Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Dua orang rakan sekelas menghampiri mejaku dan memperkenalkan diri mereka. "Hai Atika, saya johan dan yang 'hansome' sebelah saya ni sufian, ketua kelas kita." kata johan sambil mengusik rakannya. aku hanya tersenyum. Kelihatan sufian tersipu-sipu malu dihadapanku dengan usikan johan sebentar tadi. Memang tidak dinafikan Sufian kelihatan sangat tampan dengan baju sekolah berlengan panjang ia sangat sesuai dengan orang yang tinggi lampai sepertinya, sisiran rambut yang kemas dan mengenakan haruman yang tidak telalu menusuk ke rongga hidung bagi siapa yang terhidu.
"Atika..." kata sufian dengan muka yang berubah 180 darjah memandang serius kepadaku. Aku diam menanti apa yang bakal Sufian katakan. Baru sahaja sufian ingin memberitau sesuatu kepadaku Ayuni daripada belakang menepuk bahunya mengingatkan bahawa mereka harus menghadiri perjumpaan ketua kelas dan penolong ketua kelas pada waktu rehat ini. "wei Pian, jomlah. kita kan ada perjumpaan! tak pasal-pasal nanti kena marah pula dengan cikgu Rahayu sebab lambat." kata Ayuni. Sufian menepuk dahinya. Dia hampir terlupa dengan perjumpaan itu. "Takpa la Tik. nanti kita borak lagi." katanya sebelum berlalu pergi. Pelik dengan tingkahnya. aku hanya mendiamkan diri sambil memerhati mereka berlalu pergi. Aku yang terpinga-pinga ditinggal sendirian. Tidak lama selepas itu aku terhidu sesuatu yang memualkan. Tekakku terasa loya. aku segera keluar dan meninggalkan kelas yang sudah tidak ada lagi pelajar didalamnya.
Sedang aku berfikir tentang kejadian pelik yang aku alami sebentar tadi tiba-tiba aku dikejutkan dengan tepukan perlahan dibahuku. "Hai. Atika kan? budak baru yang masuk kelas 4 Geografi tadi" kata seorang pelajar perempuan menghentikan lamunanku. "Ha'ah." jawabku pendek sambil menyedut minuman kotak yang aku beli dikoperasi sekolah sebelum duduk disebuah pondok pokok berhampiran. "Saya sofeah, kelas Sastera. Sebelah je" kata Sofeah dengan senyuman meleret menampakkan lesung pipit menambahkan lagi kecomelan di wajahnya. Sepanjang waktu rehat itu aku dan Sofeah menghabiskan waktu rehat kami dengan berbual kosong tentang sekolah lamaku dan mengapa aku pindah kesini. Sehinggalah aku terlupa tentang kejadian tadi.
Asyik dengan berbual. Loceng berbunyi buat kali kedua menandakan pembelajaran sesi kedua bermula. Sedang bersiap-siap menyediakan buku dan peralatan menulis sesekali aku melihat ke arah Dahlia yang hanya mendiamkan diri dari aku masuk kekelas dan hanya bersuara jika ditanya. Aku tidak ambil pusing. "Mungkin sahaja dia malu dengan orang baru sepertiku" dugaku dalam hati. Sesekali aku terpandang dahlia, dia hanya senyum dan tunduk malu. Dahlia seorang yang cantik dengan rambut yang hitam panjang diikat.mempunyai dua mata yang cantik dan pipi yang kemerah-merahan. Tetapi pakaiannya agak lesu, mungkin dia berasal dari keluarga yang kurang bernasib baik sangkaanku. Dalam waktu pembelajaran tu sufian dari jauh memerhati tingkahku. Membuat aku sedikit kurang selesa. seorang pelajar perempuan yang duduk dihadapanku memperkenalkan diri sebagai Maria memegang jawatan sebagai bendahari kelas memberitahuku tentang pungutan kelas."Tika, besok kau boleh bayar duit pungutan kelas untuk bulan ni. ok" kata Maria sambil menunjukkan jari simbol Ok. "eh Mar, kau ni kenapa. Atika tu budak baru lagi takkan terus-menerus cakap pasal pungutan kelas" kata Layla yang duduk bersebelahan Maria. Maria terdiam sambil matanya menjeling tajam kearah Layla. Aku hanya tersanyum melihat karenah mereka berdua. "Eh, Takpa. berapa yuran kelas kita?" Tanyaku. "Cuma Rm5 ja." kata Maria. Aku segera mengambil Duit dalam poket baju kurungku dan menghulurkan kepada Maria. "Terima kasih" kata Maria dan kembali fokus memandang kehadapan.
Selesai sesi persekolahan, aku segera mengemas buku-buku masuk kedalam beg kerana ibuku berpesan untuk menjemput sekali kedua adikku. Dalam kesibukan itu datang seorang lelaki, aku tidak mengenalinya dan aku yakin dia bukan dari kelas yang sama denganku. "Hai, Atika?" sambil menunding jari kearah ku untuk kepastian yang dia tidak silap orang. "Haah, saya. ada apa ya ?" tanyaku. "Takda lah, saja ja. saya dengar baru pindah pagi tadi. dari mana ?" lanjutnya lagi. "Oh ya, saya Hafiz dari kelas Ekonomi" sambungnya sambil menghulur salam sebagai tanda perkenalan. Aku menyambutnya dengan ramah. "Ya saya baru saja mendaftar tadi pagi. saya dari Kota kinabalu tapi memang asal sini." terangku "Oh jauh juga tu." kata hafiz sambil tersengih-sengih. "alamak saya mau cepat ni. Jumpa lagi" kataku sebelum berlalu pergi. Perbualan kami terhenti disitu.
"Hanna, Mira!" panggilku sedikit menjerit. adik-adikku segera mendapatkanku yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri. "macam mana sekolah baru" tanyaku. "Ok ja." jawab mereka serentak. "aikk, ok ja?" tanya ku lagi. "tak best la kak. semua pun macam taknak berkawan dengan hanna" kata hanna kecewa. aku dan Amira berpandangan lantas tercetus gelak tawa mendengar alasan hanna. "kau tu yang pemalu tak kira tempat. salahkan orang pula" kataku mencubit pipi hanna. hanna mengaduh kesakitan sambil mengusap-usap pipinya. Amira hanya memerhati saja dengan senyuman.
Sesudah makan malam, Aku membantu ibuku mengemas meja makan. Lantas teringat kejadian pelik yang terjadi pada diriku. aku menceritakan kepada ibu sambil membasuh pinggan. "Biasalah tu. Baru mahu menyesuaikan diri dalam kelas tu kan? esok-esok Takda dah tu." kata ibu menyedapkan hatiku yang risau memikirkan kejadian itu.
Share this novel