14 : Adakah Ini Cinta?

Drama Series 5510

             SETELAH dipaksa oleh Puan Salina, Rafael menurut saja bermalam di rumah itu kerana sudah lewat malam kalau nak bertolak ke Kuala Lumpur sekalipun mana sempat. Nak sewa hotel, mana ada hotel di kampung. Walaupun kampung sudah maju tapi belum ada yang mendirikan rumah persinggahan atau hotel. Dibebel Puan Salina, katanya membazir.

12:10 tengah malam...

Semua orang sudah tidur memandangkan sudah lewat malam. Sunyi malam hanya terdengar cengkerik dan bunyi kipas. Namun ada seorang manusia yang tak lena tidur.

Mata memandang tepat ke atas siling putih. Kosong pandangannya. Keluhan halus terbit dibibir Bella yang masih termenung.

'I know you still hate me. Tapi semua yang Raf buat selama ni untuk kebaikan Rose.'

Urgh! Bella serabutkan rambut. Mengingat kembali ayat Rafael yang terus memujuknya untuk pulang ke Jerman.

"Mula-mula suruh aku tinggal kat rumah agam yang macam penjara tu, lepastu suruh aku ikut dia balik Jerman. Huh! Memang tak la." dengus Bella kasar. Jelas tak puas hati.

Mata dipejam rapat memaksa untuk lena. Tapi makin dipaksa, makin berlegar legar difikiran. Menyerabutkan otak yang memang malas dia nak fikir.

Dia sedar, sudah sepuluh tahun dia tidak jejak kaki di negara asal ibundanya. Bapa kandungnya merupakan seorang nelayan di negeri miskin yang terletak di Itali. Bapanya meninggal ketika Bella berusia lima tahun.

Setahun setelah kepergian bapanya, mamanya muncul mengaku sebagai ibu dan ambilnya. Mudah benar wanita itu, setelah buang dia dari dia lahir lagi. Dan sekarang senang senang nak kawal hidupnya.

Bella kepal tangan. Kisah lama yang terlintas membuatnya kembali marah. Boleh saja dia nak dendam kepada mama tetapi bapanya masih sedih jika dia menjadi anak pendendam. Dia juga tahu sifat dendam akan hancurkan diri jika dibiarkan.

Bella turun dari katil. Rambut panjangnya dikepit. Berjalan perlahan keluar dari bilik tak mahu Ayu tersedar.

Dia mahu ambil angin di koridor luar. Panas hati membuatkan dia tak lena tidur.

Cahaya bulan menyimbah wajah. Pandangan tenang melihat beribu bintang di langit. Indah... tak seindah hidupnya.

Ralit termenung melihat dada langit, Bella tak perasan langkah kaki seseorang sudah berdiri di sebelahnya.

Perasan Rafael ada sebelah, Bella cepat tarik muka dan ingin pergi dari situ. Tapi segera ditahan.

"Petang esok aku akan bertolak ke Jerman. Fikirkan lah. Mama nak jumpa Rose. Dah lama dia rindu-"

"Rindu?Huh!"

Bicara Rafael dipotong gadis itu. Bella tayang senyum paling sinis.

"Apa yang dia nak rindu dari aku? Bukan ke mama kutip aku semula sebab aku ni satu satunya waris tunggal harta dia. Bukan ke macam tu?" sinis Bella berkata.

Rafael melepas keluh. "Rose..." dia tak tahu sebenarnya nak memujuk adik yang satu itu. Keras kepala dan marahnya dari bertahun lamanya. Takkan la sampai sekarang masih berdendam.

"Rose... takkan la tak ada langsung rasa nak jumpa mama. 10 tahun, takkan la tak rindu?" ujar Rafael penuh lembut.

Bella senyum tipis. Riaknya juga mula tenang. "Ya sepuluh tahun. Selama sepuluh tahun tu juga aku seorang saja yang ingat Papa. Yang lain? Hanyut dalam kemewahan sementara ni." ujarnya perlahan. Dan entah kenapa tidak terdengar sinis malah lebih kepada sayu.

Rafael pandang penuh kasihan dan sayu. Dia tahu gadis itu sedang tahan dari menangis.

Bella ditarik kedalam pelukan. Belakang kepala diusap kasih. Bella tidak meronta malah sikit pun tak melawan. Hanya diam kaku.

Tak lama terdengar esakan halus. Rafael tersenyum. Akhirnya dia dapat dekat dengan adik yang dia sayangi ibarat nyawa.

"Sorry." kata Rafael lembut.

Mereka membesar sama sama. Jadi tak mudah untuk Bella bencikan Rafael. Dia hanya tunjuk sikap keras kepalanya kerana takut digunakan oleh mamanya.

"Ok, aku balik." ujar Bella.

Rafael tersentak namun tersenyum tak lama. "Thanks, adik."

Pelukkan dilerai. Dada bidangnya ditumbuk manja oleh tangan Bella.

"Adik la sangat." Bella tertawa kecil. Saki baki air mata disapu.

Rafael tersenyum senang. Sudah lama dia tak lihat sikap manja yang satu itu.

"Demi kau." usai berkata begitu Bella berjalan pergi.

"Thanks sekali lagi..." bisik Rafael sendiri.

Ya, setelah kepergian Papanya, Rafael la orang kedua yang paling dia sayang.

Mama? Bella membalik biji mata muak. Arh! Mamanya hanya pentingkan harta melebihi segalanya. Bahkan anak sendiri.

Pada masa yang sama...

Di satu sudut tempat yang gelap. Dia hanya berpeluk tubuh bersandar di dinding. Sepasang mata cuma diam memerhati adegan didepan mata.

Dia berjalan mendekati Rafael.

"Kau dah dengar?" soal Rafael tenang tanpa berpaling.

Aniq membuang pandang ke arah gelap malam.

"Tak sangka pula kau berdua ada masalah dengan mak kau." tutur Aniq.

Rafael senyum. "Bukan aku. Dia saja."

Aniq diam. "Jadi kiranya dia pergi. Kira dah tak jejak kat sini?"

"Maybe." ringkas balasan Rafael.

Bahu Aniq ditepuk sebelum Rafael turut ingin beredar.

"Nampaknya banyak perkara yang Rose sayang... ada kat sini."

Aniq terkedu lalu buang muka. Kenapa jiwa terasa bercelaru saat ini. Sanubari bagai diseksa dari dalam membuatnya tak tenang. Mendengar dari mulut Bella sendiri pula.

Gadis itu sudah mahu pergi? Tidakkah terlalu awal? Dia masih belum kenal sepenuhnya diri Bella dan Bella belum kenal luar dalam tentangnya.

"Aku rasa aku suka dia." ngumam Aniq perlahan. Dan biarlah hanya dia yang tahu.

Bila? Dimana? Bagaimana?

Entah, dia sendiri pun tak tahu. Perasaan ini juga dia tak yakin sepenuhnya. Yang dia tahu adalah hatinya sunyi dan sakit bila mendengar gadis itu nak tinggalkan dia.

Pertama kali hadir perasaan begini. Adakah ini cinta?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience