BAB 10

Romance Completed 3993

Keesokkan harinya setelah direject Afiqah.

“Oh, mama, saya mahu kahwin! Kahwin dengan siapa? Dengan tauke cupcakes… Oh mama, saya mahu kahwin dengan tauke cupcakes, muka cantik, mata kuyu…”

“Hahahahaha!” Mira dah gelak berguling atas lantai kedai. Nasib baik tak ada pelanggan dalam kedai masa tu.

Afiqah muka masam. Tau sangat Piejot tujukan lagu tu untuk dia. Pehlislah!

“Adoi… kesian benar aku tengok Piejot tu. Kau kahwin je la dengan dia Fiqa. Dah angau teruk sangat aku tengok mamat tu.”

“Oh mama saya mahu kahwin. Kahwin dengan siapa? Dengan tauke cupcakes! Oh mama, saya mahu kahwin! Dengan tauke cupcakes yang bernama afiqah sangat molek…”

Tak habis lagi rupanya… tak boleh jadi nie. Afiqah meluru keluar dari kedainya.

“Oooh mama tolonglah… papa tolonglah… saya mahu kahwin dengan tauke cupcakes!” Piejot masih menyanyi dengan penuh perasaan walaupun dia nampak Afiqah menuju ke arahnya. Memang itu yang dia nak.

“Awak… tolonglah berhenti menyanyi. Tolonglah!”

“Boleh…tapi dengan syarat awak kena terima saya jadi kekasih.” Piejot serius.

“Terima apa nya? Jangan nak merepek boleh tak.” Afiqah menyilang tangannya kedada.

“Ok. Kalau awak cakap terima saya sebagai kekasih awak benda merepek. Marry me then.”

Mata Afiqah terbeliak… besar punya. Mamat nie baru proposed aku ke? Afiqah wake up!

“Saya tak pernah bercinta dengan awak nak kahwin macam mana? Boleh tak awak jangan menyanyi depan kedai saya lagi. Cari kedai lain.”

“Kalau saya nak dah lama saya cari kedai lain masalahnya hati saya nak dekat kedai nie ja atau lebih specific hati nie nak kan tuan kedai nie ja…” Piejot akhirnya berhenti menyanyi. Gitar ditangan diturunkan dan dipegang sambil merenung muka bengang Afiqah tu.

Afiqah memicit kuat dahinya. Migrain tiba-tiba. Apasal mamat nie kepala batu sangat! Degil macam lemak tepu… adoi, macam manalah aku nak bagi dia nie faham.

“Awak…” Afiqah memejam mata. Perkataan ‘awak’ tu ditekan kuat suaranya. Menunjukkan yang dia betul-betul serius.

“Pernah dengar istilah sekufu?” dia memandang tajam wajah Piejot. Piejot pun tak beralah. Anak matanya dari tadi tak berganjak dari merenung mata Afiqah.

“Sekufu? Pernah… maksud dia setaraf. Ada apa masalah dengan istilah sekufu tu?” Lelaki tu menyoal perlahan walaupun dia hampir-hampir dapat memahami apa yang bakal Afiqah sampaikan.

“Sekalipun saya terdesak nak kahwin. Saya tak akan rembat kutu rayau macam awak nie jadi suami saya. Tak akan! Tolonglah sedar diri sikit. Kalau kat rumah awak tu tak ada cermin biar saya bagi awak pinjam cermin saya. Cermin diri tu dulu sebelum ada hati nak mengorat anak dara orang.”

Piejot hanya mendiamkan diri dihina Afiqah. Pedih! Tu ja yang boleh gambarkan rasa hatinya. Tapi riak mukanya dikawal sebaik mungkin. Senyuman kecil dilemparkan kepada Afiqah.

“So, masalah sekarang awak tak nak terima saya sebab saya nie miskin, kutu rayau, tak ada duit, tak kaya. Macam tu?” Piejot menyoal Afiqah.

“Ya! Dan ya! Saya suka lelaki kaya. Dah faham sekarang?” Mata Afiqah memandang tepat ke dalam mata Piejot.

Tetapi Piejot langsung tak marah. Dia cuma tersenyum. Kepalanya diangguk perlahan.

“Tolong jangan kacau saya lagi. Tolong jangan muncul depan kedai saya lagi.” Afiqah terus berpaling dari lelaki tu sebaik saja dia menghalau Piejot.

“Kalau saya sebenarnya kaya, bukan kutu rayau, ada duit. Awak sudi terima saya?”

Tapi tiba-tiba Piejot bersuara. Langkah kakinya terhenti. Afiqah masih membelakang Piejot.

“Bila awak dah kaya, baru datang cari saya.” Afiqah bersuara dalam keadaan membelakangkan Piejot. Langkah kaki diatur memasuki kedainya semula.

“Baik. The deal is on! Bila saya dah kaya saya akan cari awak dan masa tu awak kena kahwin dengan saya.” Piejot dah bertukar menjadi serius. Dia betul-betul nak memperisterikan Afiqah.

Langkah Afiqah terhenti lagi. Afiqah tersenyum, dia memandang semula ke arah Piejot.

“Mampu ke awak bertukar jadi kaya sekelip mata?” Sinis soalan Afiqah.

“We’ll see…”

“Kalau tak mampu tunaikan janji. Jangan berjanji, jangan jadi munafik.” Nada suara Afiqah masih dalam satu nada. Sinis!

“Ok. Kita tengok siapa yang nak jadi munafik nanti.” Piejot pula tersenyum penuh sinis.

Wah, lawan sinis menyinis pulak diorang berdua nie.

Afiqah terus mengatur langkah memasuki kedainya semula.

Kedai kek Afiqah dipandangnya. Sebab miskin dia kena reject. “Bila awak dah kaya, baru datang cari saya.” Kata-kata Afiqah bermain-main di fikirannya.

“Kenapa perlu hipokrit Fiqa… saya tau awak bukan perempuan jenis mata duitan. Tak apa kalau itu yang awak nak kan… awak… saya pergi cari Along sekarang jugak…” Piejot bercakap sendirian sebelum mengambil gitarnya dan meninggalkan tempat tu.

Biar betul mamat nie?? Tak kan sampai tahap nak cari lintah darat? Kacau-kacau…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience