Chapter 16

Horror & Thriller Completed 4955

Chap.16 Missing Alien

Normal POV

Olyn berdiri di hadapan pantai bersendirian. Di tangannya terdapat sebuah Nikon D3100. Dia 'huff' perlahan. Jika dia terima ajakan rakannya untuk ke shopping mall tadi mesti dia tidak bersendirian seperti sekarang ini.

"Olyn ," Olyn membalikkan badannya. Dia terkejut melihat seseorang yang memang dinantikannya.

"Cassandra? Dah lama aku tunggu kau."

Cassandra tersenyum pahit. "Maaf buat awak tertunggu-tunggu. Saya cuma nak ucapkan tahniah sebab awak dah buat pilihan terbaik."

Olyn terlihat clueless. "Maksud kau?" Tanyanya.

"Yelah , awak pilih untuk kembali dengan Olala berbanding jauhi mereka."

Olyn tersenyum. "Aku ambil masa yang lama untuk kembali. Aku harap tak ada masalah lagi lepas ni." Cassandra mengangguk. Tiba-tiba Olyn teringat sesuatu. "Ah , Cass. Macam mana..dengan Isabella?"

Cassandra mengeluh perlahan. "Isabella masih dengan plan dia." Dia terlihat sedih.

"Maknanya Olala tetap akan..mati?" Cassandra tidak mengangguk mahupun menggeleng. "Tak ada cara untuk halang Isabella ke?" Olyn menjadi risau.

"Ada ," Mata Olyn berbinar-binar mendengar apa yang dikata Cassandra. "Korbankan diri awak sendiri."

Olyn terkejut. "Eh , yada! Aku masih nak hidup!" Katanya. "Tak ada cara lain lagi?" Cassandra berfikir sejenak.

"Isabella tak akan boleh bunuh Olala sendiri. Dia mesti akan gunakan bantuan. Dan bantuan yang digunakan mesti ada kaitan dengan Olala.. Nak halang Isabella , awak mesti cari siapa yang digunakan Isabella tu dan elakkan diri dari dia." Olyn mengerdipkan matanya berkali-kali. Itu tandanya yang dia tidak faham.

"Bantuan dia tu..member Olala ke?"

Cassandra mengangkat bahu. "Mungkin ya , mungkin tidak" Olyn menggaru kepalanya.

"Bila Isabella nak bunuh Olala?"

Olyn menunggu jawapan dari Cassandra dengan berdebar-debar. "Sepanjang percutian ni ," Olyn memandang laut dengan pandangan kosong. "Saya tahu awak mampu , Olyn.."

Olyn hissed. "Tapi saya tak.." Olyn lihat Cassandra sudah tiada disebelahnya. "Cass?" Dia melihat sekelilingnya. "Cih , dah lah datang tak diundang , pergi pulak taknak bagitahu." Olyn sigh. Dia duduk di atas pasir dengan perasaan kecewa. Dia tak tahu macam mana nak cari orang yang berkerjasama dengan Isabella itu.

Seorang gadis memandang susuk Olyn dengan smirk. "Ah ~ damn you , Cass. Nampaknya game akan start dari sekarang. Hehehe.." gadis yang bernama 'Isabella' itu menghilang didalam keramaian.

*
*
*

Petang itu Olyn nampak betul-betul lain. Dia hanya mendiamkan diri sahaja sejak semua orang pulang dari bershopping.

"Olyn? Kau okay tak?" Tanya Put. Dia risau melihat Olyn. Olyn mengangguk perlahan. Walaupun Put tahu tentang Cassandra dan Isabella , tapi Olyn tidak mahu menceritakan kejadian pagi tadi kepada Put. Dia taknak Put stress.

"Cepatlah korang!" jerit Nad. Dia dan Yana sudah tidak sabar menunggu rakan-rakan mereka tiba di pantai. Hari ini , aktiviti yang akan dilakukan mereka ialah beach game seperti Scuba Diving , Vollyball , dan lain-lain lagi.

Alyn yang sedang mengira-ngira jumlah rakannya yang berada di situ mengerutkan keningnya.

"Guys , tak cukup sorang lah.." Katanya. Dia memandang Nad. "Jumlah keseluruhan ada 21 , tapi sekarang just ada 20 je." Olyn menjadi panik. Dia melihat rakan-rakannya.

"Siapa yang tak ada?" Tanya Yana.

"Alien.." Gumam Olyn. Dia nampak ketakutan. Dia berlari ke arah hotel.

"OLYN!!" Panggil Put. Mereka semua mengejar Olyn.

Olyn tidak menghiraukan jeritan rakannya. Dia terus berlari. Orang-orang di sekeliling memandang mereka dengan expressi pelik.

Tempat yang hanya berada difikiran Olyn adalah bilik yang didiami Ainaa dan dua orang rakannya. Melihat lif yang masih berada ditingkat tujuh membuat Olyn tidak sabar. Dia berlari ke arah tangga.

Ainaa.. I hope nothing happen to her.. Batin Olyn. Kini dia sudah berada di tingkat bilik Ainaa. Dia memusing-musingkan tombol pintu , tetapi pintu bilik terkunci.

"Ni kunci!" Alyn yang sudah sampai di sebelah Olyn memberikan Olyn sekeping kad bersaiz kad atm. Mereka semua berhenti berlari dan berkumpul di hadapan pintu bilik Ainaa-Alyn-Yana.

Olyn menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia menscan kad itu. Terdengar 'click' yang menandakan kunci telah terbuka. Olyn membuka pintu bilik itu dengan perlahan.

Yang diharapkannya adalah Ainaa berada di atas katil , sedang tidur. Namun di dalam bilik itu tiada sesiapa pun. Olyn mendengus. Dia berlari meninggalkan bilik itu.

"Lari lagi?" Kata Mira. "Mana pulak Ainaa pergi ni?"

"Sekejap , kita semua tak boleh terus ikut Olyn. Sekarang ni semuanya ada 19 orang. Kita bahagikan kepada 4 kumpulan. Kumpulan 1 , Dira , Mira , Adilla , Nabihah dengan Yana. Kumpulan 2 , Alyn , Engku , Anis , Aleeya and Faezah. Kumpulan 3 , Inder , Iffa , Nad , Asyiqin dan Ain. Kumpulan 4 , Aku , Yaya , Yasmin and Ani. Kumpulan satu cari dekat kawasan sekitar gym , kumpulan dua cari dekat lobi dan kawasan restoran , kumpulan tiga cari dekat pantai and swimming pool , kumpulan empat ikut aku cari Olyn. Now , berpecah."

Semua orang berpecah kepada kumpulan masing-masing setelah mendengar arahan Put. Put dan kumpulannya mengikut arah Olyn lari tadi.

"Laju betul Olyn lari.." Kata Yasmin perlahan.

"Betul-betul risau dia ni , Ainaa pun boleh hilang pulak.." Yaya juga berkata dengan perlahan.

Ani ternampak kelibat Olyn berlari menuju ke arah tangga. "OLYN TUNGGU!!" Panggil Ani. Olyn berhenti. Dia memandang empat orang rakannya itu dengan keadaan yang tercungap-cungap. Sport adalah mata pelajaran yang paling dibenci Olyn. Tapi apabila sudah berada didalam keadaan yang mencemaskan seperti ini , tiada apa yang boleh dilakukannya selain ber'lari'.

"N..nak apa!? Aku nak cari Ainaa ni!" tengking Olyn. Ani memandang Olyn dengan expressi terkejut. Ini kali pertama dia ditengking oleh Olyn. Sebelum ini Olyn hanya bercakap dengan tenang sahaja walaupun dalam keadaan semarah mana pun dia. *guys , don't.. correct me :v*

"Olyn , relax. Kita cari Ainaa sama-sama. Aku yakin dia tak apa-apa.." Yasmin menenangkan Olyn.

Olyn menunduk. Dia menutup wajahnya dengan kedua tapak tangan. Put menepuk-nepuk belakang badan Olyn.

"If anything happen to her , I won't forgive myself.." gumam Olyn perlahan.

"Nothing gonna happen , now chill and lets find her together ," Kata Put. Olyn mengangguk. Dia terlihat lebih tenang sekarang. Mereka berlima berjalan ke arah lif bersama-sama.

"AINAAAAAAAAA!!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience