bab 5

Romance Series 4352

sedang dania menangis di dalam bilik, pintu biliknya diketuk

"dania, bukaklah" pujuk fendy lembut

"kau nak apa? jangan risau, aku dah okay dah, aku tengok cerita korea tadi, sebab tu aku nangis"jawab dania, memang langsung tak logik! kat bilik dania mana ada televisyen, nak kata tengok kat youtube, telefon dia tertinggal kat tepi tasik tadi

"jom lah keluar"pujuk fendy lagi

"tak nak lah"

"jangan risau,majlis ni dah dibatalkan dah pun"

"ha?!"kata dania lalu membuka pintu

"dah lah, tak yah nangis-nangis lagi, buruk tau tak"

"kenapa dibatalkan? tak takut aunty dilla marah ke? "

"setakat kena marah je, aku lagi takut kalau hati kau tersiksa"kata fendy lalu terus masuk ke dalam biliknya

-
- -

keesokannya,dania pergi ke sekolah seperti biasa, sedang dia berjalan untuk masuk ke kelas, dia terlanggar seseorang

"eh,adam,sorry eh, saya dah terlambat ni, harini saya kena bersihkan kelas,sorry tau" kata dania sambil tergesa-gesa

"woi,lain kali kalau jalan, mata pandang depan! kesian Adam ni! "kata riana iaitu 'fans' adam

"kau ni bising lah pompuan, aku dah mintak maafkan? lagipun aku terlanggar Adam, bukan kau! dah lah, aku pegi dulu,kalau layan kau memang tak habis lah jawabnya"kata dania lalu terus balik ke kelas

"dania.... dania.... andai kau tahu apa yang aku rasa kat kau, walaupun baru berapa hari kita jumpa, tapi aku selesa sangat bila dekat dengan kau, memang sejujurnya ramai perempuan lain nak dekat dengan aku, tapi aku still rasa nak kejar kau, berhentilah berlari DANIA HANEESYA"kata Adam dalam hati, ya, dania memang jauh berbeza kalau nak dibandingkan dengan perempuan-perempuan yang lain, dia luar biasa, dia satu dari seribu.

-
- -

sedang dania memadam papan putih, dia terdengar pintu kelas ditutup kuat, dia tidak mengesyaki apa-apa pun sebenarnya, baginya, itu hanyalah angin sahaja, belum habis dia memadam papan putih, lampu tertutup, blackout ke?!!!!!

"AAAAAAAA!!!!!!!!!! "dania menjerit, tiba-tiba, air matanya mengalir, ingin sahaja dia keluar dari situ namun tak boleh kerana pintunya dikunci dari luar,memang nahas orang yang buat ni!

PAM!

pintu dibuka kasar, dania dapat merasakan bahawa ada seseorang yang telah masuk, ingin sahaja dia membuka mata tetapi tidak boleh, semakin lama dania semakin lemah, tanpa dia sedari, kini dia sudah tidak sedar.

2 jam sudahpun berlalu, kini, dania tersedar, dia terkejut kerana sekarang dia sedang berada di dalam bilik, TAPI BUKAN BILIK DIA

"ada sesiapa tak kat sini? "tanya dania

"dania, dah bangun rupanya"kata fendy tiba-tiba, bila dania melihat fendy di hadapannya, baru dia teringat yang ni bilik fendy.

"ni kat mana ni? "tanya dania pura-pura tak tahu

"kau kat bilik aku, bangunlah, kau fikir aku tak ada kerja lain ke selain layan kau? "kata fendy kasar

"apa dah jadi? "tanyaku sedaya upaya mengingat kejadian tadi

"kau pingsan masa kat kelas tadi, tu je lah yang aku tau, yang lebih-lebih kau boleh tanya Adam sebab dia yang angkatkan kau tadi"kata fendy lagi

"mana Adam? "

"kau ni dari tadi bertanya, tak penat ke? aku yang jawab ni pun lelah, dah lah, nanti turun bawah, aku suruh bik imah masak untuk kau"

"ye lah"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience