“Okey,aku tau kau marah dekat aku.Nah,ambik tiga ratus ni,bayaran untuk apa yang terjadi tadi.”
“Kau ingat aku ni apa,pelacur?”
“Okey2,ambik lagi dua ratus ni.Semuanya lima ratus. TAK kan tak cukup lagi kot?
“Aku tak nak duit kau la bodoh.Aku nak ko bertanggung jawab.Aku tak kira,kalau kau tak nak,aku bagitau family kau.”
“Weyh,ko ingat family aku nak percaya cakap ko.Boleh blah.
“Habis,kalau aku mengandung,macam mana?”
“Lagi mau tanya.Gugurkan jela.Senang cite.
Aku terdiam seribu kata. TAK tau nak cakap apa.Rasa menyesal sebab balik lambat dari skolah.Kalau tak tentu perkara ni tak kan terjadi.Aku hanya membiarkan kereta Fizan pegi meninggalkan aku.Aku terjelepok di atas tanah.tiba2 aku terdengar suara seseorang memanggil aku.
“Neyla .Apsal balik lambat sangat.Tau tak yang ayah dengan ibu risau sangat.”
“Akak,tolong Neyla kak,Neyla takut.”
“Neyla ni nape?Ada masalah ke?Jom masuk rumah then cite kat akak.Okey?
Aku cerita dekat akak semua yang terjadi sampai A ke Z.Akak mahu memberitahu ayah dan ibu tentang perkara ni namun aku tak mahu mereka tau.Aku tak sanggup melihat reaksi mereka apabila mengetahui perkara ni.Akak pon dah janji yang dia tak kan bagitau.Sampai satu masa,aku muntah2 dan pening kepala.Akak hantar aku pegi klinik.
“Tahniah Puan!Puan mengandung.Usia kandungan Puan dah 4 minggu.”
“Hah!Betul ke doktor.”
“iya. TAK kan saya nak tipu kot.Mana suami puan?
“Dia tak de.Dia pegi kerja.” Bohongku.
“Ooo.Nanti kalau puan datang lagi,bawa dia skali ye.Saya nak dia jaga puan elok2.”
Terlopong mulut aku mendengarnya.Akak pon terkejut namun apa yang aku boleh buat.Aku hanya mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi dengan hati yang pedih.Sudahnya,akak cerita juga pada ayah dan ibu.
“Aku terima nikahnya Nur Suriana Neyla Bt Abd Muaz dengan mas kahwin RM80.00 dibayar tunai.
Mengalir air mata aku bila suami aku lafazkan akad nikah tadi.Bila upacara batal air sembahyang,aku cuma ikut je apa yang diorang suruh.Suruh cium tangan,aku cium.Suruh senyum,aku senyum.Aku ni dah macam boneka plak rasanya.Malam pertama tak yah cite arh.Sape yang nak sentuh aku ni.Tapi aku kesian gak dengan Abang Bilal ni. TAK pasal2 dia kena.Ni semua jantan tak guna tu punya pasal.
“Neyla tido atas katil,biar abang tido kat atas sofa.”
Aku cuma mengangguk tanda setuju.Malam tu,aku tido dengan bertemankan air mata.Esoknya,Abang Bilal bawak aku pindah apartment dia yang baru di beli.Satu hari tu kiteorang kemas rumah tapi masing2 tutup mulut. TAK cakap ape2 pon.Kiteorang macam orang asing.Tanggung jawab aku sebagai seorang isteri aku tetap jalankan.Makan minum pakai dia semua cukup aku sediakan.Kalau tido, tak sama katil.Aku terima je apa yang dia buat.Bagi aku,cukup baik dia nak kawin dengan aku so aku tak nak mintak lebih2.Duit aku,seribu setengah tiap2 bulan dia bagi.Haiiihh..dah nasib.Nak wat camne..
Bulan ni,kandungan aku dah masuk 3 bulan.Aku dan abang Bilal dah okey.Dah boleh berborak.Kiranya ada kemajuan la jugak.Aku rasa aku dah jatuh cinta ngan abang Bilal tapi dia nak ke dengan aku.Mungkin kiteorang bersama.Duduk sebumbung tapi hati kiteorang terpisah jauh.Lagipon aku sedar diri aku.Baik aku tunggu kelahiran bayi aku daripada pikirkan benda yang tak kan berlaku.Keluarga abang Bilal masih tak terima aku especially mama ngan of course adik dia si Fizan bodoh tu.Papa ok jek dengan aku.Ayah dengan ibu pon dah baik ngan aku.Tu pon puas akak pujuk diorang suruh maafkan aku.Nasib baik diorang terima.
Bilal .
Dah 3 bulan aku bergelar suami pada Nur Suriana Neyla .Suami ke?Atau pak sanggup. Aku kesian dengan Neyla , terpaksa layan kerenah aku yang tak menentu.kejap marah,kejap gelak,dah macam orang gila. Bukan apa,aku stress sangat.Dengan masalah dekat pejabat, masalah peribadinya lagi. Hakikat sebenar. aku ada menjalinkan hubungan dengan seorang perempuan ni. Mona ,setiausaha aku.Yang sebenarnya aku dah suka dekat dia dari dulu lagi tapi terpaksa putuskan hubungan pasal hal si Neyla tu.Tapi sekarang,aku sambung balik.Kengkadang aku rasa serba salah dengan Neyla .Yela,aku simpan perempuan lain dalam hidup aku selain dia, tak ke dosa tu.Tapi nak wat camne,dia memang layan aku baik.makan minum pakai semua cukup tapi hati ni,kosong sangat.Bila aku nak dekat dengan dia,tetiba aku rasa benci sangat.Aku pening,budak yang bakal lahir tu nanti,aku nak panggil apa?Anak?Padahal aku bapak sedara budak tu.Terus aku tak jadi nak dekat dengan Neyla .Fizan , tak yah cite arh. TAK rasa bersalah langsung dekat aku atau Neyla .Mama pon sama,sayangkan sangat si Fizan sampai rosak budak tu dibuatnya.Aku pon tak pernah bawak Neyla pegi rumah family aku sebab aku tak nak Neyla jumpa dengan Fizan .Nanti dia sedih plak.Pada satu hari,Neyla ajak aku berborak.Katanya ada hal penting nak bagitau aku.Aku ikut jela.
“Abang,Neyla ada benda nak cakap sket.Tapi abang jangan marah plak.”
“cakap la,ape bendanya.”
“apa perasaan abang dekat Neyla sebenarnya?”
“maksud Neyla ?”
“abang sayang Neyla tak ?”
“Neyla ,abang…abang anggap Neyla macam adik abang je. TAK lebih dari tu,abang setuju berkawin dengan Neyla sebab abang nak jaga maruah keluarga abang.Lagipon hati abang dah ada yang punya jadi abang harap Neyla faham.”Lancar sungguh aku berterus terang dengan Neyla tanpa memikirkan perasaan dia.
“Nape Neyla tanya abang?
“Entahla.Neyla rasa,Neyla dah jatuh cinta dengan abang tapi abang jangan risau,Neyla akan simpan cinta Neyla ni dalam hati Neyla biarpon cinta Neyla tak berbalas.Neyla nak masuk tido,ngantuk.”
Share this novel