“Auni !” Danish tiba-tiba menyebut nama aku dan aku terkejut.
“Ya ! Ya saya !! Auni oi !!” Aku termelatah, tetapi aku bernasib baik kerana aku tidak mencarut yang pelik-pelik.
“Awak ni Danish, terkejut saya.” Aku memarahinya dengan perlahan.
“Hehe, awak ni Auni tak ubah lagi tabiat awak yang satu tu. Kesian awak kan? Hehehe…. Sebenarnya, Maisarah ni adik perempuan saya tapi saya lebih suka untuk memanggilnya anak saya sebab ………budak ini…….comel sangat !” Kata Danish tanpa berlapik sambil tangannya mencubit pipi tembam Maisarah. Oh ! Patutlah muka pun nak sama.
“Ohhh ! Yeke? Ya Allah !!! Awak ni kan Danish !!” Aku sudah termalu sendiri.
“Auni, saya rasa kan saya terpaksa pergi dulu sebab nanti mummy saya risau pasal Maisarah, saya minta maaf ya kalau ada gurau-gurau tadi. I’m sorry.” Danish ingin meminta diri. Danish mencapai tangan Maisarah dan menuju ke pintu keluar, tiba-tiba Danish berhenti.
“Auni…erm…boleh tak kalau saya….kalau saya…nak minta nombor telefon awak?” Kata Danish sedikit tergagap. Aku terus mengukir senyuman manis.
“Boleh Danish.” Aku terus mengeluarkan telefon bimbit aku dan bertukar nombor telefon dengan Danish.
“Ohh !! Abang nak mengorat kakak cantik ya?” Maisarah bertanya dengan senyuman nakalnya.
“Mana ada Sarah” Danish menidakkan serkap jarang Maisarah sambil tersipu malu. Dan selepas itu Danish meminta diri untuk pulang.
Nampaknya, malam ni aku buat kerja sambil sengih kerang busuklah. Kata hatiku riang.
Setelah pertemuan mereka pada malam itu, hubungan mereka tidak putus begitu sahaja. Malah mereka terus berhubung dan hubungan mereka menjadi lebih rapat lagi setelah mereka berkawan selama dua bulan lebih lamanya.
Setelah dua bulan lebih mereka berkawan rapat……
Pada satu malam, Danish menelefon aku dan mengatakan kepadaku untuk bersiap pada pukul lapan tepat malam kerana Danish ingin membawa aku untuk pergi makan malam untuk menyatakan sesuatu berita gembira.
“Assalamualaikum Auni, boleh tak malam ni kita keluar makan malam. Saya nak bagitau sesuatu ni, berita panas ni boleh tak?” Danish bertanya kepada aku.
“Danish ni, cakap kat telefon je tak boleh ke?” Aku menjawab dengan pertanyaan juga.
“Ala Auni, tak boleh lah…..please ?” Danish membuat suara peliknya tapi comel sangat bagi aku..
“Ermmmm..oklah, tapi dekat mana?” Aku bersetuju dengan Danish.
“Saya ambil awak nanti okay? Bye sayang !” Setelah Danish berkata ‘sayang’ aku terkedu dan terkaku. Tanpa aku sedari bibirku sudah mengukir senyuman lebar.
Share this novel