“Sampai bila kamu nak larikan diri kamu daripada cikgu? Cikgu tahu, kamu
pasti terkejut dan tertanya-tanya macam mana cikgu tahu kamu berada di
sini kan?” kata Ryasarose dengan mengukirkan senyuman yang penuh makna.
“Dan cikgu pasti tertanya-tanya, siapa yang baling kapur pada kamu dan
kamu masih simpan lagi kapur tersebut dalam kocek baju kamu tu, betul
tak?” kata Arianna. Safuan menjadi semakin bingung kerana Ryasarose seperti
dapat membaca semua persoalan yang bermain di fikirannya kini.
“Saya yang baling kapur itu pada awak” kata Ryasarose spontan dan tenang.
“Awak nak tahu tak satu cerita tentang kapur tu?” kata Ryasarose sambil
cuba menghampiri Imran. Safuan pula seperti antara dengar atau tidak.
“Pada waktu itu, ada seorang budak perempuan yang seusia dengan awak
dari segi perangai pun sebjik macam awak iaitu malas pergi sekolah
hinggakan dia terpaksa diheret ke sekolah”.
“Kenapa pula?” tanya Safuan yang seakan tertarik untuk mendengar cerita
selanjutnya dan Ryasarose dengan senang hati menyambungnya. Dia malas
pergi sekolah kerana bapanya” Ryasarose berhenti seketika. “Bapanya ialah
seorang guru dan yang paling perit sekali bapanya ialah guru kelasnya”
“Untunglah, bapa sendiri jadi guru kelas” sampuk Imran.
Share this novel