CHAPTER 8 DKM

Action Series 21400

Suasana di kediaman Hana Dahlia sangatlah riuh dan ceria.Seluruh ahli keluarganya berkumpul ingin melihatnya pada hari bahagianya ini.Dia bakal disatukan bersama Luth Hanief.Lelaki yang hadir membawa sebuah cinta lalu diberi dengan penuh kasih.Dia disolekkan oleh sahabatnya Hazira dan Hafiya.Mereka yang membuatkan Hana Dahlia tampak seri.Wajahnya tampak manis dan ayu pada hari ini.

Setelah tiga jam bersiap , dari kelengkapan pakaian hinggalah ke kasutnya.Majlis akad nikahnya bakal tiba sebentar sahaja lagi.Seorang remaja perempuan memaklumkan majlisnya bakal bermula sebentar sahaja lagi.Hana Dahlia berdebar menanti saat indah itu.Dia mengawal emosi dan debaran di hatinya.Wajah Luth Hanief sudah terbayang di akal fikiran.Dia tersenyum sendirian di bilik.

"Kau okay tak Luth ?." soal Hakim kepada sahabatnya Luth Hanief.

"Aku okay." ujarnya.Tetapi kepalanya mencari-cari sesuatu.Tertoleh kiri dan kanan.Kemudian , keluhan dilepaskan.

"Kau cari family kau ke ? Kan mak kau dah larang dorang datang majlis ni ?." soal Hakim kepada sahabatnya Luth Hanief.Lelaki itu memandang Hakim dengan seribu tanda tanya.

"Kau nak aku bawak mak kau semua datang sini ? Tapi aku tak bawak pakai kereta , aku pakai van jenazah.Ahh , biar insaf sikit perangai mak kau tu.Anak nak kahwin , dia sibuk nak emosi.Nanti kalau aku yang emosi baru dia tahu." ujar Adam selamba.Geram dia akan sikap ego Puan Suraya Hani tu.

"Jom masuk , kadi dah cari kau tu." ujar Hakim kepada mereka berdua.Dengan lemah kaki dibawa ke dalam kediaman Hana Dahlia.Gadis itu sudah duduk bersimpul di atas bantal besar yang tersedia buatnya.

Hancur hati Luth Hanief.Apabila dia melihat seluruh ahli keluarga Hana Dahlia berkumpul demi hari bahagia gadis itu.Sebak didada ditahan hebat.Matanya yang berkaca segera dikawal supaya tiada air jernih jatuh didalam lantai rumah itu.Dia tidak mahu dilihat lemah.Sedangkan dia sedang bertarung hebat dengan dirinya sendiri.

Seluruh ahli keluarga pengantin perempuan ada untuk meraikan.Tetapi , lain pula dengannya.Hanya datang membawa diri dengan janji dan harapan yang telah diberikan.Dia membawa segala rasa cinta , sayang dan kasihnya terhadap Hana Dahlia bersamanya.Dia ibarat sebatang kara ketika ini.

"Assalammualaikum.Saya Mohammad Hassan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli keluarga yang hadir untuk meraikan anak perempuan saya Hana Dahlia yang bakal di ijabkabulkan." terpukul hati Luth Hanief dengan ucapan Jeneral Mohammad Hassan itu.

"Baik , kita mulakan ya." ujar Tok Kadi itu.Tangan dihulur lalu disambut Luth Hanief

"Luth Hanief Bin Tan Sri Luth Kamaruddin.Saya nikahkan dikau dengan Hana Dahlia Binti Jeneral Mohammad Hassan dengan mas kahwinnya RM10,000 tunai." lafaz Tok Kadi itu.

"Saya terima...nikahnya Hana Dahlia Binti Jeneral Mohammad Hassan...dengan mas kahwinnya...RM10,000 tunai." lafaz akad Luth Hanief dengan tangisan yang tidak dapat ditahan.Hakim dan Adam juga tidak dapat menahan airmata apabila melibat sahabatnya itu bersedih.Mereka tahu apa isi hati lelaki itu.

"Alhamdulillah , sah." jelas Tok Kadi tersebut.Para keluarga Hana Dahlia mengucapkan kata syukur diatas ijabkabul mereka berdua.

"Tahniah Luth , selamat pengantin baru." ucap Adam dan Hakim serentak.Mereka cuba menceriakan emosi sahabat mereka Luth Hanief.Jejaka tampan itu hanya tersenyum hambar memandang ke arah sahabat-sahabatnya.Dia memandang pula ke arah Hana Dahlia.Gadis itu memberi senyuman dan juga airmata.Luth Hanief memandang isterinya dengan raut wajah penuh kasih.Dia mengenyitkan mata kepada isterinya Hana Dahlia itu.Wanita itu tersipu malu.

Jam menunjukkan pukul empat petang.Hana Dahlia dan Luth Hanief meluangkan masa bersama keluarga barunya.Mereka diminta untuk membantu basuh periuk belanga yang sudah kosong.Tanpa berlengah , langkah diatur dan mereka tiba di tempat cuci periuk belanga.Luth Hanief mengambil sabun yang hendak diguna itu.Dia kembali ke tempat periuk-periuk itu terkumpul.

"Abang , pernah basuh periuk belanga ?." soal Hana Dahlia mesra kepada suaminya Luth Hanief.Lelaki itu tersenyum nipis memandang isterinya.

"Bunga lupa lah tu.Dulu kan ini kerja kita dekat kampung.Dapat basuh dua periuk besar dapat RM 5." jelas Luth Hanief kepada isterinya Hana Dahlia.Terletus tawa Hana Dahlia.Dia ingat sebenarnya tapi malu mahu bercerita semula.

"Abang ni , Dahlia ingat abang dah lupa kisah tu.Haha , mestilah Dahlia ingat.Kita berdua saja yang suka ambil peluang ni.Sebab dapat duit.Lepastu pergi... ."

"Pergi makan tebu dekat pangkin Haji Kahar !." ucap mereka serentak.Tertawa lagi mereka bersama.Kedatangan Puan Layka Zenia mengejutkan mereka.

"Amboi , galaknya ketawa." usik Puan Layka Zenia kepada anak dan menantunya.Bekas kosong di letakkan di sebelah kiri Luth Hanief.

"Takda mak , kami cerita tentang zaman kanak-kanak.Teringat dulu kisah masa dekat kampung.Saja nak imbau balik." jelas Luth Hanief kepada ibu mertuanya Puan Layka Zenia.Wanita tua itu hanya tersenyum.

"Habiskan periuk ni sahaja , Luth dengan Dahlia pergi naik atas rehat dulu.Kamu tu pengantin.Jangan penatkan sangat diri tu.Kita ada majlis malam ni.Buat doa selamat." jelas Puan Layka Zenia kepada anak dan menantunya itu.

"Baik mak !." akur mereka berdua.

Periuk terakhir dicuci oleh Luth Hanief.Dia menyuruh Hana Dahlia membersihkan kakinya yang kotor di paip di tepi sana.

"Jom , kita naik solat asar lepastu rehat." ujar Luth Hanief kepada isterinya Hana Dahlia.Langkah mereka dibawa ke bilik tidur.Cantik terhias !.

Tiba-tiba Hana Dahlia terkaku di satu sudut.Dia seperti sedang berfikir.Dia rasa kurang selesa.Segera dia masuk ke dalam bilik air.Luth Hanief terpinga-pinga melihat tindakan isterinya itu.Selepas beberapa minit di dalam bilik air , Hana Dahlia keluar dengan riak wajah serba tidak kena.

"Bunga okay ?." soal Luth Hanief pelik dan risau dengan reaksi isterinya yang pelik itu.

"Ab...abang.Dahlia minta maaf." ucap Hana Dahlia dengan takut-takut.Luth Hanief mendekati isterinya tetapi Hana Dahlia pula berganjak dua tapak ke belakang.Ia lagi membuat Luth Hanief berasa pelik.

"Kenapa ni sayang ? Ada masalah ke ? Sayang okay tak ni ?." soal Luth Hanief risau.

"Dahlia...Dahlia...period." jelas wanita itu.Luth Hanief tersenyum melihat gelagat isterinya.

"Lah , itu saja ? Habis kenapa jauh dari abang ?." soal Luth Hanief dengan tawa kecil.

"Abang tak marah Dahlia ? Abang...tahu kan kita...tak boleh... ." kata-katanya dimatikan.Tidak mahu dia menyambung ayatnya itu.Dia berharap sangat Luth Hanief memahami.

"Ya sayang , abang tahu yang abang tak boleh bersama dengan sayang.Apa yang bunga takut sangat ? Takut abang tak faham keadaan bunga ? Takut abang tak boleh terima ?." soal Luth Hanief lembut kepada isterinya Hana Dahlia.

"Sorry abang." ucap Hana Dahlia sayu.Rasa bersalah tandang di hatinya.

"Takpalah sayang , isteri abang ni mungkin penat sangat.Sebab tu allah beri cuti." ujar Luth Hanief romantis.Pipi mulus Hana Dahlia memerah.Malu !.

"Habis , sayang nak pakai pad ada tak ?." soal Luth Hanief.Dia tahu apa yang para wanita perlukan jika mereka datang uzur.

"A...ada.Tapi tak banyak." ujar Hana Dahlia.Malunya !. 

Alunan suara membaca surah yassin beramai-ramai memenuhi ruang kediaman Jeneral Mohammad Hassan.Manakala Luth Hanief dan Hana Dahlia disediakan tempat pada suatu sudut khas.Mereka diraikan pada malam ini sekali lagi.Seluruh ahli keluarga Hana Dahlia berkumpul menyertai majlis tersebut.Luth Hanief kekal menjadi tunggal di kalangan mereka.Seorang dari ahli keluarganya lansung tidak hadirkan diri.

"Tahniah Hana dan Luth.Semoga berbahagia ke jannah." ucap ibu saudara Hana Dahlia kepada mereka berdua.

"Terima kasih , mak uda.Nanti datanglah lagi rumah ni." mesra Hana Dahlia bersama ibu saudaranya itu.Mereka bergurau dan berbual seketika.Luth Hanief hanya menyepi di sebelah isterinya Hana Dahlia itu.Dia terpukul melihat keadaan sekeliling.

"Abang , nak makan tak ? Last abang makan bila ? Tak lapar ke ?." soal Hana Dahlia kepada suaminya.Dia mula menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri kepada Luth Hanief.

"Takpalah , abang makan kejap lagi.Abang nak keluar pergi kedai kejap." jelas Luth Hanief kepada isterinya Hana Dahlia.

"Abang pergi dulu ya." ucap Luth Hanief kepada isterinya Hana Dahlia.Dia beredar dari ruang tamu.

Selepas selesai makan bersama keluarga tadi , mereka semua membuat hal masing-masing.Orang tua berbual di luar rumah , para ibu berborak di dapur manakala anak-anak bermain di ruang tamu.Hana Dahlia telah membawa dirinya ke bilik tidur terlebih dahulu.Dia berasa tidak selesa dengan period pain yang dihidapinya itu.

"Assalammualaikum." ucap Luth Hanief selepas pintu bilik dibuka dan kakinya melangkah masuk.

"Waalaikummusalam." balas Hana Dahlia kepada suaminya Luth Hanief.

"Abang beli apa ?." soal Hana Dahlia apabila melihat plastik beg berwarna putih dan berisi sesuatu pada pegangan tangan suaminya itu.

"Abang pergi beli pad untuk sayang.Nanti sayang nak tukar takda pula." jelas Luth Hanief kepada isterinya Hana Dahlia.Memerah wajah Hana Dahlia menahan malu.Dia berguling ke kiri dan kanan menahan sakit senggugutnya itu.

"Sayang.Sakit ke ? Abang sapukan minyak nak ?." soal Luth Hanief kepada isterinya itu.

"Takpalah , nanti Dahlia buat sendiri." jelas Hana Dahlia kepada suaminya Luth Hanief.

"Kenapa ? Malu dengan abang ?." soal Luth Hanief mengusik isterinya Hana Dahlia.

PAP !

"Abang ni tak payahlah." marah Hana Dahlia kepada suaminya Luth Hanief.Dia menampar lengan suaminya.

"Abang cakap benda betul kan.Sayang tu tanggungjawab abang.Jangan malu-malu dengan abang lah.Sini , baring dekat paha abang." arah Luth Hanief kepada isterinya Hana Dahlia.

"Taknak." lawan Hana Dahlia.Sambil tangannya menahan perut yang semakin kuat rasa sakit.

"Baring !." arah Luth Hanief tegas.Tanpa berlengah Hana Dahlia baring di atas paha suaminya Luth Hanief.Minyak angin diambil di sisinya.Dibuka penutup lalu dituang pada telapak tangan.Kemudian dia menggosok bagi rata minyak angin tersebut pada telapak tangannya.

"Buka baju sikit." arah Luth Hanief kepada isterinya Hana Dahlia.Teragak-agak wanita itu mahu menyelak bajunya itu.

"Buka sajalah sayang.Inikan suami awak." ujar Luth Hanief selamba.Tangannya bersentuh kulit perut isterinya.Tersentak sedikit Hana Dahlia saat suaminya mula menyapu minyak angin tersebut.

"Sedap ? Rasa lega tak ?." soal Luth Hanief kepada isterinya Hana Dahlia.

"Erm." gumam Hana Dahlia.Dia malu hendak memandang wajah suaminya itu.

"Sayang sambung cuti tak boleh ke ? Lagi dua hari nak balik Subang ? Biasa sakit sengugut ni dua atau tiga hari baru lega." jelas Luth Hanief kepada isterinya.

"Mana abang tahu semua ni ?." soal Hana Dahlia yang mula ragu dengan suaminya sedangkan lelaki itu tidak pernah bercinta.Dan tidak mungkin semua tentang wanita diambil tahunya.

"Abang ada empat ketul dekat rumah sana." ujar Luth Hanief selamba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience