Abang...sakit..Irah nak pegi tandas. Ngadu Munirah sambil mengigit bahu Azhar sedikit. Kandungannya baru mencecah 36 minggu tetapi kesakitan kontraksi yg dialaminya sekarang seperti sudah tiba masanya dia mahu melahirkan. Habis bahu Azhar menjadi mangsa gigitannya. Nasib sahaja mereka berada di hospital swasta sekarang. Duduk pula di dalam bilik privasi. Tidaklah menganggu ibu mengandung yg lain juga mengalami perkara yg sama sepertinya.
Auchh..Sayang..jangan gigit kuat sangat. Yee, tahu sakit. Tapi ini kontraksi palsu Dr Wahida kata tadi. Perkara ini kerap berlaku pada usia kandungan sayang mencecah 36 minggu. Sabar yee sayang..Tahan sikit. Kata Azhar cuba menenangkan keadaan Munirah dahulu. Azhar mengusap sedikit belakangnya itu. Ini adalah kali pertama dia merasai detik cemas seperti ini selepas melihat keadaan Munirah yg tengah merasa kesakitan kerana mahu melahirkan. Usia kandungannya belum cukup matang lagi bagi proses kelahiran yg normal. Munirah hanya mampu mengerang kesakitan saja. Tidak pernah dia merasa kejang yg teruk di bahagian belakangnya sebelum ini. Kerap juga dia berulang alik ke tandas kerana terasa hendak membuang hadas kecil. Munirah masih lagi memeluk erat tubuh Azhar. Rasa kurang sedikit beban yg ditangung ini bila Azhar berada di sampingnya ini.
En Azhar..maaf menggangu. Dr Wahida mahu berjumpa dengan En Azhar sekarang..Pinta jururawat itu apabila masuk ke dalam bilik yg menempatkan Munirah. Azhar hanya mengangguk tanda faham sahaja dan membiarkan jururawat itu pergi dahulu. Perlahan-lahan Azhar meleraikan pergelangan Munirah pada pinggangnya.
Sayang..abang kena pergi jumpa dengan Dr Wahida sebentar..Sayang bolehkan duduk sendiri? Nak abang call umi or bonda untuk teman sayang? Mereka ada di cafe sekarang. Tanya Azhar sambil mengusap lembut pipi Munirah. Kasihan saja dia melihat keadaan Munirah seperti ini. Pucat lesu wajah Munirah sedang menahan kesakitan. Inilah orang kata perjuangan seorang ibu sanggup menahan kesakitan demi keselesaan anak di dalam kandungannya.
Abang..jangan tinggalkan Irah..Irah nak abang ada di sini. Please.. Adu Munirah masih tidak mahu melepaskan Azhar pergi. Air mata mula terkumpul di kelopak matanya. Pertama kali merasa kontraksi seperti ini amat menyakitkan. Hanya Azhar sahaja yg boleh tenangkan keadaannya itu.
Sayang..janganlah macam ni..Duduk di sini sekejap tau. Abang panggilkan nurse datang temankan Irah nanti. Calm down..Tarik nafas dan hembus. Nah, gigit kain tuala ini kalau Irah rasa sakit. Tengoklah baju abang ni..Habis basah Irah gigit. Nasib abang bawa hoddie. Boleh lah cover. Tunggu tau. Abang pegi sebentar saja. Muahh. Manja abang sorang ni..Ujar Azhar lembutnya terus melepaskan satu kucupan di dahi Munirah. Berat hati Azhar nak tinggalkan Munirah sendiri dalam keadaan begini. Dekat mana pun Azhar perlu pergi berjumpa dengan Dr Wahida sebentar. Selepas melihat Munirah menganggukkan kepalanya baru Azhar bergerak pergi dari situ. Dalam beberapa minit bersendirian di situ Munirah mula rasa mahu membuang hadas kecil semula.
Arghhh...tak tahan..nak ke tandas!! Mengeluh Munirah cuba bangun dan berjalan perlahan menuju ke arah tandas. Mengigil badannya menahan sakit dan kejangan mula terasa di seluruh badannya.
Jemput duduk En Azhar..ada satu perkara yg kami mahu berbincang dengan En. Kata Dr Wahida apabila melihat Azhar baru tiba ke sini.
Berkenaan dengan kandungan isteri saya ke? Tanya Azhar setelah melabuhkan dirinya di atas kerusi depan meja Dr Wahida. Azhar melihat riak wajah Dr Wahida kembali series sahaja. Jantung Azhar mula berdegup kencang. Hatinya mula tidak duduk senang bila semua ini melibatkan kandungan Munirah.
Ermm..macam ini En Azhar..berdasarkan pemeriksaan tadi..saya mendapati keadaan Puan Munirah sudah menjangka waktu iaitu mendilitasi (apabila serviks membuka) dan mengembang (apabila serviks menjadi nipis). Cuma..air ketubannya sahaja belum pecah lagi. Kami menyarankan kita membuat persediaan dahulu kerana berkemungkinan besar Puan Munirah akan melahirkan tidak lama lagi. Kami akan sediakan proses bersalin secara ceasar untuk Puan Munirah nanti. Selain itu juga, kandungan bayi akan pramatang dalam tempoh bersalin pada minggu 36 ni. Terang panjang lebarnya Dr Wahida dekat Azhar. Pandangan Azhar menjadi kosong sahaja apabila mendengar semua ini dengan telinganya sendiri. Azhar mula memikirkan tentang keadaan Munirah sekarang. Ia melibatkan nyawa Munirah dan juga kedua bayi mereka. Azhar mula mengusap kasar wajahnya. Tidak tahu dia mahu membuat keputusan apa nanti.
Saya faham..ini adalah satu keputusan yg sukar..tambah pula ini adalah anak pertama untuk En Azhar dan Puan Munirah. Dari segi kondisi Puan Munirah sihat sahaja. En Azhar jangan risau tentang perkembangan anak yg lahir dalam pramatang ini. Inshallah. Semuanya akan selamat nanti. Lagi pun, Ini kelahiran kembar. Biasanya, minggu ke 37 or 38 akan berlaku proses kelahiran. Cuma..kedaan Puan Munirah awal sedikit sahaja. Kami akan lakukan sehabis baik kami nanti. Ujar Dr Wahida lagi untuk menyakinkan Azhar dan memberi semangat kepadanya. Kalau tidak bukan Azhar siapa lagi yg akan membuat keputusan ini. Azhar mesti yakin dan percayakan dengan takdir Allah swt ini. Azhar hanya mengangguk lemah sahaja kepalanya. Mahu tidak mahu dia perlu menanda tangani kertas proses kelahiran secara ceasar ini. Semua ini demi kebaikan Munirah dan juga bayi mereka nanti.
Dari jauh Azhar memandang sayu sahaja wajah Munirah apabila dirinya sudah ditukar kepada persalinan baju pembedahan. Air mata mula terkumpul di kelopak mata Azhar. Sebentar lagi isterinya ini akan melahirkan secara ceasaran sahaja. Azhar tahu pasti Munirah juga tidak mahu lalui situasi seperti ini. Dari awal lagi Munirah pernah berkata kepadanya yg dia sangat takut bila melahirkan secara bedah. Sekarang, semua itu akan berlaku juga tidak lama lagi. Azhar mengelap kasar air mata yg sudah menitis di pipinya. Segera dia berjalan mendekati Munirah sebelum Munirah di pindahkan ke wad bersalin.
Haii...Tegur azhar pendeknya kerana sudah mati kata untuk berkata sesuatu kepada Munirah. Tangannya mengusap lembut pipi Munirah. Di tatap dalam anak mata Munirah. Satu senyuman terus terukir bi bibirnya. Azhar tidak dapat menahan sebaknya lagi. Satu titisan jernih terus tumpah lalu jatuh ke tangan Munirah. Segera Azhar menepis kasar sisa air matanya itu.
Abang...jangan nangis. Abang buat Irah lagi rasa takut. Jangan risau..Irah dan anak kita ini akan selamat saja. Hmm..Irahkan kuat?? Abang percayakan Irah kan? Doakan Irah kuat yee. Doakan Irah kuat demi anak-anak kita nanti. Janji dengan Irah..abang akan kuat seperti Irah dan bakal anak kita nanti. Bolehkan?? Kata Munirah lalu memberikan satu senyuman manis kepada Azhar. Di tahan air matanya itu daripada mengalir di depan Azhar. Munirah mengenggam kuat pergelangan tangan Azhar lalu melepaskan satu ciuman hangat pada genggaman itu. Meminta satu kekuatan daripada Azhar. Walaupun Munirah takut tetapi selepas melihat Azhar hilang sedikit kegusaran di hatinya. Dia perlu kuat demi kedua anak kembarnya ini.
Abang akan cuba sayang..Abang akan doakan Irah. Kuatkan diri yee sayang. Abang akan tunggu sayang dan bakal anak-anak kita ini. Keluarga kecil kita akan lengkap tidak lama lagi. Abang sayangkan Munirah. Ujar Azhar masih cuba menahan tangisannya itu. Dilepaskan satu kucupan lama pada dahi Munirah. Azhar merasa berat mahu melepaskan Munirah bertarung sendiri di dalam bilik bersalin nanti. Dia perlu percaya dan meminta pertolongan kepada tuhan untuk memudahkan semua urusan ini. Azhar menatap lama wajah Munirah sebelum melepaskan dia pergi juga. Azhar tidak akan lupa senyuman manis di wajah Munirah ketika ini. Satu senyuman yg penuh dengan emosi dan kasihnya sendiri. Seolah semua ini pesanan terakhir Munirah untuknya sahaja. Air mata Azhar kembali menitis di pipinya. Dengan langkah yg lemah, Azhar pergi menuju ke masjid yg berdekatan di Hospital ini Jam menunjukkan pukul 4.30 p.m. Azhar mahu menunaikan solat secara berjemaah di sana sahaja. Meminta kekuatan dan pertolongan kepada Allah swt untuk memudahkan urusan persalinan Munirah.
.................................................................................
En Amar Asyraf Bin YB Dato' Yunus. Kamu dijatuhkan hukuman Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu. Kata hakim itu setelah kes ini dibicarakan selama 3 hari. Amar hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Menerima semua ini dengan hati yg terbuka. Jika semua ini dapat menebuskan kesalahannya kepada Munirah. Amar sedia menerima hukuman di dunia ini dengan setimpalnya.
Irah..maafkan aku..Maafkan aku kerna siksa hidup kau dalam diam selama ini..Maafkan aku Munirah. Nguman Amar sendiri di situ. Fikirannya terus memikirkan tentang kenangannya kali pertama berjumpa Munirah di tadika.
"Amar menangis teresaknya apabila aiskrim yg berada di tangannya itu jatuh ke tanah selepas di langgar oleh beberapa kanak-kanak yg bermain kejar-mengejar di situ. Tiada sesiapa pun yg pedulikannya kerana Amar adalah seorang kanak-kanak yg pendiam sahaja. Dari kejauhan Munirah memandang kasihan saja melihat Amar menangis seperti itu. Segera dia bangun dan berjalan mendekati Amar."
"Napa awak nangis ni?? Tegur Munirah ramahnya lalu tangannya mengesat lembut air mata di pipi Amar itu. Munirah terus tersenyum menampakkan gigi jarangnya kepada Amar. Seronok dia melihat Amar menangis seperti anak kecil saja"
"Ais..aiskrim saya jatuh..Jawab Amar tergagapnya. Tangisannya itu sudah redha apabila Munirah menarik tangannya untuk duduk dahulu"
"Alahh..sebab itu saja ke. Nahh..ambil aiskrim saya. Saya sudah kenyang. Jangan nangis lagi. Awak itu lelaki tau. Sebab itu lah semua orang suka buli awak. Saya kan ada. Kita boleh jadi kawan. Nama awak apa?? Saya Munirah Safiyah. Panggil Irah!! Kata Munirah lalu memberikan aiskrim itu kepada Amar. Semangat sahaja Munirah memperkenalkan dirinya kepada Amar. Senyuman di bibirnya tidak pernah lekang langsung."
"Tterima..kasih..Saya... Saya Amar Asyraf..Panggil Amar. Janji tau..kita kawan. ujar Amar kembali tersenyum apabila Munirah mengajaknya untuk berkawan. Munirah terus menganggukkan kepalanya. Mereka berdua pun membuat tanda jari silang sebagai janji. Sejak hari itulah Amar dan Munirah menjadi teman rapat. Sampaikan Amar selalu melepak saja di rumah Munirah kerana keluarganya tidak sempat mengambilnya di tadika. Dia hanya banyak menghabiskan masanya di rumah Munirah. Hanya di dalam keluarga itu dia merasai kasih sayang sebuah keluarga yg sebenarnya. Sejak itu jugalah Amar selalu berkongsi cerita dengan Munirah. Apa sahaja tentang hidupnya malah berkaitan tentang keluarganya juga. Perkara yg Amar tidak dapat lupakan bila papa dan mamanya bertengkar kerananya, Segera Amar berlari mendapatkan Munirah yg sedang bermain di depan rumahnya. Masa itu, umur mereka berdua darjah 3."
"Irah...papa dan mama saya bergaduh..mereka bergaduh disebabkan saya..Beritahu Amar sudah menangis teresaknya di depan Munirah. Ini adalah kali pertama Munirah melihat dan mendengar tangisan redup Amar. Munirah tidak dapat memujuk Amar untuk berhenti menangis lalu dia menarik Amar ke dalam dakapannya. Dia mengusap lembut belakang Amar untuk menenangkan keadaanya sebentar."
"Awak jangan nangis lagi. Mereka bergaduh bukan disebabkan awaklah..percayakan saya..dah..dah jangan nangis lagi. Awak tu lelaki. Awak kena kuat. Dah jum..masuk ke dalam rumah saya..Kita beritahu umi saya..mana tahu umi saya lebih tahu lagi. Jangan nangis lagi tau!! Pujuk Munirah selepas meleraikan pelukan Amar itu. Amar mengesat kasar air mata yg tumpah ke pipinya. Dia segera mengikut langkah Munirah. Munirah selalu saja faham tentang perasaannya. Hanya Munirah sahabat sejati selamanya."
Air mata Amar terus menitis ke bawah. Semua kenangan itu sungguh membangkitkan dirinya semula. Baru sekarang hatinya rasa menyesal yg tiada kesudahannya. Baru sekarang dia rasa kecewa dan bersalah memperlakukan Munirah seperti itu. Selama ini Munirah sudah banyak membantunya bila dia memerlukan seseorang untuk menjadi pendengar yg setia. Seorang yg selalu mempertahankan dirinya selama ini. Amar dibawa keluar menuju ke kereta polis berhampiran di tepi mahkamah itu. Matanya tertarik akan tubuh seseorang. Yaa, tubuh seseorang yg juga merupakan kawan sepermainannya dengan Munirah ketika waktu tadika dahulu. "Kyra". Segera Amar memanggil nama Kyra untuk berkatakan sesuatu padanya.
Kyra..kyra..Maafkan aku. Tolong beritahu Munirah.. Aku minta maaf dari hujung rambut sehingga hujung kakinya. Aku sudah banyak berdosa dengannya.. Maafkan Aku Kyra..aku bukan kawan yg baik untuk korang berdua. Kata-kata terakhir Amar kepada Kyra sebelum dia melangkah masuk ke dalam perut kereta polis itu. Kyra hanya menundukkan pandangannya ke bawah sahaja. Tangannya mula mengesat air mata yg sudah jatuh ke pipinya sejak kes Amar dibicarakan tadi lagi. Kyra sanggup datang ke sini semata-mata mahu melihat keadaan Amar. Bukan menyaksikan kesalahan Amar tetapi dirinya datang sebagai seorang kawan. Mereka sudah lama berkawan selama ini. Kyra tidak menyangka Amar sanggup perlakukan Munirah seperti itu sekali. Tetapi sekarang, semuanya sudah terlambat buat Amar. Apa yg dia telah lakukan ini tidak akan dapat mengubah takdir yg lepas.
Jum.. kita pergi melawat Munirah.. Sapa Mikhail setelah melihat Kyra memandang redup saja kereta polis itu bergerak pergi dari sini. Mikhail juga rasa kasihan kepada Amar. Tetapi selepas apa yg dia telah lakukan ini, Amar berhak mendapat balasan di dunia ini setimpalnya. Mungkin masih ada jalan keampunan kepadanya lagi di sisi Allah swt. Kyra hanya memberikan senyuman kelat sahaja. Dia pun mengikut langkah Mikhail dan Huzair untuk ke Hospital dan melihat keadaan Munirah di sana.
...................................................................................
Azhar..jangan risau..semuanya akan baik sahaja. Tegur Walid selepas melihat Azhar berjalan ke hulu ke hilir di depan mereka semua.
Keadaanya yg gelisah dan risau mula bermain di benak hatinya. Azhar tidak dapat menahan rasa takut di hatinya ini. Sudah masuk sejam lebih mereka menunggu Munirah di luar bilik bersalin. Masih belum mendapat khabar dari doktor lagi. En Shukri memegang kedua belah tangan Puan Ruziah. Memberi sedikit kekuatan kepada isterinya ini. Sebagai ibu bapa Munirah semestinya mereka takut Munirah sedang bertarung nyawa di dalam bilik bersalin itu. Bonda juga ditenangkan oleh Wirda yg berada di sampingnya. Masing-masing masih setia menunggu Munirah di sini. Titipan doa mereka semua tidak pernah pudar untuk Munirah sekarang. Dalam beberapa minit, kelihatan Dr Wahida baru melangkah kakinya keluar dari pintu bilik bersalin itu. Segera Azhar melangkah laju menuju ke arah Dr wahida.
Dr..macam mana keadaan isteri saya..semuanya baik-baik sahajakan?? Tanya Azhar gementarnya kepada Dr Wahida. Jantungnya berdegup kencang menunggu jawapan apa yg akan keluar dari mulut Dr Wahida sekarang. Dr Wahida menurunkan dahulu facemasknya ke bawah. Dia melihat semua orang yg berada di sini. Selepas itu pandangannya dialihkan kepada Azhar semula. Menatap dalam anak mata Azhar yg masih setia menunggu jawapannya ini.
"En Azhar...Puan Munirah.."
Adakah Munirah selamat bersalin?
Share this novel