12 - Pertemuan Di Majlis

Romance Completed 45760

Atiqah dan Hanis berjalan masuk ke sebuah rumah agam yang di penuhi oleh para tetamu. Suara-suara bersembang dan gelak ketawa mengasak kuping masing-masing kedua wanita muda itu. Dari ruang mata Hanis, dapat di lihat setiap gadis memakai gaun yang begitu cantik dengan manik-manik yang berkilau pada kain mereka. Ada juga yang memakai dress dengan warna yang menarik perhatian. Yang pastinya semuanya cantik. Lainlah dengan dress yang dia gunakan. Nak katakan cantik tu, bolehlah.

“Tuan Jayden...” panggil Atiqah sementara tangan belah kiri melambai-lambai menangkap perhatian lelaki itu. Atiqah terus sahaja berlari anak mendapatkan Jayden yang sedang menunggu itu. Beberapa pasang mata yang sedang memandang ke arah wanita itu langsung tidak di ambil peduli. Hanis pula terhegeh-hegeh mengorak langkah cepat mendekati rakannya. Amboi, Atiqah ni! Jumpa lelaki kacak, lupa pula dengan rakan sendiri.

“Finally, are you here, Atiqah. Why are you so late? Dari tadi saya tunggu awak...” Kata Jayden sedikit meleret. Gusar hatinya tidak melihat wanita idamannya dalam seharian. Yalah, sepanjang hari dia hanya menghabiskan masa di rumah Datin Jumira untuk memastikan majlis yang diadakan itu berjalan dengan lancar.

“Biasalah Tuan, kita kan girls...” ucap Atiqah dengan penuh gaya. Ingat senang ke jadi wanita? Oh, tidak semudah itu wahai kaum Adam.

“Tak pe. But, you are really beautifull...” puji Jayden ikhlas. Tersipu malu gadis itu dibuatnya. Bukan satu kali lelaki itu memujinya, bahkan setiap kali berjumpa pasti perkataan itu akan keluar.

“Atiqah! Janganlah tinggal aku sorang-sorang! Aku mana kenal orang-orang dekat sini!” marah Hanis apabila kelibat rakannya sudah dihampiri. Atiqah dan Jayden menoleh serentak.

“Sorrylah... aku terlupa.” balas Atiqah sambil tersengih seperti kerang busuk. Hanis tayang wajah cemberut. Terpinga-pinga Jayden melihat kedua wanita itu.

“Who is she?” tanya Jayden dengan berbisik di telinga Atiqah. Seketika mata Hanis dan Jayden bertembung. Hanis menguntumkan sebaris senyuman.

“Tuan tak kenal lagi ke? Inilah Hanis. Ala... yang bekerja dengan kembar tuan tu. Hanis, inilah tuan Jayden,” Atiqah mula memperkenalkan antara satu sama lain.

“Ooo... inilah bidadari yang mendampingi Jason? Nice to meet you, Hanis.” Jayden menyapa Hanis dengan mesra. Dia langsung tidak mengenali wanita itu biarpun telah melihat gambar yang ada pada resume tempoh hari. Dalam gambar cantik, dalam kehidupan yang nyata lagi cantik!

“Nice to meet you too, Tuan Jayden...” balas Hanis juga mesra.

“Jom, saya bawa korang minum dan makan sekali. Buat macam rumah sendiri je, jangan malu-malu...” pelawa lelaki itu selaku tuan rumah.

Kedua wanita itu mengekori jejak langkah Jayden. Mata Hanis dari tadi liar mencari kelibat Jason yang masih tidak kelihatan. Bukan apa, lelaki itu yang memberi kad jemputan kepadanya semalam. Jadi, seharusnya lelaki itu juga yang menyambutnya sebagai tetamu. Mujurlah ada Atiqah yang turut sama pergi. Kalau tidak, memang tak wujud diri Hanis di majlis itu.

“Hek elleh! Dekat majlis macam ni pun kau still boleh mengelamun? tak faham aku,” suara Atiqah itu memecahkan ruang lamunanya. Hanis sekadar tersengih. “Jom, duduk...” kata Atiqah sambil menarik lengan rakannya itu. Hanis hanya akur. Mereka mengambil tempat di sebuah meja yang sudah tersedia dengan makanan dan minuman. Tinggal pilih lauk dan makan saja.

“This is for you, guys. Sorry sebab lama sikit. Jemput minum dan makan.” ujar Jayden sambil memberi pinggan berisi potongan kek kepada Hanis dan Atiqah. Kemudian, barulah dia mengambil tempat untuk turut serta bersama dua wanita itu. Ramai mata wanita muda lain memandang. Ha, tengok apa?

“Kembar tuan mana? tak nampak batang hidung pun,” tanya Atiqah pelik. Dia juga tercari-cari kelibat lelaki itu.

“Kejap lagi dia datanglah tu. Awak cari dia kenapa? Saya yang tampan bergaya ni dah ada tau depan mata awak...” balas Jayden sedikit mencebikkan bibir. Atiqah tayang muka selamba.

“Buat apa nak cari tuan, kalau dah ada depan mata, kan?”

“Atiqah... please stop call me Tuan! Kita bukan dekat pejabat. Tolonglah, biasakan diri awak...” rayu Jayden sungguh-sungguh. Berbuih mulutnya menegur benda yang sama.

“Habis tu, saya nak panggil tuan apa? Bro Jayden? Hai, bro Jayden. Sihat? macam tu?” kata Atiqah sambil menggayakan dengan aksi comelnya. Hanis hanya mendengar perdebatan kecil yang berlaku. Dari situ, dia membuat andaian sendiri, bahawa Jayden menyukai rakannya. Sebuah senyuman dikuntumkan melihat telatah kedua manusia itu.

“Janganlah panggil bro! Panggil hubby ke? Baby sayang ke? Baru nampak mesra dekat situ...” Balas Jayden berseloroh. Dia mengadu kesakitan apabila mendapat cubitan maut daripada Atiqah.

“Tuan jangan cabar Nurul Atiqah! Saya panggil tuan dengan nama tu, padan muka! Tercetus peperangan tuan dengan girlfriend tuan..” kata Atiqah sambil memberikan sebuah jelingan tajam kepada lelaki itu.

“Awak kan girlfriend saya,” balasnya spontan. Secara tidak sengaja, Hanis tergelak kecil di hadapan mereka berdua. Tersuka pula mendengar perbualan mereka. Atiqah pada masa itu sudah tayang muka cemberut sementara Jayden hanya beriak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Dekat sini rupanya korang. Sorrylah sebab lambat,” Satu suara kedengaran sambil menarik sebuah kerusi bersebelahan dengan Hanis.

“Kau ni... ada majlis macam ni pun still busy. Kasihan Hanis tunggu kau,” kata Jayden. Tersentak Hanis apabila namanya di petik. Laju dia mengangkat muka memandang ketiga wajah itu silih berganti. Apa ni? tak suka, tak suka!

“Kenapa tenung kek tu? Kau tunggu dia terbang masuk mulut kau? Makanlah... jangan bagi cacing kau menunggu, nanti keluar pula bunyi pelik...” perli Jason. Hanis mencerlung tajam kembali pandangan lelaki itu. Depan orang pun dia siap nak bahan aku? Boleh tahan!

“Saya nak makanlah ni. Tuan janganlah asyik nak sebut fasal cacing saya. Jangan salahkan saya kalau cacing ni keluar dan telan tuan!” kata Hanis sedikit geram. Kek dihadapannya terus di makan.

“Sudah, jangan gaduh dekat sini. Be a romantic couple,” Jayden mula mencelah. Lantas dirinya di beri pandangan yang boleh membawa maut. Tergelak lelaki itu dibuatnya.

“Bro! Lama tak jumpa...” Tiba-tiba suara itu muncul dari samping kiri Hanis. Lelaki itu mula bersalaman dengan Jayden dan juga Jason. Membuntang mata Atiqah apabila melihat kelibat lelaki tersebut. Pantas matanya memandang Hanis yang khusyuk menikmati rasa keknya tanpa mempedulikan sekeliling.

“Biasalah, kau terlalu busy. Syarikat pun dah semakin meletup sekarang...” balas Jayden.

“Mana ada... Er, kalau tak silap, you ni Atiqah kan?” Lelaki itu cuba memastikan. Wajah wanita itu tak akan dia lupakan. Dialah yang selalu datang ke rumah untuk menjenguk bekas isterinya dahulu. Atiqah memberi senyuman hambar dan mengangguk perlahan.

“Korang kenal ke? Tak sangka kan? By the way, inilah girlfriend aku...” spontan Jayden melontar kata-kata itu. Sabar Atiqah, sabar.

“Girl yang ini pula, girlfriend Jason. Nama dia Hanis,” tambah Jayden lagi. Lagi-lagi nama wanita itu di petik. Hanis melihat ke arah Jayden sebelum pandangannya dialihkan kepada lelaki yang sedang berdiri itu. Jantungnya berdegup laju apabila mata hitam mereka bertembung. Senyuman dilarikkan semanis yang mungkin. Riak wajahnya cuba di kawal dengan sebaik yang mungkin.

Atiqah juga mula naik panik. Jauh di sudut hati dia berdoa agar rakannya itu kuat menempuhi segalanya. Ini pertemuan kali pertama antara Hanis dengan bekas suaminya itu secara berhadapan.

“Sayang... janganlah suka tinggalkan I sendiri,” tiba-tiba suara semanis madu itu mengasak kuping. Lelaki itu menoleh ke arah suara itu apabila tangan wanita itu memaut lengannya. Hanis mengalihkan pandangan. Air manis diteguk untuk menurunkan rasa debarannya. Wajah Atiqah dipandang. Mulalah mereka berinteraksi melalui pandangan.

“Pergh... Neldia! Long time no see. Pandai Aidil jaga you kan? Cantik je....” puji Jayden. Neldia hanya tersenyum menampakkan gigi putihnya itu. Pada masa yang sama, dia memandang wajah Atiqah dan juga wajah Hanis. Mula timbul rasa tidak senang di hati Neldia.

“Korang borak dulu, ya. Jason, mama panggil kita tu. Kami minta diri dulu, sekejap ya.” ujar Jayden lalu melangkah beriringan dengan Jason menghampiri Datin Jumira.

“Jom...” ajak Aidil kepada Neldia yang sedang menatap tajam wanita bernama Hanis itu. Meskipun, sudah lama berlalu, tetapi dia tetap tidak senang melihat wajah bekas madunya itu.

“Sekejap, sayang. I nak tanya khabar perempuan selekeh ni. Upss, tu dulu. Sekarang dah cantik. Dia pun dah pandai goda lelaki kaya. Kawan you pula tu,” Neldia mula menyindir. Dia melabuhkan punggungnya pada kerusi di mana Jayden duduk tadi.

“Apa masalah kau? Hanis tak kacau pun hidup kau,” Atiqah mula menjawab. Tidak puas hati rakannya diperlakukan begitu di hadapannya.

“Sayang... jom. Dah lah tu...” Aidil mula memujuk.

“Sabarlah, sayang! Atiqah you pun diam. I bercakap dengan dia. Bukan dengan you!” bantahnya. “Oh, seronoklah kan, goda kawan Aidil. Boleh kikis duit dia. Dasar perempuan tak tahu malu!” tambahnya lagi. Kali ini, wajahnya sinis mula di tayangkan.

“Excuse me? Awak kenal saya ke? Seingat saya, tak pernah lagi saya kenal perempuan mulut lancang macam awak ni. Biarlah kalau saya nak kikis duit siapa pun. Asalkan tak rebut suami orang! Atiqah, jomlah kita ke tempat lain... kat sini panas!” Balas Hanis dengan sinisnya. Dia dan Atiqah berdiri dan terus meninggalkan Neldia dan Aidil di situ. Sempat dia melirik wajah Neldia. Fuh, macam dinasour! Tercabarlah tu.

“Sayang... janganlah macam ni. Kita kan dekat majlis orang. Tak payahlah marah-marah...” Pujuk Aidil selembut yang mungkin. Neldia merengus geram. Rasa tercabar dengan kata-kata Hanis sebentar tadi. Nafas ditarik lalu dihembus perlahan bagi mengawal emosinya.

****

Semoga hari korang ceria selalu. Happy reading <33

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience