Bab 10

Romance Series 4350

Kereta meluncur dengan kelajuan biasa. Aku dan Khairul dalam perjalanan menuju ke Mid Valley kini. Khairul mengajakku keluar hari ini. Fikirku mungkin cuma meluang masa bersama seperti lazimnya hujung minggu seperti sebelum-sebelum ini.

“Sayang nak makan apa hari ni?” Khairul bertanya. Kami hampir sampai kini. Aku diam berfikir sejenak. Entah, aku tiada citarasa khusus pula mahu makan apa hari ini.

“Hei, kenapa diam saja ni?” Khairul mencuit daguku. Aku cuma ketawa kecil. Terasa lucu diperlakukan begitu. Tingkahlaku Khairul yang mesra begitu membuatkan aku terasa semakin menyayanginya.

“Tak tahulah nak makan apa.” Aku menjawab soalannya tadi. Khairul sudah memberhentikan kereta dikawasan parkir kini. Eh, mudah sungguh dia dapat petak kosong untuk parkir kereta. Aku agak hairan.

Khairul membetul-betulkan topi yang dipakainya dengan bantuan cermin pantul kereta. Aku menjelingnya dengan rasa semacam. Terasa pelik pula kerana Khairul seolah terlalu menjaga penampilannya hari ini.

“Kenapa B smart sangat hari ni?” Tiba-tiba aku menyoalnya. Khairul terus memandangku. Dia tergelak sedikit.

“Sayang, smart apa pulak ni?” Khairul mencuit lagi daguku. Kemudian dia mengusap pipi kiriku. Aku agak terbujuk dengan perlakuannya itu. Pandai sungguh dia mengambil hatiku.

“Senangnya B dapat parking kereta. Selalu macam tu.” Aku meluah persoalan dihati. Khairul cuma tersenyum.

“Sebab B baca doa makan banyak-banyak kali.” Jawapan Khairul mengundang tawa dariku. Baca doa makan banyak-banyak?

“Betullah!” Khairul meyakinkanku.

“Kenapa pulak?” Aku menyoal lagi. Hairan.

“Sebab doa makan tu kan maksudnya mintak berkat kat rezeki.”

“Jadi?” Aku masih tak faham.

“Kita mintaklah ada rezeki. Ni dapat parking ni rezeki tau sebab kita dah berusaha cari. Alhamdulillah, kita minta kita dapatlah.” Khairul memberitahu. Aku terus diam dan berfikir sebentar dengan pendapatnya itu.

“Dah, jom keluar.” Khairul mengajak dan aku cuma mencebik sebelum meleraikan tali pinggang keselamatan dan kemudian keluar dari kereta. Khairul turut keluar dari kereta. Dia menggemgam erat tangan kananku sebaik saja kami melangkah bersama masuk ke dalam mall. Aku terasa sungguh bahagia diperlakukan begitu.

Seperti biasa dapat aku lihat banyak mata yang melihat kami terutama dari gadis-gadis apabila Khairul bersamaku kemana-mana.

Aku menoleh dan merenung Khairul sekilas. Benar, sungguh aku terasa dia extra kacak hari ini. Sehinggakan figuranya benar-benar menarik perhatian wanita lain. Hatiku mula cemburu. Walaupun tangannya menggemgam erat tanganku namun aku rasa sungguh insecure kini. Ah, perasaan begini seolah membunuhku! Tangannya memanglah dalam gemgamanku tapi hati dia? Entah terbang kemana. Hatiku menggerutu bagitu. Wajahku mula mencuka. Hilang sudah rasa bahagia tadi.

“Hei, Sayang ni kenapa? Masam je muka tu.” Suara Khairul tiba-tiba menegurku. Aku menoleh kearahnya.

“Apa?” Aku mula marah. Oh, nampaknya wajahku makin menjeruk kini. Aku cuba meleraikan tanganku dari tangannya namun tidak berjaya. Ternyata Khairul bijak membaca hatiku.

“Apa tak kena ni?” Khairul menebak. Dia senyum lebar. Oh, wajahnya benar-benar mencairkan hatiku!

“B, jangan senyum macam tu!” Aku memarahinya. Khairul hairan.

“Senyum pun tak boleh?” Khairul mula ketawa kini. Aku bertambah geram.

“Hai, happy nampak!” Tiba-tiba muncul seorang wanita didepan kami. Aku terus merenung wanita itu. Kelihatannya dia seperti sama baya dengan kami. Pakaiannya tampak moden dan wajahnya yang agak cantik itu membuatkan aku hairan siapa gerangannya wanita ini kerana aku tak pernah mengenalinya sebelum ini.

“Eh, maksu! Dah sampai?” Khairul bertanya. Dia tersenyum cuma ke arah wanita itu yang sedari tadi tersenyum lebar memandangnya.

Maksu? Wanita muda ini siapa? Hatiku terus muncul dengan beribu soalan.

“Lama dah sampai.” Suara wanita yang sungguh asing bagiku itu seolah tersembunyi sesuatu. Aku tahu. Aku dapat menghidunya. Aku rasa gemgaman Khairul masih kekal ditanganku namun riak wajah Khairul yang berbual mesra dengan ‘Maksu’ didepan kami itu membuatkan aku terasa begitu jauh dengan kekasihku itu. Maksu mana pulak ni? Hatiku semakin sebal apabila melihat wanita didepanku tersenyum-senyum dengan bahasa tubuhnya melenggok manja sahaja.

“Sayang, jom kita makan stik.” Khairul memecahkan soalan dibenakku. Aku terus menoleh kearah Khairul dan tiba-tiba Khairul terus saja menarik tanganku. Aku tiba-tiba terus saja melangkah mengikuti kerana Khairul sudah berjalan entah mahu kemana. Maksu yang berjalan disebelah kanan Khairul semakin rancak berbicara dengan Khairul. Aku cuma diam dan cuma mendengar saja perbualan mereka yang sesekali bersulam dengan tawa gedik dari maksu Khairul. Ya, bagiku apa saja perlakuan dari wanita itu sungguh tak kena dimataku!

Maksu tu maksudnya makciklah, kan? Makcik Khairul tu umurnya sebaya dengan kami ke? Kerana dia tampak muda. Tapi jika benar wanita itu adalah makcik kepada Khairul tapi kenapa wanita itu mesra sungguh dengan Khairul? Aku agak hairan. Sekalipun wanita ini adalah saudara kepada Khairul tapi kemesraannya sungguh suspicious bagiku. Ini kerana aku tidak pernah pula mesra alam begitu dengan seluruh sanak saudaraku. Aku tak pernah terlalu mesra seakan pasangan kekasih dengan saudara lelakiku. Ah, mungkin lain keluarga, lain caranya. Aku membuat telahan sendiri.

“Sayang, nak yang mana satu?” Khairul bertanya ketika kami sudah mula duduk dikerusi di restoran Tony Roma’s. Ya, Tony Roma’s. Sebelum ini kami tak pernah makan disini. Khairul duduk rapat disebelah kiriku sambil meneliti buku menu diatas meja. Aku cuma diam bersandar dikerusi.

“B, siapa maksu tu?” Aku bertanya. Maksu tadi sudah hilang ke tandas. Biarlah jika dia hilang dari muka bumi ini sekalipun aku tak kisah. Khairul menoleh kearahku.

“Oh, sorry Sayang. B lupa nak introduce tadi.”

“Lupa? Memanglah! B tu kalau dengan kawan terus lupa kat benda lain.” Aku merajuk. Khairul ketawa kecil.

“Sorry, Sayang. Maksu tu makcik B. Dia tu adik mama B.”

“Adik?” Aku hairan. Khairul cuma mengangguk. Aku merenung Khairul sejenak.

“Adik mama ni lebih kurang umur kita dan dia pun adik kepada mama Daniel juga.” Jawapan Khairul tidak membuatkan rasa cemburuku surut pun.

“Kalau dia makcik B pun tapi kenapa dia semacam saja dengan B?”

“Semacam? Semacam macam mana?” Khairul bertanya kembali. Aku menghela nafas berat sambil berpeluk tubuh.

“Yelah, mesra sangat dengan B. Dia tu ada hati dekat B ke?” Aku meneka. Khairul tergelak. Aku mula rasa mahu meradang.

“Sayang, takkanlah dia nak ada hati dengan B. B ni anak saudara dialah.” Mungkin bagi Khairul hubungan kekeluargaan begitu hanya biasa-biasa saja. Tapi bagiku pula itu adalah luar biasa! Gerak gaya maksu Khairul tu memang semacam saja.

“Tapi dari dulu lagi memang maksu macam tu. Kalau dia datang rumah B, dia main masuk saja dalam bilik B..” Belum habis bicara itu, aku sudah mula menegakkan badanku dan menghadap ke arah Khairul. Khairul mula sedar akan ketidakselesaanku.

“Iye, B cakap betullah ni. Memang maksu tu selamba macam tu. Tapi B tak ada perasaanlah dekat dia. Dia kan makcik B.”

“Makcik pun tak payahlah gedik sampai macam tu!” Marahku. Aku menjeling dan kemudian aku kembali bersandar apabila aku ternampak kelibat maksu mula kelihatan. Dia semakin menghampiri meja kami.

Amboi, aku lihat maksu tersenyum lebar saja apabila memandang ke arah Khairul sebaik saja dia duduk didepan kami. Bahasa tubuhnya sungguh lain macam aku rasakan. Ada juga ke makcik yang menaruh hati terhadap anak buah sendiri? Entahlah. Diatas dunia ini macam-macam hal boleh berlaku walaupun diluar akal fikiranku.

Masa-masa ketika bersama maksu tadi amat lama aku rasakan. Kini aku dan Khairul sudah dalam perjalanan pulang. Syukurlah!

“B, please jangan mesra sangat dengan maksu. Sayang tak suka!” Aku terus meluah rasa hatiku, Benar. Aku tidak menyukai kemesraan yang agak melampau bagiku antara Khairul dan maksunya.

Aku lihat Khairul mengeluh berat. Khairul memberhentikan kereta dan bersandar lemah.

“Sayang, janganlah macam ni.” Khairul cuba memujuk namun aku rasa aku akan tetap dengan pendirianku.

“Jangan apa?” Aku membantah. Khairul menggemgam erat tangan kananku.

“Janganlah jealous teruk sangat. Dia kan maksu B.”

“Maksu pun tak payah mesra sangatlah! Pegang-pegang lepas tu tepuk-tepuk pipi. Peluk-peluk lengan. Eiiii, Sayang tak sukalah!” Aku membentak. Sungguh aku rasa meluat apabila terbayang kembali perlakuan makcik Khairul itu semasa kami keluar bersama tadi.

“Okeylah. Lainkali B takkan dekat-dekat dengan maksu lagi. So dia tak boleh pegang-pegang B lagi.” Khairul terus mengalah.

“Actually sebelum-sebelum ni macam mana bila B balik kampung? Time raya dulu B balik kampung mestilah pergi rumah dia, kan?” Aku tiba-tiba teringat masa lalu.

Pernah dulu Khairul menceritakan tentang suasana hari raya dikampungnya yang sangat meriah dengan sanak saudara. Ketika itu Khairul dan aku hanya berkawan biasa saja. Makanya cerita yang diberitahunya aku anggap biasa saja. Namun keadaan kami sudah lain kini kerana aku benar-benar mahu mengetahui lebih lanjut darinya.

“Bila balik kampung memang B balik rumah nenek, rumah maksulah. Then kita raya macam biasalah. Makan ramai-ramai, sembang semua lepas tu ramai-ramai pergi beraya sudah saudara yang lain.” Cerita dari Khairul masih sama seperti yang pernah aku dengar dulu namun aku masih belum berpuashati.

“B makan dengan dia, sembang dengan dia lepas tu naik kereta dengan dialah, kan?” Aku menebak. Rasa cemburuku sudah mencanak naik ke kepalaku. Khairul cuma mengangguk. Hah, sudahku agak!

“Okey, B janji tak rapat-rapat dengan dia lagi.”

“B pernah baca tak dalam Mastika pasal hubungan famili yang melebih-lebih?” Aku bertanya. Khairul tiba-tiba ketawa.

“B! I’m serious!” Aku terjerit sedikit.

“Okey, okey! B tahu memang ada macam tu tapi percayalah B bukan macam tu.”

“Kalau dia lebih-lebih, B tak payahlah layan jugak.”

“Okey, Sayang.”

“How about if Sayang macam tu dengan sepupu Sayang?”

“Sayang macam tu, macam mana?” Khairul bertanya, polos.

“Yelah, kalau Sayang lebih-lebih macam tu pegang-pegang pipi, gedik-gedik dengan sepupu lelaki Sayang, mesti B tak suka jugak, kan?” Aku memulang paku buah keras. Khairul tampak geram pula kini. Kelihatan dahinya berkerut sedikit. Sudahku tahu jika aku bangkitkan hal begitu pasti mengundang riak diwajahnya. Sememangnya dia juga tidak gemar; sangat tidak suka jika mana-mana lelaki bereaksi over denganku. Maka begitulah jua perasaanku.

“Okey, Sayanggg…” Khairul mencubit lama pipi kananku.

“Awww!” Aku sudah mengaduh kecil sambil tanganku cuba melepaskan cubitannya. Khairul akhirnya melepaskan jarinya dari pipiku. Aku menggosok-gosok pipiku sambil berdecit akibat rasa sakit. Khairul ketawa saja.

Aku merenungnya dan lama-kelamaan marahku lebur apabila terlihat renungannya yang sedingin salju. Sungguh aku benar-benar merasakan cahaya cinta terlihat dimata beningnya.

“Sayang, tapi B dah biasalah macam tu..” Belum sempat Khairul berkata lebih lanjut aku sudah membuat muka marah kembali. Khairul ketawa kuat kini.

“Bencilah B ni!”

“Okey, okey! Alah, gurau pun tak boleh. B main-main jelah.” Aku hanya mampu memicingkan mataku merenung Khairul yang semakin galak tawanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience