ABD2

Romance Completed 199333

"Meena, sini.. meh sini mama nak kenalkan Meena dengan kawan-kawan mama.." jerit puan Idayu sambil tangannya juga memainkan peranannya dengan melambai-melambai kearah Ameena agar datang kearahnya.

"dah pergi sana.. ibu nak cari ayah.. mana orang tua ni.. dari tadi ibu tak nampak muka dia.. kalau dah jumpa dengan kawan-kawan dia, ibu ni dah macam orang asing dibuatnya.." bebel ibu Ameena puan Aisyah.

"erm yelah.. nanti dalam 10 minit ibu buat-buat panggil Meena eh.. buat macam ibu nak ajak Meena buat sesuatu.. Meena tak nak lama-lama kat sana.." arah Ameena sebaik saja ibunya mula melilau matanya mencari suami tercinta yang dari mula acara sehingga sekarang belum munculkan diri kerana sibuk bersembang dengan kawan-kawannya dan suami kepada puan Idayu iaitu bapak mertua Ameena encik Azlan.

"yelah.. pergi sana dulu.. nanti ibu panggil.." ucap puan Aisyah lagi.

"Meena cepat la sini.. mana Izz ni.. Meena panggilkan Izz sekali datang sini.. kawan mama nak kenal dengan Meena dan Izz.." jerit puan Idayu lagi.

'alamak.. aku nak kena panggil mamat poyo tu ke? apa dia ingat dia tu baik? hensem? kalau baik dan hensem tak ada la kena tinggal kena tunang dia dulu.. harapkan duit je kepuk-kepuk..' bisik hati Ameena sebaik saja dia melihat dimana Izz berada.

"baik mama.. kejap Meena panggil Izz.." balasnya dan terus mendekati 'suami'nya yang sedang berborak bersama dengan seorang kawannya.

Dalam Izz yang sedang rancak berborak dengan kawannya, matanya juga terpandang Ameena yang sedang menuju kearahnya.

Laju tangannya bergerak seperti menghalau Ameena dari datang kearahnya.

"apa abang?" soal Ameena bodoh dan sengaja buat-buat bodoh walaupun dia cukup faham dengan maksud isyarat yang Izz lakukan sebentar tadi.

'kau nak halau aku kan? kau tak bagi aku dekat dengan kau kan? kau tunggu..' bisik hati jahat Ameena dan semakin laju kakinya melangkah kearah Izz yang masih memberi isyarat padanya agar pergi dari mendekati dirinya yang sedang bersembang dengan kawan kerjanya.

"apa? sayang tak faham la apa abang tunjuk isyarat tadi.." sengaja Ameena menggunakan ayat 'sayang' dan 'abang' kerana niatnya memang ingin menyakitkan hati suaminya.

"amboi sweetnya pengantin baru ni.. abang sayang bagai.. tahniah la Izz atas perkahwinan kau ni.. aku balik dulu.." ucap kawannya dan terus berjalan keluar dari dewan tersebut selepas tersenyum kearah Ameena yang hanya tersenyum manis disebelah Izz.

"okey-okey terima kasih sebab datang ke majlis aku ni.." balas Izz mesra.

"kau kenapa panggil aku abang bagai?.. geli tahu tak.. kau tak payah nak tergedik-gedik sangat nak panggil aku abang.. aku bukan abang kau.. dan juga aku tak akan panggil kau sayang ke, ayang ke, baby ke, manja ke.. tak mungkin sampai mampus pun aku tak akan panggil macam tu.." marah Izz sebaik saja kawannya meninggalkan mereka berdua.

"apa kau ingat aku teringin sangat ke nak panggil kau macam tu.. sorry to say la ye.. aku cuma nak jaga maruah kau je tadi.. kau rasa la kan.. kalau aku panggil kau macam sekarang ni.. apa pandangan kawan kau tu pada kau.. tu pun bodoh tak ada otak, benda macam tu pun nak suruh orang lain ajarkan.." balas Ameena kembali kerana hatinya sangat sakit dengan kata-kata Izz padanya sebentar tadi, apa Izz fikir dia tak mampu balas balik ke ayat yang menyakitkan hati kepada tuannya kembali?.

"kau cakap baik-baik sikit ye? siapa tak ada otak? yang bodoh tak ada otak tu kau! kata cikgu tapi bodoh!" marah Izz pada Ameena yang sudah sekecil kuman sekarang ini dipandangan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience