BAB 1

Romance Completed 59296

"Abang, perlahankan kelajuan kereta tu. Jalan raya licin ni. Tambah lagi hujan lebat." Kata Medina kepada Mikail.

Namun apa yang dikatakannya umpama masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri suaminya.

Medina hanya mampu menggelengkan kepalanya sambil mengusap perutnya yang membuncit kedepan.

"Sebulan lagi baby Mommy akan melihat dunia. Baby sihat-sihat ke didalam." Kata Medina dan tangannya masih ligat mengusap perutnya.

Sedangkan suaminya membisu sejak tadi. Namun apalah daya Medina. Dia hanya mampu melihat kedepan. Melihat rintik hujan yang jatuh dicermin depan kereta milik suaminya.

Tanpa diduga, Sebuah bas dari arah belakang yang hilang kawalan telah mengakibatkan kemalangan danelanggar beberapa buah kenderaan dihadapannya tak terkecuali kereta yang dipandu oleh Mikail.

"Allahuakhbar!!! Sayang!!" Teriak Mikail lalu memeluk isterinya.

Kereta mereka dirempuh dari arah belakang dan mengakibatkan mereka tersepit diantara kereta didepan dan beberapa buah kereta dibelakang mereka.

Medina sempat merasa sakit diperutnya kerana hentakan kuat.

"Arrghhh!!! Abang sakitt!!" Erang Medina.

Medina melihat suaminya disebelah yang berlumuran darah tanpa sebarang reaksi.

"Abang hiks hiks hiks. Jangan tinggalkan Ina dan Baby hiks hiks hiks." Tangis Medina.

Pihak bomba datang beberapa menit kemudian. Mereka membantu mangsa-mangsa yang terlibat kemalangan.

"Encik!! Tolong, Ada seorang wanitaengandung didalam kereta ni. Tolong selamatkan dia!!" Teriak seorang Makcik.

Seorang Pegawai Bomba datang kearah kereta milik Mikail dan melihat kearah kerusi pemandu. Dia melihat Medina yang dalam kesakitan.

"Encik tolong, sepertinya saya nak bersalin." Kata Medina menahan sakit diperutnya.

"Sabar Puan." Kata Pegawai Bomba.

Beberapa Pegawai diarahkan untuk membuka pintu kereta milik Mikail. Hampir sejam akhirnya pintu penumpang dapat dibuka. Medina diangkat keluar dari dalam kereta.

"Arrghhh!!! Ya Allah sakitnya!!" Teriak Medina.

"Puan pushhh. Nampaknya Baby nak keluar." Kata Pegawai Bomba itu.

"Arrgghh, Ya Allah. Abang!! Hiks hiks hiks." Tangisan Medina pecah lagi.

"Puan Pushhh!!!" Kata Pegawai itu.

Dengan keadaan yang lemah luka disana sini, Allah permudahkan urusannya melahirkan. Medina melahirkan seorang bayi lelaki.

Mendengar tangisan si bayi membuatkan airmatanya mengalir.

"Maafkan Mommy dan Baba sayang. Mommy tak mampu." Kata Medina.

Matanya perlahan tertutup dan perlahan nafasnya terhenti. Tangisan si bayi terdengar.

Medina meninggal selepas melahirkan bayinya. Pengguna jalan raya yang lain hanya mampu meratapi pemergian seorang wanita yang berjuang melahirkan bayinya.

DI VILLA MELATI

Ziyyad yang sedang menonton berita terpaku. Apabila dia mengenali kereta jenis Honda Jazz milik Mikail.

"Kak Long! Kak Long!" Jerit Ziyyad memanggil Kakaknya.

"Kenapa ni Iyyad?" Tanya Qasieh.

"Tu bukan kereta Abang Mikail?" Tanya Ziyyad.

Zaff dan Ziyan yang mendengar teriakan Ziyyad tadi bersatu bersama didepan ruang tamu.

"Ye lah Kak Long. Tu kereta Abang Mikail." Kata Zaff.

"Takkan kot." Bidas Qasieh.

Namun hatinya berdebar kuat. Dia sangat mengenali kereta milik suami temannya itu. Lalu dia mencapai handphone nya yang berada diatas meja lalu menghubungi Medina.

Hanya peti simpanan suara yang diterimanya. Qasieh tak berpuas hati lalu menghantar pesanan Whatsapp pada Medina.

(Dina kau kat mana ni? Aku call tak dapat?)

(Dina bukan kereta kau kan yang terlibat kemalangan ni?)

Tiada balasan yang diterimanya. Lalu dia menghubungi Mikail. Tapi jawapannya sama. Hanya peti simpanan suara.

"Ishhh!! Time-time macam ni jugak kau berdua tak nak angkat call aku!!" Marah Qasieh.

Kegusaran mereka akhirnya terjawab apabila pihak pemberita menyatakan nama-nama korban kemalangan.

Qasieh terduduk dilantai menahan sakit didadanya. Dia menggelengkan kepalanya tanda tidak percaya akan semua ni.

"Kak Long!" Zaff memeluk Qasieh yang sudah terkulai layu dilantai.

"Sabar Kak Long. Allah lebih sayangkan Abang Mikail dan Kak Dina." Kata Ziyan.

"Kenapa semua yang rapat dengan Kak Long semua Allah ambik. Hiks Hikss Hikss." Tangis Qasieh didalam dakapan Zaff.

"Syhhh. Allah takkan uji hambanya diluar kemampuan mereka." Kata Zaff.

"Dulu Umie dan Abi. Sekarang Kak Dina dan Abang Mikail." Tangisan Qasieh menjadi.

"Dah lah Kak Long. Redha dengan apa yang jadi. Jom kita kesana."Kata Ziyyad.

"Betul tu Kak Long. Mereka tiada siapa melainkan kita berempat." Kata Zaff.

Qasieh hanya mampu mengiyakan kata-kata adiknya. Lalu berdiri dan menaiki tangga menuju ke biliknya untuk mengenakan tudung dan mengambil kunci kereta.

"Biar Iyan bawak kereta." Kata Ziyan.

"No. Biar Kak Long bawak. Nanti lain pulak jadi lagi. Hujan lebat tu." Kata Qasieh pada Ziyan.

Mereka meninggalkan perkarangan Villa menuju ke tempat kemalangan berlaku. Namun jalan disana terlalu sesak hingga Qasieh terperangkap didalam kesesakan itu.

Hampir sejam barulah mereka sampai ditempat kejadian. Qasieh keluar dari kereta menuju kearah Pegawai Bomba yang berada tak jauh dari kereta milik Mikail.

"Maaf Encik." Sapa Qasieh.

"Ye Cik. Boleh saya bantu." Kata Pegawai itu.

"Ni kereta kawan saya. Dimana mereka sekarang." Tanya Qasieh lagi.

"Maaf Cik. Mayat dah dibawa ke Hospital. Sebaiknya Cik pergi kehospital untuk tuntutan mayat." Kata Pegawai itu.

"Baiklah. Terima kasih banyak." Kata Qasirh lalu berpaling meninggalkan pegawai itu.

Qasieh masuk semula kedalam kereta dan memandu meninggalkan tempat itu. Hancur hatinya melihat keadaan kereta Mikail.

"Kita kemana Kak Long?" Tanya Ziyyad.

"Kita ke hospital. Bagi pengecaman mayat dan menuntut untuk urusan jenazah." Kata Qasieh dalam sebak.

Tiga adiknya hanya mampu diam tanpa sebarang soalan lagi selepas itu.

"YA ALLAH. KAU PERMUDAHKANLAH URUSAN KAMI UNTUK MENGURUSKAN JENAZAH SAHABAT KU." Doa Qasieh didalam hati.

Sesampai dihospital, Mereka bertiga dibawa keruangan dimana mayat ditempatkan.

Qasieh tak mampu mengawal emosinya. Ziyyad yang berada disisi kakaknya memapah Qasieh apabila melihat kakaknya jatuh longlai.

"Ya Allah Dina. Hiks hiks hiks. Kau tinggalkan aku. Kau mungkiri janjimu akan ada disisiku disaat aku bersedih." Tangis Qasieh.

Qasieh menggenggam jemari kaku dihadapannya lalu mengucup lembut.

"Maafkan aku. Aku takde disaat kau dalam kesakitan. Maafkan aku." Qasieh mengusap pipi Medina lalu mengucup dahi yang pucat dan ada kesan luka.

"Halalkan apa yang aku termakan dan terminum. Aku halalkan semuanya. Tunggu aku disana." Bisik Qasieh. Tak tertanggung akhirnya airmatanya tumpah lagi.

Qasieh berlalu melihat wajah terakhir Mikail. Esakannya terdengar sayu.

"Tenanglah kamu berdua disana. Kau teman yang baik. Aku halalkan semuanya." Qasieh mengusap kepala Mikail.

Mereka berempat keluar dari ruangan.

"Cik? Macam mana nak kami uruskan jenazah atau Cik akan bawa pulang?" Kata Pegawai Hospital.

"Pakcik tolong uruskan. Pengkebumian biar kami yang uruskan." Kata Ziyyad.

"Baiklah kalau macam tu." Kata Pegawai itu lagi.

Keesokannya, Pengkebumian berjalan lancar. Hanya tersisa Qasieh bersama Tiga adiknya ditanah perkuburan itu.

"Kami dah tunaikan hajat awak Mika. Bersemadi disisi isteri tercintamu Medina." Kata Qasieh pada kayu yang dijadikan Nisan itu.

"InsyaAllah, Kami akan datang lagi. Semoga kamu berdua ditempatkan dikalangan para soleh dan solehah." Kata Qasieh lagi sambil menyiram air mawar diatas tanah yang baru saja ditempati oleh dua sahabatnya.

"Jom Kak Long." Ziyyad menggenggam tangan Qasieh memberi kekuatan pada kakak nya.

Mereka meninggalkan tanah perkuburan bersama. Hingga sampai dihadapan pagar tanah perkuburan seseorang tanpa sengaja menlanggar bahu Qasieh hingga dia terduduk ketanah.

"Maaf." Kata lelaki itu lalu meninggalkan mereka berempat.

"Takde mata ke apa. Ishh!!" Marah Ziyan lalu membantu Qasieh untuk berdiri semula.

"Biarlah. Dia tak sengaja tu." Kata Qasieh memegang bahu adiknya.

"Maafkan Along kami." Sapa lelaki yang barada diluar perkarangan tanah perkuburan.

Qasieh dan tiga adiknya terkejut. Melihat dua orang lelaki itu.

"Takpe dia tak sengaja." Kata Qasieh lembut.

Mereka memberi jalan pada Qasieh dan adiknya untuk keluar dari pagar barulah mereka masuk.

Qasieh meninggalkan tanah perkuburan dengan hati yang berat. Namun dia tak mampu nak berbuat apa.

"AKU AKAN SENTIASA MENDOAKAN KAMU BERDUA." Bisiknya.

"Maafkan Aku Mikail."

Siapa lelaki yang datang ke kubur Mikail.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience