Bab 4: Party

Drama Series 413927

Bab 4

Yarra cuba mencerna setiap patah perkataan yang keluar dari mulut wanita berperwatakan dominan itu. Dia tidak mahu cepat melatah walaupun kenyataan wanita itu sangatlah tidak masuk akal? Dia fikir perempuan sepertinya ini boleh dibeli dengan mudah?

“Well... You tak nak tanya apa-apa? Atau you dah faham?” soal Tengku Zehra yang sentiasa mempamerkan wajah elegan. Walaupun sebenarnya dia sedang berunding tentang bekas suami sendiri. Bukankan itu menunjukkan kelemahan yang nyata?

Yarra sangat suka menilai orang yang dijumpainya dan ia salah satu bentuk hiburan di dalam benaknya sendiri.

“Tengku... Selama ini saya berurusan dengan lelaki. Ini adalah pertama kali saya didatangi seorang wanita yang mahu membalas dendam dan ingin memperguna wanita seperti kami...” ujar Yarra tanpa cuba menjaga budi bicara ketika berdepan dengan wanita elit itu.

Sedikit berubah air muka Tengku Zehra ketika itu sebelum dia ketawa nipis.

“Rasanya you dah salah faham, Cik Yarra. I bukan mempergunakan you. This is business. Mungkin tawaran dari I adalah yang terbaik you pernah dapat sepanjang hidup you.”

Kedengaran seperti pelik tetapi itulah yang perlu Yarra hadap ketika ini. Selalunya, orang seperti mereka sering dihina jika berhadapan dengan wanita-wanita seperti ini. Berbeza dengan Tengku Zehra, setiap kata-katanya kedengaran professional seperti urusan perniagaan yang penting.

“I akan dengar dulu apa perancangan sebenar Tengku. Kalau tidak masuk akal, I akan menolak.” tegas Yarra.

Tengku Zehra kelihatan tersenyum lega. Dia menarik nafas seperti mahu melapangkan dada sebelum menerangkan segalanya kepada Yarra Aisya.

“We got divorced 5 months ago. He has cheated on me with young lady just like you.” Tengku Zehra terus berterus terang tanpa berselindung.

Yarra tersengih apabila ‘nampak’ sedikit jalan jalan ceritanya. Masalah orang ketiga rupanya. Habis, dia orang keempat kah?

“You tak pernah berkahwin, you tak akan faham betapa sakitnya bila dikhianati. I cuma nak you... Pisahkan mereka. Buat perempuan tu sedar dia juga boleh dikhianati...” luah Tengku Zehra dengan lebih beremosi kali ini. Riak wajah itu cukup menggambarkan betapa sakitnya hati wanita itu ketika menyampaikan luahan hatinya.

“I get it...” Yarra mengangguk beberapa kali. “You nak I goda bekas suami you supaya perempuan tu dapat karma selepas rampas suami you?”

Tengku Zehra tersengih sinis. “Mungkin wanita lain tak buat apa yang I buat sebab mereka tidak mampu. Tapi I sanggup buat apa sahaja asalkan dendam I terbalas. I cuma nak perempuan tu rasa apa yang I rasa...” Tengku Zehra menahan air matanya yang bergenang dalam ketegasannya.

Anak mata Yarra menatap tepat ke arah wajah Tengku Zehra. Entah kenapa kata-kata wanita itu menusuk ke dalam hulu hatinya sehingga terasa amat pedih.

“Kerana mereka tidak mampu...” Yarra mengulangi sebaris ayat dari Tengku Zehra dengan perlahan.

“Sorry?” Tengku Zehra cuba bertanya kerana mendengar suara Yarra yang tenggelam timbul.

“Bukan ke ada cara lain untuk balas dendam? You boleh tuntut harta sepencarian dan buat lelaki itu kehilangan separuh harta. Mungkin itu sebenarnya adalah tarikan perempuan simpanannya sebelum ini...” ujar Yarra yang kembali bertenang.

Tengku Zehra langsung ketawa sinis. “I dah cukup banyak harta. Lagipun, bekas suami I tu boleh dapat kembali kekayaan dengan sekelip mata...”

Yarra mengangkat kening sebelah dan dia mengambil minuman kerana sudah terasa amat dahaga apabila membuat rundingan luar biasa seperti ini.

“Cik Yarra... Hati I tak akan tenang selagi mereka hidup bahagia dengan penderitaan I...”

Yarra cuba menepis rasa simpati tetapi lebih melihat kepada urusan untung rugi yang sedang ditimbang-timbang.

“I can't do this. Ia akan ambil masa yang lama dan ini bukan cara kerja I. I’m just looking for money and fun instead of getting involved in other people’s problems.”

Tengku Zehra melepaskan nafas yang berat. Dia memejamkan mata dengan agak lama.

“You tentu risaukan tentang bayaran sewa setiap bulan kondo you kan? Kalau you tak dapat mana-mana lelaki untuk bayarkan, you tentu dalam masalah. Tapi... Sampai bila you akan kekal muda dan sihat? I dengar you tak berminat dalam perkahwinan. You tentu letih bekerja siang hari dan waktu malam kena keluar cari duit haram demi kelangsungan hidup mewah you. Macam mana kalau I belikan kondo itu, atau rumah yang lebih besar untuk you hidup tanpa perlu bersusah-payah. I juga akan berikan you duit untuk you mulakan business Interior Designer you sendiri dan dapatkan premis di tempat yang paling strategik. Fikirkan tentang masa depan you... You tak akan selamanya muda, Yarra Aisya.”

Bohong jika dia tidak terkesan dengan tawaran yang disebut oleh Tengku Zehra itu. Memang dia sering mendapat tawaran seperti itu malah lebih tinggi tetapi bersyarat. Sudah tentulah dia perlu berkahwin atau menjadi perempuan simpanan kekal kepada lelaki-lelaki itu. Berbeza dengan tawaran yang diberi oleh Tengku Zehra, dia hanya perlu memisahkan pasangan itu.

“Then? Selepas memisahkan mereka, what's next?” soal Yarra sekadar mahukan kepastian.

Tengku Zehra tersenyum. Agak lama dia menarik nafas seperti sedang memikirkan ayat yang sesuai agar dirinya sendiri tidak kerugian.

“Patahkan hati my ex-husband. Itu kepakaran you kan?”

Kata-kata itu berjaya membuatkan Yarra ketawa kecil. Nampaknya wanita ini sangat licik.

“Macam mana kalau dia tak nak lepaskan I?” Yarra sempat bermain tarik tali.

Tengku Zehra mengetap bibir. “You akan rugi kalau tak berjaya jalankan misi ni sehingga selesai...”

“I see...” Yarra mengangguk faham. “Well... Tengku... I tak mudah terima sebarang tawaran. Sebab I ada kriteria dalam memilih... Lelaki.” ayat terakhir itu agak lambat disebut agar Tengku Zehra faham maksudnya.

Bibir Tengku Zehra yang nipis itu terjungkit sedikit, matanya melirik ke arah beg tangan Hermes Birkin berwarna coklat gelap di sebelah. Dia mengambil satu sampul lalu diletakkan di atas meja.

“Take a look...” kata Tengku Zehra dengan bergaya. Dia yakin gadis peneman seperti Yarra akan tertarik dengan tawaran seperti ini.

Yarra tidak membuang masa untuk mengambil sampul itu tetapi tidak menunjukkan sebarang perubahan riak wajahnya. Dia kekal elegan dan tidak mahu menjatuhkan harga dirinya di hadapan wanita seperti Tengku Zehra walaupun dalam rundingan seperti ini.

“He's good looking. Masih nampak muda dan gagah... Sebab itu gadis muda tergila-gilakan dia. Well... You boleh guna apa sahaja yang you ada untuk memikat dia. Itu tak menjadi kudis untuk I.” ujar Tengku Zehra sambil menantikan reaksi dari wanita di hadapannya itu.

Yarra sempat tersengih kerana tidak menyangka sejauh itu Tengku Zehra mahu menjatuhkan suaminya. Dengan mematahkan hati dan memisahkan cinta hatinya yang baru. Cukupkah semua itu untuk merawat hati Tengku Zehra?

Gambar di dalam sampul itu dikeluarkan dan mata Yarra terus tertancap pada sekeping foto di hadapan matanya. Dia hampir tidak dapat mengawal perubahan air muka kerana agak terkejut dengan wajah itu. Lelaki ini... Desisnya dalam hati.

“Adakah dia menepati kriteria you? I rasa tak ada sebab untuk you tolak tawaran ini Cik Yarra.”

Yarra menyimpan kembali gambar itu di dalam sampul. Dia mengangkat matanya memandang Tengku Zehra yang masih menanti jawapan.

“What is his size?”

“What???” Tengku Zehra agak terkejut dengan soalan itu. Wajahnya juga berubah dengan ketara.

“Saiz baju dia. I suka hadiah lelaki baju yang cantik...” jawab Yarra dengan kening sebelahnya terangkat.

Tengku Zehra terus ketawa sehingga tangannya menepuk meja. Agak sukar untuk berhenti sehingga Yarra turut tersengih.

*****

Exclusive bar menjadi tempat pilihan kedua-dua wanita itu untuk melepak di malam hujung minggu. Tanpa peneman atau pasangan yang dibawa, mereka hanya mahu menghabiskan masa untuk berbual tanpa sebarang gangguan.

Norris memilih wine merah yang mahal tanpa risaukan harganya. Dia tahu selalunya akan ada yang murah hati membayarkan minuman mereka tanpa mengharapkan balasan.

“Enjoy your wine ladies...” kata seorang lelaki yang kelihatan bergaya sambil mengangkat gelas kacanya. Lelaki itu juga duduk bersama sekumpulan lelaki tanpa ditemani wanita.

Norris hanya tersenyum lalu mengangkat juga gelas wine di tangannya sebagai tanda terima kasih.

Yarra menyelak rambutnya ke belakang lalu tersengih kepada Norris. “Kau selalu murah rezeki kan...”

“Well...” Norris tersenyum bangga. “Okay, let's talk about your new job, Yarra. I dengar dari Jemy you dapat job besar.”

Yarra hanya tersengih kecil. “Dia tidak dapat membayangkan apa reaksi Norris jika tahu sasaran dia yang seterusnya.

“Agaknya... Adakah sasaran aku tepat kali ni?” soal Yarra dengan senyuman penuh makna.

“Nampaknya ada cerita menarik ni. Come on, bitch. Tell me!” marah Norris dengan manja.

“I'll tell you later... Aku kena susun strategi dengan baik.” Yarra hanya tersengih, dia tidak mahu Norris histeria sebelum waktunya.

Norris terus mencebik. Nampaknya malam itu semakin membosankan. Dia menghabiskan minuman di dalam gelas yang berbaki. Hanya satu teguk kemudian gelas kaca itu terus kosong dan diletakkan di atas meja bar.

“Hi, ladies. Do you want more?” soal seorang lelaki yang menghampiri mereka apabila melihat gelas mereka sudah kosong. Wine mahal dengan botol yang kecil itu sangat mengasyikkan sehingga Norris terus mengangguk perlahan.

“No give and take... I hope you understand.” kata Norris kepada lelaki berusia 30-an itu.

Lelaki itu hanya tersenyum kacak. “I betul-betul nak belanja wanita cantik yang bercahaya dalam bar ni. Just enjoy your wine, ladies.” Lelaki itu sempat melirik kepada Yarra yang sejak tadi hanya terdiam.

Yarra dan Norris duduk bersilang kaki di atas kerusi tinggi itu dengan skirt pendek yang menyerlah. Sesiapa pun yang memandang mereka akan menghampiri seperti magnet.

“Kali ni kau betul-betul menyusahkan akulah, Norris!” kata Yarra yang perlu memapah rakannya itu yang sudah betul-betul mabuk. Ini semua kerana minuman percuma mereka. Jika ikutkan mereka tidak mampu membayar bil sebanyak itu hanya untuk minuman!

“Perlu ke aku bayar dia? Kau tak nampak bil tadi? Gentle betul kan mamat tu!” Norris ketawa seperti orang hilang akal. Dia menegur setiap orang yang lalu di sebelahnya.

“Kau dah gila? Dia cakap free kan? Lelaki macam tu bersepah la, Norris! Kau ni berat betullah! Dah tu parking punya jauh! Boleh patah pinggang aku macam ni!” rungut Yarra.

“Opss! Kalau patah pinggang nanti jatuhlah saham kau kan?!” Norris sambung ketawa besarnya.

“Ciss!! Jalanlah betul-betul, sial!” jerit Yarra tanpa pedulikan orang sekeliling. Malam itu ramai pula orang keluar berhibur di Bukit Bintang yang sentiasa hidup.

“Yarra!”

Langkah Yarra terus terhenti dan dia perlahan-lahan menoleh ke arah lelaki yang melaungkan namanya.

“Ehsan...” Yarra terpaku walaupun tidak melepaskan Norris. Matanya melihat seorang wanita cantik dan sopan di sebelah lelaki itu.

“Are you okay? Is your friend okay?” soal Ehsan yang kelihatan prihatin. Dia seolah tidak sedar sedang ditemani tunangnya yang sudah berubah wajah. Sudah tentulah memandangkan lelaki itu menegur si kupu-kupu seperti mereka.

“Kami okey! Cuma nak pergi ke kereta.” jawab Yarra yang tidak selesa apabila bertembung dengan Ehsan dalam keadaan seperti itu.

“Awak... Dah lewat ni. Kita kena balik.” Tiba-tiba tunang lelaki itu menghampiri dan menarik lengan Ehsan.

“Yarra... Saya tolong awak.” kata Ehsan lalu menghulurkan bantuan untuk memapah Norris.

Wajah tunang Ehsan terus menjadi merah padam. Yarra membiarkan Ehsan membantu memandangkan dia sudah tidak mampu memapah Norris.

“Doktor kucing handsome! Meow!” Norris terus memeluk leher Ehsan tetapi lelaki terus mempercepatkan langkah sebelum mendapat cakaran kucing jadian itu.

“Thank you and sorry sebab menyusahkan awak...” kata Yarra sebelum masuk ke dalam keretanya. Norris sudah terbaring di belakang.

“Awak boleh drive?” soal Ehsan dengan bimbang.

“I'm fine. You should go, Ehsan.” kata Yarra sambil melirik wanita di belakang lelaki itu yang hampir meletup.

“It's okay...” jawab Ehsan dengan tenang.

Kereta yang dipandu oleh Yarra terus meluncur laju meninggalkan pasangan itu. Ehsan melihat sehingga kenderaan itu menghilangkan sebelum kembali memusingkan badannya menghadap si tunang.

“What the hell, Ehsan?! I'll tell your mother what happened tonight!” marah Anessa dengan berang.

“Saya cuma tolong kawan saya. Walaupun awak pilihan ibu saya, tidak bermakna awak boleh control hidup saya.” jawab Ehsan dengan selamba.

“Macam mana awak boleh kenal perempuan macam tu?! Ibu awak cerita semua hal baik-baik je tentang awak. Tapi...” matanya Anessa mencerlung tajam. Dia nampaknya sangat geram dengan situasi seperti itu.

“Nessa... Boleh tak awak stop judge hidup orang? Perempuan yang macam tu apa? Awak rendahkan mereka seolah kita ni sudah dijamin syurga. Setiap manusia mempunyai jalan yang berbeza. Don't be arrogant... Kalau awak nak bersama saya.”

Anessa terus terdiam walaupun dadanya masih turun naik. Ehsan terus berjalan dengan selamba ke hadapan tanpa menunggunya.

*******

Yarra berjaya juga mengangkat Norris sehingga ke dalam kondo. Dia melemparkan Norris di atas sofa panjang dan menyelimuti tubuh wanita itu sebelum melangkah ke dalam biliknya. Ketika itu juga telefonnya berbunyi nyaring. Yarra sedang menanggalkan subang di cuping telinga sambil memandang nombor telefon yang tertera.

“Tak boleh tunggu siang ke? Esok kan cuti.” rungut Yarra tetapi dia tetap juga menjawab panggilan yang mahal itu.

“My darling...good job! I dengar you terima tawaran hebat tu! I tahu you paling sesuai buat kerja ni!” Kedengaran Madam J ketawa di hujung talian.

Yarra terus menanggalkan sarung kaki berwarna gelap yang panjang sehingga ke pahanya. Telefon itu dikepit dengan bahu.

“So, I need your help, Jemy. Target ni luar biasa.”

“Wow... Jarang-jarang si kupu-kupu cantik ni nak guna khidmat kuasa veto I! I'll help you Yarra! You siap badan je! Kita akan bermula hujung minggu ni! Macam biasa, tuan penasihat kena 10 percent!”

“Damn you, Jemy! Good night!” Yarra terus melemparkan telefon itu katil dan tersengih. Jemy memang sangat hebat, tiada siapa boleh bayangkan kuasa yang ada di tangan wanita yang memegang rahsia besar golongan VVIP itu. Terutamanya dalam servis perkhidmatan seks dan wanita peneman kelas A kepada golongan itu.

*****

Kehadiran lelaki itu di private party di sebuah vila mendapat perhatian ramai memandangkan kehadiran tetamu dari dunia korporat memenuhi majlis. Di satu sudut terdapat kumpulan pemuzik yang dijemput khas serta penyanyi yang terkenal dalam negara. Majlis itu adalah untuk meraikan hari lahir seorang jutawan yang tidak asing lagi namanya dalam dunia korporat.

Tan Sri Albert Tan sedang membuat ucapan di hadapan tetamunya yang hadir untuk meraikan majlis ulangtahun kelahirannya yang ke 60 tahun. Suasana party itu sangat santai tetapi mewah, dibuat di kawasan halaman yang luas serta terdapat kolam renang peribadi yang dihiasi lampu menerangi seluruh majlis.

Syed Redzal berdiri sambil berbual dengan rakan perniagaan tanpa menyedari dirinya sedang diperhatikan. Lelaki itu kelihatan segak dengan sut berwarna royal blue lambang kemewahan. Senyuman dan tawa nipisnya begitu menyerlah sehingga para tetamu wanita kerap mencuri pandang ke arah duda yang sahamnya sedang laris di pasaran itu.

“Tahniah, Tuan Redzal. Untuk perasmian new branch di Penang esok. I yakin kedudukan you tak akan tergugat walaupun dikelilingi persaingan yang ramai.”

“Thank you, Datuk. Cawangan di Penang adalah yang ketiga di negeri tu. Dan semuanya dibuka semasa I menjadi CEO DBC.” jawab Syed Redzal.

“You memang akan pergi jauh, Syed Redzal. You adalah kebanggaan orang Melayu kita.” Datuk Yusof terus menepuk bahu lelaki itu sebelum meminta diri setelah berbual panjang.

Syed Redzal memusingkan badannya untuk mengambil minuman, tetapi seorang wanita telah melanggarnya sehingga minuman di tangan wanita itu tertumpah tepat di dadanya! Kemeja putih di bahagian dalam kotnya terus basah dan berwarna anggur!

“Opss! I'm so sorry sir!” Wanita itu terus menyentuh dada Syed Redzal dan mengeluarkan sapu tangannya.

“It’s okay!” Syed Redzal cuba menolak dengan baik walaupun disentuh oleh wanita yang begitu cantik dan jelita.

“Are you sure?” soal wanita itu.

“Yeah...” Syed Redzal terus berlalu dengan dingin seperti angin musim luruh. Dia menuju ke arah pintu masuk villa tersebut untuk mencari tandas. Dadanya sudah terasa melekit!

Yarra perlahan-lahan memusingkan badannya dengan senyuman yang sumbang.

“Sejuk!” Yarra mengusap bahunya yang terdedah kerana membayangkan aura lelaki itu. Dingin.

Syed Redzal cuba melihat bajunya yang sudah kotor. Dia memejamkan mata kerana sedikit rasa tertekan memandang majlis ini sangatlah penting. Selepas mencuci sedikit bajunya dengan air bersih lelaki itu terus melangkah keluar.

Dia tersentak apabila melihat wanita tadi sedang menunggunya di luar bilik air vila mewah itu. Dia terpaku kerana cuba untuk mencerna siapakah wanita itu yang seperti pernah dilihat. Malah penampilan wanita itu juga sudah menggambarkan perwatakannya. Kemungkinan wanita ini adalah gadis peneman salah seorang tetamu VVIP majlis ini.

“I'm sorry, sir. You boleh ikut I untuk tukar baju you.”

“Thanks, but no thanks.” jawab Syed Redzal.

“Majlis baru je bermula. Tan Sri pun belum jumpa you... Tak kan you nak balik macam tu je?” Yarra memberi senyuman yang sukar untuk digambarkan.

Syed Redzal melepaskan nafas berat sambil merenung dalam anak mata coklat hazel milik wanita itu.

“Come with me, sir.” Yarra terus mengatur langkah bergaya dengan lenggok yang begitu menggoda.

Syed Redzal terasa seperti dicucuk hidung, dia seperti terpukau walaupun mampu untuk membuat penolakan. Dia membuntuti wanita itu sehingga ke tingkat atas dengan harapan akan dapat persalinan yang baru.

Yarra menolak satu pintu bilik dan melangkah masuk. Syed Redzal terpaku di hadapan pintu itu dengan teragak-agak.

“Come in... Kenapa lelaki pula yang risau?” Yarra ketawa nipis tetapi tetap menawan.

Tertampar dengan usikan itu, Syed Redzal terus melangkah masuk tanpa menutup semula pintu. Dia melihat wanita itu mengambil sehelai kemeja di dalam wardrobe.

“Don't worry. Tan Sri give me permission.” ujar Yarra lalu membawa kemeja itu ke arah Syed Redzal.

Syed Redzal menyambut huluran dari Yarra tanpa sebarang perubahan wajah. “So...”

“I'm sorry, I kena tunggu sebab orang asing tak boleh bersendirian di bilik ni.” Yarra mengangkat kening kanannya yang seksi.

Syed Redzal mengeluh berat kerana semakin tertekan dengan situasi seperti ini. Tanpa memperdulikan Yarra dia melepaskan satu persatu butang kemejanya lalu melemparkan kemeja yang kotor itu ke lantai dan mengambil baju yang baharu. Setelah disarungkan ke badannya, kemeja itu nampaknya adalah saiz yang tepat untuknya.

Yarra menyimpan senyuman kerana sempat melihat tubuh sasa lelaki itu yang belum dimakan usia. Masih nampak gagah seperti yang dikatakan oleh bekas isterinya.

“I'll help you...” kata Yarra apabila lelaki itu mula memasang butang kemeja.

“I'm fine!” tegas Syed Redzal.

“It’s okay... It's free.” Yarra bijak untuk menepis keegoan lelaki itu apabila sentuhannya mula dibiarkan. Yarra memakaikan satu persatu butang sambil melihat otot-otot lelaki itu yang menarik di matanya.

Syed Redzal merenung wajah yang begitu dekat itu, haruman yang manis, sentuhan yang lembut, dan keanggunan yang menyerlah... Siapakah wanita ini? Begitu berani dan tidak gugup di hadapan lelaki sepertinya?

******

Share this novel

Rose Lii Na Brain
2021-11-13 23:30:08 

alamak..topup pulak, novel ada jual tak ni, klau nak beli

Rohana Hussin
2021-11-10 17:35:03 

jual mahai no..


NovelPlus Premium

The best ads free experience