1

Romance Completed 56307

" Uthman!!! " Panggil Matasan ayah mertuanya yang berlari mendapatkannya di pejabatnya kerja.

" Pa? Kenapa ni? " Tanya Uthman.

" Jom ikut Papa pergi hospital. Maisarah nak bersalin. " Kata Matasan.

" Hah?? Sarah dah nak bersalin? " Kata Uthman.

" Ye. " Kata Matasan.

" Ada apa ni Uth? " Tanya Syaif.

" If. Aku balik dulu. Wife aku nak bersalin. " Kata Uthman.

" Oo ye ke. Hah pergilah. Nanti aku bagitahu Tuan. " Kata Syaif.

" Thanks If. " Kata Uthman lalu menyamakan langkahnya bersama Matasan.

" Uth. Uth. Aku dah kata, ambil cuti. Tapi kau degil sangat. " Bebel Syaif.

Sampai ke Hospital, tepat saat doktor keluar dari ruangan bersalin.

" Keluarga Puan Maisarah. " Tanya Doktor itu.

" Ye. Saya suaminya. Macam mana keadaan isteri dan anak saya Dok? " Balas Uthman.

Hilang senyuman diwajah Doktor itu.

" Maafkan saya. Tapi kami sudah cuba sedaya upaya kami. Isteri Encik tak dapat saya selamatkan. " Kata Doktor itu.

" Tak. No. Doktor tipu kan? " Tanya Uthman.

" Baby kami terpaksa hantar keruangan NICU. akibat hentakkan kuat yang dialami oleh siibu, kami takut efek pada sibayi. " Kata Doktor.

" Hentakkan? " Tanya Uthman lalu melihat Matasan.

" Apa yang jadi Pa sebenarnya. " Kata Uthman.

Doktor itu pergi meninggalkan Uthman dan Matasan diluar labour room.

" Ss..sebenarnya, Baby tu bukan anak kau Uth. Tapi baby tu anak kepada Dato Zahril, kawan Papa. " Kata Matasan.

" Wwwwhat. Bukan anak Uth? " Tanya Uthman.

" Ye. Papa taknak simpan lagi. Papa taknak tanggung dosa ni sampai bila-bila. " Kata Matasan.

" Jadi? " Tanya Uthman.

" Masa tu Uthman dalam misi membenteras Lanun sebulan tak silap Uth kat lautan. Dan masa tu lah Maisarah menduakan Uth. Dan Papa perasan saat, Maisarah memakai jam tangan milik Dato Zahril. " Kata Matasan.

" Bila Papa tanya, dia jawab dia dah terlanjur beberapa kali bersama Dato Zahril. " Kata Matasan.

Terundur dua tapak Uthman kebelakang akibat terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Matasan.

" Kenapa kau sanggup buat aku macam ni Sarah. Kenapa kau sanggup khianati kesetiaan aku pada kau. Kenapa? " Tanya Uthman teresak.

" Papa harap, Uth akan jaga Baby tu macam anak Uth sendiri. " Kata Matasan.

" Tak Pa. Uth taknak jaga anak tu. Dia bukan darah daging Uth. " Kata Uthman.

" Habis tu? " Tanya Matasan.

" Serahkan pada Dato Zahril ataupun, Papa yang jaga. Kalau tak serahkan pada yang memerlukan. " Kata Uthman pergi meninggalkan Matasan dengan hati terluka.

Masuk kedalam keretanya, Uthman menghempas stereng kereta dengan kuat.

" Kenapa kau buat aku macam ni Sarah!! Kenapa kau sanggup khianati cinta aku!! " Kata Uthman. Pertama kali dia menangis kerana sakit diperlakukan oleh perempuan yang bergelar isteri padanya.

Uthman meninggalkan Hospital dengan hati yang sangat-sangat terluka.

Dia mencuba menghubungi Syaif. Namun tak berjawab. Dia mencuba menghubungi ruang pejabat Syaif dan baru beberapa deringan panggilannya disambut.

" Pangkalan Navy. Syaif bercakap. " Kata Syaif.

" If. " Hanya sepatah yang keluar dari mulut Uthman.

" Uth? Kenapa ni? " Tanya Syaif mula tak senang duduk.

" Jumpa aku tempat biasa bila dah selesai Shift kau. " Kata Uthman.

" Herm. Ok. Kau tunggu je kat sana. Aku akan datang. " Kata Syaif.

Panggilan ditamatkan. Syaif berfikir kenapa suara lemah yang didengarinya dalam talian tadi.

" Ada masa setengah jam Shift aku habis. Nak call ke tak. Tak call nanti sakit aku. Call pulak aku yang kena marah kacau dia. " Kata Syaif pening memikirkan.

Namun dia menghubungi jua. Seperti selalu. Selang tiga deringan Panggilannya dijawab.

" Assalammualaikum. " Sapa sigadis.

Syaif mendengar seperti yang dihubungi baru bangun dari tidurnya.

" Waalaikusalam, kat mana tu? " Tanya Syaif.

" Kat rumah baru bangun. " Balasnya.

" Amboii tengok jam dah pukul berapa. Kenapa lewat bangun ni? Tak kerja ke? " Tanya Syaif.

" Kerja. Hari ni kerja malam sikit. Sebab nak masuk Kelab malam. " Kata gadis itu.

" Jangan nak macam-macam. Buat apa masuk kelab malam? " Tanya Syaif.

" Kerja. " Balasnya.

" Habis kena buka tudung? " Tanya Syaif lagi.

" Tak. Pandailah nanti macam mana. " Katanya.

Perbualan ditamatkan apabila ada panggilan masuk pada telefon sigadis.

" Kenapalah aku ada adik macam kau ni. Buat aku pening kepala dengan sikap ego kepala batu kau tu. " Kata Syaif.

" Hoiii. Kot ye pun gila jangan dinampakkan gila tu. " Kata Aqish.

" Kalau aku hempuk kau ni, masuk wad. Suka sangat mengejutkan aku. " Kata Syaif.

" Hahahaha. Sapa call? " Tanya Aqish.

" Aku yang call dia. Rutin hari-hari. Tak pagi petang aku kena call. " Kata Syaif.

" Apa kerja adik kau ni If. " Kata Aqish.

" Biasa-biasa je. Kutu jalanan. " Kata Syaif. Sedangkan Jawatan adiknya lebih tinggi dari jawatannya. Namun disebabkan kerja adiknya lebih berbahaya,dia terpaksa merahsiakan identiti pekerjaan adiknya.

" Kau biar betul. Kerja jadi kutu jalanan. Hahahaha. " Ketawa Aqish yang mula membayangkan bagaimana rupanya dan selekehnya adik Syaif.

" Dah tu je yang dia mampu. Sekolah pun tak lah berjaya sangat. " Kutuknya habis-habisan namun dalam wajah teruja kerana bangga ada seorang adik yang mampu membanggakan dirinya dan Nenek dan Atok yang menjaganya.

Mereka dua beradik diasuh oleh Atok dan Neneknya selepas Mama dan Babahnya bercerai.

” Cuma tu lah. Selekeh-selekeh dia, banyak yang gilakan dia. Sampai aku pun tak sanggup nak layan. " Kata Syaif.

" Biar betul. " Kata Aqish.

" Kau tak caya kau lihat ni? " Kata Syaif menunjukkan berbagai nombor telefon yang menghantar pesanan padanya bertanyakan soal adiknya.

Besar mata Syaif melihat hampir seratus pesanan tak dibaca oleh Syaif.

" Aku nak jumpa dia. Cantik sangat ke adik kau ni sampai macam tu sekali pesanan kau terima. " Kata Aqish.

Namun dengan wajah dan senyum senget ditayangkan, Syaif memandang kewajah Aqish.

" Wajah adik aku tak secantik gadis-gadis yang kau ngorat kat dalam Pangkalan ni. " Kata Syaif.

" Really? Kau biar betul. Aku tak percayalah. Kau je sekacak ni and jadi rebutan para gadis, adik kau seburuk yang aku bayangkan sekarang? " Tanya Aqish.

" Tak guna aku tipu. " Kata Syaif.

" Terpaksalah kau buang jauh adik kau tu If. Aku takut kalau kau beristeri, Bini kau sangka adik kau Hantu. Hahahahahaha. " Ketawa Aqish lepas dan berlalu keluar dari bilik Syaif.

" Kau ketawa sekarang Qish. Aku takut kau tak tidur malam bila lihat adik aku. Heh. " Kata Syaif mula berkemas dan pergi dari pejabatnya.

Selepas thumprint, syaif menuju dimana motornya parking. Banyak pegawai perempuan teruja bila melihatnya. Namun tiada satu pun yang boleh menambat hatinya.

Dia mula keluar dari Pangkalan Navy dengan motornya Z800 menuju ke tempat yang dijanjikan olehnya bersama Uthman.

Melihat dari jauh kereta Civic maroon parking ditemoat dijanjikan, dia membelokkan motornya dan parking disisi kereta milik temannya.

Ting!!

Syaif mengambil phonenya yang berada didalam beg didadanya lalu membuka pesanan whatsapp dari Uthman.

- Aku kat dalam kereta. - Uthman.

Syaif turun dari motornya dan masuk kedalam kereta diruang penumpang disisi pemandu.

" Kau kenapa ni? Dengan muka yang kusut macam mati bini ni Uth? " Tanya Syaif.

" Maisarah meninggal. Lepas melahirkan tadi. " Kata Uthman.

" Innalillahi. " Ucap Syaif dan menyentuh bahu Uthman.

" Sabarlah. Allah lebih sayangkan dia. " Kata Syaif.

" Entahlah If. Aku tak sangka dia khianati cinta aku. " Kata Uthman.

" Maksud kau? " Tanya Syaif.

Kau masih ingat waktu kita pergi menjalankan kursus beberapa bulan lepas? " Tanya Uthman.

Syaif menganggukkan kepalanya tanda ingat.

" Masa tu lah dia duakan aku. Hingga mengandungkan anak jantan tu. " Kata Uthman.

" Astaghfirullah. " Ucap Syaif.

" Habis anak tu sekarang? " Tanya Syaif.

" Ada dekat NICU. Sarah nak gugurkan tapi lain jadinya hingga meragut nyawanya. " Kata Uthman.

" Sabar. Mungkin Allah nak balas apa yang kau dapat sekarang dengan yang lebih baik lagi. " Kata Syaif.

" Aku dah mula tak percayakan pada kaum mereka If. Selepas apa Sarah buat kat aku. " Kata Uthman.

" Kau tak boleh hukum perempuan lain atas sebab salah Sarah. " Kata Syaif.

Uthman hanya diam tanpa menjawab apa yang dikatakan Syaif. Namun baginya kini, perempuan hanyalah malapetaka dalam hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience