Part 2.

Romance Completed 15511

Luna merenung siling biliknya. Peristiwa petang tadi bermain kembali di fikirannya.

Geram dia pada lelaki itu masih belum surut. Niat Luna hanya ingin membantu tetapi di salah ertikan olehnya.

" Siapa lelaki tu sebenarnya ea? " bebel Luna sendirian.

Tok tok.. Pintu bilik Luna diketuk dari luar.

" Masuklah mak " .

Puan Suraya menolak perlahan daun pintu bilik Luna. Luna bangun dari pembaringan nya.

" Luna menung apa? " soal Puan Suraya.

" Tak ada apa lah mak. Mak tak tidur lagi? " .

" Tak. Saja nak tengok Luna " .

Luna ketawa kecil.

" Mak ni, hari-hari menghadap muka Luna tak bosan ke? " .

" Tak pernah bosan pun mak tengok Luna. Tak puas. Luna jer lah harta yang mak ada. Mak dah takda sesiapa lagi " .

" Mak.. Janganlah buat Luna sedih. Luna pun ada mak jer. Luna janji sampai hujung nyawa Luna akan jaga mak " .

Puan Suraya tersentuh mendengar kata-kata anak tunggalnya itu. Dia bersyukur masih lagi mempunyai anak. Keluarganya semua tiada kerana dia anak yatim piatu. Arwah suaminya juga anak yatim piatu. Hanya Luna tempat dia menumpang kasih sayang.

" Luna minta maaf sebab sampai sekarang susahkan mak. Sepatutnya umur macam Luna ni dah kerja, cari duit sendiri bukannya mak sara lagi " .

" Luna, kita ni tinggal berdua tau. Cukuplah duit pencen arwah abah tu nak sara kita berdua. Mak tak kisah pun kalau Luna tak kerja " .

" Yelah tapi Luna nak juga rasa cari duit sendiri tapi tu lah sampai sekarang Luna tak jumpa kerja yang sesuai " .

" Mak minta maaf lah sebab tak mampu nak hantar Luna belajar tinggi-tinggi. Mak tak mampu " .

Luna belajar hanya setakat SPM sahaja. Walaupun keputusan peperiksaan nya Agak cemerlang, dia tidak mampu melanjutkan pelajarannya atas faktor wang.

" Mak, Luna tak kisah. Mungkin Luna takda rezeki nak sambung belajar macam kawan-kawan Luna yang lain. Takpalah Luna tak kisah langsung pun semua tu, asalkan mak ada disisi Luna " .

Puan Suraya menarik Luna ke dalam pelukannya. Dia selalu berdoa agar mereka sentiasa bersama sehingga ajal menjemput. Dia tidak sanggup membiarkan Luna hidup sendirian jika suatu hari nanti Allah mengambil nyawanya. Luna masih muda, dia takkan mampu hidup sendirian tanpa Puan Suraya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience