Bab 38

Romance Completed 53836

Mama..Dah kenapa jantan tak guna tu datang balik ke sini? Dah buang tebiat ke apa terhegeh-hegeh nak berjumpa dengan Eisya. Bukan dia sudah lupa Eisya tu bawah jagaan Mira sekarang? Banyak lemak baru sekarang nak ngaku si Eisya anak dia. Selama ini bukan main lagi tuduh Mira mengandung anak jantan lain. Ingat Mira ni macam dia? Kaki perempuan sana sini! Dasar jantan tak guna. Marah Mira sudah tidak senang duduk di dalam biliknya apabila diberitahu Iqbal datang lagi ke sini sejak ia datang pada hari kepulangannya dari hospital tempoh hari. Mira mengikat kasar rambutnya untuk memakai tudung. Dia mahu berdepan dengan Iqbal kali ini. Sudah lama ia melarikan diri dari berjumpa dengan Iqbal. Sekarang ini Mira tidak takut lagi. Selagi Iqbal dan Eisya berhubung, selagi itulah hatinya terasa sakit yg kian membuak-buak. Mira tidak mahu Iqbal ada lagi pertalian dalam keluarganya.

Bawa mengucap Mira..Sabar..Iqbal datang ke sini dengan niat yg baik. Dia mahu berjumpa dengan Eisya. Itu saja. Lagipun mama tengok Iqbal dah semakin berubah. Dia tidaklah seperti dulu lagi. Kamu tak boleh nak nafikan yg Iqbal masih ada hak ke atas Eisya. Iqbal tu ayah kepada anak kamu. Kamu tak nak ke Eisya nak rasa kasih seorang ayah semula? Sampai bila kamu nak kawal semua ini Mira?? Sampai bila..Kata Datin Zubaidah cuba menenangkan diri Mira sebentar. Dia tidak mahu Mira akan kembali tertekan semula. Mereka menerima Iqbal semula demi masa depan Eisya yg perlukan kasih seorang ayah. Mereka tidak mahu masa depan Eisya rosak disebabkan hidup dalam keluarga yg bercerai berai dan tidak ada ayah. Datin Zubaidah dan Datuk Rizman sudah berfikir semua ini. Iqbal masih layak untuk menerima Eisya sebagai anaknya kembali walaupun hubungan dia dan Mira masih tegang.

I don't care mama..For me lelaki itu masih tidak layak nak digelar bapa kepada anak Mira. Kalau dah diri tu bernafsu syaitan..kaki pukul perempuan..sampai masuk kubur pun tak akan berubah. Mama dah lupa ke apa yg dia telah buat dekat Mira? Wau..memanglah mama tak rasa sebab..Mira yg laluinya. Kalau mama nak tahu..nyawa Mira hampir melayang setiap hari bila berada dalam genggaman tangan lelaki itu. Mira dah serik mama. Ehh kenapalah mama tak biar Mira mati je masa koma tu? Senang sikit hidup ni kan kalau tak ada Mira. Boleh semua orang bahagia. Macam tu kan?? Dah laa..Mira malas nak bertekak pasal ini lagi. Mira nak ambil Eisya semula. Lepas ni..Mira akan bawa Eisya tinggal sendiri dengan Mira. Ujar Mira lalu berjalan keluar dari biliknya. Rasa buang masa saja bertekak dengan orang yg tidak faham akan dirinya ini. Miskipun orang yg bergelar mama kandungnya sendiri pun masih tidak mengenali anaknya.

Ehh Mira..Mira.. Panggil Datin Zubaidah sayupnya tetapi Mira buat tidak dengar saja. Datin Zubaidah mengusap wajahnya. Rasa sebak saja dia melihat diri Mira kini sudah berubah sejak dua menjak ini. Perubahan seorang anak yg baik selepas trauma akan kisah silamnya itu. Mira berjalan turun dari anak tangga dengan langkah yg besar. Dari jauh dia melihat Iqbal sedang memberi Eisya bermain mainan baru. Banyak sahaja barang yg ia belikan untuk Eisya setiap hari. Gelak ketawa Eisya apabila melihat Iqbal membuat jenaka menembusi lubuk hati Mira. Perasaannya mula bercampur lagi. Tidak tahu sama ada perasaan gembira ataupun duka melihat semua ini. Mira terus mengeleng laju cepat-cepat ia berjalan pergi ke arah mereka berdua.

Eisya...mari naik atas..Bersuara Mira tegasnya terus mendukung kasar tubuh Eisya tanpa kerelaannya. Eisya meronta-ronta tidak mahu meninggalkan semua mainan itu. Mira tidak mempedulikan langsung serak tangis Eisya yg tidak mahu pergi ikutnya. Tergamam Iqbal baru hari ini dia dapat melihat Mira kembali. Bekas isterinya ini sudah banyak berubah dari segi penampilannya. Yaa, Mira sudah berhijab serta sopan dari segi pemakaiannya dan bukannya lagi Mira yg suka mengayakan pakaian yg seksi dan berambut kemerahan mengikut trend semasa. Iqbal mengukirkan senyuman gembira dengan perubahan diri Mira ini. Tiada apa yg lebih gembira baginya melihat Mira hidup dalam keadaan yg lebih dari selepas mereka bercerai. Sesungguhnya Iqbal adalah orang yg buta agama dulu. Seorang yg munafik dan jahil sepanjang mereka berumah tangga. Dirinya sendiri tidak mampu memimpin Mira ke jalan yg benar. Air mata terus terkumpul di kelopak mata Iqbal. Dia sangat rindukan Mira selama ini.

Mira..mira apa khabar?? Sihat?? Tanya Iqbal apabila melihat Mira sudah mahu pergi dari sini sambil mendukung Eisya sekali. Dia tahu Mira masih tidak dapat maafkan dirinya ini. Iqbal tidak mahu memaksa tetapi sebaliknya biarlah Mira rasa selesa dahulu dengan semua ini barulah dia akan membuka langkah lagi. Perempuan hati yg sudah terluka bukan mudah untuk menerima lagi kerana kisah silam masih menghantui diri mereka.

Wait..wait..baru sekarang kau nak tanya aku soalan macam ni?? Asal tak semasa aku masih isteri kau lagi? Wau..i'm speechless. I was surprised about this. Enough Iqbal..aku dah muak dengan taktik kau ni. Soal baik saja dekat depan aku. Tak payahlah kau susah-susah datang ke sini beli mainan untuk anak aku bagai. Aku mampu lagi nak beri semua itu dekat dia. Selama aku besarkan dia tak de pula aku nak kontak kau minta duit ann?? Dah la pergi balik lah. Dah macam tak de keje tiap hari nak datang ke sini. Kata Mira kasarnya lalu berjalan pergi membawa Eisya keluar. Daripada dia terperap dalam rumah ini mendengar leteran mamanya alangkah baik dia pergi ke rumah bonda. Dapat juga hilangkan stress ini. Iqbal terus mati kata apabila Mira menghentamnya cukup-cukup kali ini. Dia terima saja semua ini dengan hati yg terbuka kerana Iqbal tahu dia telah banyak berbuat dosa dekat Mira. Selagi Mira tidak maafkan dirinya selagi itulah Iqbal akan selalu datang ke sini demi Mira dan putrinya itu. Datin Zubaidah menepuk lembut bahu Iqbal. Mereka sudah tahu niat Iqbal ke sini dan bertemu dengan Mira semula. Apa yg baik mereka akan sokong. Semuanya masih terletak di tangan Mira sendiri. Dia lebih layak membuat satu keputusan sekarang ini.

..................................................................

Amboii..Sejak bonda suka dia masak kuih tradisional Kelantan ni...dah tak ingat dekat husband ehh..Busy je duduk dapur ni. Ermm rindulah..Ngadu Azhar sambil memeluk pinggang Munirah. Muncung saja bibirnya melihat Munirah tidak mempedulikannya langsung hari ini. Azhar terus meletakkan dagunya di bahu Munirah. Mencari perhatian daripada isterinya ini.

Abang..Kita kat rumah bondalah..Janganlah buat macam ni..kalau orang lain nampak nanti macam mana. Bersuara Munirah lalu menolak semula badan Azhar ke belakang sikit. Macamlah mereka berpisah selama seminggu dua Azhar nak rindukan dirinya ini. Mengada-gada saja perangai manja Azhar bila bersama Munirah. Azhar tetap tidak mahu beranjak sehinggalah bonda masuk ke dalam dapur bersama Mak Nah.

Amboii Azhar..tak boleh ke tinggal isteri kamu sekejap. Asyik nak berkepik saja. Irah dekat rumah anak bonda selalu macam ni ke?? Tanya Bonda lalu memandang ke arah mereka berdoa. Seronok saja dia melihat hubungan mesra antara Azhar dan Munirah. Mereka berdua memang benar saling mencintai. Hajah Fazilah tidak boleh nafikan semua ini lagi. Sudah tiba masanya dia membiarkan Azhar memilih cinta hatinya iaitu Munirah. Munirah tersenyum kelat saja kerana terasa malu bonda bertanya soalan begini kepadanya manakala Azhar pula masih mahu bermanja dengan Munirah lagi.

Ye bonda..macam nilah dia kat rumah pun. Jawab Munirah geram saja Azhar mengenakannya kali ini cukup-cukup di depan bonda. Munirah terus mencubit kecil di perut Azhar. Sifat gatalnya tidak kena dengan tempat.

Aduh..Ayang ni..Rajuk Azhar apabila Munirah berbuat begitu kepadanya. Hajah Fazilah hanya menggeleng kepala saja melihat telatah mereka berdua. Tidak ubah seperti dirinya dan walid ketika masih muda dulu. Sifat lemah lembut Munirah ada garangnya juga manakala sifat budiman Azhar ada lembutnya. Mereka berdua sangat sesuai antara satu sama lain. Munirah sibuk saja berbual dengan bonda dan wirda di dapur. Sesi masak bersama dengan menantu. Bonda tidak kisah kalau Munirah baru belajar memasak kerana Wirda juga lemah dalam bab ini. Dia tidak perlu nak menilai antara mereka berdua lagi kerana mereka berdua adalah nenantu yg baik. Baik buruk mereka bonda akan belajar menerimanya. Azhar duduk di bangku luar rumah sambil berbual kosong dengan Azfar dan Azman. Sudah menjadi rutin harian mereka sekarang balik berkumpul di rumah bonda bila ada waktu lapang. Sekali sekala mereka mahu mengeratkan semula hubungan keluarga kecil Walid ini.

Ehh Azman..aku bau bunga mekarlah..apahal ehh. Tanya Azfar kepada Azman. Mereka tidak mempedulikan langsung kewujudan Azhar di situ. Azman ambil masa beberapa minit baru faham apa yg abangnya maksudkan itu. Dia terus kembali melihat telefonnya.

Ha'ah..Aku pun bau doo..Masalahnya orang tu tak pernah pakai cincin tapi sekarang.. perghh.. dah lekat dekat jari manis tu. Perli Azman pula sambil tersenyum sinis. Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain. Azhar terus menggelengkan kepalanya saja. Faham apa yg mereka berdua perli dekat siapa sekarang ini. Mereka bertiga terus ketawa. Masing-masing melayan mood tenang ini. Sudah lama mereka bertiga tidak rasa keadaan setenang ini. Tiba-tiba..

Assalamualaikum..Ucap Mira lalu berjalan menuju ke arah Azhar sambil mendukung Eisya. Terlihat senyuman di bibirnya riang sekali. Mereka bertiga terus berpandangan antara satu sama lain. Masing-masing riak wajah tegang saja. Baru nak rasa hidup aman sekejap datang pula aura lain. Azhar menelan payah air liurnya. Hubungannya dan Munirah baru saja nak mekar datang pula Mira ke sini. Azhar risau dan gelisah jika Munirah akan salah faham nanti. Dia mendengus kasar apabila Mira selalu menggunakan Eisya sebagai alasan ia jejak kaki ke sini. Padahal anak kecil itu tidak mengerti apa lagi. Ini semua kerja Mira mahu menimbulkan masalah saja. Kalau tidak bukan kerana Iqbal,sudah lama Azhar sound Mira. Masih tidak sedar diri yg hubungan mereka sudah lama pupus. Jam menunjukkan pukul 1.45 p.m. Semua teruna sudah lama berlalu pergi ke masjid untuk solat Jumaat. Tinggal lah yg dara berada di rumah saja. Masih dara? Entahlah. Bonda dan Wirda masuk solat dahulu di dalam bilik manakala Munirah dan Mira duduk di meja taman tepi kolam renang. Mira yg minta untuk berbual sebentar dengan Munirah. Pada mulanya Munirah mahu Wirda teman tetapi Mira hanya mahu berbual dengannya saja. Munirah tidak dapat menolak lagi. Mira memerhati saja gelagat Munirah seronok bermain dengan Eisya. Anak kecilnya ini sangat sukakan diri Munirah. Mira tersenyum sendiri sekejap. Tiba-tiba..

Munirah..Cantik cincin awak..Bersuara Mira mendatarnya apabila baru perasan jari manis Munirah sudah di sarung cincin. Mira menatap lama Cincin pertama emas itu. Senyumannya telah mati sejak dari tadi lagi.

Ermm..biasa saja. Jawab Munirah pendeknya masih tersenyum manis ke arah Mira. Dia cuba berlakon tiada apa yg berlaku terhadap dirinya ini. Munirah masih takut jika Mira masih tidak dapat menerima semua ini lagi.

Owhh Ok..Bukan cincin perkahwinan awak dan Abang Azharkan?? Soal Mira lagi masih tertarik dengan semua ini. Dia mahukan jawapan "Tidak" dari Munirah. Dia berharap Munirah tidak lupa pada janjinya sebelum ini. Dia tahu Munirah bukanlah gadis seperti itu. Tergamam Munirah sebentar. Fikirannnya terus kosong apabila Mira mula bermain soalan psycho dengan dia seperti ini.

Ini cincin..cincin..Tergagap-gagap Munirah mahu menjawab soalan Mira tadi. Dia melihat Mira mula mengeluarkan senyuman sinis di bibirnya. Munirah terus matin kata.

I know Munirah. Itu adalah cincin perkahwinan awak dan Azharkan? Jadi Abang Azhar sudah hadiahkan awak cincin itu?? Wau..cepatnya dia sudah jatuh hati dekat awak. Awak percaya ke dekat abang haa? Percaya pada janji manis dia dekat awak yang..awak adalah cinta hatinya sekarang? Mudahnya awak percayakan semua ini Munirah. Kata Mira seriesnya kepada Munirah. Riaksi muka Mira seperti tiadak percaya sahaja apa yg sudah berlaku pada Munirah ini. Pandangan Munirah mula terasa kosong. Masih tidak dapat hadam apa yg Mira cuba sampaikan kepadanya ini.

Apa..maksud Kak Mira? Tanya Munirah meleretnya. Pandangannya masih tertumpu di wajah Mira. Menanti jawapannya itu. Munirah meletakkan Eisya di kerusi sebelah. Memberi telefonnya untuk Eisya melayan lagu Didi & Friends di dalam saluran Youtube. Mereka berdua menatap wajah antara satu sama lain. Kedua-duanya cuba bermain dengan emosi sendiri.

Oh God..Munirah.. Don"t be silly please. Azhar masih cintakan saya. Awak tak nampak ke sejak saya terlantar sakit di hospital siapa selalu datang ke sana? Azharkan? Orang yg berjaya kejutkan saya dari koma siapa? Azharkan?? Don't u see that? Jodoh kami masih lagi kuat. And..awak dah janji dengan saya Munirah. Awak akan izinkan Azhar berkahwin dengan saya dan Awak akan melangkah pergi. Janji tetap janji. For me lah..cincin yg Azhar beri dekat awak tu tak de makna pun. Alah..mesti nak sedapkan hati awak je tu. Kan lepas ni awak dah nak pergi dari hidupnya..Ujar Mira sambil menepuk bahu Munirah. Sejak dari tadi lagi dia berkata begitu sambil berjalan ke hulu ke hilir di belakang Munirah. Pandangan Munirah menjadi kosong. Dia mengenggam kuat kain skirtnya itu. Cuba mengawal emosinya sebaik mungkin. Munirah tidak mahu dipengaruhi oleh kata-kata Mira tadi. Dia tahu Mira mesti berbohong tentang semua ini. Munirah mula rasa menyesal berjanji kosong dengan Mira. Wanita ini adalah lebih kejam dari apa yg ia sangkakan.

Maaflah akak..saya percayakan abang. Kalau dia tak cintakan saya kenapa dia selalu pertahankan saya selama ini? saya minta maaf sangat dengan janji kosong semua itu. Saya tak akan berundur. Saya akan pertahankan rumah tangga kami ini. Dulu yee memang saya buta dan tak nampak semua itu tapi sekarang saya tahu.. Abang Azhar tulus cintakan saya dan bukan kak Mira. Jawab Munirah lembutnya masih sabar dengan tomahan Mira tadi. Dia akan lantang bersuara jika semua ini ada kena mengena dengan hubungannya dan Azhar. Dia tidak mahu kehilangan Azhar lagi. Munirah pasti Azhar juga tidak mahu kehilangannya. Silap besar jika dia benarkan Azhar bercinta semula dengan orang seperti Mira. Mira mendengus kasar mendengar semua itu keluar dari mulut Munirah. Badannya mula terasa mengigil. Terlihat senyuman sinis mula terukir di bibir Mira. Tanpa teragak lagi Mira terus merentap kuat lengan Munirah.

Apa ni Kak Mira ??!!! bersuara Munirah takutnya mula bergelut dengan Mira. Munirah cuba menahan tangan Mira dari terus menarik cincin di jari manisnya keluar. Tidak tentu pasal pergelutan itu sampai jatuh ke lantai di tepi kolam. Mira tidak sangka Munirah sekuat ini orangnya. Nampak saja bertubuh kecil tetapi dari segi tenaga kuat sepenuhnya. Muka Mira menahan sabar saja terus tangannya menampar kasar wajah Munirah tanpa teragaknya. Munirah terus hilang pertimbangan sekejap. Tangan kanannya mula memegang pipinya yg mula terasa sakit. Tanpa membuang masa lagi Mira terus merentap cincin di jari Munirah. Dia kembali bangun dan berdiri seperti biasa. Macam tiada apa-apa yg berlaku tadi. Munirah masih terbaring di atas lantai. Memegang pipinya mula terasa kebas sedikit.

See...Inilah balasan orang yg suka melawan cakap aku. Aku tak gila Munirah tapi kau yg buat aku gila..Alah.. cantiknya cincin ini tapi sayangkan..tak sesuai dengan kau. Sekarang.. cincin ini balasannya!! Kata Mira tanpa teragaknya terus melemparkan cincin itu ke dalam kolam. Mira tersenyum puas apa yg telah dia lakukan ini. Puas hatinya mengajar sikit perangai Munirah yg suka membantah dan melawan. Tidak sesuai langsung bergelar isteri kepada Azhar dengan perangai sebegini. Munirah terus mengesot perlahan-lahan ke arah kolam renang.

"Hahaha"

Mira tertawa riang melihat Munirah tidak ubah seperti seorang pelakon drama. Hanya sebentuk cincin dia menjadi lemah seperti ini. Hatinya terlalu lemah untuk melawan kembali cinta Azhar terhadap Mira.

Tidak..cincin itu..abang..Nguman Munirah sudah memasukkan tangannya separuh ke dalam kolam. Munirah tidak berani nak masuk ke dalam kolam kerana dia tidak pandai berenang. Mira mengeluh perlahan melihat drama pendek di depan matanya ini. Sampai esok tak sudah lalu Mira mula menolak badan Munirah. Akhirnya..Bloom!! Munirah terus jatuh ke dalam kolam. Mengelupur Munirah mencari nafasnya semula.

"Mira..tolong..saya tak pandai berenang.."

Mira buat tidak endah saja masih seronok memerhati drama pendek di depannya ini. Munirah memang pandai berlakon. Dia layak mendapat anugerah tidak lama lagi. Munirah mula rasa sesak nafas. Pandangannya mula menjadi kosong. Kelam. semuanya kelam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience