Bab 14

Horror & Thriller Completed 790

Rizal menjengah ke bahagian dapur dari tangga. Kelihatan Rania dan Raihana sedang menjamah sarapan yang disediakan oleh Mak Ton.

"Tak payahlah menjenguk sangat Rizal. Mari makan. Mak Ton masak nasi lemak sambal kerang kegemaran Rizal ni." kata Mak Ton.

"Nice, Mak Ton!" laung Rizal lalu menuruni anak tangga.

Mereka berempat menjamu selera bersama-sama. Selepas makan, Raihana membantu Mak Ton membereskan apa yang patut.

Rania dan Rizal duduk di ruang tamu. Pada mulanya mereka hanya berbual-bual kosong. Terlintas difikiran Rania untuk bertanyakan hal yang dikatakan oleh Zya tempoh hari.

"Abang, adik nak tanya sikit boleh tak?" soal Rania.

Rizal memandang Rania, "Sejak bila pandai minta izin pula ni? Tanyalah, apa dia?"

"Adik ni... Adik kandung atau adik angkat abang?" soal Rania.

"Abang pun tak larat nak angkat adik, tang mana adik larat nak angkat abang ni?"

"Abang, I'm serious right now."

"Kenapa adik tanya macam tu?" soal Rizal.

"Saja tanya. Tapi abang tolonglah. Be honest. Adik nak tau sangat." balas Rania.

"Jom." ajak Rizal.

Rizal membawa Rania pergi ke arah biliknya. Rizal mempersilakan Rania masuk. Rizal pergi kearah almarinya lalu mengeluarkan sesuatu.

"Nah." Rizal menghulur sebuah kotak kecil.

"Apa ni?" soal Rania.

"Cubalah buka dan tengok dengan teliti. Abang cuma bagi apa yang adik minta." jawab Rizal.

Rania membuka kotak itu. Didalamnya ada dua keping gambar, sepucuk surat serta seutas rantai berloket. Rania memandang kearah Rizal.

"Sebenarnya, mama suruh abang buang kotak ni. Tapi abang tak sampai hati." sambung Rizal.

Rania membuka surat itu lalu dibaca isi dalamnya,

"Assalamualaikum, anak umi. Kalau anak umi dah dapat dan baca surat ni, maksudnya anak umi dengan abah dah besar. Umi harap Rania gembira dengan keluarga ni. Mereka orang baik-baik.

Umi dan abah bukan tak sayang Rania. Cuma kami tak mampu nak beri kebahagiaan yang lebih untuk Rania. Kami harap Rania tak benci pada kami.Kami sayang Rania. Tapi takdir menentukan ini semua terjadi.

Terima kasih kerana hadir dalam hidup kami walaupun seketika. Selamat tinggal sayangku.
Dari Ros dan Malik."

Rania mula menitiskan air mata. Rizal yang melihat turut berasa sebak. Rania melihat dua keping gambar itu. Tertulis disalah satu gambar 'Umi dan Abah' .

"Muka adik iras umi." kata Rizal.

"Tapi yang ni lagi iras 100%." sambung Rizal.

Rania meneliti gambar yang dihulur Rizal tadi. Tertulis dibahagian belakang gambar, ' Opah Mawar dan Tok Munir'. Rania menunjukkan kepada Rizal.

"Ini macam alamat rumah." kata Rizal.

"Jom kita pergi dekat alamat ni." ajak Rania.

"Rania nak jumpa umi dengan abah." sambungnya lagi. Rizal mengeluarkan sebuah fail yang penuh dengan bahagian-bahagian akhbar. Rizal memberi fail itu kepada Rania.

"Apa ni?" soal Rania.

Rizal segera meninggalkan Rania seorang diri. Rania membuka fail tersebut. Alangkah terkejutnya Rania apabila diteliti akhbar itu berkisarkan tentang kemalangan maut sepasang suami isteri.

Tertera nama mangsa kemalangan, "Rosliza binti Munir,24 dan Malik bin Hj. Embong,26'. Serta-merta Rania teresak-esak. Rizal dibalik pintu hanya menahan sebak didada.

****************

Raihana mencari Rania tetapi tidak kelihatan. Raihana ternampak Rizal yang sedang duduk termenung dihadapan pintu biliknya. Raihana membuat isyarat bertanya. Rizal hanya menggeleng . Raihana berlalu .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience