BAB 15

Mystery Series 6391

"Khairi.."

Ibu memanggil tanpa sebarang reaksi di wajahnya. Khairi yang baru sahaja hendak masuk ke dalam biliknya terus berhenti kemudian melangkah pergi ke arah ibu. "Kenapa, bu?" Soalnya dengan satu kening terangkat ke atas. ibu tidak segera menjawab. Dia melangkah masuk ke dalam biliknya. Khairi yang masih bingung hanya mengikuti ibu tanpa banyak soal.

Sampai sahaja mereka ke dalam bilik, ibu melihat pintu yang masih terbuka luas itu. "Pergi tutup pintu. Irene dah balik?" Khairi mengangguk memberi jawapan. Dia dengan pantas menutup pintu seperti yang diarahkan oleh ibu sebentar tadi.

Saat dia ingin menoleh, satu tamparan hinggap tepat di pipinya. Khairi tertolak kebelakang. Dia memandang wajah ibu dan tidak menghiraukan rasa sakit akibat tamparan itu tadi.

"Kenapa ni ibu? Apa salah Khairi?" Ibu tersenyum sinis. Dia memengang pipi Khairi yang terkena tamparan nya tadi. "Sakit?" Soalnya agak lembut. Khairi mengangguk perlahan. Dia menatap anak mata ibu lama.

Ibu tersenyum lembut. "Bodoh! Anak tak guna. Apa je yang kau buat boleh banggakan aku?" Khairi tersentak. Dia terus menunduk tidak berani memandang wajah ibu. "Kau patutnya dah lama mati, Khairi." Ucap ibu masih lagi dengan nada tenang. Dia memeluk tubuh Khairi erat. "Bawa Aliya balik, Khairi. Supaya aku boleh bangga dengan kau. Gantikan dia. Mati untuk dia." Khairi berpeluh dingin.

"I-ibu. Jangan macam ni.."

Khairi mencuba untuk menenangkan ibu. Senyuman ibu yang tadinya lebar terus mati saat mendengar suara Khairi tadi. "Tak boleh? Kau tak boleh nak mati untuk dia? Khairi tak sayang ibu ke?" Tiba-tiba air mata ibu mengalir tanpa henti. Khairi yang melihat terus merasa panik.

"I-ibu.."

Khairi mengelap air mata ibu yang mengalir itu. Wajah ibu dipandangnya cemas. "Kau memang patut mati! Menyesal aku lahirkan kau!" Ibu menolak badan Khairi kuat. Khairi yang terdorong ke belakang hanya menatap ibu cemas. "Ibu. Jangan macam ni.." Kata Khairi lembut.

Ibu menggeleng laju. Dia menutup telinganya kemudian menangis sekuat tenaga. Khairi menutup matanya sekilas. Kepala tertunduk ke bawah membuatkan badannya hilang keseimbangan.

Tangisan ibu tiba-tiba terhenti. Dia memandang ke arah Khairi yang lama menunduk itu. "Khairi.." Panggil nya perlahan. Dia bangkit dari duduknya kemudian berjalan perlahan-lahan ke arah Khairi.

"Ibu."

Ibu tersentak. Langkah kakinya terhenti. Suara Khairi yang tadinya lembut berubah serta merta. Lelaki itu mengangkat wajahnya untuk memandang ke arah ibu.

"Goodnight.."

Bulu roma ibu meremang saat melihat senyuman lebar Khairi. Perlahan-lahan dia berundur ke belakang. "K-kau.." Khairi ketawa sinis. Dia melangkah ke arah ibu kemudian serta merta menolak wanita tua itu.

"Arghhh!"

Ibu terjerit kecil. Dia sempat mendengar kata-kata terakhir Khairi sebelum kesedarannya hilang.

"Tidur nyenyak, ibu."

--

Khairi terjaga. Peluh dingin mengalir tanpa henti. Jantung berdegup kencang membuatkan dirinya merasa tidak tenang.

"Kau dah bangun..."

Suara seorang wanita kedengaran di gegendang telinganya. Khairi menoleh memandang ke arah wanita itu. "Qilah.." Khairi berkata dengan suara yang agak serak. Doktor Aqilah tersenyum ke arahnya kemudian mengambil tempat di atas kerusi yang berada disebelah katil Khairi.

"Kau tak sedarkan diri. Dah tiga hari.." Ucap Doktor Aqilah sebelum Khairi bertanya. Khairi mengangguk faham. Dia memandang ke sekeliling ruangan tempat dia berada sekarang ini.

"Aku buat apa dekat sini?"

Doktor Aqilah tidak segera menjawab. Dia hanya tersenyum ke arah Khairi sebelum membuka bicaranya, "Ibu kau koma."

Ba-dump!

Khairi tersentak. Dia hampir tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Doktor Aqilah tadi. "Kau merepek apa ni, sial?" Doktor Aqilah mengeluh perlahan. Wanita yang berusia 35 tahun itu bangkit dari duduknya.

"Kalau tak percaya..jom aku tunjuk." Khairi melihat sekilas ke arah Doktor Aqilah sebelum menggeleng perlahan. "Tak payah. Aku nak rehat je.." Doktor Aqilah mengukir senyuman buat Khairi.

"Kalau macam tu, aku keluar dulu. Oh! Tadi girlfriend kau datang. Risau betul dia dekat kau."

--

"Awak okay tak ni? Macam mana boleh jatuh sampai macam tu sekali?"

Khairi tersenyum mendengar pertanyaan Irene tadi. "Saya okay lah. Awak risau sangat kenapa?" Irene membeliakkan matanya. Badan Khairi dipukulnya perlahan. Khairi ketawa kecil.

"Saya tak tahu macam mana benda ni boleh jadi. Ibu koma. Saya ada dekat situ. Apa yang saya dah buat sebenarnya?" Irene tersenyum lembut. Dia bangkit dari duduknya kemudian membetulkan selimut Khairi.

"Awak rehat je ye. Tunggu awak sembuh dulu baru kita siasat apa yang jadi.." Khairi mengangguk perlahan. Irene melangkah keluar kemudian menutup rapat pintu wad Khairi.

"Irene.."

Suara yang agak familiar kedengaran di gegendang telinganya. Irene menoleh memandang ke arah suara yang memanggilnya tadi. "Oh Zuhair. Apa awak buat dekat sini?" Zuhair tersenyum. Dia melangkah ke arah Irene kemudian memandang pintu wad Khairi. "Saya datang nak melawat dia. Alang dah jumpa awak ni, saya nak bagitahu sesuatu.." Dahi Irene berkerut mendengar kata-kata Zuhair tadi.

Belum sempat dia ingin menjawab, satu suara yang agak nyaring kedengaran kuat meluru ke arahnya.

"Khairi!!"

Tania berhenti di hadapan Irene. Wanita itu tercungap-cungap kerana berlari dari tadi. "Kau buat apa dekat sini?" Soal Irene tidak senang dengan kedatangan Tania itu. Zuhair yang berada disebelah Irene terus mengalihkan pandangan memandang ke arah Tania.

"Kau!"

Tania mengangkat mukanya. Saat anak matanya bertemu dengan anak mata Zuhair, serta merta tubuh Tania berundur ke belakang. "Apa awak buat dekat sini?"

--

Irene memandang bergilir ganti wajah Zuhair dan juga Tania. Kedua orang yang berada di hadapannya itu langsung tidak membuka kata dari tadi.

"Sejak bila korang kenal ni?" Soal Irene tanpa berbasa-basi. Zuhair sudah menelan air liur kasar. Dia takut Tania akan membongkarkan segala kerja yang dia lakukan di masa lalu. Wajah Tania dipandangnya meminta tolong agar wanita itu menutup mulut.

Tania tersenyum kemudian menjawab, "Oh! Dia ni kawan saya. Dah lama tak jumpa. Tu yang terkejut sangat saya tadi hehe.." Zuhair menghela nafas lega. Dia mengangguk-angguk mengiyakan kata-kata Tania tadi.

"Haah! Dia ni kawan saya. Dah lama tak jumpa. Teringat dulu pernah mandi sama-sama masa kecil dulu."

Tania menepuk kuat dahinya. Apa pula yang jantan ni merepek. Dia hanya ketawa kekok saat melihat wajah Irene mula memerah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience