empat puluh sembilan

Romance Series 208687

"Kau datang sini sorang ke? Tinggal dekat hotel ni?" soal Shira ketika mereka berjalan berdua-duaan di sekitar taman luar hotel.

"Em.. ye. Aku datang sorang je. Tapi.. tu la, bilik dekat sini mahal la Long. Aku pun nak rasa jugak tinggal dekat hotel mahal-mahal macam ni sekali-sekala. That's why la aku booking bilik sehari je.. Kalau tak, pokai la duit aku. Lepas ni nampaknya aku kene cari mana-mana chalet la.." ujar Shura panjang lebar tanpa dipinta.

Shira memandang si adik yang langsung tidak seperti kebiasaan. Jika dulu, pandang nampak depan mata, ada saja yang hendak digaduhkan dan percakapannya juga mesti kasar saja tapi Shura yang ini..

..lain?

"Oo.. Tapi kau ada masalah ke dik? Kalau ade masalah, kau boleh je share dengan aku.. Kalau boleh tolong, aku akan tolong kau setakat yang mampu." kata Shira ikhlas.

'Sial punye perempuan, boleh. Boleh sangat sangat! Kau bagi abang Khalish pada aku!' gumam hatinya geram.

Shura menghampiri satu bangku panjang kayu yang sememangnya disediakan di sekeliling hotel itu menghadap ke arah pantai.

Duduknya dilabuhkan, sesekali selendang di kepala yang ditiup angin sempoi-sempoi diperbetulkannya.

Shira juga turut melabuhkan punggung di sebelah sambil menghadap ke arah pantai. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang sudah menimpa adiknya, tapi apa?

Dia perlu cari masalahnya..

"Shura.. Kau ni tak best la diam-diam je macam ni. Cuba kau bagitahu aku, apahal? Ada orang buat hal dengan kau ke? Bagitau je aku, bia aku ajar die cukup-cukup. Shura.. Aku janji aku tak kan bagitahu sesiapa la, okay?" Shira mencuba lagi.

Kedengaran Shura mengeluh berat. Bagai ada suatu beban yang besar dipikulnya.

"Crush aku Long.. dia dah dengan orang lain." ujar Shura perlahan, sayu.

Berkerut kening Shira dengan jawapan di adik.

'Alahai.. crush je pon, bukan laki or tunang kau.' desis hatinya mengata.

"Oh.. takkan la sebab tu je kot kau nak frust sampai macam ni. Crush je pon." Shira berkata biasa. Pandangan dibuang pada pesisiran pantai.

"Kau tak paham Long.. kalau orang lain takpe lah jugak, tapi aku ade sorang kawan rapat ni.. dia selalu sangat lebih daripada aku dalam segala hal. Menyampah la aku dibuatnya." adunya tak puas hati lagi.

"Lebih dari kau? Lebih yang macam mana?" Suara Shira bertanya lagi.

"Yela. Semua orang sukakan dia. Cantik.. ade kerja yang baik.. belajar pun tinggi.. ramah.. aku ni? Orang pun tak pandang." luahnya ikhlas.

Shira dijelingnya sekilas.

"Oohh.. habis tu mana kau tahu crush kau tu suke dia? Kau ade tanya pasal hubungan diorang ke?" soalnya ingin tahu lagi. Prihatin.

"Dia dah kawin. Yang ni la yang aku tak suka sangat. Semua yang aku harapkan untuk diri aku, semuanye dia dapat. Tak adil betul!" rengusnya tak puas hati.

Shira kembali mengalihkan pandangan dan menatap Shura pelik.

"Kau ni.. orang dah kawin, kau move on jela. Lagipun lelaki tu kenal kau ke? Yang kau tak puas hati sangat dengan kawan kau tu? Ha?" Shira menyoal tegas.

Terasa bagai dia pula 'si dia' yang dikatakan Shura. Maklumlah, Shira juga tahu yang Shura minat pada suaminya, Khalish pada awal perkhawinan mereka dulu.

"Lelaki tu kenal aku.. cuma kami tak rapat. Aku sebenarnya iri hati la dekat dia tu. Parents dia semuanye sayangkan dia, dapat lelaki type aku pulak tu, ade kehidupan yang baik.. segala-galanya baiklah. Sebab tu aku dengki gile-gile dekat dia." luahnya lagi. Wajah Shura cemberut habis.

"Kau ni kan dik.. tak baik tau buat macam tu. Dengki tu kan berdosa. Mungkin dia berusaha untuk dapatkan kehidupan macam tu, jadi kalau kau pun nak, kenalah berusaha jugak. Belajar rajin-rajin, dapat keputusan yang baik.. jaga hubungan kekeluargaan, jaga hubungan dengan tuhan." nasihat Shira panjang lebar.

"Hal Jodoh pula, semuanya ketentuan Allah. Kalau bukan lelaki tu ditakdirkan untuk kau, mesti akan ada yang lebih baik yang menanti. Percayalah. Hmm?" Shira menepuk-nepuk perlahan bahu Shura.

Sedikit-sebanyak hati Shura terdetik mengiakan. Tapi..

'Aku masih tak puas hati dengan kau.' wajah cerah si kakak ditatapnya mendung.

'Aduh.. tak jalan jugak. Macam mana ek?' Shira berfikir seketika sebelum membuat keputusan.

"Kau tengah cuti sem kan ni?" mendapat anggukan Shura, Shira tersenyum lebar.

"Kau tak payah la cari chalet or homestay, biar aku bayarkan bil hotel. But.. untuk 2 hari lagi jela. Okay?" Shira menyatakan rancangannya.

Terus bersinar mata Shura mendengarkan khabar itu.

"Be-betul ke Long? Kau tak main-main kan?" tanyanya dengan riak tak percaya.

"Ye.. aku bayarkan. So kau tenangkanlah diri kau dekat sini. Buang yang negatif tu, jangan fikir sangat pasal kehidupan orang lain. Kau tu mude lagi, faham?" tanya Shira ramah.

Mendapat anggukan dari Shura, Shira mula tersenyum manis.

"Nanti bil kau, aku bayarkan okay? Kau nak ikut aku pergi spa tak?" ajak Shira pula. Dia mula berdiri.

"Eh takpe la Long. Kau pergila. Aku nak lepak sini." tolak Shura dengan sengihan.

"Hmm.. okay. Apa-apahal call aku tau. Bye." Shira mula melangkah pergi meninggalkan Shura.

"Okay Long. Bye." balasnya pula.

Deruan ombak pantai mengalihkan perhatiannya ke sana. Terfikir juga apa yang dikatakan kakaknya itu.

'Argh! Sudahlah! Kau dah sejauh ni.. kena la habiskan.' fikirnya.

'Sorry Kak Long.'

~~~~~~~~~~~

"Shit! Answer me Shira." gumamnya sendirian.

Sudah beberapa kali Khalish mendail nombor telefon si isteri tetapi hanya masuk ke peti simpanan suara saja. Dia kabut.

Sehabis saja makan tengahari bersama para jemputan mesyuarat yang lain, Khalish terus pulang ke hotel.

Kaki pantas saja dibawa ke dalam hotel, menuju ke lif setelah kereta diparkingkan.

Keluar saja dari lif, bilik terus dihampiri. Pintu di scan kadnya terlebih dahulu sebelum melangkah kalut ke dalam.

"Yang! Shira!" panggilnya sebaik saja masuk ke dalam.

Sekeliling diperhatinya. Gelap.. memandangkan cuaca diluar kembali mendung selepas tengahari tadi, tanda akan hujan lebat tak lama lagi.

Tapi di manakah isterinya?

"Shira! Awak.." wardrobe dibuka, juga pintu bilik air tapi masih tiada.

"Hish!" keluhnya bengang sambil meraup kasar rambut kemasnya, kembali serabai.

Bibir diketap sambil bercekak pinggang, memikirkan kemungkinan di mana keberadaan Shira.

Tiba-tiba,

Klik.

Lampu tidur di sebelah katil dibuka. Cahaya samar-samar bewarna jingga mula menerangi, sedikit menyinari tengahari yang gelap.

Tubuh pantas saja dikalihkan menghadap ke belakang.

"Abang cari Shira ke?" suara lembut itu menyapa benak telinganya. Sekujur tubuh yang duduk bersilang kaki di birai katil diperhatinya tajam.

Bengang sebenarnya apabila melihat senyuman si gadis tetapi lain pula yang berlaku apabila Khalish terlihatkan pemandangan indah di hadapannya.

Buat sekian kalinya, dia tergamam. Bibir digigit-gigitnya geram sambil mata tak lepas dari memandang ke arah Shira yang tampak begitu terdedah dengan lingerie merah jarangnya.

"Abang tak suka ke?" tanya Shira manja. Dia sebenarnya malu dengan keadaannya kini, tetapi memikirkan tanggungjawabnya yang satu ini belum diselesaikan, dia beranikan diri.

"Em.. Su-suka." jawab Khalish perlahan. Shira sudah ketawa halus dengan reaksi beku Khalish yang tampak sangat kaku di hadapannya kini.

Cantik sangatkah dia? Entahlah.. lelaki kan.

"Dah tu.. kenapa jauh sangat? Sini la." ruang di sebelahnya ditepuk perlahan, mengajak.

Rambut yang serabai hampir menutupi mata itu diraup ke belakang beberapa kali tetapi masih jatuh pada dahinya. Menghilangkan debar.

'This is the time Lish.. Oh god.'

Kaki mula melangkah merapati Shira. Hormon testosterone mula menguasai diri.

Kot dilucutkan dari tubuh, butang vase dibuka kalut begitu juga tie di lehernya.

Shira di birai katil sudah ditolak agar berbaring. Tubuh langsing itu mula ditindihnya.

Tanpa sebarang kata, ulas bibir Shira mula dicurinya ghairah sambil jari-jemari kalut membuka butang kemeja di tubuh.

Dan segala-galanya bermula..

-MATURE CONTENT-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience