BAB 23

Romance Completed 13562

Sepanjang perjalanan, Tengku Emran dan Aqisha hanya mendiamkan diri. Gadis di sebelahnya masih teresak menahan tangis. Tengku Emran berasa serba salah untuk bertanyakan bagaimana perkara tadi boleh berlaku, hanya memilih untuk fokus memandu.
Aqisha membuang pandang ke luar tingkap. Dalam esak tangis dia teringatkan amanah yang dia harus berikan kepada Fuad. Dari jauh lagi Aqisha terpandang kereta milik Hakim yang pintu bahagian pemandu masih terbuka luas.

"im..immm..rann... Kkkkk..aauu.. Ber..berr..hennti kejapp.. Aaaa...kuu nak ambik bar...ang... dalam ke...ke.. reta tu."

Dalam esak tangis, Aqisha menuturkan kata. Kereta di seberang jalan ditunjuk bagi memberitahu kereta yang dimaksudkannya. Tengku Emran memberi "signal" dan memberhentikan kereta di tepi jalan.
Aqisha yang ingin membuka pintu kereta lantas dihalang oleh Tengku Emran.

"Biar saya yang ambil.. Awak tunggu sini.. Bahaya kalau awak keluar dengan pakaian awak macamni.. Barang kat mana?"

Tanya Tengku Emran, perlahan.

"de...kat bela..kang tem..pat du..duk penumpang."

Tengku Emran mengangguk lantas keluar dari keretanya dan berlari ke arah kereta yang dimaksudkan Aqisha. Pintu kereta tempat duduk penumpang dibuka. Bungkusan itu diraih dan dia segera menuju ke arah keretanya semula. Bungkusan itu ditaruh di tempat duduk belakang dan dia kembali ke tempat duduk pemandu. Tengku Emran memandang sekilas ke arah Aqisha. Gadis itu sudah mulai reda tangisnya tetapi masih tetap membuang pandang ke arah luar.
Tengku Emran meneruskan perjalanan. Tiba di sebuah kedai baju, dia memberhentikan kereta.

"awak tunggu sini kejap. Saya nak beli barang. Kunci kereta ni dari dalam. Jangan buka selagi saya tak suruh buka. Faham?"

Aqisha hanya mengangguk. Entah mengapa dia berasa selamat di samping jejaka itu. Lelaki itu telah menyelamatkan kehormatan dirinya dari dicerobohi Hakim. Mengingat peristiwa tadi, Aqisha mengenggam tangannya erat dan sekali lagi air matanya mengalir deras. Melihat kelibat Tengku Emran yang baru selesai membeli sesuatu, dia mengelap airmata lantas sekali lagi membuang pandang ke luar. Setelah Tengku Emran masuk ke dalam kereta, beg plastik segera dilucutkan, kemudian sehelai selendang hitam disuakan kepada Aqisha.

"Nah. Tutup badan awak dengan ni.. Saya nak belikan awak baju tapi taktahu pulak awak pakai saiz berapa. Kalau badan awak macam Neelofa, retilah saya nak beli baju saiz berapa."

Sebuah jelingan tajam dihadiahkan kepada Tengku Emran. Aqisha lantas mencubit kuat lengan Tengku Emran. Loyar buruk kan?? Nah ambik kau. Aqisha mengumam geram.
Tengku Emran yang terkejut dengan serangan mengejut Aqisha mengaduh dan mengelus perlahan lengannya.

"maafkan saya cik mok.. Sudilah andainya kalau cik mok terima selendang ini. Tutup apa yang patut. Jangan mengundang perhatian saya ke arah itu.. Saya cuba kawal tapi saya pun lelaki biasa.. Jadi saya mohon, awak terima selendang ni dan tutup bahagian yang terdedah tu."

Aqisha pantas meraih selendang yang disuakan lalu membalut badannya dengan segera. Gerun sebenarnya apabila mendengar bicara Tengku Emran.
Tengku Emran yang menyaksikan kelakuan Aqisha hanya tersenyum geli hati. Tahu takut.. Bisik hatinya.
Belum sempat Tengku Emran melepaskan brek tangan, Aqisha lantas bersuara.

"Maaf kalau menyusahkan. Tapi boleh tak kau tolong aku?"

"Boleh. Tapi dengan satu syarat."

"Apa?"

"Tolong jangan berbicara kasar dengan saya. Bahasakan diri dengan "awak" dan "saya" bila bercakap dengan saya. Boleh?"

"Tapi aku dah biasa cakap dengan kau macam ni."

"Nak saya tolong ke tak?"

"yela yela. Maafkan saya."

Tengku Emran mengukir senyum apabila gadis itu kini mendengar kata.

"Awak nak saya tolong ape?"

Aqisha mendapatkan nota di poket skirtnya lalu menyuakan kepada Tengku Emran. Tengku Emran menyambut huluran Aqisha lalu mengerutkan dahi. Pandangan dialihkan kembali ke wajah Aqisha dengan seribu tanda tanya.

"saya nak hantar amanah kawan saya ke rumah kekasihnya. Bungkusan yang awak ambil tadi itulah barangnya. Saya minta tolong awak hantarkan saya ke alamat yang tertera dalam nota tu.. Boleh?"

Aqisha bersuara apabila lelaki itu memandangnya seolah-olah dia harus buat apa dengan alamat itu.

"Ouh... yeke.. Tapi sekarang dah malam sangat. Hantar esok jela.."

"No. Takboleh. Saya kena hantar harini jugak. Ni amanah yang saya kena buat harini jugak."

Sekali lagi Tengku Emran merenung nota di hadapannya. Dia tahu alamat itu kerana sudah sering berulang-alik melalui jalan menuju alamat itu.

"Baiklah. Saya hantarkan.."

Kereta diundur perlahan dan dia memecut meninggalkan kedai dihadapan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience