CHAPTER 7 DKM

Action Series 21357

Luth Hanief pada pagi ini ada mesyuarat penting di pejabatnya.Dia telah menghadiri ke pejabat SPRM satu jam lebih awal untuk membuat sebarang persediaan.Jika bab kerja memang tak boleh dikompromi lagi dengan lelaki ini.Selepas dua jam berlalu , mesyuarat bersama pegawai-pegawai besar tamat.Mereka kini berada dalam misi besar melibatkan SPRM dan TUDM.

"Lain macam kes kita ni , Luth." ujar Hakim.Mereka berjalan beriringan menuju ke bilik pejabat Luth Hanief.

"Itulah pasal , sampai melibatkan tentera , takda kena mengena lansung." jelas Luth Hanief kepada sahabatnya Hakim.

"Gila lah dorang yang makan rasuah ni.Duit punya pasal sanggup khianat negara sendiri." ujar Luth Hanief kepada Hakim dengan nada sedikit marah.

"Haih , macam-macam ragam manusia.Tapi kenapa TUDM ? Bukan ATM ?." soal Hakim kepada sahabatnya Luth Hanief.

"Kau tak dengar ke dalam meeting tadi cakap apa.Dorang ada rumah dalam hutan.Dekat sabah.Dorang buat rumah tu untuk menyetan." ujar Luth Hanief dengan penuh rasa amarah.Hakim hanya membisu.Dia sudah tahu jika Luth Hanief mula menyinga.Pasti mereka semua akan dikenakan tindakan tegas.

"Adam mana ?." soal Luth Hanief kepada Hakim.Mereka semakin dekat dengan bilik pejabat jejaka tampan itu.Pintu bilik pejabat dibuka.

"Aku ingat korang nak suruh aku berjanggut dekat sini ?." soal Adam menyindir dua sahabatnya itu.

"Kau buat apa pula dalam bilik aku ?." soal Luth Hanief kepada Adam.Dia menarik kerusi putarnya dan melabuhkan duduk.Dia berputar ke arah belakang untuk mengambil fail kes yang tersusun rapi.

"Aku nak terangkan , anggota-anggota dan pegawai yang terlibat dengan OPS ni." jelas Adam kepada rakannya dan merangkap pegawai atasan itu.

"Siapa ?." soal Luth Hanief tanpa berlengah.

"Pegawai dari PDRM ialah Inspektor Huzairi , ASP Azizan dan DSP Muna." jelas Adam kepada Luth Hanief.Hakim pula hanya mendengar dengan teliti.

"SPRM ?." soal Luth Hanief lagi.Matanya tekun membaca laporan tentang kes yang bakal dikendalikannya.

"Kau , aku , Hakim , Mikayla... . "

"Mikayla ?." soal Luth Hanief terkejut dan terus saja emosinya menjunam.

"Aku akui kerja dia bagus tapi perangai dia buat aku rasa nak tanam dia hidup-hidup." ujar Adam selamba.Luth Hanief memicit kepalanya yang tiba-tiba saja rasa berdenyut.

"Lagi ?." soal Luth Hanief lemah.Dia mengangkat sedikit wajahnya yang tertunduk itu.

"Zara." jelas Adam.Itu adalah nama terakhir dari kalangan pegawai SPRM yang terlibat.Luth Hanief meraup mukanya kasar.

"Kita buat kerja kita sajalah Luth , kau tak payah nak fikir pasal minah-minah senget tu." ujar Hakim selamba.

"Kalau aku boleh buat kerja dengan tenang takpa.Sebab dorang lah hidup aku huru hara." ujar Luth Hanief meluah.

"Dari TUDM ?." soal Luth Hanief.Ini adalah kumpulan terakhir yang akan menyertai mereka.

"Dari TUDM ialah , Kapten Kamal , Kapten Husni dan... ."

Adam dan Hakim memandang satu sama lain.Hakim mengalihkan pandangan.Tidak sanggup dia melihat reaksi Luth Hanief.

"Siapa lagi ?." soal Luth Hanief apabila Adam diam secara tiba-tiba.

"Hana Dahlia." ujar Adam perlahan suaranya.Dia mengeluh berat.Terdiam Luth Hanief mendengar nama itu.

"Dorang salah hantar nama ke ?." soal Luth Hanief yang ingin menyakinkan hatinya.

"Tak Luth , Dahlia terlibat dalam OPS ni.Semua yang terlibat dengan OPS ni ibarat mengadaikan nyawa sendiri.Lagi-lagi TUDM." jelas Adam lemah.Luth Hanief tersandar di kepala kerusi.

"Tapi kenapa dia Adam ?." soal Luth Hanief sayu.Matanya berkaca.Tidak sanggup dia hadapi situasi itu.

Luth Hanief dan adik-adik perempuannya sudah pulang ke kediaman keluarga mereka semula.Puan Suraya Hani tetap dingin terhadap anak-anaknya.Dia tidak bertegur dengan mereka berlima.Luth Hanief sentiasa menenangkan adik-adik perempuannya jika mereka menangis mengenangkan sikap ibu mereka itu.Dia sendiri tidak mahu situasi keluarganya tegang berterusan.Tetapi apakan dayanya sebagai seorang anak.

"Ibu , Hanief nak cakap dengan ibu sikit.Duduk dulu." ujar Luth Hanief kepada Puan Suraya Hani.Dia terlihat wanita itu mahu beredar apabila nampak kelibatnya.

"Apa lagi kau nak cakap dengan aku ?." soal Puan Suraya Hani.Dingin sahaja nadanya.

"Hanief anak ibu , Hadira anak ibu , Hazra dan Hayra kembar yang ibu ada serta Humaira manja ibu.Mana pergi sikap ibu Hanief yang dulu ? Hanief sedia tahu , ibu Hanief ni orangnya garang dan tegas.Itu adalah cara hendak mendidik kami.Tapi bukannya membenci macam sekarang ibu." luah Luth Hanief sayu.

"Kau apa tahu apa yang aku rasa ? Korang ni menyeksa hidup aku saja.Tak pernah nak bagi apa yang aku nak.Lepastu ada hati nak mengaku anak yang dengar kata." terbutang mata Luth Hanief apabila mendengar penjelasan dari Puan Suraya Hani itu.Tidak dia sangka ibunya akan bersikap sebegitu sekali.Airmatanya mengalir tanpa sedar.

"Ibu , kenapa ibu cakap macamtu ?." soal Luth Hanief sedikit terkejut.

"Kau dengar sini Hanief.Anak aku yang mana tak dengar kata aku , jangan mengaku aku mak.Faham ? Kau nak kahwin dengan pilihan kau kan ? Pergi.Pergi kahwin dengan pilihan kau.Tapi... ."

"Tapi jangan kau harap kau dapat buat majlis dalam keluarga aku.Kalau keluarga baru kau nak buat majlis , buatlah.Tapi bukan keluarga aku.Dan... ."

"Jangan harap aku akan ada masa majlis kau nanti.Aku taknak tengok muka kau dengan bini kau yang bawak bala tu.Nanti penyakit dia berjangkit dengan keturunan aku.Yang terakhir... ."

"Adik-adik kau dan bapa kau pun tak boleh pergi majlis perkahwinan kau.Aku akan pastikan diorang takkan pergi." ujar Puan Suraya Hani dengan rasa membenci terhadap Luth Hanief.

Tiada kata yang mampu terucap dari bibir lelaki itu.Airmatanya mengalir tanpa sebarang esakan.Jantungnya berdebar-debar menahan tangis yang hendak pecah.

"Anak tak guna.Penat aku besarkan kau.Ini yang kau balas ? Apa kurangnya Mikayla tu ? Sihat , cantik , pandai dan kaya pula tu."

"Kalau kau kahwin dengan dia.Hidup kau senang.Tapi sebab kau bodoh." ujar Puan Suraya Hani dengan hina.

"Hanief tak bodoh dan Hanief tak murah.Hanief tak bodoh sebab pilih Hana Dahlia sebagai bakal isteri.Hanief juga tak murah untuk mengemis harta keluarga kaya Mikayla.Apa yang Hanief buat bersebab."

"Terima kasih Puan Suraya Hani diatas segala hinaan.Tapi satu saya nak pesan... ."

Dia membongkokkan sedikit tubuhnya.Wajahnya hanya jarak satu inci sahaja dengan ibunya.Matanya merah menyala kerana menahan tangis.Nafasnya tidak teratur menahan amarah.Dia mendengus kasar berkali-kali di hadapan muka ibunya Puan Suraya Hani.

"Jika ada seseorang di kalangan orang yang saya sayang jadi apa-apa di atas perbuatan Puan , saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan atau membuat sesuatu diluar jangkaan.Hidup saya pernah hancur kerana Puan.Penjara ? Sudah macam rumah kedua saya.Belum ada sesiapa lagi yang tahu apa yang terjadi 10 tahun lepas.Saya akan simpan selagi boleh simpan.Jika perlu dibuka pekungnya , saya akan buka." ugut Luth Hanief.Membutang mata Puan Suraya Hani.Dia terdiam saja.Tidak tahu hendak reaksi apa.Tidak sangka dengan tindakan Luth Hanief.

Hana Dahlia kini berada di pasaraya bersama bakal suaminya Luth Hanief.Dia dibawa ke pasaraya untuk membeli barang dapur untuk kediaman yang bakal diduduki mereka.Luth Hanief memberi apa sahaja kemahuan Hana Dahlia walaupun gadis itu tersipu malu.Tempat barang basah dituju.Ayam beberapa ekor diambil untuk dibuat stok.

Mereka menuju pula ke tempat barangan kering.Hana Dahlia tertawan dengan tindakan bakal suaminya Luth Hanief itu.Dia dijaga dengan baik sebagai bakal isteri.Lelaki itu menunjukkan usaha untuk menghalalkannya.Troli yang ditolak oleh mereka berdua dari tadi sudah penuh.Tetapi Luth Hanief masih mencari barang keperluan rumahnya.Dia hendak memenuhkan peti ais dan rak-rak di dapur rumahnya.

"Abang , kenapa beli semua ni ?." soal Hana Dahlia kepada bakal suaminya.

"Abang nak penuhkan barang dapur dekat rumah kita nanti.Semua yang bunga nak semua dah tersedia.Dari barang kering sampailah barang basah.Abang nak sediakan semua keperluan untuk bunga." ujar Luth Hanief romantis.

"Kenapa abang susah macamni untuk Dahlia ?." soal Hana Dahlia terharu.

"Sebab abang sayangkan bunga.Abang buat semua ni kerana abang nak bunga bahagia hidup dengan abang.Maaf kalau ada kekurangan dari pihak abang.Tapi abang sentiasa nak berubah jadi lebih baik." ujar Luth Hanief kepada bakal isterinya Hana Dahlia.Dia tersenyum manis kepada Hana Dahlia.

"Abang tahu kan , kita akan bekerja satu pasukan nanti." ujar Hana Dahlia.Dia memandang sayu anak mata Luth Hanief.Biarpun hatinya berat hendak menyatakan.Dia menyulam senyum buat gadis yang dicintai itu.

"Ya , abang tahu.Hebat rupanya bakal isteri abang ni.Sampai terpilih sertai OPS besar-besaran.Kalau takda bunga , agaknya penjenayah tu semua masih hidup ya." puji Luth Hanief menceriakan suasana.Walaupun hatinya terpukul dengan apa yang bakal terjadi.Tetapi dia cuba untuk kuat menghadapi segalanya.

"Lagi berapa hari kita nak kahwin kan.Bunga rasa apa sekarang ni ?." soal Luth Hanief lembut kepada Hana Dahlia.

"Dahlia rasa takut.Takut kalau gagal jadi isteri yang baik untuk abang." ujar Hana Dahlia kepada Luth Hanief.Dia tersenyum hambar kepada lelaki itu.

"Abang lagi patut rasa takut.Besar tanggungjawab abang lepasni.Tapi abang yakin , bunga mampu jadi isteri dan ibu yang terbaik buat abang dan bakal anak-anak kita." ujar Luth Hanief romantis.

"Inilah pertama kali Dahlia rasa dihargai oleh lelaki.Sebelum ni pernah menyulam kasih tapi segalanya terhenti.Tak dapat diteruskan kerana tiada restu." luah Hana Dahlia kepada bakal suaminya Luth Hanief.

"Takpalah , abang ada untuk jaga dan hargai bunga.Abang akan jadikan bunga seorang yang terpenting macam nyawa abang." ucap Luth Hanief lagi.Bergetar hebat tangkai jantung Hana Dahlia saat mendengar ucapan romantis bakal suaminya Luth Hanief itu.Mereka saling berpandangan dan menyulam senyuman lagi.

"Abang kenal Izhar ?." soal Hana Dahlia kepada bakal suaminya Luth Hanief.Terkaku seketika lelaki itu mendengar sebuah nama yang lama tidak diseru.

"Izhar ? Usahawan popular tu ke ?." soal Luth Hanief meneka.

"Ya dialah." Hana Dahlia mengiakan jawapan bakal suaminya Luth Hanief itu.

"Dia dulu bercinta dengan Dahlia , tapi ayah tak suka sebab ayah kata perwatakan dia tak baik." luah Hana Dahlia sayu.

"Bunga...masih sayangkan dia lagi ?." soal Luth Hanief kepada bakal isterinya.Dia mahu tahu isi hati Hana Dahlia.

"Tak , tapi masih belum boleh lupakan dia.Entah kenapa asyik nak teringat dia ?." luah Hana Dahlia lagi.

"Oh , rindulah tu." ucap Luth Hanief selamba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience