Bab 112

Romance Completed 78329

“Luq? Luq nak pergi kerja dah ke?” Tanya Puan Aminah. Luqman sedang memakai kasutnya di hadapan pintu rumah.

“Ye ibu. Kesian pulak dekat geng studio tak ada siapa yang nak tolong. Nak harapkan Fahim dia pun ada kerja dia jugak.”

“Yelah…kerja elok-elok. Emmm…Luq habis kerja pukul berapa?”

“Luq tak janji lagi ibu. Banyak kerja jugak Luq nak kena handle. Tengoklah…kalau habis awal, awal lah Luq balik. Kalau tak, nak dekat malam jugaklah.”

“Oklah kalau macam tu tapi jangan lewat malam sangat ya? Nanti makan malam boleh kita makan sekali.”

“Ok ibu. Luq pergi dulu,” Luqman menuju ke keretanya. Gia pula hanya duduk di ruang tamu sambil memandang Luqman yang mula pergi.

“Gia? Gia dah lapar ke? Ibu pergi masak dulu ya?”

“Tak apa lah ibu. Gia tak lapar lagi.”

“Mana boleh macam tu. Waktu makan kena jaga. Ibu masakkan sup untuk Gia ya?”

Gia tak banyak bantah. Hanya bersetuju dengan cadangan ibu. Sejujurnya dia tak nak susahkan ibu kena siapkan semua benda semata-mata untuk dirinya sahaja. Sudahlah Hariq pun ibu uruskan semuanya from head to toe. Aku hanya dibenarkan berehat. Kalau aku nak buat kerja pun, aku hanya dibenarkan untuk mandikan Hariq saja. Baby bath tub diseletakkan di depan aku dan mandikan Hariq dalam keadaan duduk saja.

Gia memandang Hariq yang dari tadi memandangnya.
“Kenapa pandang mummy macam tu Hariq?” Hariq yang tadinya berbaring di atas toto bayi diangkat ke atas pangkuannya. “Kenapa tengok mummy lama sangat?
Rindu ya? Mummy tak pergi mana pun sayang. Ada je dekat sini.” Pipi lembut anaknya diusap. Lembutnya memang buatkan Gia rasa geram. Rasa nak cubit-cubit.

Kemudiannya, mata Hariq memandang keliling rumah. Matanya mula meneroka benda-benda yang baru di sekelilingnya.

“Gia?” Puan Aminah menghampiri Gia. “Boleh ibu nak tanya sesuatu dengan Gia?”

“Nak tanya apa ibu?”

“Ibu harap Gia boleh jawab soalan ibu dengan jujur.”

“InsyaAllah. Ibu nak tanya apa?”

“Lepas Gia dah habis pantang, Gia akan terus stay duduk sini atau Gia akan pergi?”

“Maksud ibu?”

“Ibu tahu Gia faham apa yang ibu cuba maksudkan.”
Macam mana pulak ibu boleh tahu niat dia selama ni? Setahu aku, aku tak pernah pun bagitahu dekat ibu pasal benda ni. Lepas pantang aku memang cadang nak balik ke Filipina untuk sambung kerja aku then aku akan fly ke Thailand. Nak cari mood baru.

“Ibu tahu mana? Gia tak pernah cakap pasal ni dekat ibu.”

“Ibu tengok riak muka Gia pun ibu dah tahu. Ibu tahu Gia masih takut dengan Luqman kan? Walaupun ibu tengok Luqman bersungguh-sungguh cuba pujuk Gia tapi riak wajah Gia masih lagi macam tak dapat nak terima dia. Gia masih trauma ya?”

Diam. Tak tahu nak jawab apa.

“Ibu tahu ibu tak boleh nak paksa Gia tapi ibu cuma mampu nasihatkan Gia saja. Ibu nak Gia fikir masak-masak sebelum buat apa-apa keputusan sebab sekarang ni Gia dah ada anak. Gia dah berubah life menjadi seorang ibu. Apa-apa yang Gia nak buat lepas ni, ingatlah Hariq. Jangan pernah abaikan dia.”

“Gia tahu tapi Gia still takut nak bayangkan masa depan Gia happy dengan Luqman dan Hariq. Gia takut kalau Gia terlampau berharap, Gia akan patah hati lagi. Gia tak nak hadap benda yang sama lagi. Gia takut ibu. Dah banyak sangat benda yang Gia kena hadap selama ni.”

“Gia tahu kan? Tak selamanya kita akan hidup dalam keadaan sedih dan derita? Bila dah sampai masanya, insyaAllah kita akan rasa bahagia jugak sebab Allah dah tentukan macam mana jalan cerita hidup kita. Percayalah…”

“Terima kasih ibu. Tapi, apa pun yang lepas ni Gia nak buat, Gia harap ibu tak marahkan Gia dan tak bagitahu dekat Luq perancangan Gia yang satu ni.”

Dia sendiri pun tak bersetuju dengan apa yang Gia cuba buat nanti tapi dalam masa yang sama juga dia faham dengan keadaan Gia. Walau apa-apa pun, berbaliklah pada agama. Dalam alam perkahwinan, isteri wajib taat pada suami dan jangan sesekali menjatuhkan aibnya apatah lagi memalukannya. Jika suami tak izin isteri keluar rumah, maka haruslah patuh. Tapi untuk Gia, dia faham dan berikan masa pada Gia untuk belajar dengan lebih mendalam lagi pasal agama. Gia pun baru berapa bulan sahaja memeluk agama Islam. Dia perlukan masa lebih lagi untuk mengenali dan mendalami ilmu agama.

Sekurang-kurangnya dia nampak kesungguhan Gia untuk mendalami ilmu agama. Dia dah pernah nasihatkan Gia pasal alam rumah tangga tapi kalau Gia masih lagi dengan pendiriannya, dia tak boleh nak kata apa lagi. Semuanya bergantung kepada Luqman untuk nasihatkan Gia sebagai suami.

InsyaAllah…satu hari nanti dia pasti yang Gia dan Luqman akan berbaik semula dan hidup sebagai pasangan suami isteri normal macam yang lain.

“AKAK! Akak rasa yang mana cantik?” Vitalika menunjukkan beberapa sampel kad perundangan kahwin di hadapan kakaknya. Pada pandangannya semua kad-kad di depannya ni elok-elok belaka tapi better bagi kakak aku yang pilih sebab dia memang arif bab-bab memilih macam ni.

“Time akak tengah busy dengan anak akak lah Vi nak suruh akak pilih semua-semua ni.” Dahlah sekarang ni aku tengah menyusu Hariq. Tadi Hariq bangun terus menangis minta susu. Lapar.

“Alah…menyusu tu menyusulah jugak tapi pilih kad untuk Vi tetap kena pilih jugak,” Vitalika tersengih. Hahaha!!! Bukan selalu nak menyusahkan kakak aku macam ni.

“Yelah, yelah…”

Sebelah tangannya menarik satu-persatu kad yang dibentangkan di hadapannya. Memang cantik-cantik belaka semuanya.

“Kenapa bukan Vi je yang pilih?”

“Saja je. Vi tahu akak pilih lagi cantik!”

“Yeyelah tu.” Satu-persatu kad dibeleknya. Teliti setiap
satu. Satu warna yang menarik perhatiannya. Warna gold yang digabungkan sekali warna chocolate almond.
Kad tersebut diserahkan kepada Vitalika.

“Warna ni cantik.”

“Ni?” Vitalika perhati. “Seriuslah?”

“Kenapa? Nak cakap tak eloklah tu. Kalau tak elok, hah! Pilih sendiri!”

“Hesy! Orang tak sempat nak komen lagi. Cantiklah akak. Mula tu Vi pilih warn ani jugak tapi tak sure cantik ke tak. Sebab tu Vi pilih kad-kad yang lain jugak then suruh akak pilih. Takut akak cakap warna yang Vi pilih ni tak cantik.”

“Sendiri punya kad kahwin pun nak kena akak yang pilih jugak ke?”

“Hehehe…we both twinnie, right?”

“Alasan tu jelah yang nak pakai pun!” Kenal sangat dah adik kembar yang seorang ni.

“Nak pegang boleh?” Pinta Vitalika bila kakaknya sudah selesai menyusu Hariq. Rindu pulak dekat budak kecil ni. Rindu bau wangi dia.

“Dah basuh tangan?”

“I’m not a virus okay…”

“I’m not saying you’re a virus. I’m just asking you whether you have washed your hand or not? That’s it. Why so serious?”

“Ok. Kalah.”

“Hahaha…nahhh…” Gia menyerahkan Hariq ke dalam pangkuan Vitalika. “Baik-baik…jangan bagi kepala Hariq still lembut.” Dia menampung kepala Hariq di dalam pangkuan Vitalika sebelum Vitalika membetulkan kedudukan tangannya dan menampung kepala Hariq.

“Oh ya…suami akak mana?”

“Kerja. Katanya ada kerja banyak dekat studio tu.”

“Akak dah ok kan dengan Luq?”

“Hmmm?”

“No more lari-lari dari Luq dah kan lepas ni?” Tapi nampak reaction dari muka kakak aku ni macam…ada benda yang dia rancangkan sebenarnya.

“Emmm…”

“Are you serious akak?”

“Apa? Apa yang serious?”

“Dari reaction akak pun Vi dah tahu yang akak memang
plan nak lari pun lepas ni kan? Akak! This is not funny at all! Jangan lari lagi akak. Sudah-sudahlah tu akak…akak sendiri pun dah tahukan yang Luq memang menyesal dengan apa yang dia buat dulu?”

“Pero nararamdaman ko pa rin ang pag-aalangan ko sa
kanya (tapi akak still rasa ragu-ragu dengan dia).”

“Mag-atubili ano (ragu-ragu apa)? Luq mahal ka sis (Luq cintakan akak). Ano na naman ang pagdadalawang-isip mo (nak ragu-ragu apa lagi)?”

“I don’t know…”

“Pakiisip ulit (tolong fikir balik). Huwag gumawa ng anumang hangal na desisyon (jangan buat keputusan bodoh). Sekarang ni akak dah ada Hariq dengan Luqman dalam hidup akak. Takkan akak nak biarkan orang yang akak sayang macam tu je?”

“Entahlah Vi. Jujur akak cakap sampai sekarang akak masih ragu-ragu dengan Luqman.”

“Nak ragu-ragu apa lagi? Akak sendiri dah tahu kan yang dia memang betul-betul serius dengan akak dan dia sendiri yang tarik balik kes kemalangan Dariya tu? Tak cukup lagi ke nak buktikan yang Luqman memang serius
dengan akak?”

“Vi kenalkan akak macam mana?”

“Tak. Not now because this is so not you! Akak yang Vi kenal dia tak mudah mengalah dan selalu berfikir dengan rasional.”

“Ok macam nilah. Kalau betullah akak buka hati akak
balik untuk Luqman but one day dia mengaku yang dia hanya nak gunakan akak untuk balas dendam, apa yang Vi rasa? Vi tahu? Akak tak nak benda yang sama berulang lagi dalam hidup akak. Akak dah cukup terkesan dah dengan apa yang berlaku.”

“Ya…Vi mungkin tak rasa macam apa yang akak rasa sebelum ni tapi Vi nak akak tahu. Apa pun yang jadi akak takkan keseorangan. Kalau betul Luqman buat lagi benda yang sama in future, akak boleh cari Vi, abang Eric, Jericho, Kristine, Maya dengan Lisa. Kami semua ada untuk akak.”

“I know.”

“Akak fikirlah apa yang terbaik untuk diri akak. Fikir masak-masak ok? By the way, thanks for spending your time untuk pilih kad-kad ni.” Vitalika menyerahkan Hariq kembali ke dalam pangkuan Gia.

“Vi pergi dulu. Anything just call me, okay?” Gia sekadar mengangguk. Vitalika melangkah keluar dari rumah Puan Aminah.

Dia tak kisah apa sekalipun keputusan kakaknya nanti, apa yang dia nak kakaknya ada pada hari perkahwinan dia nanti. Itu yang penting.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience