Kereta Kalisha menyusuri lorong kecil ke rumah ayah Adriana.Dari jauh tersergam indah sebuah rumah kayu yang indah suasananya di malam hari dengan lampu yang berkelipan di sekeliling rumah.
"Wah,cantiknya rumah kau,Ad!Macam tak percaya aku dapat sampai ke sini.Thanks,Ad."Kalisha menunjukkan wajah terujanya.Mana tidaknya keluarganya memang berasal dari bandar.Tidak hairanlah kalau dia tidak pernah menjejakkan kakinya di mana-mana kampung sebelum ini.
Ini kali pertama kedatangannya ke kampung.
"Rumah aku ni biasa-biasa je,Sha.Rumah kampung je.Takde yang menarik pun."Ujar Adriana.
Walhal dalam hati Adriana berasa tidak sedap.Ntah mengapa semakin hampir kereta Khalisha di perkarangan rumahnya jantungnya berdegup laju.Kalisha memakirkan keretanya di depan halaman rumah Adriana.
Adriana dan khalisha melangkah turun dari kereta.Bagasi mereka ambil dan di bawa ke arah rumah Adriana.
"Assalamualaikum..... Ayah.. Ayah..."Adriana melangkahkan kakinya mendaki tangga sambil diikuti oleh Kalisha.
Encik Iqbal yang mendengar suara seseorang memberi salam terus keluar dari rumah untuk melihat gerangan yang datang.Senyuman terukir di wajah tuanya.
"Intan,anak ayah dah sampai rupanya.Ayah ingatkan kamu pulang esok."Huluran tangan Adriana di sambutnya.
"Balik esok takut jalan sesak.Tu yang gerak awal,ayah.Kenalkan ayah ni kawan Intan."Adriana memperkenalkan sahabat karibnya kepada ayahnya.
Kalisha menundukkan kepalanya sedikit dan tangan kanan diletakkan di dada kirinya tanda hormat.Encik Iqbal hanya mengangguk sambil membalasnya dengan senyuman.
"Intan jemput kawan kamu masuk sekali.Bawa beg-beg ke bilik kamu.Nanti dah siap semua kamu teman ayah kat ruang tamu ni.Dah lama ayah tak berborak dengan anak ayah ni."Adriana hanya mengangguk lalu melangkah masuk ke dalam biliknya diikuti oleh Kalisha.
"Wah,cantiknya bilik kau ni.Klasik.Tapi aku suka.Ramah juga ye ayah kau tu.Takdelah aku segan sangat."Adriana hanya membalas kata-kata sahabatnya dengan senyuman.
Baju-baju mereka dikeluarkan dari beg dan disusun ke dalam almari.Setelah siap semuanya Adriana mengajak Kalisha keluar menemaninya untuk keluar berjumpa ayahnya.Kalisha hanya mengatur langkah membuntuti Adriana.
Keluar sahaja dari biliknya,tiba-tiba langkah Adriana terhenti.Kepala Kalisha terhantuk pada bahu adriana ketika dia menyelak langsir di hadapan pintu bilik Adriana.
"Dah kenapa kau tiba-tiba berhenti sakit kepala aku."Keluh Kalisha sambil menggosokkan kepalanya.
"Eh,Mak Som.Mak Som buat apa kat sini?" Tanya Adriana sejurus melihat tubuh wanita yang dikenalinya lalu di hadapannya.
"Intan.... Mmm.... Mak Som... Apa kata kita minum dulu.Mak Som dah buatkan air ni."Kalsom hanya berlalu pergi tanpa menjawab persoalan Adriana.
Adriana semakin bingung dengan kehadiran Kalsom di rumahnya ketika ini.Namun langkahnya tetap diteruskan membuntuti langkah Kalsom.
" Weh,Ad.Siapa pula tu?Makcik kau ke?"Bisik Kalisha ke telinga Adriana.
Adriana hanya menggelengkan kepalanya.Kepalanya masih memproses apa yang sedang dilihatnya sekarang ini.
Kalsom mengambil tempat di sebelah Encik Iqbal.Secawan kopi dihulurkan kepada Encik Iqbal.Encik Iqbal membalasnya dengan senyuman sambil menghirup air kopi di tangannya.Adriana mengambil tempat di hadapan ayahnya.
"Ayah,apa yang Mak Som buat kat rumah kita ni?Kan tak manis kalau orang kampung nampak.Ayah tu duda,Mak Som tu janda.Apa orang kampung akan kata nanti!"Nada suara Adriana sedikit meninggi.Kalisha di sebelahnya cuba menenangkan sahabatnya.Tangan Adriana ditepuk lembut.
Encik Iqbal melepaskan satu keluhan yang berat.Dia sudah mengagak akan penerimaan anak gadisnya ini.Dia cuba mengumpul kekuatan untuk berterus terang.Puan Kalthom aka Mak Som disebelah Encik Iqbal hanya menekur ke lantai.
"Intan,biarlah ayah berterus terang dengan kamu.Sebenarnya ayah dan Mak Som dah pun bernikah dua bulan yang lepas.Majlis yang ayah nak buat ni pun merupakan majlis doa selamat untuk ayah dan Mak Som dan juga bacaan yassin untuk arwah ibu."Encik Iqbal berasa lega setelah meluahkan semuanya.Adriana terpana mendengar penjelasan ayahnya.
"Apa?Apa ayah dah buat ni?Kenapa ayah rahsiakan dari Intan?Intan ni siapa ayah?Intan ni anak ayah!Sepatutnya ayah tanya Intan dulu.Intan kecewa dengan ayah."Air matanya gugur.Hatinya pedih dan hancur.Wajah ibunya terbayang di matanya.
"Ayah bukan tak mahu beritahu kamu.Tapi kamu tengoklah sekarang ini.Ayah tahu kamu takkan setuju.Sebab itu ayah rahsiakan.Intan,ayah perlukan seseorang menemani ayah.Kamu tu dah tinggal jauh.Ayah sorang-sorang kat rumah ni.Ada Mak Som sebagai isteri ayah sekurang-kurangnya makan pakai ayah ada yang jaga."Encik Iqbal cuba menenangkan anaknya.
"Intan pergi sambung belajar ayah.Dulu ayah juga yang paksa Intan sambung belajar supaya Intan boleh lupakan semua yang berlaku.Tapi rupa-rupanya ayah ada niat lainkan!"Adriana mula hilang sabar.Dia cuba meluahkan kemarahannya.
" Intan jaga kata-kata kamu.Aku ni ayah kamu.Mana rasa hormat kamu pada ayah!"Encik Iqbal mula meluahkan rasa.Belakang badannya diurut lembut oleh isterinya yang cuba menenangkannya.
"Tiga tahun dah cukup untuk ayah melupakan ibukan.Mana janji ayah untuk setia dengan ibu?Ingat ayah,perempuan ni takkan boleh gantikan tempat ibu Intan!Takkan boleh,faham tak!" Suara Adriana sudah meninggi.
"Pang!"Satu tamparan hinggap ke pipi mulus Adriana.Kalisha dan Puan Kalsom tercengang dengan tindakan Encik Iqbal.
"Sebab perempuan ni ayah tampar Intan!Intan benci ayah!Intan benci!"Adriana melangkah laju masuk ke dalam bilik tidurnya.Pintu bilik dihempas kuat.
Kalisha duduk diam tidak berkutik.Puan Kalsom cuba menenangkan Encik Iqbal.
"Abang,kenapa abang tampar dia?Abang tak kesian ke dengan Intan.Dia masih muda.Darah masih panas. Sepatutnya kita yang tua ni lebih berlembut dengan dia.Som tak kisah Intan nak cakap apa.Lama-lama nanti InsyaAllah dia dapat terima Som.Som percaya bang."Encik Iqbal memicit pelipisnya.
"Em... Biar saya tengokkan Adriana.Makcik dan pakcik jangan risau ya.Saya cuba nasihatkan dia."Kalisha meminta diri masuk ke dalam bilik.
Pintu bilik dibuka perlahan-lahan.Kelihatan Adriana sedang menangis di atas katil sambil memegang sebuah bingkai gambar.Kalisha mengambil tempat di sebelah Adriana.Bahu Adriana disentuh lembut.
" Ad,janganlah macam ni.Kau sabar,k. Apa yang berlaku mesti ada hikmahnya.Kesian ayah kau.Walau macam mana pun dia tetap ayah kau.Kau kena hormat keputusan dia.Ayah kau pun ada perasaan,Ad.Ayah kau kesunyian.Sekurang-kurangnya bila ada Mak Som,dia boleh jadi peneman ayah kau."Kalisha cuba memujuk.
"Peneman ke atau sebaliknya.Kau takkan faham apa yang aku rasa,Sha.Hati aku hancur,remuk.Tak ada siapa pun yang dapat gantikan tempat ibu aku,Sha.Aku benci diorang.Aku benci!" Tangisan Adriana semakin kuat.Kalisha membuat keputusan untuk berdiam sahaja.
Adriana memang berhati batu.Susah untuk memujuknya saat ini.Kalisha hanya membiarkan sahabatnya melepaskan kesedihannya sambil memeluk bahu Adriana.
Lama-kelamaan tangisan yang Adriana bertukar ke satu dengkuran halus.Kalisha membaringkan kepala Adriana di atas bantal.Kakinya yang terjuntai dinaikkan ke atas katil.Bingkai gambar yang dipeluk Adriana diambil dan diletakkan semula di atas meja solek.Kalisha mengukirkan senyuman nipis apabila melihat gambar di bingkai gambar tersebut.Gambar Adriana bersama ibunya.Terserlah kemanjaan wajah Adriana di dalam gambar itu.
'Ad,aku harap kau tabah harungi semua ni.Aku sentiasa doakan untuk kau.Aku sayang kau.Kau sahabat terbaik yang aku ada.'Bisik hati kecil Kalisha.
Kalisha mula melelapkan matanya yang sudah sedia mengantuk.Harap besok ada sinar baru buat temannya ini.
Share this novel