Bab 14

Other Series 2183

Hana terjaga daripada tidur apabila bunyi jam. Mesti Qilla punya! Dia mematikan jam sahabatnya itu. Dia memandang Qilla. Tak bangun lagi? Selalunya dia sedar je! Penat sangat kot. Nak kejut ke tak? Nak kejut ke tak? Fikir Hana. Rasa bersalah hendak menganggu Qilla. Tetapi, sebelum dia mandi, dia perlu kejutkan Qilla juga. Perlahan-lahan dia memegang bahu kawannya itu sebelum menggocangnya perlahan. `Qilla'. Panggilnya lembut. `Hmm'. Hanya itu balasan daripada Qilla. Hana tersenyum. `Qilla.. Bangun.. Dah pukul 6 lebih ni.. Selalunya... Belum sempat Hana menghabiskan kata-katanya Qilla sudah duduk di atas katil. Terkejut Hana dibuatnya. Hana melihat Qilla masih mamai lagi. `Qilla.. Kau mamai lagi ni.. Kau baringlah dulu.. Biar aku masuk mandi dulu.. Kau baring je.. Nanti aku geraklah kau lepas aku keluar dari bilik air nanti'. Ujarnya. Kesian pulak tengok kawan aku sorang ni! Gumam Hana dalam hati. Seperti anak patung, apabila Hana membaringkannya, Qilla hanya menurut. Hana tersenyum melihatnya. Tanpa membuang masa dia terus mencapai tuala dan pakaian sebelum menuju ke bilik air. Aku terjaga sepenuhnya apabila handsetku berbunyi. Aku pantas mencapainya. `Hello'. Sapaku lemah. Masih mamai lagi. `Hello qilla'. Balasnya. Seperti pernah dengar suara ni. Tapi siapa? Ujarku dalam keadaan mamai. Aku menguap seketika. `Sapa ni? 'soalku. `Mak cik Qilla! Sah! Kau masih tidurkan? Ni akulah Hafi!' balas Hafi. Aku yang mendengar jeritannya itu, pantas menjarakkan sedikit handset daripada telingaku. Bingit! Dia mendekatkan handset kembali. `Kau ni kan Hafi! Kalau tak menjerit tak sah! 'jeritku pula. `Kau pun sama'. Balasnya sebelum tergelak. `Dah.. Dah.. Tak payah gelak.. Kau nak apa call aku ni? Call pagi buta pulak tu.. Macamlah kita tak boleh jumpa kat kolej nanti'. Ujarku. Geram sebenarnya. Aku menjeling sekilas jam yang berada di sebelah bantalku. Pasti Hana yang mematikannya! `Aku call kau ni.. Sebab nak sampaikan pesanan Khairul pada kau dan Hana'. Balasnya. Sebenarnya bukan Khairul yang menyuruhnya untuk menelefon Qilla. Tapi dia sendiri yang menyuruh dirinya. Pelikkan? Dia sendiri tidak tahu kenapa. `Hello'. Sapaku. Mengelamun ke apa mamat ni? Fikirku. `Ha hello'. Balas Hafi. Aduh! Boleh pulak aku termenung! ` Mengelamunlah tu.. Kau dengar tak apa yang aku tanya tadi? 'soalku bodoh. Sah sah lah yang dia tidak dengar! `Dah nama pun mengelamun.. Manalah aku dengar wahai cik Qilla.. Ha apa kau tanya aku tadi?' soalnya kembali. `Apa yang Khairul cakap? Kenapa dia tak call buah hatinya sendiri? 'balasku seraya tergelak. Kalau Hana tahu mampus aku! Aku menjeling bilik air. Lamanya minah ni mandi! `Khairul cakap.. Dia suruh korang berdua tunggu kami sampai untuk ambik korang'.balasnya.`Haa? Kau cakap apa? Korang nak datang amik kami? Hei! Korang mimpi apa tertiba ni? 'soalku separuh menjerit. `Hoi! Bukan aku! Tapi si Khairul! By the way.. Si Khairul tak call buah hatinya sendiri.. Percakapan Hafi terhenti apabila dia gelak. Aku hanya tersenyum. Sebab dia takde kredit.. Sebab tulah dia suruh aku call kau'. Sambungnya. `Ha apa-apa jelah.. Dahlah.. Nanti aku bagitau lah kat Hana.. By the way banyak kredit kau ye call aku? Hahaha okaylah.. Jumpa nanti.. Bye hafi'. Ucapku terus mematikan telefon. Dia memandang handsetnya. Dia tersenyum seketika. `Qilla'. Panggil Hana. Aku memandangnya. `Cepatlah gi mandi.. Nanti si Khairul dan Hafi nak datang amik kita'.ucapnya selamba. Dia dengar semuanya tadi. Dia sudah keluar lama tapi sengaja dia menyorok di dalam bilik air untuk mendengar apa yang mereka sembangkan. `Haa?? 'pekikku. `Kau dengar?' soalku. Maknanya dia dengarlah yang aku cakap `buah hati' tadi? Mampus aku! Baik aku cabut! Tanpa sebarang bicara aku terus meluru ke bilik air tanpa memandang Hana. Sempat jugak aku mencapai tuala dan pakaian. Hana ketawa melihat telatah Qilla. Geli hati! Tau takut! Nasib kau lari cepat! Kalau tak.. Kau memang dah kena ngan aku! Gumam Hana dalam hati. Patut ke dia kata aku buah hati Khairul! Tapi memang betuikan? Hahaha. Gumamnya lagi. Hana menepuk dahinya. Aduh! Aku terlupa nak tanya! Dari mana Qilla tahu erk! Hishh! Gumamnya lagi. Tanpa berfikir dia terus menunaikan solat. Aku keluar dari bilik air. Aku melihat Hana sedang solat. Tersenyum aku seketika. Aku lalu di belakang Hana. Sementara menunngunya solat aku membetulkan tudung sebelum bermain handset. Aku berhenti apabila Hana sudah selesai. Aku pantas menyambut hulurannya sebelum aku menyarungkan telekung dan terus menunaikan solat. Hana tersenyum apabila melihat Qilla sudah solat. Takut kena soal ngan aku lah tu! Dia terus membetulkan tudungnya yang sedikit senget. Aku yang sudah selesai solat dan berdoa menjeling Hana sekilas. Aku turut membetulkan tudung. Aku perasan si Hana asyik memandangku. Aku hanya buat selamba. Aku menjeling jam di tanganku. Sudah pukul 7:30! Lambat pulak aku dengan Hana hari ni! Aku memandang Hana. `Dahlah! Tak payah jeling-jeling aku! Jom! Kita dah lambat ni! 'ujarku. Hana tersengih. Perasan rupanya! Tanpa sebarang balasan, kami serentak keluar dari bilik dan aku menguncinya. Kami sama-sama menuju ke tangga dan aku sempat melihat ada sebuah kereta. Itukan kereta Hafi! Sampai sahaja si Khairul sudah bersuara. `Asal lambat? Lama tau tak kami tunggu! 'Ujarnya. `Sorrylah.. Tau lah tak sabar nak jumpa buah hati kan?' Jawabku. Sengaja aku tekankan perkataan `buah hati'. Hafi yang mendengar menelan air liur. Aduh! Habis aku macam ni. Khairul memandang Hafi. Hafi cuba berlagak biasa. Dia kembali memandangku. `Memang aku tak sabar nak jumpa buah hati aku.. Tapi.. Si sebelah aku ni lagi tak sabar tau tak? Tak sabar sebab nak jumpa kau! Rindu sangatlah aku rasa! 'balas Khairul. Hafi memandang Khairul. Hishh! Tak boleh simpan rahsia langsung! Matilah aku kena jawab dengan Qilla! Aku yang mendengar sebenarnya terkejut namun hanya buat muka selamba. Aku merenung Hafi. `Dia yang ajak aku ke sini'. Sambung Khairul lagi. Makin terkejut aku dibuatnya! Bukan Khairul ke yang ajak? `Korang! Dahlah! Sampai bila kita kena berdiri Kat sini? Kita dah lambat tau tak! Dahlah.. Jom'. Ajak Hana. `Betul.. Betul.. Jom kita masuk.. Dah lambat ni'. Ujar Hafi pula. Hafi pantas melepaskan dirinya sebelah penumpang. Aku, Hana dan Khairul terpinga-pinga memandang antara satu sama lain sebelum kami turut masuk ke dalam kereta. Cuma si Khairul sahaja tidak masuk. Hafi mula geram. Dia keluar dari pintu Dan berdiri di sebelah pintunya. `Oii khairul! Cepatlah! Kita dah lambat tau tak! 'marah Hafi. `Muhd Nur Hafi! Asal aku pulak yang kena bawak kereta kau? Ni kereta kau lah bangang!' marah Khairul. Hafi yang bagai baru tersedar hanya tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tanpa sebarang balasan, Hafi terus menuju ke tempat Pemandu manakala Khairul duduk di tempat penumpang. Kereta meluncur laju. Aku hanya mengelenggkan kepala melihat telatah mereka. Aku menjeling Hana yang sedang tersengih memandangku. Malas nak layan! Aku sempat menangkap jelingan Hafi di cermin tingkap. Namun hanya seketika sebelum aku mengalihkan pandanganku ke arah luar tingkap. Diam seribu bahasa sepanjang perjalanan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience