bab 25

Romance Series 423079

“Adik…. adik pergi mana ni? Dua hari dah kamu keluar. Adik jumpa siapa?” soal mamanya apabila Ayriz buka pintu rumah. Wajah Ayriz sedikit pun tidak senyum.

“Jumpa kawan.” jawab Ayriz ringkas.

“Kawan mana? Adik mana ada kawan. Ingat adik baru je bercerai tak elok keluar rumah kalau benda tak penting.”

“Abistu nak biar adik terperap dalam rumah ni ingat lelaki tu? Yes, adik janda sekarang. Kenapa? Mama malu? Mama pun nak salahkan adik kan. Sebab adik kahwin dengan dia macam tu kan.” emosi Ayriz terganggu sejak dia balik daripada rumah Isac. Hatinya makin hancur melihat Mel. Perasaan benci terhadap perempuan bernama Wawa kian membuak.

“Ya allah… adik cakap apa ni sayang? Kenapa cakap dengan mama macam ni. Mama tak pernah salahkan takdir.”

“Tapi jiran semua mengata anak mama ni…. kahwin tak sampai 3 bulan dah cerai. Mesti mama malukan ada anak macam adik.”

“Adik! Mama tak suka adik cakap macam ni!” tegas mamanya memberi amaran. Ayriz juga bengang dan terus naik lif ke tingkat atas. Mamanya terduduk di kerusi mengenangkan anaknya yang sudah berubah seperti dahulu. Kesabaran mama papa Ayriz sangat la tinggi semasa Ayriz menjadi seperti itu.

Sejak penceraian Ayriz dan Fariz, Malisa banyak termenung. Kadang kala dia menangis teringat akan bekas menantunya. Sejak itu juga Malisa tidak pernah bercakap dengan Fariz. Hatinya sedih dan kecewa dengan apa yang anaknya lakukan. Betul kata Ayriz, dia yang berkorban namun Wawa juga Fariz cari. Hati isteri mana yang tidak sakit apabila suaminya keluar dengan perempuan lain.

“Ma… jom kita makan. Mama makan sikit sangat tengah hari tadi.” tegur Hanees risau melihat keadaan mamanya yang asyik termenung. Malisa tersenyum sebaris.

“Hanees makanlah… mama dah kenyang.”

“Tapi ma… mama makan sikit sangat. Mama janganlah macam ni. Hanees sedih tengok mama macam ni.”

“Mama lagi sedih bila tahu anak mama perangai macam tu Hanee.” jawab mamanya perlahan. Jelas nada mamanya sayu. Hanees sudah menunduk. Dia turut sedih akan kehilangan kakak iparnya. Sejak di mahkamah, Ayriz tidak pernah membalas pesanannya meskipun lihat nombor itu aktif. Telefon juga tidak diangkat.

“Ma…. jomlah makan sikit. Nanti mama sakit macam mana?”

“Biarlah mama sakit, mama dah penat dengan perangai abang kamu tu. Semua keinginan dia, mama papa usahakan tak pernah mama halang tapi tak sangka hanya satu permintaan mama tapi dia hampakan… mama tak tahu mana silap mama besarkan abang kamu. Mama rasa gagal didik anak mama.” luahan Malisa membuatkan Hanees mengalirkan air mata. Meskipun bukan salahnya namun apa yang dikatakan mamanya benar benar menyucuk di hati. Hanees terus memeluk mamanya. Dia tidak mahu melihat mamanya terus begitu. Disebalik luahan Malisa, ada seseorang di luar bilik mendengar segala perbualan itu. Kata kata Malisa bagaikan dia dihempap batu. Fariz mengetap giginya kuat. Dia gagal jadi anak yang taat kepada ibu bapanya. Dia gagal jadi suami yang baik. Fikirannya sangat serabut ketika itu.

“Agak agak kenapalah Ayriz berhenti eak Reen?”

“Entahlah Ella… sampai hati dia berhenti tak bagitahu kita apa apa pun.”

Sekian lama Ayriz bercuti dan kini dikhabarkan gadis itu telah berhenti kerja. Barang milik Ayriz juga tidak dikemas sendiri. Walaupun Ayriz tidak mesra namun kitiadaan Ayriz membuatkan mereka terasa kehilangan.

“Itulah… nombor telefon dia pon dah tak guna. Nak cari dekat rumah rasa macam over pula. Aku harap dia cari kita.”

“Aku pun harap macam tu.”

“Mama, baby mana? Daripada kitaorang sampai tak nampak pun dia.” soal Ayie mencari kelibat adik sepupunya. Mama Ayriz tersenyum sebaris lalu menunjuk ke tingkat atas.

“Ayie naik atas ea ma? Panggil baby kejap.”

“Ayie… kalau Ayriz ada cakap benda sakitkan hati, Ayie jangan terasa ye.” risau mamanya jika anaknya bercakap ikut suka.

“Tak apa ma… Ayie faham. Ayie naik atas kejap ye.”

Tok! Tok! Tok!

‘Aduh siapa pula ni? Dah datang tu datang je lah…. menyemak naik bilik aku buat apa…’ rungut Ayriz sambil bangun menuju ke pintu. Di hadapan pintu tercegat wajah Ayie dengan senyuman.

“Amboi mulut tu dah boleh sangkut hanger. Masam pula abang Ayie datang.” usik Ayie terus menerjah masuk bilik itu. Bukan tidak biasa dia masuk ke bilik adik sepupunya. Dia tahu adik sepupunya akan mengemas keperluaannya kerana mereka selalu menjadikan bilik Ayriz untuk lepak.

“Abang Ayie buat apa naik atas ni? Baby nak tido.”

“Elok sangatla tu lepas asar tido. Tetamu dekat bawah yang duduk dalam bilik ni buat apa? Tak salam orang dekat bawah?” Ayriz menaikan matanya ke atas.

“Tetamu apa kalau setiap minggu datang sini. Macam tak ada rumah lain nak berkumpul.” bebel Ayriz perlahan namun tetap dapat didengari Ayie. Ayie senyum sebaris. Dia tidak boleh menjadi api seperti adik sepupunya.

“Ye lah…. abang menyebuk. Lepas ni abang tak datang dah. Abang balik dulu. Kalau mama tanya cakap abang ada hal.” kata Ayie sambil saja saja kaki dia ingin melangkah pergi. Namun plannya menjadi apabila Ayriz manarik tangannya.

“Ish abang ni…. fine! Baby minta maaf. Baby just malu nak jumpa dengan semua orang. Mesti semua gelakkan baby.” Ayie tersenyum sebelum dia membawa Ayriz ke katil.

“Baby…. tak ada siapalah nak gelakkan baby. Tak ada siapa nak benda ni jadi. Abang tahu baby dah cuba sehabis baik dengan perkahwinan baby. Tuhan tu maha berkuasa… pergilah jauh mana pun kalau dah jodoh tetap akan jumpa.” nasihat Ayie lembut. Ayriz menundukkan kepalanya menahan sebak.

“Dahlah jom kita turun. Semua tunggu baby dekat bawah tau. Penat umi masak laksa untuk baby tau. Abang nak makan pun umi tak bagi.” Ayriz terus mengangkat muka. Teruja apabila mendengar makanan kegemarannya.

“Umi bawak laksa? Jom abang turun jom.” ajak Ayriz teruja terus menarik tangan Ayie keluar. Gelak lucu Ayie dibuatnya melihat terlatah adik sepupunya.

“Adik!!! turun ada orang nak jumpa.” kata mama Ayriz apabila talian bersambung.

“Aduh siapa lagi nak jumpa ni.” bebel Ayriz malas ingin turun.

“Adik!”

“Ye ma…. adik turun. Sabarlah.” Ayriz terus matikan telefon dan terus keluar bilik. Sampai sahaja di bawah dia melihat seorang gadis yang dia sangat kenal. Dia berdehem kecil sebelum berjalan ke arah mama dan gadis itu.

“Hanees duduklah borak. Aunty nak buat kerja.” Hanees tersenyum dan mengangguk.

“Akak.” sapa Hanees kemudian dia memeluk bekas kakak iparnya. Ayriz turut membuat benda sama.

“Akak apa khabar? Sihat?” sape Hanees mesra.

“Alhamdulillah akak sihat. Emm….. mama, papa sihat?” tanya Ayriz ragu ragu. Terselit rasa bersalah sudah hampir sebulan dia tidak menjenguk kedua orang tua itu. Hanees tersenyum sebaris.

“Papa sihat… mama….”

“Kenapa dengan mama?” soal Ayriz sedikit cemas.

“Mama tak sihat. Sejak balik dari mahkamah, mama hari hari sebut nama kakak. Makan pun sikit je. Sekarang mama demam. Tu pun asyik sebut nama kakak. Hanees datang ni pun sebab nak minta tolong akak pujuk mama makan. Hanees minta maaf susahkan kakak tapi Hanees tak tahu macam mana lagi nak pujuk mama makan.” sekali lagi Ayriz diselubungi rasa bersalah. Bukan niatnya ingin melupakan bekas mentuanya cuma dia tidak bersedia berhadapan dengan bekas suaminya.

“Akak pujuk mama.” setelah lama dis berdiam, ayat itu keluar daripada mulutnya. Hal itu membuatkan Hanees tersenyum ceria.

“Terima kasih kak.”

“Mama tak lapar adik. Mama tak nak makan.” kata Malisa apabila mendengar pintu biliknya dibuka. Dia tidak pun memandang ke pintu.

“Ala penat Ayriz masak bubur mama tak nak makan.” kata Ayriz perlahan sambil meletakkan dulang di atas meja. Dengar sahaja suara bekas menantunya dia terus bangun dan berpusing. Berubah ceria Malisa melihat Ayriz di hadapannya. Lantas dia memeluk Ayriz. Ayriz juga membalas pelukan.

“Mama rindu sangat dekat Ayriz.” kata Malisa sebak.

“Ayriz pun rindu mama. Ayriz minta maaf ma tak datang jenguk mama. Ayriz….”

“Tak apa Ayriz… mama faham. Ayriz datang ni pun mama dah happy dah.” Ayriz tersenyum manis sambil menganggukkan kepala.

“Ma… Ayriz ada masak bubur. Jom ma kita makan. Ayriz suap makan.” Malisa mengangguk sambil tersenyum gembira.

Setelah hampir 2 jam berada dalam bilik bekas ibu mentuanya, dia pun keluar menghantar dulang ke dapur. Semuanya sudah dibuat. Memberi makan dan ubat.

“Mak Wan…. Ayriz dah bagi mama makn ubat semua. Bubur tu nanti malam mak Wan panaskan ya.”

“Ayriz dah nak balik ke? Ni dah nak magrib dah ni. Lepas magrib je la Ayriz balik ya. Tuan mesti gembira jumpa Ayriz…”

“Tapi mak Wan…..”

“Balik lepas magrib ya.” pujuk mak Wan lagi. Lama Ayriz diam kemudian dia mengangguk dan tersenyum tanda setuju.

“Ehem.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience