BAB 2 - KKDH - KISAH ANA

Romance Completed 94611

"Auch!" Tersentak keduanya selepas bertembung secara tidak sengaja.

"Ma...mafkan saya, tuan. Sa...ya tak sengaja." Gugup suara gadis dihadapannya. Mata bertentangan. Khasyaf terleka memandang seraut wajah putih bersih tanpa secalit make-up. Kelam-kabut gadis itu cuba bangkit.

"Maafkan saya. Sa...saya tak sengaja." Ulangnya.

"Takpe... Lain kali hati-hati."

"Maaf sekali lagi, tuan."

"Jalan elok-elok."

"Ma...maafkan saya. Saya tak sengaja terlanggar tuan."

"Hurm." Khasyaf berlalu.

"Tuan, nampak gadis tu macam dalam kesusahan."

"Pedulikan." Namun, ada sesuatu perasaan yang menjalar dalam dirinya.

"Tapi, tuan... Ada lelaki yang mengejar dia, tuan." Tegur Connor. Langkah Khasyaf terhenti sebelum dia menoleh ke belakang melihat gadis itu berlari mencari perlindungan dan mungkin juga bantuan.

"Cavin, lindungi gadis itu!" Khasyaf bergerak laju ke arah lelaki yang cuba bertindak kasar.

"Yes, boss!"

"Hei, lepaskan! Kenapa kau halang aku! Berambus!" Tegah lelaki tadi bila tangan Khasyaf mula menghalang dia dari menyentuh gadis yang bertembung dengannya tadi.

"Kenapa kau kejar perempuan tu?" Soal Khasyaf dengan riak wajah yang tidak berperasaan.

"Itu bukan masalah kau!"

"Bila melibatkan gadis itu, itu bermaksud ianya berkaitan dengan aku."

"Sialan! Berambuslah!"

"Aku akan lepaskan kau jika kau bagitahu aku kenapa kau kejar gadis itu?"

"Siapa kau? Kenapa aku kena bagitahu kau?"

"Aku rasa ada baiknya kau berterus-terang dengan aku, siapa gadis itu apa urusan kau dengan dia?"

"Nak jadi hero rupanya... Hoi! Habiskan sampah ni!"

"Baik, boss!" Belum sempat mereka menyerang, kedua-dua sudah tersandar di dinding.

"Amacam? Nak kena juga dengan aku? Aku bukan penyabar orangnya..."

"Celaka!"

Buk!

"Argh!"

Terlentang lelaki tadi menerima tumbukan tepat di batang hidungnya menyebabkan hidung dia berdarah dan dalam beberapa saat, lelaki tadi tumbang tidak sedarkan diri.

"Boss..." Gadis itu dipegang lengannya. Tergamam di gadis melihat lelaki yang cuba mengejarnya tadi, tumbang ketiga-tiganya.

"Tuan, terima kasih, tuan sebab selamatkan saya. Terima kasih, tuan." Ujar gadis itu.

"Siapa kau? Kenapa dorang kejar kau?"

"Sa...saya lari dari mereka, tu...an. Do...rang paksa saya jadi pelacur..." Benda yang paling Karl Khasyaf benci bila seorang gadis dipaksa melacurkan diri.

"Sekarang, kau dah bebas. Dorang takkan kejar kau lagi. Pergilah." Karl memusingkan tubuh melangkah pergi.

"Tuan! Tolong saya, tuan. Saya tak kenal sesiapa di sini. Saya nak mencari kerja, tuan. Saya sanggup lakukan apa sahaja, asalkan saya dapat cari makan dan tempat berlindung." Rintih gadis itu sambil merayu dan menghalang perjalanan Khasyaf.

"Aku tak dapat tolong kau." Ujar Khasyaf sebelum berlalu.

"Tuan... Saya merayu, tuan..." Terhenti langkah Karl bila melihat air mata gadis itu mengalir lesu.

"Aku tak boleh tolong kau. Maafkan aku." Langkah Khasyaf terhenti bila gadis itu menghalang perjalanannya.

"Tolong saya, tuan. Saya merayu sangat-sangat. Saya sebatang kara. Saya takde sesiapa lagi di dunia ini." Rayu gadis itu lagi dengan linangan air mata. Khasyaf melepaskan keluhan.

"Tolonglah saya, tuan. Saya sanggup lakukan apa sahaja, asalkan bukan menjual diri. Saya nak cari rezeki yang halal. Tolong saya, tuan." Khasyaf sekali lagi melepaskan keluhan sebelum memandang ke arah kedua-dua orang kanannya yang sekadar menganggukkan kepala.

"Cavin, Connor..."

"Boss."

"Bawa gadis ni ke rumah aku. Suruh Mak Piah ajar dia kerja-kerja di dalam rumah."

"Baik, boss..."

"Terima kasih, tuan. Terima kasih banyak. Saya terhutang budi pada tuan. Saya janji akan bekerja bersungguh-sungguh." Ujar gadis itu.

"Hurm..." Pendek jawapan Khasyaf.

"Terima kasih sekali lagi." Karl angguk, namun terus berlalu pergi.

"Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah."

"Mak Piah! Oh, Mak Piah..."

"Ya, Mak Piah datang ni..." Laung Mak Piah dari arah dapur.

"Lar... Cavin, Connor... Eh, siapa gadis ni?"

"Saya, Ana, mak cik." Ana menyalami dan mengucup kekura tangan Mak Piah.

"Mak Piah, mulai hari ini, Ana akan bekerja dan membantu Mak Piah kat rumah ni."

"Oh, pekerja barulah ni?"

"Ya, Mak.Piah."

"Nanti Mak Piah ajar Ana kerja dalam rumah ni dan Ana akan tinggal di bilik sebelah Mak Piah." Ujar Cavin lagi.

"Baik. Mak Piah faham. Mari Ana..."

"Terima kasih, tuan." Ujar Ana sambil mengangukkan kepala sebagai tanda hormat.

"Cavin, Connor... Terima kasih."

"Baik, Mak Piah. Kami pergi dulu."

"Baiklah." Mak Piah menarik tangan Ana perlahan masuk ke bilik.

"Ana, ini bilik Ana. Sebelah ni, bilik Mak Piah, ya..."

"Mak Piah, terima kasih. Tapi, Ana takde pakaian. Ana lari dengan sehelai sepinggang."

"Cuba cerita kat Mak Piah... Apa yang berlaku kat Ana? Ana dari mana? Macamana boleh bertembung dengan Tuan Khasyaf?"

"Mak Piah, banyak sangat soalan ni. Mana satu Ana nak jawab..." Ujar Ana tertawa kecil.

"Hihihi... Ya tak ya, juga. Mak Piah ni lupa pulak. Duduk Ana... Duduk sini..." Ana angguk kepala sambil melorek senyuman.

"Ana datang dari kampung, Mak Piah. Lepas nenek meninggal dunia, Ana dipaksa keluar dari rumah nenek."

"Kenapa?"

"Mak cik tak nak Ana duduk dengan dia lagi sebab dia dah kahwin dengan suami baru."

"Suami baru?"

"Ya, Mak Piah. Ana dijaga arwah nenek selepas ayah dan ibu meninggal dunia dalam kemalangan di kilang tempat mereka bekerja. Waktu itu, makcik dah kahwin tapi, tinggal berasingan dengan nenek." Nafas digali dalam-dalam sebelum dilepaskan perlahan-lahan.

"Mak cik tinggal dengan nenek selepas suami mak cik kahwin lain dan semenjak tu, tinggallah kami bertiga."

"Siapa tanggung Ana dan nenek?"

"Ana tolong nenek berniaga kat warong depan rumah. Warong kecil je, Mak Piah. Nenek buat sarapan pagi. Jadilah... Dapat membantu kami belanja harian." Ana tersenyum seketika mengingati kenangan bersama arwah neneknya.

"Tapi, selepas nenek meninggal dunia, mak cik kahwin baru dengan wang yang kami terima dari orang-orang kampung. Sayangnya, mak cik kebas semua duit tu. Ana tak dapat satu sen pun. Sampai satu tahap, Ana dituduh menggoda pak cik. Anak dipukul dan didera secara fizikal dan mental." Air mata Ana mengalir membasahi pipinya.

"Ana dah penat nak bertahan lagi. Malam kemuncaknya, Ana larikan diri selepas memukul kepala pak cik."

"Kenapa?"

"Dia... Dia cuba nak merogol Ana. Pak cik cakap, dia... Dia dah lama idamkan Ana. Dia nak tidur dengan Ana..." Rintih Ana lagi dengan lelehan air mata.

"Demi Allah, Mak Piah. Ana tak buat semua tu. Ana masih tahu batas Ana sebagai anak buah mak cik. Ana bukan sebodoh itu untuk menggoda lelaki yang sekejam itu. Dia jahat, Mak Piah. Dia jahat. Dia hisap dadah, dia mencuri. Sekarang, mak cik percaya cakap lelaki tu yang Ana cuba nak goda dia. Allahuakhbar... Ana tak buat Mak Piah! Demi Allah. Ana tak macam tu..."

"Shu... Sudah tu, sudah tu, Ana. Mak Piah percaya. Mak Piah percayakan Ana." Mak Piah memeluk tubuh Ana dan mengusap beberapa kali belakang Ana sehingga tangisannya redha.

"Ana sempat ketuk kepala pak cik dengan pasu bunga dan Ana nampak dia menggelupur sebab kepala dia berdarah. Ana nekad nak larikan diri. Nasib baik, Ana ada sedikit wang simpanan dan Ana terus larikan diri ke sini. Ana hanya nak cari tempat berteduh dan mencari rezeki yang halal, Mak Piah."

"Tapi, Ana terpedaya dengan janji lelaki jahat tu. Nasib baik, tuan tolong selamatkan Ana tadi. Kalau tidak, Ana lebih rela bunuh diri dari menjadi pelacur." Lencun wajah gadis bernama Ana itu. Mak Piah jatuh kasihan pada Ana. Air mata Ana diusap dengan tangan tuanya.

"Sebab tu, Ana takde apa-apa lagi pada Ana. Ana hanya ada ada pengenalan dan surat-surat penting serta sijil sekolah je. Itu je yang sempat Ana bawa lari semasa melarikan diri dari mereka tadi." Tambah Ana lagi.

"Berapa umur Ana?"

"Ana... Ana... Dua puluh dua tahun, Mak Piah."

"Muda sangat, Ana..."

"Ya, aku tahu. Tapi, apa lagi yang mampu Ana lakukan? Ana tak nak terus menjadi mangsa kekejaman mak cik dan pak cik yang tak berguna tu." Rintih Ana lagi.

"Sudahlah tu. Takmu menangis lagi. Mak Piah bagi Ana pakai baju kurung Mak Piah, ya? Baju tu pun rasanya Mak Piah dah lama tak pakai. Ana pakai je. Nanti, ada rezeki, kita beli baju Ana, ya?"

"Terima kasih, Mak Piah. Terima kasih. Ana minta maaf kalau Ana menyusahkan Mak Piah. Ana takde haluan. Ana tak de sesiapa lagi dalam dunia ini. Ana harap, Ana dapat tumpang kasih Mak Piah."

"In shaa Allah, sayang. Mak Piah pun takde anak." Ana mengusap air matanya.

"Mak Piah dah berkahwin?"

"Ya. Suami Mak Piah, Pak Mid. Pak Mid tu kekadang bekerja sebagai tukang kebun, kekadang pemandu kalau Tuan Khasyaf perlukan bantuan. Kami dah duduk sini dah lebih dua puluh tahun. Tuan Khasyaf tu, dah lama kami kenal. Sebelum ni kami suami isteri bekerja di villa keluarga Tuan Khasyaf. Tapi, selepas Tuan Khasyaf kahwin, kami diminta tinggal bersama."

"Oh, nama tuan tu, Tuan Khasyaf."

"Ya, Ana. Duda anak satu. Khusyairi, anak Tuan Khasyaf tidur kat atas tu. Baru lima tahun."

"Mana isteri Tuan Khasyaf?"

"Dia dah bercerai lama. Tapi, Mak Piah nasihatkan Ana, jangan campur urusan Tuan Khasyaf, ya. Ana tumpukan dengan kerja-kerja dapur dan rumah je. Kalau perlu, Ana akan jaga Ari, anak tunggal Tuan Khasyaf."

"Baik, Mak Piah. Ana faham. Nanti, kalau Ana salah, Mak Piah tegur Ana, ya... Ana takut Ana terlepas pandang."

"Yelah. Anak bersihkan diri dulu. Nanti, Mak Piah ambilkan pakaian untuk Ana."

"Terima kasih, Mak Piah. Ana hargai sangat." Mak Piah angguk kepala sebelum melangkah keluar dari bilik Ana." Dari luar bilik, seorang lelaki mendengar tangisan Ana dari luar biliknya. Dia berasa belas mendengar kisah gadis itu

"Ya, Allah, Ya Tuhanku. Terima kasih, Ya Allah... Terima kasih kerana kau menemukan aku dengan Tuan Khasyaf dan Mak Piah. Terima kasih atas bantuanMu ini, Ya Allah... Alhamdulillah..." Lelaki tadi berlalu meninggalkan bilik itu dengan senyuman terukir di wajahnya.

"Ana..."

"Ya, Mak Piah..."

"Mari, tolong Mak Piah. Ana kena jaga Ari ni."

"Baik, Mak Piah..."

"Aik! Mak Piah, ini siapa? Ari tak pernah tengok pun..."

"Ari, mulai hari ini, Kak Ana akan jaga Ari." Ujar Ana memulakan bicara.

"Kak Ana?"

"Ya. Nama akak, Kak Ana. Kita boleh jadi kawan baik. Nak tak?"

"Nak! Nak! Bestnya ada kawan. Ari selalu seorang je." Ujar Ari sambil mencebik.

"Lepas ni, Ari dah tak keseorangan dah sebab Kak Ana ada dengan Ari."

"Yeah! Ari ada kawan! Ari ada kawan!" Berteriak anak kecil itu bila mengetaui yang dia sudah punya kawan.

"Khusyairi."

"Tuan... Selamat pagi." Khasyaf angguk kepala. Ana menuang air nescafe panas yang menjadi pilihan Khasyaf di setiap pagi bersama segelas oren untuk bersarapan pagi. Semuanya telah diajar Mak Piah. Air minuman, makanan yang menjadi pilihan Tuan Khasyaf dan Khusyairi.

"Daddy... Daddy, Ari dah ada kawan baik." Ujar Ari penuh teruja.

"Really?"

"Yes, daddy... This is Kak Ana... She is my best friend."

"Do you like her?"

"Of course... She will be my mummy."

Brusss! Tersembur air yang dicicip Khasyaf tatkala mendengar bicara Ari. Ana sendiri terkedu mendengar bcara anak kecil berumur lima tahun itu.

"Ari, kenapa cakap macam tu?

"Betulkan? Kak Ana akan jaga Ari macam mummy Ari. Bolehkan, daddy? Please..." Rayu Khusyairi. Khasyaf menghela nafas lega.

"Ya... But, please... Jangan buli Kak Ana, okey?"

"I promise, daddy."

"Good. Daddy nak ke pejabat."

"Okey, daddy."

"Ari..." Tegur Khasyaf bila Ari leka dengan Ana sehingga lupa yang dia perlu menyalami dan mengucup tangan Khasyaf seperti kebiasaan.

"Ops! Sorry, daddy..." Tergeleng kepala Khasyaf dengan telatah anaknya. Tangan Khasyaf dikucup sebelum Khasyaf turut mengucup pipi anaknya.

"Tolong tengok-tengokkan anak saya."

"Baik, tuan." Jawab Ana dengan senyuman. Khasyaf menoleh sekilas ke arah Ana. Merona wajah Ana ketika ini bila direnung sedemikian. Berderau darahnya, tatkala mata mereka bertentangan.

"Kak Ana... Kak Ana!"

"Ya, ya... Ya, Ari..."

"Kak Ana tengok daddy, kenapa?"

"Takdelah. Kak Ana tengok jendela Ari tu.. Cantik ukiran dia..." Bohong Ana.

"Oh, yang tu... Itu daddy suruh kawan dia yang buat."

"Oh... Patutlah cantik."

"Kan? Daddy suka seni ukiran... Dalam bilik atas pun banyak ukiran macam tu. Nanti, Ari tunjukkan kat Kak Ana, ya?"

"Okey... Sekarang ni, Ari minum susu Ari dulu. Makan cereal ni. Lepas ni, Ari nak pergi school."

"Ala... Tak payahlah pergi school. Ari nak main dengan Kak Ana..."

"Ari... Ari kena pergi school. Nanti daddy marah Kak Ana dengan Mak Piah. Bolehkan?"

"Kak Ana, promise tak tinggalkan Ari..."

"In shaa Allah. Kak Ana takkan tinggalkan Ari." Ari tersenyum lebar mendengar kata-kata Ana.

"Okeylah. Ari nak pergi school. Nanti balik, kita main sama-sama ya Kak Ana?"

"Okey... Asalkan Ari habiskan dulu kerja sekolah. Deal?" Soal Ana sambil menghalakan jari kelingkingnya ke arah Ari. Berkerut dahi anak kecil itu.

"Kak Ana, apa ni?"

"Ini untuk kita berjanji. Kalau kita berjanji, kita buat macam ni." Ana membetulkan kedudukan jari Ari sebelum digesekkan ke jari kelingkingnya.

"Oh..."

"Dahlah, minum cepat. Nanti lambat."

"Okey, Kak Ana. Terima kasih..."

"Sama-sama..."

"Bijakkan Ari tu, Mak Piah?"

"Ari memang anak yang bijak. Kekadang, dia jenis bebel sikit."

"Kesian..."

"Kenapa Ana cakap macam tu?"

"Yelah. Dia nak berbual, tapi, takde kawan."

"Itulah kekurangan dalam rumah agam ini. Ari tu perlukan kasih sayang. Daddy dia, sibuk memanjang."

"Nenek Ari, maksud Ana, keluarga Tuan Khasyaf?"

"Ada je dorang datang sini. Tapi, selalunya Ari tu tak nak keluar bilik kalau ada aunty dia yang datang."

"Aunty?"

"Ya, dia sepupu Tuan Khasyaf. Ari tak suka dia. Mak Piah pun tak suka dia. Dia takde bahasa sikit. Maklumlah orang kaya."

"Habis tu, kalau dia orang kaya, dia kena perangai macam tu Mak Piah?"

"Entahlah, Ana. Mak Piah pun tak tahu. Tapi, Tuan Khasyaf pun tak suka orang datang rumah dia, kecuali ibu bapa dia."

"Oh... Ana faham."

"Sepupu Tuan Khasyaf tu perasan cantik. Dia nak sangat kahwin dengan tuan. Tapi, tuan tak berkenan dengan sepupu dia tu."

"Sebab?"

"Sebab utama, dia takde bahasa. Dia tak suka Ari. Dia tak suka budak-budak. Pernah satu ketika tu, dia hampir nak tampar Ari sebab Ari gigit jari dia."

"Hah? Ari gigit jari dia?"

"Ya. Dia nak tunjuk yang dia suka Ari depan tuan. Tapi, Ari tahu dia sengaja je. Dia paksa Ari makan dari tangan dia. Dah tentulah Ari tak nak. Ari gigit jari dia. Menjerit perempuan tu. Sikit lagi tangan perempuan tu nak mengena pipi Ari. Kalau tak memang perempuan tu pitam kena belasah dengan tuan. Tuan Khasyaf pantang kalau orang naik tangan pada anak tunggalnya."

"Tuan tu garang ke Mak Piah?"

"Garang tu tidak. Tapi, tuan tegas. Kalau dia kata tidak, jangan, dia maksudkannya. Jangan berani membantah. Kalau tidak, buruk padahnya."

"Oh..." Membulat mulut Ana.

"Dahlah. Ana minum sini dengan Mak Piah. Lepas ni, kita nak ke kebun belakang. Lepas tu, kita kena siapkan makan tengahari pulak."

"Tuan balik makan tengahari ke Mak Piah?"

"Kadang-kadang... Sebab ada masanya, tuan sendiri yang akan jemput Ari dari sekolah."

"Oh... Faham-faham. Meh kita minum dulu. Ana suka berkebun."

"Oh ya ke?"

"Ya, Mak Piah. Kat kampung, Ana selalu tolong nenek tanam sayur-sayuran. Kena pulak bila kita tanam, sayur-sayur tu segar-bugar. Ana suka." Ujar Ana dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.

"Yelah. Makan dulu."

"Terima kasih, Mak Piah." Mak Piah simpan senyum melihat gadis di hadapannya. Jujur, dia mula rasa sayang pada gadis itu, memandangkan dia sendiri tidak punya zuriat selama tiga puluh tahun berkahwin bersama Pak Mid.

Another free chapter... Enjoy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience