Bab 15

Fantasy Completed 13890

"eh tu tu.. Tu anak pembunuh yang bunuh isteri sendiri tu kan.. Hahahahahahaha"

"aah la weh.. Jangan dekat kang kau pulak yang jadi mangsa, ee seram hahahahaha" gelak pelajar lelaki itu disambut oleh beberapa pelajar lain di koridor kelas.

Jane memekakkan telinga. Dia menundukkan kepala sewaktu berjalan melintasi beberapa orang pelajar yang sibuk berbisik sesama sendiri.

Gadis itu segera berlalu masuk ke dalam kelas. Kalau bukan sebab sekarang minggu peperiksaan akhir tahun memang tidak dia akan menunjukkan muka.

Sejak emaknya meninggal 2 minggu lepas, semua orang kampung cuba mengelak dirinya. Semuanya gara gara pakciknya.

Aku bukan anak pembunuh! Jane memandang ke lantai. Dia agak tertekan dengan situasi yang melanda dirinya.

"baiklah kelas" Puan heni mula bersuara.
" hari ini merupakan hari terakhir kamu semua mengambil peperiksaan dan ini juga merupakan tahun akhir persekolahan kamu jadi saya nak ucapkan selamat berjaya dan buat yang terbaik untuk peperiksaan hari ini ya" panjang lebar guru wanita itu memberikan peringatan .

Masing-masing hanya mengangguk. Kertas periksa mula diedarkan.

"okay boleh mula menjawab sekarang."
_________

Jane menghela nafas lega. Seakan beban yang selama ini ditanggung sudah selesai. Pantas dia mengemas begnya dan bergerak keluar dari kelas.

"jane"

Gadis itu menoleh. Berkerut dahinya memandang puan heni yang tersenyum melihatnya.

"jane saya ada benda nak cakap sikit" ujar guru wanita itu.

"ya cikgu ada apa?"

"cikgu tahu apa yang berlaku pada kamu. Cikgu tahu kamu tertekan tapi cikgu harap kamu tidak simpan semua dalam hati. Cikgu minta maaf ya" puan heni tersenyum nipis dan memegang lembut tangan jane.

Jane hanya menundukkan wajahnya. Gadis itu menarik nafas panjang sebelum memandang wanita di hadapannya. "tak apa cikgu. Terima kasih, saya tak ambil hati" jane cuba sedaya upaya untuk tersenyum namun hnaya senyuman tawar yang mampu ditunjukkan.

"jane mana kai?"

Gadis itu tersentak. Asal tanya aku?
"saya tak tahu"

"cikgu ingat kamu tahu.. Emm tak apalah dah 2 minggu lebih dia tak datang. Periksa pon tak ambil sama dengan kawan dia yang 3 orang tu. Oklah cikgu pergi dulu. Jaga diri jane"

Jane mengangguk dan terus berjalan keluar dari sekolah untuk pulang ke rumah.
________________

"apa aku nak buat sekarang?" jane meraup wajahnya beberapa kali.

Kini dia hanya sebatang kara. Tiada saudara mara dan keluarga. Ada bapa tiri pun tak guna nak buat macam Mana?

Aku kena cari kerja. Jane tersenyum. Dengan kerja dia dapat sara duit dan lupakan kesedihan.
Esok aku kena cari kerja!
________________

Keesokannya.

Dah nak dekat 3 jam dia merayau rayau di sekitar pekan. Setiap kali dia tanya kerja kosong jawapan yang sama diterima 'tak ada'.

Jane duduk berehat di bawah sebatang pokok rendang di tepi sungai. Apalah nasib aku..

Gadis itu melepaskan ikatan rambutnya yang panjang dan baring di atas rumput. Ahhh selesanya. Perlahan-lahan matanya tertutup rapat.
- - - - - - - - - - - - - - - - -
"jane.. Bangunlah!"

Aduh! Gadis itu memegang bahunya yang terasa lenguh. Siapa tu? Terpisat pisat matanya memandang seseorang di hadapannya. Hah?! Laju jane menegakkan badannya.
"siapa kau?" matanya memandang lelaki buncit berkumis yang sedang mencerlung tajam memandang ke arahnya.

Lelaki itu membeliakkan matanya. "kau nak kerja buat cara nak kerja! Asal kau tidur dekat sini hah?! Pergi masak sekarang. Dah tengah hari kau tau tak?!"

Jane terkebil kebil. Hah apa yang dia cakap ni?
Pantas matanya menangkap keadaan persekitarannya. Aku kat mana ni?! Besarnya ruang tamu ni macam istana. Aku dekat istana siapa? Macam mana aku boleh..

" HOI! "

Terhenjut bahu jane kerana jerkahan lelaki yang masih berada di hadapannya.
"ye ye en.. Encik"

"kau pergi sekarang" arah lelaki itu lagi.

Jane mengangguk laju. Takut kena jerkah lagi. Segera diarah Kakinya berjalan pantas. Eh jap.. Tapi aku tak tahu kat mana dapur. "err.. Encik.."

"apa lagi kau ni pompuan?!" lelaki buncit itu mula bercekak pinggang.

"Err mana dapur?" tanya jane sambil tersengih menayangkan giginya.

"apa?! Kau dah kerja sini nak dekat 5 hari kau tau tak? Kau ni lupa ingatan ke hah?! Menyusahkan betullah! Dapur dekat sana!" marah lelaki itu sambil menunjuk ke arah kanannya.

Aduh pakcik pendek ni kang. Asyik nak marah aje!Jane mencebik. "ye ye..maaf" terangguk angguk kepala jane mengiyakan apa yang keluar dari mulut lelaki itu. Pantas diatur langkahnya menuju ke dapur. WOW.. Mulutnya terlopong besar. Ni dapur ke rumah ni. Besar gila.

Jane bergegas menyiapkan makanan tengah hari. Gadis itu masak agak banyak. Yela bukan dia tahu berapa orang dalam rumah tu. Nak tanya asyik kena marah je.

Usai masak dia berehat sebentar di kerusi meja makan. Semuanya warna emas. Tak taula emas betul ke tipu. Aku kerja sini dah 5 hari? Bila pula aku minta? Tak pernah pula aku tengok rumah ni kat kampung. Jane menggaru garu kepala yang tidak gatal. Ahh lantaklah janji aku ada kerja sekarang.

"hah dah siap masak ke?" lelaki buncit itu menegur secara tiba tiba.

Aih! Jane mengurut dadanya. Terperanjat aku orang tua ni. Pantas dianggukkan kepalanya.

"dahtu tak reti panggil tuan muda dengan puan turun makan? Takkan itu pun aku nak ajar?"

"Ye ye. Saya pergi sekarang "

Jane melangkah menuju ke ruang tamu. Istana ni terlalu besar sehingga susah nak nampak kelibat manusia yang ada didalam rumah itu.

Mungkin kat atas kot. Kakinya melangkah satu persatu anak tangga.

"bilik yang mana? Asal banyak sangat bilik ni. Macam dekat rumah kai. Eh kai?" aduh. Jane menggelengkan kepalanya perlahan.

Dum!
Bunyi sesuatu jatuh.

Jane memasang telinga. Hah bilik tu. Mesti ada orang. Gadis itu tersenyum.

Tangannya memulas perlahan. Kelihatan seorang wanita cantik sedang memandang lama objek yang berada di lantai.

"maafkan saya?" jane menegur. Pantas wanita itu menoleh memandang gadis itu.

Wow! Lawanya. Mulut jane terlopong sekali lagi.
"eerr.. Maafkan saya cik.. Err.. Cik cantik.. Emm makanan tengah hari dah siap" gadis itu menelan air liur.

Wanita itu tergelak kecil. "panggil saya bonda jane. Kan saya dah suruh panggil bonda hari tu?"

Hah? Dia tahu nama aku? Masa bila pula dia suruh ni.. Aduh.. Jane terdiam.

"pergi panggil tuan muda di bilik hujung ya" arah wanita itu dan berlalu keluar.

Jane berjalan ke bilik hujung sekali. Asal suram dan seram.. Gulp.. Matanya liar memerhatikan sekeliling.

Tuk tuk tuk..

Pintu terbuka dan ZUPP. Tangan jane ditarik masuk ke bilik.

"ehhh encik!" jane merentap tangannya. Matanya memandang lelaki di hadapannya. Ni tuan muda ke?

"kau buat apa hah?!" soal lelaki itu dengan nada keras. Wajahnya ditutupi oleh sebuah topeng berwarna hitam.

"maaf tuan muda.. Bonda suruh tuan muda turun makan sekarang." jane cuba tersenyum. Asal mamat ni pakai topeng pula? Hodoh sangat ke muka dia?

"bonda? Kau ingat kau ni siapa? " sinis lelaki itu berkata. Perlahan-lahan langkahnya mendekati jane yang masih berdiri tegak seperti patung.

"kau ni lawa jugak kan. kalau kau jadi 'makanan' aku pun okey jugak?" tangan lelaki itu mula bermain dengan rambut jane.

Jane kaku. Apa pula ni?! "tuan.. Saya keluar dulu" pantas tangannya memulas tombol pintu yang berada di belakangnya. Asal tak boleh bukak pulak niii!

"hahahaha" lelaki itu ketawa.

Habis. Habis mamat ni dah masuk air. Pintu ni pun takkan la rosak masa macam ni!

"sayang..pintu ni takkan terbuka selagi aku tak buka jadi tak payah keluar tanpa izin aku"

"tuan.. Saya.. Bonda.. Err bonda panggil saya"
Jane cuba mencari alasan. Tubuhnya mula mengeluarkan peluh dingin.

"ikut aku" kasar tangan gadis itu ditarik. Tubuh jane ditolak kasar ke atas katil.

"tuan.. Tuan nak apa? Tuan.. Jangan buat saya macam ni" jane menggigil. Ketakutan sudah di tahap maksimum.

"sedar la jane hahahaha" perlahan-lahan lelaki itu mendekati jane dan memegang tangan gadis itu.

"TIDAK!!" JANE tersedar dari tidur. Berpeluh peluh dirinya tika itu. Aku kat mana? Aku kat mana? Laju dia memandang sekeliling. Fuhh.. Masih kat tepi sungai rupanya. Mimpi buruk aku tadi.

Segera diikat rambutnya. Dia mengibas bajunya setelah bangun. Hari pun makin senja. Nampaknya aku kena cari kerja jugak esok. Kalau tak kebulur la aku. Segera jane berlalu pulang ke rumah.

Di sebalik pokok rendang tidak jauh dari tempat jane tidur. Seseorang sedang memerhatikan tingkah laku gadis itu sambil tersenyum sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience