“What?!”
“Habis kau dengan Jason macam mana?” soal Atiqah, terkejut mendengar cerita sahabatnya itu. Tidak sangka pula, iparnya itu sudah bertunang dengan orang lain. Meskipun dirinya sentiasa berada disamping Datin Jumira, sedikit pun dia tiada mendengar tentang khabar tersebut.
Hanis mengeluh. “Macam mana apa lagi? Kitaorang tak ada apa-apa hubunganlah. Dia dah ada tunang, aku undur dirilah,” jawabnya sedikit tidak bermaya.
“Kau biar betul, Hanis? Kau tahu kan Jason tu cintakan engkau. Lagipun, semua ni terjadi bukan kemahuan dia. Tak kanlah kau nak undur diri macam tu je? Bagilah dia masa untuk sattlekan masalah ni...” Atiqah cuba memberi pendapat walaupun dia tahu sahabatnya tidak akan menerima pendapat itu.
“Nak sattle apa benda? Tunggu Jason putus tunang dengan Haifah? Memang taklah! Kesian dekat Haifah. Aku nampak dia betul-betul sayangkan Jason tu,” Bidas Hanis laju.
“Boleh tak jangan cepat kesian dekat orang? Kesian kan diri kau dulu, baru fikir pasal orang lain...” ujar Atiqah sedikit berang dengan sifat lembut hati Hanis itu. Semua dia nak kesian kan!
“Dah memang sifat aku, Atiqah. Nak buat macam mana? Aku tak mahu juga orang lain anggap aku penyebab mereka putus nanti,” ujarnya disertakan dengan senyuman hambar di akhir ayat.
Atiqah mengeluh seketika. Jatuh kasihan melihat keadaan Hanis. Terlalu banyak wanita itu mengalah demi menjaga perasaan orang lain. Entah macam mana keadaan hati wanita ini. Sudah tentu banyak parut dan calar yang berbekas di hatinya.
“Kau betul-betul ikhlas lepaskan Jason? Kau tak menyesal?”
“Aku tak menyesal dan aku ikhlas melepaskan dia. Aku malaslah nak fikir semua ni. Biarlah... aku ni tak ada apa pun. Cantik pun, tidak. Memang tak layak buat lelaki kacak dan kaya macam Jason tu,” Terang Hanis. Posisi yang sedang memeluk bantal di atas sofa itu sedikit di ubah. Kini, dia memandang ke arah Atiqah yang terlebih dahulu menatapnya dengan tajam.
“Janganlah pandang aku macam tu. Aku okay je. Dah biasa dengan rasa sedih dan kecewa ni. Aku dengan penderitaan mana boleh pisah,” tambahnya lagi kemudian tergelak kecil. Jelas wanita itu sudah pasrah dengan kehidupannya.
“Apa cakap macam tu. Tak baik tau! Kalau betul kau ikhlas, muka tak boleh sedih dan lemah macam ni. Putus cinta ni hal biasa. Kita guna ayat, kumbang bukan seekor...”
“....Maknanya, ramai lagi lelaki dekat luar sana tu. Kawan abang Jay pun rata-rata kacak tau. Kalau nak, aku boleh atur...” Kata Atiqah panjang lebar. Dia cuba untuk menghiburkan hati sahabatnya yang tengah dihambat kesedihan.
“Tak kisahlah kumbang banyak mana pun. Aku malas nak fikir dah. Baik aku fikir pasal diri sendiri...”
“Aku harap sangat Haifah mengalah dan faham yang Jason tak cintakan dia. Ya Allah, putuskanlah Haifah dengan Jason. Bagilah sahabat hamba ini berkahwin dengan pujaan hatinya itu, aamin...” telapak tangan yang ditadahkan memohon doa tadi, di sapu diwajahnya.
Terkial-kial Hanis melihat tingkah Atiqah. Laju tangan kecil itu memukul lembut bahu sahabatnya.
“Tak baiklah berdoa macam tu. Semua ni sudah takdir. Allah tahu apa yang terbaik buat aku. Sudah, tak payah cakap lagi tentang perkara ni. Aku nak lupakan semua yang pernah berlaku. Kau doakan yang terbaik untuk aku, ya?”
Atiqah mengangguk lalu tersenyum. “Hari-hari aku doakan yang terbaik untuk kau,” tubuh Hanis dipeluk seketika. Di usap lembut belakang wanita itu agar tetap tabah dalam menghadapi ujian yang sedang menimpa.
Keadaan menjadi bungkam, sehingga seseorang tiba-tiba menerjah masuk ke dalam rumah itu. Terperanjat kedua wanita yang berada didalamnya. Masing-masing melihat sesama sendiri.
“Haifah?” Terpacul nama itu dimulut Putri Hanis. Wajah kurang senang milik Haifah di pandang. Tiada lain, ini mesti hal berkaitan dengan Haiqal Jason!
“Kau tak tahu malu ke, Hanis? Kau dah tahu Jason tu tunang aku, masih terhegeh-hegeh dekat dia, kenapa?! Tak ada harga diri ke? Gatal dengan tunang orang!” marah Haifah. Naik turun nafasnya ketika itu. Pandangan yang dilontarkan penuh dengan rasa benci kepada Hanis.
Menyirap darah Hanis mendengar ayat yang dilemparkan oleh wanita tersebut. Di pujuk hatinya agar bersabar. Baru sahaja ingin menjawab, Atiqah terlebih dahulu memotong. Sahabatnya itu bingkas bangun dari tempat duduknya.
“Amboi, sedap mulut engkau kata kawan aku tak ada harga diri! Jaga mulut puaka engkau tu. Jangan sampai kaki aku tersumbat dalam mulut engkau. Cantik je ada, tapi biadap!” Balas Atiqah, geram!
“Atiqah...”
“Tak payah halang aku, Hanis. Orang macam dia, kena ajar sikit. Kita tak boleh diam diri. Masuk rumah orang tak bagi salam, lepas tu serang orang tak tentu pasal. Bukan ke biadap nak mampus namanya tu,” tambah Atiqah lagi.
“Eh, kau tak payah masuk campur dalam urusan ni, boleh tak? Ini antara aku dengan Hanis!”
“So? Aku peduli apa?” bidasnya laju.
“Atiqah... sudahlah tu. Tak baik layan orang macam tu. Duduk dulu. Haifah, jemputlah duduk. Kita bincang elok-elok...” Hanis mula bersuara. Walaupun hatinya terbakar dek kerana kata-kata Haifah, namun dia sedaya-upaya melayan wanita itu dengan baik.
“Tak payah! Aku tak sudi duduk atas sofa buruk engkau. Aku datang sini, cuma nak cakap. Jangan berani dekatkan diri dengan Haiqal Jason. Di sebabkan engkau, dia putuskan hubungan kitorang! Perempuan jenis apa engkau ni, Hanis?” Tengking wanita itu.
Semakin mendidih darah Nurul Atiqah saat ini. Meskipun ini bukan urusan dirinya, tetapi dia tidak suka orang lain bersikap demikian terhadap sahabatnya. Mahu saja dilawan, tetapi Hanis mencegah.
“Saya tak tahu apa-apa pun antara awak dengan Jason. Saya hanya minta dia jauhkan diri dari saya. Sebab saya sedar, dia ada awak, Haifah...” Hanis masih lagi berlembut dengan Haifah.
“Penipu! Aku tahulah, engkau pujuk Jason untuk tinggalkan aku. Dasar perempuan murahan!”
PAP!
Laju tangan Atiqah melekat di pipi gebu milik Haifah. Merintih wanita itu menahan kesakitan. Terasa panas di bahagian yang terkena tamparan percuma itu. Tajam mata Haifah memandang Atiqah. Begitu juga dengan Atiqah yang membalas pandangan tersebut.
“Atiqah!” terkejut Hanis melihatnya. Cepat-cepat dia memegang wanita itu agar tidak berlaku pergelutan antara mereka.
“Aku dah cakap tadi, jaga mulut puaka kau ni. Itu baru sikit, Ikutkan hati, nak aku lenyek kau sampai penyek!”
“Kau...”
“Apa? Sakit tak? Lain kali fikir dulu sebelum bercakap. Begini nak jadi isteri Jason? Macam ni nak jadi biras aku? Fuh, buruk perangai!”
Haifah tergelak kuat. Entah apa yang lucu sangat?
“Buruk perangai? Kau pun samalah, Atiqah. Disebabkan tuduhan engkau pada Hanis, aunty Jumira masuk meminang aku, tahu? Terima kasihlah sebab memudahkan aku nak dapatkan Jason,” riak muka sinis ditayangkan.
Atiqah terdiam tidak menjawab. Betul kata Haifah. Kalau bukan sebab tuduhannya kepada Hanis, perkara ini tidak akan berlaku. Tentu Hanis akan hidup bahagia bersama Haiqal Jason.
“Kenapa diam? Rasa bersalah ke?” Senyuman sinis dilontarkan kepada Nurul Atiqah.
“Dengar, Hanis. Jangan muncul di hadapan Jason lagi. Kau tak layak buat dia. Hanya aku seorang yang layak buat dia. Bandingkan diri engkau dengan aku. Jauh beza, kan? Rumah engkau pun, sewa je. Tak cantik pula tu. Ada hati nak dekat Jason!” Sinis Haifah lagi. Puas hatinya merendahkan kehidupan wanita itu.
“Saya sedar, siapa diri saya. Tak perlu kut, nak sebut semua tu. Saya sentiasa ingat kehidupan saya macam mana,” Nada Hanis mula terdengar seperti menahan asap kemarahan. Siapa je yang tak emosi mendengar orang lain merendahkan kehidupan orang? Haifah dah melampau!
“Kau tak suka, ya? Aku saja lah nak ingatkan engkau. Jadi, dekat situ kau boleh nilai sendiri. Kau tak layak buat Jason. Harga diri kau pun boleh aku beli sebenarnya... dasar miskin!”
Saat ini, dunia Hanis umpama dilanda oleh taufan dan ombak yang mengganas, enggan berteman dengan alam semesta. Kata-kata yang baru sahaja dimuntahkan buat dirinya itu, umpama panahan petir yang mampu mematikan tahap kesabaran seorang Putri Hanis.
PAP!
“Biadap! Kau nak hina kehidupan aku, kau hinalah! Tapi, harga diri aku jangan bawa main! Memanglah aku miskin, tapi aku tak miskin adab macam kau! Muka cantik, otak kosong! Adab pun tak payah cakaplah!“ Marah Hanis. Tahap kesabaran diri sudah melepasi tahap maksimum.
“Berani kau...” Telapak tangan yang ingin mendarat pada pipi Hanis tidak kesampaian apabila di tangkap dengan pantas oleh Hanis. Di genggam kuat pergelangan tangan itu sebelum di lepas dengan kasar.
“Kau fikir apa? Aku penakut? Aku hanya hormat kau, Haifah. Sikit pun aku tak gentar berhadapan dengan kau. Tak kisahlah kau berlatar belakangkan apa sekalipun. Aku cukup hormat dengan engkau...”
“Tapi, tadi kau dah melampau, Haifah! Semakin aku biar perangai engkau, semakin nak pijak aku! Aku pun ada hati dan perasaan, Haifah!” Air mata yang terkumpul di tubir mata akhirnya terlepas dan mula mengalir di pipi. Namun, sedikit pun tidak dihiraukan oleh Hanis.
Haifah mula gemetar menatap tatapan Hanis. Jelas sangat Hanis sudah penat memendam rasa. Atiqah hanya memerhati dengan perasaan tidak percaya. Kali pertama dirinya melihat sahabatnya itu melepaskan api kemarahan kepada orang lain.
“Kau nak sangat Jason, ambil! Tak payah risau, aku dah tak ada hubungan apa-apa dengan dia. Sekarang, kau berambus...” kata Hanis lagi.
Haifah masih berdiri ditempatnya. Dirinya masih terkilan saat itu.
“Kau pekak ke? Aku kata berambus, berambuslah!” jeritnya memenuhi segenap ruangan rumah.
Terhegeh-hegeh Haifah berlari keluar daripada rumah Hanis. Tak pasal-pasal hari ni terkena dua tamparan percuma. Kasut tinggi yang dilepaskan di hadapan pintu tadi langsung di capai tanpa di pakai.
Atiqah segera mendapatkan Hanis yang mula terduduk di atas lantai sambil menangis itu. Bahu sahabatnya disentuh lembut. Dia tahu perasaan serba salah mula menghambat diri sahabatnya kerana bersikap demikian. Namun, baginya itu adalah sesuatu yang wajar untuk memberi pelajaran kepada orang seperti Haifah tadi.
“Hanis, kau tak salah pun. Jangan bazirkan air mata. Memang patut layan dia macam tu. Biadab sangat!”
“Mesti Datin Jumira marah kan kalau tahu pasal benda ni? Aku... aku tak sengaja tampar dia tadi,” tersendu-sedan Hanis menutur kata-katanya. Dia sudah tidak mampu melawan api kemarahan yang membuak-buak di sanubari.
“Tak, tiada siapa akan marah kau. Aku pun tampar Haifah tadi. Maknanya, aku pun akan kena marah juga. Tak payah risaulah, bukan salah kau pun. Jelas-jelas perempuan tu yang salah,” balas Atiqah sungguh-sungguh.
“Ta-tapi...”
“Jangan bagi alasan lagi. Lupakan aje pasal ni. Kalau si Haifah tu mengaduh bukan-bukan dekat Datin Jumira, ni Nurul Atiqah ni akan berhadapan dengan dia. Tak kenal lagi siapa Nurul Atiqah sebenarnya...” ujar wanita itu dengan keyakinan diri yang tinggi.
Hanis hanya menggeleng. Sedikit menyesal dengan diri sendiri kerana gagal mengawal emosinya. Apa kau buat ni, Hanis?!
“Sudahlah tu. Jangan difikirkan lagi...” pujuk Atiqah. Dia tahu apa yang bermain difikiran sahabatnya saat ini. Sabarlah Hanis...
****
Happy Reading semuanya <33
Share this novel