Permintaan

Horror & Thriller Series 22056

Seminggu berlalu sejak minggu ujianku berakhir dan aku masih belum bercakap dengan Khalil. Peringatan Ana masih bermain main di dalam ingatan aku. "Jangan Percaya Khalil."

Tapi kenapa? Khalil cumalah seorang manusia biasa yang pernah diganggu kegelapan sehingga rakan baiknya mati. Kenapa aku perlu takut dengan dia? Apa yang Ana tahu? Minda aku dipenuhi persoalan.

Bilik aku terasa sunyi. Aku bukannya banyak bercakap pun dengan teman sebilik aku namun sejak dia pulang ke kampung, bilik itu terasa semakin kosong.

Saat itu pintu bilikku diketuk kuat. Aku bangun dari katil dan mendekati pintu yang bergoncang itu. Bulu roma meremang, takut jika bukan manusia yang menunggu aku di luar bilik itu. "Una? Ni aku Ana."

Ha?? Ana? Apa yang dia nak dari aku. Aku memutar tombol pintu dan gadis berambut pendek dengan baju kemeja kotak kotak itu tersenyum menunjukkan gigi siongnya.

"Apa kau nak?" Aku bertanya dingin. "Aku bosan, kau tak bosan ke?" Una menolak aku sedikit dan masuk ke dalam bilikku dengan bag baju di tangan.

"Aku tidur bilik kaulah." Jawabnya pendek. Sebelum aku sempat bertanya kenapa, dia menjawab. "Kau bosan juga kan? Tulah aku nak temankan kau."

Aku mendengus jengkel. "Kau baik jangan bercakap banyak banyak dengan aku. Aku rimas." Aku menjeling sebelum berbaring di katil aku.

"Hehe, baik senior." Dia mengangkat tangannya ke kepala menunjukkan isyarat hormat. "Kau dapat visi seram ke sejak akhir akhir ni?" Dia bertanya sementara membersihkan katil teman sebilikku yang berhabuk.

"Tak. Kali terakhir minggu lepas." Jawab aku dengan mata tertutup. Aku mengantuk. "Kau nak tahu pengalaman gelap aku?" Ana mendekati aku perlahan lahan lalu aku menarik tanganku laju laju.

"Aku tak mahulah!" Aku menyembunyikan tanganku ke belakang tubuhku. "Kau yakin?" Ana semakin dekat, mendepakan tangannya ke arah aku. Terdapat tanda kegelapan di tangannya juga. Persis aku punya.

"Kau tak mahu tanya bagaimana aku dapat tanda ni?" Tanyanya, seakan tahu aku ingin tahu. Ah, dia memang tahu, dia tahu warna perasaan aku waktu ini.

Aku membuka telapak tangan aku dan dia menyambut tangan aku.

Visi aku menunjukkan Ana yang sedang duduk di atas tembok di atas sebuah bangunan, kaki dihayun kebelakang dan kedepan sambil dia memandang ke bawah.

Dia sedang memikirkan bagaimana agaknya dia bakal jatuh. Kaki dahulukah yang akan sampai, atau kepalanya? Ataupun belakangnya yang aku jatuh dahulu?

Memikirkan apa yang keluarganya akan katakan sewaktu melihat mayatnya yang terbujur kaku. Adakah mereka akan katakan, "oh, aku tak terkejut pun." atau "memang patut pun dia mati."

Otaknya ligat memikirkan masa depan yang tiada dirinya. Bumi yang tiada satu lagi Ana. Masa akan terus berjalan, mereka yang tidak peduli akan dia akan terus tidak peduli. Tiada apa. Tiada apa yang akan berubah.

Mungkin juga dia mahu terjun. Tiada apa lagi perlu disesali dengan dunia ini. Dia tiada apa apa untuk ditinggalkan. Tiada sesiapa pun untuk ditinggalkan, hanyalah kesunyian dan kesedihan akan merinduinya di dunia ini.

Mata berkaca namun dia sudah tidak mampu menangis lagi. Dia tidak mahu menangis lagi. Ini kali terakhir dia menangis.

Saat dia menggerakkan kaki untuk menjatuhkan tubuhnya ke bawah, sesuatu menariknya ke belakang. Dia jatuh ke lantai atas bangunan itu.

"Hai." Gerangan yang menariknya itu menjenguk. Matanya bertentang dengan mata Ana. Mata yang merah menyala.

"Siapa kau?" Ana menolak tubuhnya untuk duduk dengan ekspresi wajah yang marah. Dia tidak peduli lagi,dia hanya mahu mati. Susah sangatkah?

"Siapa aku tak penting, aku dari kegelapan dan aku dengar isi hati kau. Kau nak mati?" Lelaki berambut hitam panjang paras tengkuk itu bertanya dengan senyuman sinis.

"Ya. Aku nak mati." Ana memeluk tubuh, menjeling lelaki yang datang entah dari mana dengan sut hitam itu.

"Daripada kau mati..Lebih baik kau kerja dengan aku." Lelaki itu bertinggung dan wajah mereka di paras yang sama."Ha?" Ana menjauhkan wajahnya, sedikit gementar.

"Kerja dengan kegelapan dan aku akan bagi apa yang kau sahaja yang kau nak." Lelaki itu kini duduk di hadapan Ana. "Apa kata kau?" Lelaki itu tersenyum manis.

"Apa sahaja?" Ana bertanya.

"Apa sahaja. Asalkan kau kerja dengan aku." Lelaki itu memberitahu dengan penuh semangat. Wajahnya yang tidak lekang dari senyuman sinis dan matanya yang merah itu memang menyeramkan.

Gilalah kalau Ana memang mahu bekerja dengan dia,kan? "Bagitahu nama kau dan dari mana kau datang." Ana kekal memeluk tubuh, defensif.

"Nama aku Maha, aku daripada kegelapan. Aku nak kau kerja dengan kami." Maha menjawab. "Aku akan bagi setiap benda yang kau nak, nak duit? Nak kebahagiaan? Semua kau boleh dapat." Dia menabur janji.

"Macam mana kau nak bagi semua tu pada aku?" Tanya Ana ingin tahu pada masa yang sama tidak percaya. "Aku dari kegelapan, setiap satu benda dalam dunia ni, kami boleh dapatkan." Jawabnya Maha, menongkat dagu.

"Kalau kau nak aku pun aku boleh bagi." Maha tersenyum sinis, memandang tepat ke mata Ana. Ana sekadar menjeling.

Ana tidak ada apa untuk dicuri. Hanya diri sendiri. Dia tidak akan rugi apa apa pun jika dia bersetuju. Jika dia benar mahu bunuh diri, mungkin ini cara yang lebih menyeronokkan?

"Aku terima." Ana menjawab. Ana mungkin sahaja sudah gila.

"Bagus." Maha tersenyum lebar menunjukkan gigi siongnya. "Salam tangan aku." Maha menghulurkan tangannya ke arah Ana.

"Sebelum aku kerja dengan kau, kau kena tunjuk pada aku yang kau boleh bagi aku apa sahaja." Ana kembali memeluk tubuh.

"Okay, apa yang kau nak?" Maha bertanya memutar mata ke atas. Jengkel.

"Hmm,sekejap." Ana memegang dagunya seakan berfikir. "Aku nak balas dendam. Aku nak bekas teman lelaki aku terseksa macam aku terseksa." Ana tersenyum.

"Wah, kau ni jahat juga rupanya." Maha ketawa besar. "Memang baguslah kau ambil aku bekerja." Ana menjeling dan ketawa sinis.Mungkin juga Ana jumpa apa yang dia cari di sini. Dengan Maha.

Petang itu Ana dan Maha pergi ke bangunan kondominium tempat teman lelaki Ana, Edri tinggal. Bangunan kondominium itu kelihatan begitu gah berdiri di situ. Dihuni oleh orang orang kaya yang pada pandangan Ana sangatlah pentingkan diri.

Edri dan Ana bercinta hampir setahun sebelum lelaki itu mengatakan yang dia sudah tawar hati dengan Ana. Dia tidak sanggup lagi menipu diri sendiri dan dia perlukan masa bersendirian. Dia beritahu Ana yang dia tidak akan bersama dengan sesiapa pun buat masa terdekat kerana dia mahu fokus dengan dirinya sendiri.

Itulah kata katanya beberapa hari sebelum Ana terjumpa dia bersama teman wanita barunya, sedang berpegangan tangan dan bermesra berdekatan dengan kondominium itu. Rupanya mereka sudah bersama sebelum Edri meminta untuk putus pun.

Hati Ana hancur.

Bagaikan kaca pecah berderai. Sudahlah Edri tiba tiba meminta untuk putus, kemudian dia dapat tahu yang Edri curang pula.

Ana tiada sesiapa. Keluarganya tidak kisah dengannya. Dia tiada kawan, dia merasakan semua rakannya membencinya senyap senyap. Bila dia hilang Edri, dia rasa dia hilang segalanya.

"Ni ke tempatnya?" Maha bertanya disambut anggukan lembut Ana. "Kau yakin nak buat benda ni?" Maha bertanya lagi.

"Ya." Dia menjawab yakin. Dia berjalan meninggalkan Maha di belakang. Mata berkelip dan tiba tiba Maha berada di sebelahnya. Ana sekadar menjeling, tahu yang Maha mampu lakukan lebih daripada itu.

"Kau nak buat dia takut ke?" Maha bertanya. Ana menggeleng sekali. "Buat dia gila?" Maha bertanya lagi. Ana geleng.

"Bunuh dia?"

Ana mengangguk dan tersenyum manis pada Maha. "Pandai pun." Ana memuji lalu masuk ke dalam lif diikuti Maha.

Kaki Ana dihentak hentak menunjukkan yang dia berasa gementar pada masa yang sama tidak sabar. Tubuh dipeluk defensif. Mata memandang butang butang bercahaya di dalam lif itu.

"Sabar Ana, kau akan dapat apa yang kau nak tak lama lagi." Maha tersenyum ke arahnya. Ana memutar mata sambil tersenyum sinis. "Aku tengah sabarlah ni."

Sebaik sampai di tingkat 8, Ana turun lalu diikuti Maha di belakang, pintu nombor 7 diketuk. Tiada siapa menyahut seketika. Ana mengetuk sekali lagi, cuba bertenang.

Pada waktu itu, Edri menjenguk dari belakang pintu. Mata terbeliak apa terlihat Ana dia depan rumahnya. "Apa awak buat kat sini, Ana?" Tanyanya takut takut.

"Alah, aku nak melawat kawan lama. Tak boleh ke?" Ana bertanya sinis. "Aku nak keluar sekejap lagi, Ana. Kita jumpa kat luar sahajalah."Edri memberi alasan.

Edri nampak Ana menjeling ke kirinya lalu berkata 'Jom masuk." kepada entah siapa di situ. Ana seorang sahaja yang dia nampak saat itu.

Pada waktu itu juga pintunya terbuka dengan sendiri, menunjukkan dalam rumahnya. Maha dan Ana berjalan masuk ke dalam. Edri cuba menghalang namun dirinya ditolak Maha sehingga dia jatuh ke lantai. Pada pandangan mata Edri, dia tidak nampak sesiapa pun menolaknya. Pada waktu itu seorang gadis terlihat sedang duduk di atas sofanya. Hanya memakai t-shirt besar tanpa seluar.

"Eh awak, siapa pulak datang tu?" Tanya gadis itu sebelum Ana ketawa sekuat hatinya. Dia tersentak apabila melihat teman lelakinya sudah jatuh ke lantai. "Oh patutlah kau tak bagi aku masuk, kau takut rahsia terbongkar rupanya."

Ana ketawa sehingga air matanya jatuh.Dia sebenarnya sedang menangis. Dia takkan biarkan mereka tahu dia sedang bersedih.

"Maha, bunuh perempuan tu." Ana berbisik setelah dia bertenang semula dan menyeka air matanya. Pada waktu itu juga kepala gadis itu seakan mengembang dan mengembang tanpa henti dan 'pop' kepalanya pecah.

Darah keluar bersembur keluar dari tengkuknya yang kini tiada kepala lagi lalu mayatnya jatuh terjelepok dan membasahi lantai dengan darah. Edri menjerit sekuat hatinya ibarat orang histeria.

"Ana?? Apa semua ni, tolong maafkanlah aku. Aku janji akan sayang kau sampai bila bila Ana. Aku janji!" Edri kini sedang melutut di kaki Ana. Kepalanya diletakkan di lutut Ana meminta simpati.

"Penipu." Ana menarik rambutnya menunjukkan wajahnya yang kini basah dengan air mata ketakutan.

"Kau tahu tak apa aku patut buat dengan penipu macam kau ni?" Ana bertanya. Edri menggeleng air mata jatuh berguguran semakin banyak.

"Aku nak potong lidah kau. Biar kau tak payah bercakap lagi." Ana ketawa besar dan menampar nampar pipi Edri tanpa gusar.

"Ana, tolonglah aku. Tolonglah." Edri merayu dan mencium kaki Ana. "Aku tahu aku salah, aku janji aku tak akan buat lagi, aku sayang kau-" Belum sempat Edri habis merayu, tiba tiba dia merasakan sakit yang amat sangat dan darah mula mengalir keluar dari mulutnya.

Dia membuka mulutnya dan lidahnya yang telah terpotong jatuh ke atas lantai bersama darah dan air liur. Jeritannya yang bingit memenuhi rumah itu.

Ana memandang ke arah Maha lalu menggerakkan jarinya mengisyaratkan Maha supaya mengikutnya keluar, meninggalkan Edri yang dalam kesakitan.

"Terima kasih, aku dah diambil bekerja kan?"Ana tersenyum simpul. "Ya Ana, mulai hari ini, kau ialah salah seorang pekerja kegelapan." Maha bersalaman dengan Ana dan tanda kegelapan itu kini terukir di tapak tangannya.

Una terjaga dari visinya dan memandang tepat ke dalam mata Ana. "Kenapa kau tunjuk semua tu pada aku? Kau nak aku takut dengan kau?" Dia merentap tangannya dari genggaman Ana.

"Kenapa kau perlu takut? Himawari boleh buat benda yang sama Maha boleh buat untuk aku, kau cuma perlu minta sahaja." Ana tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience