"Perempuan ini ditemui mati di sebuah gudang lama pada petang tadi." Terang pembaca berita itu. "Eh, tu bukan perempuan yang aku tolong tadi ke. Dia dah mati? Macam mana pembunuh tu tahu aku sorokkan dia dekat rumah aku." Aku mula rasa bersalah
Keesokan harinya. "Ji Ae, kau ok tak ni?" Tanya kawan aku Aera. "Aku ok je. Cuma aku rasa bersalah." Aku masih lagi fikir tentang perempuan yang mati itu. "Kenapa kau rasa bersalah pula?" Aera pelik kerana aku tidak bercakap seperti biasa. "Kau ingat tak perempuan yang minta tolong aku semalam tu?" Aku cuba ceritakan masalah aku. "Ingat. Kenapa dengan dia?" Tanya Aera seolah tidak tahu apa apa. "Dia dah mati. Kau ni tak tengok berita ke semalam?" "Tak. Aku tak tengok berita semalam. Aku pergi jalan jalan dengan boyfriend aku." Jawab Aera dengan selamba.
Ketika dalam perjalanan untuk pulang, tiba tiba ada seorang lelaki menarik aku masuk ke dalam kereta dia. Aku terus pengsan. Apabila aku sedar daripada pengsan, aku melihat ramai lelaki yang mengepung aku. Aku juga tidak tahu di mana aku berada. "Dekat mana saya ni? Kenapa saya kena ikat?" "Kau kakak kandung Kang Ji Young kan?" "Macam mana awak tahu adik saya?" Tanya aku pelik.
#Aku harap korang suka cerita aku
#Kalau korang nak tahu apa jadi seterusnya, korang kena baca bab yang seterusnya.
Share this novel