BAB 4

Humor Completed 8905

Seperti biasa pagi ini aku bangun awal untuk ke tempat kerja . Aku dapat kerja ni pun hasil pertolongan Norman. Dia mempunyai kenalan yang boleh mendapatkan kerja untuk aku. Tidak sia-sia jugak aku kahwin dengan dia. Ada faedahnya juga.

Aku melilau mencari kelibat Norman. Dah pergi kerja ke mamat ni? Makanan untuk sarapan sudah siap terhidang di atas meja makan. Seperti biasa setiap pagi dia akan menyediakan sarapan sebelum pergi ke tempat kerjanya yang aku tidak tahu di mana. Aku melihat jam di tangan, baru pukul 6.30 pagi. Tak kan lah dia sudah pergi kerja.

Biasanya pukul 7 lebih dia bertolak. Argh..biar je lah dia nak pergi pukul berapa pun, tak ada kaitan dengan akupun. Tanpa membuang masa aku terus menjamah roti sandwich dan kuih donat yang telah tersedia di atas meja.

" Kenapa awak tak tunggu saya makan sekali?" Teguran Norman yang tiba-tiba menjengah di dapur membuatkan aku hampir tersedak. Segera aku mencapai air kosong yang terdapat di situ.

" Heh kau ni kalau bagi salam dulu boleh tak? Terkejut aku tau..," aku merengus geram .

"Maafkan saya..saya tak sengaja.." mukanya kelihatan benar-benar bersalah apabila dimarahi . Aku dah tak ada perasaan dengan ucapan maafnya kerana sudah terbiasa. Asyik maaf..maaf..maaf je! Naik muak aku.

" Hurmm..kau pergi mana tadi? Aku lapar sangat, aku makan lah..," jawabku selamba sambil terus mengunyah roti sandwich.

" Saya pergi jemur baju, tengah malam semalam baru basuh lepas balik kerja. Saya takut tak sempat kalau jemur lewat-lewat.." Jawabnya lembut. Kemudian, dia melabuhkan punggung di hadapanku. Kasihan pulak aku dengar macam tu. Pulang kerja penat-penat lepas tu kena basuh baju pula. Tapi itu langsung tidak menggerakkan hatiku untuk mengambil alih tugasnya . Biar je lah, dah dia setuju nak buat, aku no komen.

" Erm..apasal kau tak hantar kat dobi je. Kan senang kerja kau ..," suaraku sedikit mengendur. Aku saja bagi cadangan supaya boleh meringankan bebannya.

" Tak apalah wak..saya dah biasa .Lagipun kat rumah mak pun ,saya basuh sendiri je baju saya..," jawabnya jujur. Aku mengangkat kening sebelah. Anak yang bagus. Kalau aku,haram aku nak basuh sendiri baju.

" Kalau macam tu tak apalah.Aku kesian kat kau je.."

" Tak ada apa-apa pun.Saya tak kisah pun. Awak..kalau saya nak tanya sikit boleh?" Dia kelihatan seperti takut-takut. Aku apa lagi, terus memandangnya tajam bagi menakutkan dia lagi.

"Kau nak tanya apa? Tanya jelah..," jawabku tegas. Dia ingin membuka mulut tetapi tidak jadi seolah-olah tidak berani untuk menuturkannya.

" Tak ada apa-apa..," hanya itu jawapan yang keluar dari mulutnya.

" Kau ni apasal penakut sangat hah? Degan aku pun nak takut? Kau cakap jela apa kau nak cakap.Kau jangan bagi aku naik angin!" Aku membentak keras.Geram melihat kelembutan yang terpancar dari dirinya.Tak padan dengan laki tapi pengecut!

" Awak memang tak suka pakai baju kurung ke? Saya selalu tengok awak pakai macam ni je tiap-tiap hari ,macam lelaki pulak. Saya rasa kalau awak pakai baju kurung lagi manis, sebab awak tu perempuan..," dia memberanikan diri menanyakan soalan itu. Telinga terasa penas. Hatiku mula mendidih.

" Hei, suka hati akula nak pakai macam mana pun. Apa kes aku nak pakai baju kurung, leceh! Kau jangan nak pandai-pandai nak tegur pakaian aku!" Tengkingku. Dia terdiam . Aku menarik nafas dalam-dalam untuk menahan geram. Aku pantang ditegur soal pakaian walaupun oleh ibu aku sendiri.

" Maafkan saya..,saya tak ada maksud nak buat awak marah." ungkapan maaf itu sedikit sebanyak menyejukkan hatiku yang panas ketika ini.

" Lain kali jangan nak ungkit soal ni.Aku tak suka! Kau buat kerja kau, aku buat kerja aku. Jangan menyibuk hal aku ok!" Tegasku.

" Baiklah..saya janji saya tak kan ungkit lagi soal ni..," pipi dan telinganya kelihatan memerah.Mungkin menahan sabar dengan kerenahku.

" Bagus! Dah , aku nak pergi kerja sekarang..," aku terus bangun ingin meninggalkannya di situ. Aku tak tahulah kenapa aku mudah naik angin dengan Norman padahal kesalahannya kecil je. Seketika kemudian langkahku terhenti dan terus berpaling ke arahnya. Aku baru perasan sesuatu.

"Eh, kau tak pergi kerja ke hari ni?" Aku hairan melihat dia berpakaian biasa je hari ni. Biasanya dia sudah siap dengan pakaian pejabatnya yang agak sendat itu.

" Hari ni saya tak pergi kerja..," jawabnya ringkas.

"Kenapa?" Aku ingin tahu.

" Saya sakit kepala. Semalam lepas basuh baju tiba-tiba saya muntah-muntah, so lepas ni ingat nak pergi klinik. Mungkin keracunan makanan kot..," aku sedikit terkejut mendengar alasannya . Entah mengapa aku risaukan dia.

" Yeke? Kau boleh pergi sendiri ke klinik? Ke kau nak aku temankan?" Tanyaku bersungguh-sungguh. Aku benar-benar bersimpati padanya sekarang. Rupa-rupanya dia tidak sihat.

" It’s okay..awak kan nak pergi kerja .Saya boleh pergi sendiri..lagipun pening sikit je ni.." dia melangkah ke arahku namun langkahnya tidak seperti biasa.Dia jalan terhuyung-hayang kemudian jatuh terjelepok di atas lantai.

" Hah! Macam ni kau cakap okay?! Aku tak kira, kau kena bagi aku teman kau pergi klinik!" Aku kelam kabut melihat keadaannya.Dia hanya mengangguk lemah. Tiba-tiba aku diburu rasa bersalah kerana mengabaikan tanggungjawabku sebagai seorang isteri. Tanpa berlengah masa, aku terus mencapai kunci kereta untuk ke klinik.Aku tekad untuk mengambil cuti kecemasan hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience