliti beberapa fail yang akan diperlukan semasa meeting petang ni.
Lantas, tangan aku mengambil beberapa fail yang berkenaan sebelum diteliti. Aku hanya menumpukan perhatian kepada fail tersebut.
''Afiq.. '' panggil seseorang.
Aku mengangkat muka aku seketika sebelum melihat gerangan yang panggil aku tadi.
''Kau nak apa? Aku sibuk ni. '' balas aku dingin.
Malas aku nak cari pasal dengan Anis Raihanna memandangkan ada kerja yang perlu diselesaikan.
''Ni, kopi kau. Aku minta maaf. '' balas gadis itu lagi.
Riak mukanya juga berubah apabila mendengar kata kata aku tadi. Terasa mungkin. Bukan apa tapi tadi aku terlampau ikutkan perasaan.
''Kau minum dulu. Manalah tahu, kau nak kenakan aku lagi.''perli aku.
Sengaja aku nak buat macam tu inginkan kepastian. Seraya itu, lantas kopi itu diminun oleh gadis itu.
''Dah, minumlah penat aku buat. Aku keluar dulu." balas gadis itu sebelum berlalu pergi.
Aku hanya melihat gadis itu pergi.
Kopi tadi aku minum.
'Ini barulah rasa kopi sebenar ' getus hati aku.
Aku mengulum senyuman.
Share this novel