Munirah hanya banyak mendiamkan diri sahaja sepanjang hari apabila Azhar tidak membenarkannya pergi kerja lagi. Azhar sendiri yg meminta cuti 3 hari daripada walid untuk Munirah berehat sepenuhnya di rumah. Munirah tahu Azhar buat semua ini demi kebaikkan dirinya tetapi dia tidak mahu Azhar turut terasa hati selepas kejadian itu. Azhar hanya banyak mendiamkan diri sahaja. Bercakap atau bertanya bila masa makan Munirah sahaja. Selebihnya Azhar membiarkan Munirah berseorangan. Azhar tidak boleh mengambil cuti memandangkan dia adalah seorang tenaga pengajar. Soal cuti tidak boleh sewenangnya tanpa sebab yg munasabah. Munirah terasa perutnya berkerongcong seketika sejak dari pagi lagi dia tidak menjamah makanan. Munirah banyak menghabiskan masanya di dalam bilik sahaja untuk menghafal dan belajar sedikit banyak barisan ayat yg akan diujarkannya di majlis tilawah Al-quran nanti. Terasa gugup sekali untuk menjadi pengacara di majlis yg besar. Dia akan bergandingan dengan salah seorang lelaki tetapi Munirah tidak tahu siapakah lelaki itu lagi. Dia berharap sangat Majlis itu akan berjalan dengan lancar tanpa ada cacat celanya. Munirah menarik pemegang tongkat agar boleh memapah dirinya itu untuk turun ke bawah. Tekaknya mula terasa dahaga dan perutnya mula memainkan lirik lagu. Terjengket-jengket Munirah berjalan sambil mukanya berkerut dalam cuba menahan sakit yg teramat sangat. Walaupun setia malam Azhar sudah mengurutnya tetapi kesan bengkak dan lebam masih lagi kelihatan di tapak kaki Munirah. Munirah pasrah sahaja dirinya terjadi begini. Selepas ini ia akan cuba berhati-hati sedikit. Dia tidak mahu menyusah diri Azhar lagi. Cukuplah dia melihat Azhar tidak pernah penat melayan kerenahnya. Entah kenapa lelaki itu sanggup bersusah payah melakukan ini semua kepadanya. Kalau hanya setakat menjalankan tanggungjawab seorang suami Munirah masih lagi tidak biasa menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri yg akur. Dia akan cuba menjadi isteri yg baik sahaja tetapi segala nafkah zahir dan batin Munirah belum bersedia lagi semua itu. Dirinya terlalu muda untuk menjadi seorang isteri yg di idamkan oleh para lelaki yg lain. Semasa Munirah membuka tudung salji itu dia terkejut apabila melihat Azhar sudah menyediakan makanan tengah hari untuknya. Ada satu nota juga terselit di celah cawan yg belum di isi air tetapi sudah ada bancuhannya. Tersenyum Munirah membawa pesanan yg ditulis oleh Azhar kepadanya itu.
" Saya tahu awak tidak suka sarapan so..Jangan skip makan tengah hari ok?? Saya hanya sempat masak nasi ayam saja tadi. Harap awak sukalah. #Jangan lupa makan ubat dulu before makan nasi ni.
#Air milo saya sudah siapakan bancuhannya cuma panaskan air then tuangkan ke dalam cawan je.
#Jangan banyak bergerak. banyakan rehat
#staysaveloveAzhar"
Betapa Azhar menitik berat tentang dirinya sampaikan dia tidak pernah lupa untuk sediakan semua ini kepada Munirah sebelum pergi kerja. Munirah tidak pernah perasan pukul 4.30 a.m. ia sudah bangun untuk siapkan semua ini. Kalau sempat waktu malam ia akan sediakan dahulu bahan-bahannya sebelum tidur. Azhar adalah suami mithali idaman para wanita di luar sana. Munirah sahaja tidak nampak lagi semua ini. Yg dirinya tahu Azhar perlukan penganti yg lebih baik darinya. Mereka berdua tidak ada perasan cinta dan sayang antara satu sama lain. Buat apa mereka mahu teruskan hidup begini sampai ke hari tua. Tidak mungkin semua ini akan terjadi dengan mudahnya. Tidak mungkin. Munirah banyak menghabiskan masanya duduk bersila di depan kolam ikan itu sahaja. Malas dia mahu naik ke atas memandangkan kakinya mula terasa kebas dan sakit lagi. Ia tidak boleh bergerak banyak dalam keadaan begini. Di buka saluran youtube dan memasang lagu Aina Abdul "sumpah". Mengeluh Munirah tidak tahu apa puncanya setelah lagu itu sampai di chorusnya.
"Bodohnya aku melepaskanmu
Sesal yang kurasa menghantui diriku"
"Sampainya hatiku
Lukakan cintamu
Pedih kau rasa dulu
Kini dekatku"
Aku...aku tak akan jatuh cinta dekat Azhar..dia hanyalah pelindungi maruah kami berdua. Sampai bila Azhar mahu menjaga aku..Tidak kah dia rasa mahu berkahwin dengan orang yg jauh lebih baik bergelar isterinya..Aku adalah perempuan yg hanya menumpang kasih.. Yaa aku tak layak mendapat cinta Azhar. Cinta itu lebih layak kepada orang yg menghargai dirinya. Jika perlu aku akan pergi..tak mungkin aku sanggup di duakan. Buat apa aku nak bertahan lagikan..Apa hak yg aku ada. Nguman Munirah sendiri. Matanya redup sahaja melihat ke dalam kolam itu.
Meow..meow.. kedengaran bunyi kucing datang mengiau di sebalah Munirah. Tersedar Munirah dari lamunannya terus beranjak ke belakang sedikit.
pergi..pergi..jangan datang dekat..tuan kau tak de dekat sini..Halau Munirah takutnya kerana kucing itu datang bergesel ke arahnya. Kucing itu buat tidak tahu sahaja kepada Munirah malah terus datang bergesel di kakinya. Munirah tidak boleh bangun kerana tongkatnya sudah pun berada jauh di tepi Gazebo itu. Munirah hanya mampu merangkak sahaja waktu itu. Kelihatan dirinya sudah seperti hantu "Juon" cuba melarikan diri masuk ke dalam rumah. Setelah berjaya masuk ke dalam rumah Munirah menutup sedikit pintu sliding door itu daripada kucing itu terus mengikutinya.
Apa?? Nak masuk la tu?? Dah tak boleh..werkk!! Kejap lagilah datang semula..Tuan kau tak de dekat rumah sekarang ni. Sekarang pukul 1.45 p.m. Engko datang balik sini pukul 2.30 p.m. haa time tu tuan kau dah balik..bolehlah dia beri ko makan. Kata Munirah seperti kucing itu faham sahaja apa yg diujarkannya. Kucing itu masih lagi tidak beranjak pergi. Setia sahaja dia melihat dan menunggu Munirah di depan pintu itu. Pada masa yg sama Munirah membiarkan sahaja dia mengiau semahunya. Seperti memanggil sesuatu sahaja tetapi Munirah tetap tidak mahu membuka pintu itu. Sudah masuk 20 minit tetapi kucing itu masih tidak beranjak pergi. Mengeluh Munirah kerana mula terasa bersalah memperlakukan haiwan yg sedang kelaparan seperti ini. Tidak pasal-pasal nanti pintu rezeki Azhar aka tertutup disebabkan oleh sifat ketakutan miliknya. Munirah terus mencapai shawl pleated milik nya di atas kerusi lalu disarung kasar untuk menutupi kepalanya itu. Dia mula bangun perlahan-lahan selepas memegang dinding sebagai alat gantian tongkatnya. Munirah mencari sesuatu di dalam laci dapur dan akhirnya ia jumpa juga sarung tangan plastik yg selalu Azhar gunakan semasa memasak. Di sarung kedua belah tangannya itu lalu ia mengambil bekas dan dituangkan makanan kucing ke dalamnya. Munirah terpaksa berdiri menggunakan tumit belakangnya kerana sakit mula terasa di bahagian tapak kakinya selepas berdiri terlalu lama tanpa menggunakan tongkat. Dibawa belas makanan itu untuk diberi kepada kucing kesayangan Azhar yg bernama 'White'.
Meow...chuit..chuit..meow..Panggil Munirah selepas melihat kucing itu sudah tiada di depan pintu. Entah ke mana ia sudah pergi Munirah pun tidak tahu. Tadi bukan main meminta makanan kepadanya sekarang kelibatnya sudah pun hilang. Munirah membuka sedikit demi sedikit pintu itu. Dia menjenguk ke arah luar sedikit agar kucing itu tidak melulu datang ke arahnya. Perlahan-lahan Munirah jalan berjengket pergi ke arah Gazebo itu. Kelibat White masih lagi tidak kelihatan. Semasa Munirah hendak meletakan makanan kucing ke bawah ia terkejut apabila White datang secara melulu ke hadapannya.
Arghh..Oo mak kau!!! Melatah Munirah terkejutnya terus jatuh terduduk ke bawah. Aduh..duh..sakitnya punggung aku..Mengadu Munirah sendiri cuba bangun dari kedudukannya itu daripada terus berada dekat dengan White. Tetapi White masih lagi cuba mendekati dirinya. Munirah mengalah kerana tidak boleh bangun sendiri di situ. Ia terus menutupi mukanya dan berharap sangat Azhar akan balik secepat mungkin. Dia menahan takut sebaik mungkin di situ. White masih lagi mengiau banyak kali kepada Munirah. Seperti ia mahu memberitahu sesuatu sahaja kepadanya.
Napa?? kau nak apa?? aku dah beri makan tu..makan je lah..jangan datang dekat lagi. Tak tahu ke aku geli dengan bulu kucing?? Kata Munirah lalu mengesat kasar air mata yg turun ke pipinya. Sampai menangis Munirah menahan takut di situ. Memang pelik bagi orang yg suka kucing tetapi inilah hakikatnya bagi orang yg takutkan kucing. Bukan takut untuk memegang mereka tetapi gelikan binatang yg berbulu. Wujud sahaja orang seperti ini di dunia. Jangan nak buat naya dan reka cerita. Munirah kembali mengeluh apabila kucing itu hilang dari pandangannya lagi. Seperti ia sudah hilang akal asyik cakap sendiri sahaja di situ. Kedengaran bunyi giauwan terlihat di depan pagar rumah mereka. Perlahan-lahan Munirah bangun dan mengambil tongkatnya untuk berjalan pergi ke arah bunyi giauwan itu. Terkejut Munirah apabila melihat ada seekor anak kucing sedang menangis di dalam longkang tepi rumahnya itu. White terus datang bergesel di kaki Munirah. Seperti meminta Munirah menolong anaknya itu untuk keluar sahaja.
Okey Irah...calm down..jangan takut..kau kena cuba tolong dia..kau kena cuba..Kasihan anaknya di situ..Bersuara Munirah cuba kawal perasaan takut dirinya seketika. Selepas beberapa minit ia berdiri kaku di situ Munirah mula duduk dan melihat jika anak kucing itu masih berada di tempat asalnya. Mengigil badan Munirah cuba memegang anak kucing itu buat pertama kali menggunakan tangannya. Agak susah Munirah ingin mengangkat anak kucing itu lalu ia pun meniarap dan menjulurkan kedua belah tangannya untuk mengambil anak kucing itu. White sejak dari tadi asyik mengiau sahaja di sekitar kawasan itu. Bersusah payah Munirah mempertaruhkan ketakutannya demi menyelamat nyawa anak kucing itu.
Hiarghh....Finally..Dapat juga kau..Alahh kesiannya..habis kotor bulu gebu ko ni..Bersuara Munirah gembiranya dapat juga mengangkat anak kucing itu keluar dari longkang. Habis tangannya kotor dengan kesan air longkang itu. Tudungnya hampir terjatuh ke belakang segera ditarik lalu menyengka rambutnya yg terkeluar sedikit itu. Terlihat mukanya sudah kotor dengan kesan air longkang berwarna hitam sedikit itu. Tidak tahu kenapa Munirah kasihan saja melihat anak kucing yg sedang dalam kesejukkan itu segera di letakan ke atas bajunya tanpa sedar. Dia mengelap kesan kotor di badan anak kucing itu menggunakan tudungnya. White dari tadi asyik mengiau terus diam lalu bergesel rapat dengan kaki Munirah. Seperti ia mengucapkan terima kasih kepada Munirah yg sudah menyelamatkan anaknya itu. Tersenyum Munirah sendiri masih lagi duduk di tepi longkang dan bermain dengan anak kucing itu. Perasaan takut kepada kucing mula hilang sedikit demi sedikit di dalam hatinya.
Ya Allah...awak buat apa ni Munirah?? Tegur Azhar setelah keluar dari perut kereta dan terkejut melihat diri Munirah sangat kotor sekali dan berbau busuk mula menangkap di rongga hidungnya. Terkedu Munirah setelah melihat susuk tubuh Azhar sudah berada di situ. Tidak tahu bila masa keretanya berbunyi kerana Munirah sibuk sahaja bermain dan berbual kosong dengan anak white. Terlihat satu senyuman mula terukir di bibir Azhar. Tidak tahu apa yg Azhar fikirkan selepas melihat keadaannya begitu. Munirah terus memarlingkan pandangan ke arah lain. Dia masih tidak suka dengan senyuman Azhar itu.
Dah siap belum??? Tanya Azhar sambil memercikkan air paip ke arah Munirah. Azhar tidak membenarkan Munirah masuk ke dalam kerana tidak mahu rumahnya juga kotor dengan bau busuk air longkang yg terlikat di sisa pakaian Munirah. Monyok sahaja muka Munirah membiarkan semburan air paip itu terkena ke seluruh badannya. Anak kucing itu masih lagi dipegangnya erat. White juga berada di sisinya kerana tidak mahu berpisah dengan anaknya yg dipegang oleh Munirah. Mereka bertiga basah kuyup di sembur oleh Azhar tanpa ada belas ehsannya. Munirah duduk bersila di atas lantai tempat yg selalu Azhar basuh keretanya. Ada juga dua tiga orang jiran yg lalu di situ pasti akan menganggap yg Azhar cuba menyiksa isterinya itu. Ramah sahaja Azhar memberitahu yg isterinya sudah menyelamatkan kucing di dalam longkang padahal mereka tidak bertanya pun. Lebih baik ia memberitahu perkara sebenar sebelum orang lain cuba membuat andaian sendiri. Nanti teruk padahnya.
"Sudah ke bersihkan diri tu??"
"Dah sudah ke belum?"
"Dah ke?"
Munirah buat tidak endah sahaja soalan yg dituju ke arahnya itu. Tangannya masih sibuk membersihkan bulu kotor di badan anak White. Nasib Azhar ada belas ehsan sedikit memberikan sabun kepadanya. Boleh juga dia mandikan anak kucing dan White sekali. Kalaulah dia tidak berada di luar. Sudah pasti ia akan menanggal semua pakaiannya di depan Azhar. Biar lelaki di depannya itu terbutang mata melihat badannya. Azhar memandang hairan sahaja riak wajah sinis Munirah yg sedang fikirkan sesuatu di fikirannya itu. Mesti ada sesuatu yg Munirah fikir untuk mengenakan dirinya. Hampir 30 minit juga Azhar menyembur air paip ke arah mereka. Sudah seperti sedang mandi manda di depan rumah sahaja. Hampir lenguh kaki Azhar berdiri lama di situ lalu ia mengambil kerusi dan melabuhkan punggungnya. Baju kerjanya masih lagi kemas di badannya. Pada waktu itu jugalah Munirah cuba bangun sendiri. Tangan dan kakinya mula terasa kebas akibat bermain air terlalu lama. Anak kucing itu dilepaskan kepada ibunya untuk dijilat. Tersenyum Munirah apabila melihat cantik sungguh bulu White dan anaknya yg berwarna putih suci. Mahu sahaja Munirah gomol mereka tetapi dirinya masih lagi takut dan geli.
Mari saya tolong..Bersuara Azhar terus menarik tangan Munirah yg cuba bangun sendiri itu. Berkerut dahi Munirah menahan sakit di kakinya itu. Azhar yg perasan Munirah menahan sakit terus mendukungnya. Terkejut Munirah cuba mengelak tetapi pantas sahaja tangan Azhar mengangkatnya.
Awak...saya basah ni..biar saya jalan sendiri..nanti habis baju awak basah. Malu Munirah selepas Azhar selalu sahaja berbuat begitu kepadanya. Sebelum ini Azhar telah mendukungnya di khalayak ramai semasa pulang dari klinik. Malu Munirah dibuatnya selepas orang ramai mula memandang ke arahnya.
Awak..Saya dah basah pun..Chill la..Jum kita masuk. Dah sejuk badan awak ni. Kita bersihkan diri dalam bilik mandi pula. Ujar Azhar sambil menyenjitkan matanya ke arah Munirah yg sudah pun terjatuh shawl yg dipakainya itu. Terlihat wajah manis milik Munirah tanpa ada sentuhan make up sedikit pun. Wajah inilah yg suka ditatapnya pada setiap hari. Azhar seperti tidak mahu sahaja melepaskan diri Munirah. Rumah ini tidak pernah sunyi selepas hadir perempuan bernama Munirah menjadi isterinya. Setiap detik mahupun waktu bersama Munirah ia akan hargai selamannya.
Belum siap ke melukis tu?? Tegur Azhar di sebelah telinga Munirah. Fokus sahaja Munirah membuat sentuhan terakhir di potrait itu sampaikan waktu makan malam ia terlupa. Azhar membawa dulang yg berisi mee goreng telur mata dan juga air jus oren kegemaran Munirah. Bersungguh Azhar memasak semua ini selepas Munirah sendiri yg memintanya.
Okey..sikit lagi..okey siap. Jawab Munirah lalu menunjukkan lukisan Azhar yg terbengkalai itu telah disiapkan olehnya. Tergamam Azhar melihat lukisan itu buat sektika waktu. Sebelum ini Munirah tidak membenarkan Azhar mencuri pandang langsung lukisan yg cuba ia siapkan ini.
Air mata terus terkumpul di kelopak mata Azhar. Tidak semewangnya tumpah juga butiran jernih itu ke pipinya. Jeda Munirah melihat riaksi Azhar begitu selepas melihat lukisan yg telah disiapkan olehnya.
Mmaafflah...saya dah beritahu..saya tak berbakat. Kalau tak cantik..maafkan saya. Bersuara Munirah sedihnya terus menundukkan pandangan ke bawah. Rasa bersalah mula membelenggu dirinya. Disebabkan air tangan yg tidak berbakatnya Azhar menangis melihat lukisannya telah rosak.
Saya tak kata awak tak bebakat..dan saya juga tak kata lukisan ini tak cantik.. Munirah..terima kasih bersusah payah siapkan lukisan ini.. Maaflah mesti awak ingat saya menangis sebab sedih melihat lukisan ini rosakkan?? Sebenarnya.. saya terharu. Terharu sangat melihat sentuhan lembut dan halus tangan awak di atas lukisan ini. Saya boleh gambarkan segala mood awak semasa menyentuh permukaan lukisan ini. Awak memang berbakat Munirah..kenapa awak masih simpan bakat terpendam ini?? Awak patut berbangga dengan bakat yg awak miliki. Kalau saya mahu awak masuk kelas melukis..apa keputusan awak?? Kata Azhar sambil memegang lembut pergelangan tangan Munirah. Di angkat tangan itu sambil di tunjukkan ke arah Munirah. Dia mahu Munirah melihat sendiri tangan yg dimilikinya. Sudahkah dia menilai dirinya dahulu sebelum orang lain. Sejauh mana Munirah mengenali dirinya sendiri. Munirah tidak dapat menjawab soalan Azhar itu. Dibiarkan sahaja soalan itu dijawab sepi. Apa yg dia rasa ketika itu adalah semangat baru mula terkumpul di hatinya. Azhar adalah orang pertama yg selalu memuji hasil air tangan lukisannya. Tidak pernah ada orang lain yg suka akan karyanya berbanding Azhar. Hanya senyuman girang diberikan kepada Azhar. Azhar juga membalas senyuman itu kerana tahu Munirah mula menyuka apa yg dilakukan oleh dirinya sekarang. Sedikit banyak ia sudah cuba mencari dirinya semula. Azhar akan terus mendorong diri Munirah mencapai segala impian di usianya yg masih muda ini.
Share this novel