(sessantatre)

Other Series 152486

"Am.. are you okay Jyeong?" dia menegur lelaki itu setelah lama mereka berdua mendiamkan diri sambil beriringan, berjalan bersama.

Jyeong ingin membawa Aleena ke pusat perlindungan yang pastinya ada berdekatan. Hanya dia tidak pasti samada Aleena mampu menjumpai 'keluarga' yang dimaksudkan wanita itu di sana.

Runtuhan bangunan dan segala kemusnahan fasiliti yang lain dilepasi mereka agar menjumpai daratan, agak jauh.

Disebabkan tanah mengunjur ke barat Ulsan adalah dibawah paras laut ke atas, limpahan air tsunami tadi mula bertakung dan masih punya aliran ombak pantai walaupun tidaklah seteruk tadi.

"Yeah. Am totally fine. No need to worry about me. Am okay." kedua mata lelaki itu semakin sepet apabila tersenyum pada Aleena.

Wanita itu hanya mengangguk mengiakan tanpa membantah. Sedangkan Aleena tahu bahawa Jyeong mempunyai kecederaan pada sekitar tubuh lelaki itu.

Tangannya dibalut ketat menghalang aliran darah dari terus mengalir keluar menggunakan lengan bajunya yang dikoyak tadi. Manakala, sepertinya juga, terdapat luka-luka kecil di sekitar tubuh itu.

Aleena hanya memerhati tingkah lelaki tempatan itu apabila dia memanjat suatu runtuhan ke atas. Kemudian Jyeong memerhati sekeliling, mencari jalan keluar.

Entah mengapa, tiada seorang pun manusia bernyawa yang kelihatan. Kosong. Yang ada hanyalah kemusnahan belaka.

Tapi tidak jauh dari situ, dia melihat sinar harapan.

"Leena! I found the way out of here!" laungnya dari atas, berkata-kata kepada Aleena di bawah.

Akhirnya, secebis harapannya muncul kembali. Aleena tahu Dom dan Zen pasti masih hidup. Dia dapat rasakannya. Dia yakin.

'Permudahkanlah urusanku, pertemukanlahku dengan mereka...' doanya dalam hati seraya mengikuti Jyeong, meneruskan perjalanan.

"If you're tired, I can help you." Jyeong ingin mencadangkan untuk mendukung Aleena di belakang apabila wanita itu kelihatan lesu dan lemah saja.

Jalannya juga semakin perlahan, tak mampu mengikuti langkah Jyeong. Tapi, tak akan lelaki itu mahu mendesaknya pula.

"It's okay. I can stand it Jyeong." tolaknya lembut.

Tak lama mereka berjalan, Aleena dan Jyeong mendengar suara kanak-kanak menangis kuat. Mereka cuba mencari arah tangisan dan akhirnya menjumpai seorang kanak-kanak kecil dalam lingkungan 3 tahun, meringkuk menangis sendirian.

"Aleena, right here." Jyeong memanggil Aleena yang berada di belakang.

Liha saja kanak-kanak sekecil itu, Aleena berlari mendapatkannya. Ditenangkan si kecil dengan memeluknya erat.

Kelihatan seperti anak luar negara. Tapi dia tak pasti apa. Daripada wajah putih kemerahan dan wajah Eropah si kecil, Aleena hanya bertutur English saja kepadanya. Mujurlah difahami.

"Sweetie, come. We're going to get out of here. Okay?" Aleena mengendong kanak-kanak itu dan rambut perang itu dielusnya lembut apabila kanak-kanak itu sudah sedikit tenang.

Tersembik-sembik dia menahan nangis setelah dipujuk Aleena tadi. Dia mengangguk perlahan.

"But.. mommy." dia menunjukkan jari ke arah belakang timbunan kemusnahan.

Jyeong beralih ke batu konkrit separa hancur itu ke belakang dan kelihatan seorang wanita yang sudah tak bernyawa lagi. Terbaring kaku.

Darah mengalir dari tubuhnya, bertakung. Badan wanita itu terdapat banyak luka besar dan dalam. Dia adalah Mrs. Anthon.

Wanita itu ditusuk keluli daripada runtuhan bangunan yang dibawa arus semata-mata untuk melindungi anaknya.

Dibawa si kecil ke atas, jauh daripada air walaupun dia sudah parah. Ditinggalkan anaknya sebentar untuk mencari bantuan tetapi segalanya tak kesampaian.

Kecederaan parah di badannya mengundang kematian apabila dia tiba-tiba rebah, tidak akan bangun kembali.

"She's dead." Jyeong berkata pada Aleena sebelum mengeluh berat.

Tangisan budak itu bergema perlahan di bahu Aleena, terhinjut-hinjut bahu itu menangis.

"It's okay sweet. I'm here. I'll take care of you. Hmm? Stop crying.. shhh.." Jyeong hanya memerhati sikap keibuaan yang ditonjolkan Aleena.

Tanpa segan-silu, dikucupnya pipi tembam itu berkali-kali sambil memujuk lembut.

Muncul perasaan cemburu pada diri Jyeong apabila dia memikirkan gelagat isterinya yang mengabaikan dia dan mendiang anaknya yang sudah lama pergi, juga disebabkan kecuaian wanita itu. Langsung tak seperti Aleena.

'Whoever have you, he's a very lucky guy on earth.' desisnya.

Setelah itu, mereka pun bergerak bersama si kecil Andy Anthon. Andy tidaklah cedera teruk, hanya luka-luka kecil saja di sekitar tubuhnya.

Mereka berjalan sehinggalah tiba di satu kawasan yang sudah surut airnya. Di sana barulah ramai kelibat manusia kelihatan, menuju ke suatu arah beramai-ramai dengan pelbagai kecederaan.

Ada yang dipapah, ada yang mengesot kaki dan banyak lagi keadaan. Mereka tiba di pusat perlindungan yang ternyata dibanjiri himpunan manusia.

Ianya lebih kepada kawasan rawatan memandangkan ramai yang tercedera akibat tsunami yang berlaku.

Setiap yang hadir dan mahu menerima rawatan perlu didaftar dan diasingkan mengikut pusat-pusat di sekitar Ulsan dan daerah-daerah jiran.

"Aleena. You don't wanna sign up?" Jyeong bertanya setelah berdaftar.

Aleena yang duduk termenung tadi mengangkat kepala dan dia menggeleng.

"Am afraid I can't find 'them'. What if they're still here?. If am go with you, is there still a chance to meet them? I don't think so." dia bertanya dan dia juga yang menjawab.

Andy yang bermain-main bersama beberapa kanak-kanak sebayanya tak jauh dari situ diperhatinya sayu.

"But I can't just leave you and Andy here. Not with no one!" dia cuba berkeras mahu Aleena dan Andy mengikutinya. Sekurang-kurangnya keselamatan wanita dan kanak-kanak itu terjamin. Tapi..

"Thank you for saved me. But my answer is still no." Aleena masih juga begitu.

Jyeong tak mampu berbuat apa-apa dengan ketegasan Aleena. Mereka akhirnya berpisah apabila Jyeong mula menaiki sebuah jeep yang akan menghantarnya ke pusat lain.

Diberi juga pada Aleena nombor phone pusatnya, sekiranya berlaku apa-apa.

Kini, tinggallah hanya Aleena dan Andy berdua. Makanan yang diedarkan sukarela tidak mencukupi, begitu juga bekalan ubat-ubatan dan juga segala keperluan lain.

Keadaan sangat teruk ditambah pula Aleena mula loya dan muntah berkali-kali.

"Aunt Leena. Are you not feeling well?" suara comel Andy menyapanya.

Jelas riak risau diwajah polos itu menatapnya. Matanya berair bagaikan mahu mula menangis. Aleena cuba tersenyum walaupun perit yang dirasakan.

Jika diikutkan emosi tak terkawalnya kini, mahu saja dia menjerit dan meraung menangis memanggil Dom. Tapi dia masih waras untuk melakukan begitu.

Dia berkumur beberapa kali sebelum dikesat mulutnya. Aleena duduk bertinggung di hadapan Andy dan dipegang kedua lengan kecil itu.

"Am just fine. Nothing to worry about hmm? Now, we need to wait for them to save us, okay?" pipi tembam itu diusapnya lembut.

"Who's them?" Andy juga mengesat matanya seraya bertanya pula.

"My husband and brother. They will find us, no matter how. Trust me." Andy mengangguk mempercayai Aleena.

Lehernya dipeluk manja sebelum mereka berjalan beriringan, memerhati kawasan perlindungan itu.

Andy dan Aleena cuba membuang kesedihan dan kehilangan yang ada dengan bercerita dan ketawa bersama. Tangan si kecil tak pernah lepas dari pegangan tangannya. Erat.

Tanpa mereka menyedari, ada mata-mata sial yang memandang batang tubuh si wanita sempurna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience