BAB 8

Family Completed 7465

Petang itu, segalanya terjadi. Rasanya itu bukanlah untuk kali pertama pipi Mak Tini menadah lempangan Pak Harun Tetapi acap kali.Bibirnya juga berdarah bila tangan Pak Harun hinggap di pipi isterinya.

“Kalau awak bencikan saya, kenapa tak awak ceraikan saya je.” Perlahan suara Mak Tini. Namun masih dapat di dengari oleh Pak Harun yang sedang berdiri di muka pintu rumah mereka.

“Kenapa? Supaya senang kau nak menggatal dengan jantan dalam wechat kau tu!” Tuduh Pak Harun.

“Apa masalah awak kalau saya nak berwechat dengan kawan-kawan wechat saya tu? Yang awak siang malam asyik dengan telefon. Wechat betina dalam tu, bawak dia balik rumah. Tu apa pulak?”Mak Tini bertentang mata dengan Pak Harun yang ketika itu memandang ke arah isterinya.

“Aku lelaki. Boleh kahwin sampai empat. Itu hak aku! Suka akulah!” Pak Harun menundukkan sedikit wajahnya.Mak Tini hanya memandang wajah suaminya dengan berani. Kali ini tiada lagi istilah takut. Malahan dia makin berani.Hakikatnya dia sudah tidak tahan lagi hidup begini. Acap kali di salahkan. Atas apa jua keadaan jika di mata suaminya ada perkara yang tak kena.

“Kahwin empat konon. Anak bini sorang pun tak terjaga. Kerja pun tak tetap. Macam tu ke awak kata nak kahwin empat? Perempuan mana yang buta mata dia yang nak kahwin dengan awak. Cuba awak bagitahu saya!”

“Ish! Ada jugak karang…”Anak mereka di dalam buaian menangis. Terkejut dengan suara ibu bapanya yang kuat menjerit di ruang tamu.Mak Tini berlari mendapatkan anaknya di dalam bilik. Di dalam buaian yang sedang menangis. Pak Harun merenggus geram. Kata-kata isterinya itu membuatkan ego lelakinya tercabar.Sudah tiga hari Pak Harun tidak pulang kerumah. Anak bininya menanti kedatangan Pak Harun, dengan harapan Pak Harun akan membawa sedikit beras untuk di masak. Lagipula keperluan dapur semuanya sudah habis.Takkan pula dia hendak pergi ke rumah kakaknya, Mak Kiah untuk meminta sedikit beras? Rasanya bulan ini hanya tiga empat hari sahaja wajahnya dan anaknya menjengah rumah Mak Kiah untuk meminjam sedikit beras buat alas perut yang kosong.Naifnya kehidupan mereka kala ini. Seperti bergantung tak bertali. Perit rasanya kehidupan sebegini.Usai sahaja mendodoikan anaknya di buaian, Mak Tini duduk di tangga rumah. Merenung jauh. Jauh dari kampungnya.

“Aku tak setuju! Kalau jantan ni yang kau nak sangat jadi laki kau, aku tak setuju. Jangan harap aku restu hubungan kau orang berdua!”Begitu dalam rasanya amarah Mak Kalsom kepada anak bongsunya itu. Entah apa yang di bomohkan lelaki itu kepada anaknya sampaikan anaknya terlalu gilakan dia.

“Mak.. tolonglah mak.. Tini tak sanggup berjauhan dengan dia mak..” Tini marayu.

“Ramai lagi lelaki dalam kampung ni yang sukakan kau. Kenapa kau tak memilih mereka, kenapa kau pilih dia?” Tanya Mak Kalsom.Sedari tadi Mak Kalsom hanya duduk memandang luar tingkap. Sikit pun dia tidak memandang anaknya yang sedang melutut merayu padanya.

“Sebab Tini cintakan bang Harun mak. Tolonglah mak faham perasaan ini.” Sayu hati seorang ibu mendengarnya. Cinta? Sayang? Ada apa dengan Cinta tu Tini? Bolehkah cinta itu memberi kau makan kelak? Lelaki yang sebegitu yang kau mahukan jadi laki. Entah kelak kau ke mana, rumah tangga kau kemana.

“Mak…”Mak Kalsom masih membisu. Entah apa lagi yang mahu di katakan. Benarlah kata orang tua-tua dulu. Bela lembu sekandang lebih senang berbanding menjaga seorang anak dara.

‘Ya Allah, kau bukakanlah mata hati anak ku ini. Agar dia melihat sebenar-benarnya siapa si Harun itu.’ Doa Mak Kalsom dalam sujudnya.Wajah tuanya makin jelas kelihatan dengan kerut-kerut di wajahnya. Seminggu lagi anaknya yang bongsu ini akan bernikah dengan lelaki pilihan hatinya.

“Mak…” Panggil Tini di muka dapur.Mak Kalsom sahut tidak, memandang juga tidak. Masih fokusnya pada kerja-kerja menyiapkan telur pindang di dapur.

“Mak, Tini nak minta maaf. Salah silap Tini, mohon mak maafkan. Kelak Tini akan bernikah dengan bang Harun. Restu mak adalah kebahagiaan Tini, mak.” Tini merapati Mak Kalsom yang kini duduk di bangku meja dapur. Mengupas bawang merah untuk di masak petang nanti.

“Mak, janganlah mak mendiam begini.” Tini cuba memujuk. Walau dia tahu yang hati emaknya itu kini amat terluka.Hatta, semuanya sudah terlalu lambat untuk di kesali. Dia harus menerimanya.

“Aku tak tahu apa lagi yang hendak di kata. Cuma aku doakan kebahgiaan kau orang kekal hingga ke akhirat.” Itulah pesanan Mak Kalsom kepada ankanya, Tini.Setahun sudah berlalu. Dan selama setahun jugalah segala kebenaran yang pernah di perkatakan oleh Mak Teratau adalah benar.Hanya dirinya sahaja yang buta kerana cinta yang di madu-madukan oleh suaminya dulu.Sekejap sahaja Harun membuat kerjanya. Habis semua barang kemas mak mertuanya di curi.Dia tahu, cukup tahu. Kebarangkalian mak mertuanya menghalang memang takkan berlaku kerana keuzurannya. Dan isterinya juga tidak mampu berbuat apa-apa kerana masih dalam pantang.Maka dengan itu, dia harus pantas dalam membuat kerja. Nak hidup dengan ketagihan berjudi di bandar.Malam itu, Diana asyik merengek. Menangis tidak henti-henti. Puas Tini memujuk anaknya, dengan memberikan susu badan. Namun di tolak anaknya yang terus-terusan meragam. Tini bangkit untuk ke dapur. Mencari air suam di dapur, menghilangkan dahaga di tekak.Hampir-hampir dia terjatuh terjelopok di tangga apabila dia melihat maknya terlentang di lantai, penuh dengan darah di kepala.Dari Allah kita datang, dan kepada-Nya jugalah kita kembali..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience