Lapan Belas

Other Completed 44787

HyQarl menapak bertanya pada jururawat dikaunter dimana isterinya ditempatkan. Terlihat Dinda keluar dari ruangan paling hujung, Dia menuju kesana.

Begitu juga Syuhadah dan Mariana terlihat HyQarl menuju kearah bilik paling hujung.

Mereka mengekori HyQarl yang mulai menapak masuk keruangan. Lalu menghilang.

HyQarl melihat hanya ada Cinta yang terlantar diatas katil.

"Assalammualaikum Sayang. Abang datang." Kata HyQarl membelai pipi si isteri.

Syuhadah masuk kedalam bersama Mariana. HyQarl melihat kelibat Syuhadah dan kakaknya masuk kesana.

"Korang berdua nak apa?" Tanya HyQarl dengan emosi membunuh dimatanya.

"Aku nak kau lepaskan dia bersaksikan aku dan Syu." Kata Mariana.

Cinta yang merasa tidurnya terganggu membuka matanya perlahan. Apabila dia nampak wajah HyQarl, ketakutannya bukan main-main. Bergetar tangannya menahan ketakutan.

"Keluar!!!!" Teriaknya.

Luthfi yang mendengar suara teriakan dari sebelah keluar melihat apa yang jadi. Begitu juga dengan Layla turut keluar melihat Cinta.

Thariq yang mendengar teriakan Cinta bergegas keluar dari kamar mandi.

Terlihat wajah yang membuatkan Penderitaan dalam hidup adiknya membuatkan dia menerkam HyQarl hingga tersungkur jatuh kelantai.

"Kau nak buat apa lagi pada adik aku. Hah!!!" Herdikan Thariq membuatkan Luthfi terpaksa masuk kedalam bilik Cinta.

Syu dan Mariana membantu menarik Thariq agar melepaskan HyQarl.

Diwaktu yang sama Zaril serta beberapa team datang untuk melawat adik Thariq melihat pergaduhan itu.

Mereka membantu Luthfi melerakkan pergaduhan didalam ruangan itu.

"Lepaskan aku. Biar aku ajar dia cara hormat perempuan!!!" Kata Thariq tidak berpuas hati.

Cinta menyembamkan wajahnya pada dada Layla. Terasa oleh Layla akan ketakutan yang dialami oleh Cinta.

"Shhh. Akak ada. Jangan takut." Kata Layla.

"Kau buat apa lagi disini Qarl. Kau dah buat adik Thariq hampir mati, Dan kau berani munculkan diri?" Kata Eddie.

"Pergilah. Bawa perempuan murahan ni pergi bersama kau." Kata Zaril pula.

"Beri aku cakap dengan isteri aku dulu." Kata HyQarl.

"Kau tak layak nak cakap dia isteri kau." Kata Thariq.

"Sayangaafkan Abang. Abang tahu Abang terlalu ikut perasaan hingga buat Sayang macam ni." Kata HyQarl.

"Kau ceraikan dia." Kata Mariana.

"Qarl ceraikan perempuan ni cukup Syu jadi isteri Qarl." Kata Syuhadah.

"Ooo jadi nilah prempuan uang tertangkap basah dengan kau?" Tanya Zaril.

Cinta yang mendengar melepaskan pelukannya dan menoleh kearah HyQarl.

"Sayang maafkan Abang." Kata HyQarl.

HyQarl lepas dari pegangan Al dan Eddie. Dia mendekati Cinta. Lalu mencuba untuk memegang jemari Cinta. Namun Cinta menepisnya.

"Senangkan awak ungkap kata maaf. Disaat aku mula belajar untuk sayang pada awak. Ni balasan yang awak bagi. Terima kasih Qarl. Aku hampir buta oleh cinta yang boleh aku sebutkan ianya palsu belaka. Dan aku nak kau lepaskan aku. Aku tak sanggup. Dan aku tahu Sumpah setia seorang tentera setia pada yang satu. Tolong lepaskan aku sebab aku taknak hidup bermadu. Apalagi hidup semula bersama Kau." Kata Cinta akhirnya.

Dia kembali teresak dalam pelukan Layla.
Layla hanya mampu memberikan semangat dari pelukannya.

"Please Sayang. Abang tak boleh hidup tanpa Sayang." Kata HyQarl.

"Lepaskan dia atau aku akan tuntut kau diatas kekejaman rumah tangga." Thariq akhirnya bersuara.

"Baik. Cinta Jasmin Binti Farouk, Aku Ceraikan Kau dengan Talak Satu." HyQarl melepaskan Cinta tanpa rela.

Mendengar ucapan itu, Cinta bersyukur dalam hati. Walaupun kini dia bergelar Janda dia tak kisah.

"Sekarang kau berambus dari ruangan ni." Thariq menghalau HyQarl serta dua orang perempuan itu.

HyQarl berlalu dengan kekesalan yang menggunung. Berjalan menapak meninggalkan ruangannya.

Lain pula terjadi pada Luthfi. Benar kata anak saudaranya melihat wajah gadis tu membuatkan mereka sedang dipukau, Candu dengan lirikkan matanya. Tak lagi dengan wangian bunga yang sentiasa melekat pada tubuhnya.

Zaril melihat keberadaan Luthfi didalam ruangan itu. Dia berfikir siapa Luthfi pada keluarga Thariq.

"Thanks Luth, Layla bantu aku." Kata Thariq.

Luthfi hanya senyum melihatkan lesung pipinya.

"Thanks Ed, Al, Ril. Nasib korang datang tepat." Kata Thariq lagi.

"Jangan risaulah. Kitaorang datang sebab nak jumpa kau dan tengok keadaan adik kau." Kata Aldi.

Dinda masuk semula dengan membawakan makanan untuk Thariq dan Cinta.

"Kenapa ni?" Tanya Dinda.

Layla menceritakan semuanya pada Dinda. Hinggalah HyQarl melepaskan Cinta.

"Cin." Panggil Dinda.

"Akak." Cinta mengubah posisi agar dapat memeluk kakak iparnya.

"Aku rasa sebaiknya kau rawat Cinta dekat rumah kau lah Ariq." Saran Eddie.

"Betul tu. Sebaiknya kau bawak Cinta balik. Aku takut HyQarl akan bertindak diluar jangkaan kita." Kata Zaril pula.

"Aku akan minta persetujuan dari pakar yang memantau Cinta." Kata Thariq akhirnya.

Mereka bersurai selepas itu.

"Luth, Akak rasa sebaiknya Luth jangan balik dulu. Akak macam tak sedap hati." Kata Layla.

Namun tiada jawapan dari Luthfi. Layla menoleh adiknya disisi melihat fikirannya jauh melayang entah kemana.

"Luthhhh..." Panggil Layla panjang.

"Hah Hah?" Luthfi malu dengan tertangkapnya dia sedang melamun.

"Haiihhh. Kawen lah cepat. Cari calon. Akak risau tengok Luth macam ni." Kata Layla meninggalkan Luhtfi dibelakang sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Aku ni kenapa? Dah sewel ke apa." Katanya dalam hati sambil tersenyum simpul.

Terbayang wajahnya, Walaupun terlihat kesan lebam yang teruk. Tapi tetap terlihat manis menawan dari raut wajah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience